09 May 2020

Pasta Pengganti Mee Kuning

Hari tu nak stock up mee, takut naik kulat kalau simpan lama. Nak letak dalam peti sejuk (chiller) risau keras.
Nak makan megi, erkkkk dah lama kami tak makan dan risau lepas fasa kawalan pergerakan ni dapat sakit bukan-bukan pula kan? 😅⁣
Terus teringat si Angel Hair ni. Sesuai ni buat ganti megi dan mee sebab dia kering. ⁣
Lepas tu boleh la suka hati nak masak style mee goreng, mee sup, megi. Kalau nak jadi rupa mee sanggul, pilih pasta jenis pipih macam Linguini atau Fettucine yang besar sikit tu. Ikutlah selera masing-masing. 

Kalau buat style mee sup, pagi makan dengan pasta. Petang boleh tukar mee dengan nasi. Dah setel 2 menu terus.

Saya yang jenis "cooking is not my forte" ni memang sebolehnya cari jalan mudah. Asalkan semua orang dalam rumah boleh meneruskan hidup. Tak sempat dah nak fikir resepi sedap-sedap dalam musim yang semua benda pun selalu habis stock di kedai. Huhuhu.
Pilih Angel Hair ni sebab dia halus berbanding Spaghetti. Jadi bila makan tu tak cepat muak. ⁣
Cubalah kalau tak kisah langgar pantang larang resepi pasta! Hihihi.⁣

Doa Nabi Ibrahim AS

Pagi ni bertemu lagi dengan ayat ni.

Nabi Ibrahim AS, seorang ayah yang beriman dan bijak. Ketika baginda diperintahkan oleh Allah SWT untuk meninggalkan isteri yang dicintai, Siti Hajar dan anaknya Nabi Ismail AS yang masih kecil di tengah-tengah kawasan padang pasir yang panas dan gunung-ganang batu di kota Mekah. Di mana ketika itu tidak ada tanda-tanda kehidupan apa pun di situ. 

Yang peliknya, baginda langsung tak minta pada Allah agar dikurniakan mereka harta, makanan yang banyak untuk teruskan kehidupan sepeninggalan baginda.

Namun, baginda berdoa supaya Allah tetapkan isteri dan anak baginda untuk tetap taat dalam solat sebab baginda tahu dan yakin dengan janji Allah SAW.

Bila solat Allah akan cukupkan semuanya. Allah yang akan selesaikan bab harta, makan minum dan segala masalah di dunia ini.

Ternyata baginda yakin, isteri dan anaknya akan ditinggalkan di dalam "tangan" yang terbaik. Serah semuanya tanpa ragu-ragu kepada Allah yang memiliki sepenuh kasih sayang di dunia ini yang melebihi kasih sayang seorang ibu kepada anaknya.

Didoakan kita dan zuriat keturunan kita dipermudahkan dalam urusan menunaikan solat selagi masih hidup di dunia ini supaya Allah redha dan sayang. 

Jom amalkan doa yang Nabi Ibrahim AS titipkan ini setiap kali lepas solat. 

Doa Kaum Nabi Musa AS


Terkesan sungguh dengan perintah Nabi Musa AS kepada kaum baginda dalam Surah Yunus pagi ini.
Disambung pula dengan keindahan doa yang mereka panjatkan kepada Allah. Terus tagging warna hijau (untuk doa) dalam Al-Quran. Senang nak cari nanti.

Dan Musa AS berkata,

"Wahai kaumku! Apabila kamu beriman kepada Allah maka bertawakallah kepadaNya jika kamu benar-benar orang muslim (berserah diri)." - Ayat 84.

Lalu mereka berkata,

"Kepada Allah lah kami bertawakal. Ya Tuhan kami, janganlah Engkau jadikan kami (sasaran) fitnah bagi kaum yang zalim. Dan selamatkanlah kami dengan rahmatMu daripada orang kafir." - Ayat 85-86.

Nota saya :

Pelihara iman dan rasa tawakal kami, Ya Allah. Agar kami sentiasa menggantungkan harapan kami hanya padaMu. Bukan pada selain dariMu.

Agar kami melakukan apa saja dengan niat untuk mencapai redhaMu. Kasihani kami, berilah rahmatMu kepada kami. Jauhilah kami dan zuriat keturunan kami daripada fitnah yang seumpamanya.

Amin amin ya robbal'alamin.

Habbatussauda' dan Batuk


Waktu Aariz kecil dulu biasa amalkan habbatussauda'. Masa tu makan yang jenis liquid bukan jenis soft gel macam ni. ⁣⁣

Lepas tu dah tak ingat kenapa dah tak amalkan ek. Ke sebab leceh nak bersudu bila makan? Tak berjaya nak recall sebab apa ni.⁣⁣
⁣⁣
Sekarang, bila kami tiga beranak batuk, kawan yang jual habbatussauda' dulu suggest makan habbatussauda'. Hahaha baru teringat dulu pernah makan kan. ⁣⁣
⁣⁣
Cuma bila ada jenis soft gel ni lebih mudah nak makan. Aariz pun boleh join sekali sebab pandai telan kapsul gini.⁣⁣
⁣⁣
Annur je kena gigit sikit kapsul tu dan picit masuk dalam mulut dia. Alhamdulillah dua-dua pun senang makan. Siap mintak lagi! Hahaha tak boleh, tak boleh. Ni kena bajet-bajet sebab makan 3 kali sehari. ⁣⁣
⁣⁣
Alhamdulillah nampak kurang banyak batuknya. Malam pun tak terjaga dah. ⁣⁣
⁣⁣
Habbatussauda', selain bagus untuk batuk, bagus juga untuk tingkatkan sistem pertahanan badan. Cubalah.⁣⁣
⁣⁣
Alhamdulillah for the oil. ⁣

06 May 2020

Quote Kegemaran?


Ada masanya memang akan lalui fasa "rasa nak give up" terutamanya bila kita sedang usahakan sesuatu yang penting tapi belum lagi menjadi. Siap pakej drama kecewa dan airmata.

Sebelum ambil keputusan nak pilih untuk putus asa, bolehlah ingat pesan Jim Carey ni.

"If you give up on your dreams, what's left?"
- Jika kau putus asa dengan impian-impian kau, apa lagi yang tinggal? 

Quote ni sangat kuat impaknya untuk saya sejak mula-mula jumpa dulu sebab saya takut nak kejar impian dan takut nak buat benda yang sepatutnya dibuat. Banyak ketakutan itu ini dari kecil. 

Siapa macam saya? I really feel you. 

Sebab tu saya lambat ambil lesen kereta. Takut gila nak drive. Hahaha. Sebelum drive dulu, kena sapu siap-siap minyak Valor untuk rangsang keberanian sampailah saya dah tak perlu guna lagi minyak tu sekarang. 

Cakap je nak pergi mana, Insha Allah sampai walaupun kadang-kadang salah jalan, salah tempat parking. Newbie katakan. Hahaha. 

Buat wallpaper macam ni, letak gambar anak-anak. Bila tengok setiap masa, perlahan-lahan masuk minda separa sedar gitu agaknya. Macam baca affirmation barangkali ya. 

Sedar tak sedar, sampai satu masa tu saya berjaya buat apa yang saya impikan selama ni. Salah satunya ialah berhenti kerja dan beberapa lagi siri kehidupan yang berjaya diubah. Tak sangka boleh jadi seberani itu. Biiznillah. 

Jika ada kawan-kawan yang lalui fasa sama, didoakan Allah membantu kalian. Teruskan berkuat! 😊

#NotaNadia
#FearLies

05 May 2020

Khutbah Syaitan di Akhirat Nanti





Ya Allah! Apa lagi alasan yang boleh kita cakap depan Allah nanti? 😭⁣

Hari yang semua orang kecut perut, berdebar-debar, tak berani angkat muka sekalipun. ⁣

Syaitan sendiri akan cakap semua ni. Ada dalam Surah Ibrahim, ayat 22. ⁣

Bayangkanlah, syaitan terus berlepas diri daripada apa kerosakan dan dosa yang kita dah buat sebab kita yang terburu-buru ikut bisikan dia. Dia siap suruh salahkan diri kita sendiri 😭⁣

Ala-ala padan muka engko, siapa suruh engko menggelabah ikut cakap aku? ⁣

Iblis tu dah cukup ingkar sejak dulu. Dia pun tak mau tanggung dosa-dosa kita sekali. ⁣

Keyword di sini,⁣

Syaitan tak mampu paksa kita. Kerja dia ialah timbulkan rasa waswas dan keinginan dalam diri kita supaya kita semua terjerumus dalam kesesatan. ⁣

Lindungi kami, Ya Allah. ⁣

Terima kasih sahabat wangi yang hadiahkan buku istimewa ini. Terlalu banyak ibrah di dalamnya sehingga menjadi penawar bagi hati yang resah gelisah menongkah arus ujian kehidupan. ⁣

"Jika suara itu membawa kepada kejahatan atau menyukarkan kita membuat kebaikan, itulah suara syaitan."  - Ustaz Syaari Ab Rahman.⁣

#nbreading