Dalam kelas online Praktikal Sunnah semalam, puan guru kongsi salah satu ayat merawat jiwa yang terus datang dari Allah. Healing sangat.
Pesan Allah,
Kebaikan itu tidak sama dengan kejahatan. Tolaklah (kejahatan itu) dengan cara yang lebih baik, sehingga orang yang merasakan ada permusuhan antara kamu dan dia adalah seperti teman yang setia.
Surah Fussilat : 34.
Maafkanlah dan berlapang dada. Apakah kamu tidak ingin bahawa Allah mengampunimu? Dan Allah adalah Maha Pengampun lagi Maha Penyayang.
Surah An Nur : 22.
Terus teringat tentang isu emosi yang saya pernah belajar. Sebenarnya, bila memaafkan, kita pilih untuk kebaikan diri kita sendiri supaya hati lebih ringan, tenang tanpa marah, stress dan dendam. Bila hati tenang, tak ada emotional blockage dalam tubuh badan seterusnya jauh daripada penyakit-penyakit bahaya.
Ya Allah! Bila join kelas ni, hari-hari dapat reminder untuk terus buat amalan-amalan Sunnah Rasulullah SAW. Agak-agak terlepas laku, baca perkongsian di group ni dan terus spark rasa nak buat baik bila tengok kawan-kawan lain berlumba-lumba buat baik.
Ustaz Wadi Annuar pernah cerita,
Kawan yang baik, yang sentiasa ajak kita menuju jalan yang Allah suka boleh bantu tarik kita ke syurgaNya nanti.
Soalnya sekarang, berapa ramai kawan yang baik dalam circle kita?
Allah. ðŸ˜ðŸ˜ðŸ˜
Jika ada kawan-kawan nak join kelas online ni, jom lah! Kita ramai-ramai amalkan kembali Sunnah Rasulullah SAW dalam kehidupan seharian. Insha Allah Allah makin sayang.
Hubungi saya di sini. Insha Allah saya pimpin kawan-kawan.
No comments:
Post a Comment
Thanks For Your Comment!