28 October 2019

Essential Oil Joy (Joy is Love)


essential oil joy malaysia

Ada seorang isteri petani yang mengadu pada Gary Young (pengasas Young Living) tentang perihal suaminya yang selalu berkasar dan mendera secara lisan (verbal abuse).

Selama 37 tahun mereka berkahwin, belum pernah sekalipun si suami meluahkan rasa cinta terhadap si isteri walaupun mereka dikurniakan anak yang ramai.

Gary cadangkan untuk diffuse essential oil Joy dan titis dalam kasut suaminya. Tapi malangnya si suami jadi bertambah marah dan kasar pula. Bingung si isteri ketika mengadu pada Gary. Namun, si isteri tidak mengalah. Dia tukar cara. Diffuse waktu suami tiada di rumah. Lepas tu buka semua tingkap supaya si suami tak perasan.

Sabar sungguhlah isteri ni kan? Kalau saya mesti dah merengkam-rengkam dalam hati. Silap-silap give up awal dah. 😂

Dipendekkan cerita, pada suatu tengahari si suami pulang ke rumah lebih awal daripada biasa kerana traktor nya rosak. Terkejut si isteri di dapur kerana suami tiba-tiba muncul dan dia pula sedang diffuse Joy.

"Habislah aku!"

Dia dah risau akan kena marah teruk ni. Tiba-tiba si suami bertanya.

"Bau apa ni Mary?"

Dengan takut-takut dia menjawab sambil berlalu ke bilik.

"Oh Joy je tu."

Si suami ikut isterinya di belakang sambil cakap,

"Sedap bau ni!"

Dan buat pertama kalinya si suami cakap "I love you" kepada isterinya setelah 6 bulan si isteri ikhtiar dengan essential oil Joy.

Padahal itulah aroma minyak yang si suami tak suka sangat dulu kan? 😊

Begitulah istimewanya essential oil Joy. Gabungan minyak daripada Ylang Ylang, Geranium, Jasmine, Palmarosa, Rose, Bergamot, Lemon, dan Tangerine ada fungsi yang luar biasa pada tubuh badan kita.

Bila tahu cerita daripada Gary ni terus teringat pada para isteri dan suami yang konsisten guna Joy ni. Mood jadi stabil. Suami jadi lebih concern pada isteri. Isteri pun kurang menyinga. Rasa sayang menyayang je. Masha Allah!

Saya juga baru tahu. Rupa-rupanya nama Joy dulu-dulu ialah Love. Hihihi.

Diffuse Joy, spread Love ♥️♥️

#NotaNadia

No comments:

Post a Comment

Thanks For Your Comment!