04 September 2019

Relax and Renew with Essential Oils di Bangi.


Alhamdulillah. Alhamdulillah. Alhamdulillah.

First of all, I give all credits only to Allah yang bantu kami jayakan sesi dengan semua amazing mommies di Bangi Isnin lepas. Sungguh tiada daya dan kekuatan kami melainkan semuanya atas bantuan Allah semata-mata.

Ya Allah! Excited sungguh sampai tak sempat update seketul post pun di Facebook pasal program ni. Gambar pun tak banyak sebab sibuk join sekali walaupun co-host sesi ni kan. Rugi rasanya kalau lepaskan peluang especially bila belajar cara guna essential oil dalam rutin harian dan buat Gratitude Session tu.

Seronok sangat sebab belajar jenis-jenis essential oil yang sesuai digunakan dari mula buka mata sampailah tidur. Diajar satu persatu. Jadi, tak ada lah isu set minyak yang dibeli terperuk bawah katil, kumpul habuk sebab tak tahu cara nak guna kan? Essential oil ni bukan sekadar untuk isu fizikal, tapi membantu secara holistik (menyeluruh) termasuk dapat manfaat untuk mental dan emosi sekaligus. Bukan semata-mata sorokkan simtom sahaja.

Yang best nya, sesi ni kami adakan di Garden Dato' Hamzah, Seksyen 7, Bangi. Best sebab taman kan. Open air. Ada pokok-pokok redup, angin sepoi-sepoi. Sangat tenang. Masha Allah!

Mostly mommies yang join semuanya sebab nak "Me Time". Yang sedar diorang juga perlukan self care. Tumpang syukur untuk diorang sebab punyai suami yang sangat memahami. Malah ada seorang ibu mertua prihatin yang cadangkan menantu join sesi kami. Terharu sangat! Tahniah buat ibu-ibu hebat ni sebab diorang terbuka untuk dibantu dan diorang sedar diorang terlebih dahulu perlu tenang, perlu bahagia sebelum pakai topi berlabel isteri, ibu di rumah.

Macam kata pepatah Inggeris yang kita biasa dengar,

"You cannot pour from an empty cup. Take care of yourself first."

Waktu ni tengah gelak-gelak lagi. Diorang tak tahu lepas tu akan ada drama airmata. Hihihi.
Kita tak boleh nak ubah orang untuk kita. Tapi kita boleh ubah diri kita sendiri. Kan?

Benda ni je yang kita boleh kawal. Ya, buat benda yang berada dalam kawalan kita jauh lebih mudah berbanding buat benda yang tak dapat dijangkau oleh diri kita. Takut dapat penat je expect lebih-lebih tapi langsung tak ada apa-apa yang berubah. Lebih baik selesaikan diri kita dulu, yang lain Insha Allah akan menyusul ikut berubah.

Bab ni memang tak boleh percaya terus, kena buat dulu. Lepas tu rasakan sendiri kesannya.

Oh ya! Ada yang join dengan ibu mertua juga tau! Best betul kan? Sefikrah gitu. Rezeki, rezeki.

Sepanjang sesi berlangsung, ada masanya kami ketawa. Ada masanya kami menangis. Especially waktu Gratitude Session. Dulu saya terkejut juga ada essential oil nama Gratitude. Hahaha. Jakun sekejap kan. Tapi once guna, baru tahu impaknya macam mana. Kami panggil ni minyak banjir sebab setiap kali buat sesi kesyukuran guna minyak ni, tak boleh nak tahan-tahan dah empangan airmata.

Dulu rasa, Oh kamon! Nak bersyukur pun kena guna minyak? Lepas tu aku yang banjir sebaldi. Padan muka! 

Dengar setiap kesyukuran mereka hari tu, Masha Allah! Memang lap airmata je kerjanya. They have their own struggles too! Yang kalau diri sendiri lalui, tak boleh bayang macam mana lah agaknya yang akan jadi. Cukup bersabar dan boleh bertenangkah aku? Haaa. Terus rasa ujian yang kita dapat alahai sekecil kuman je. Wuuuuuuu. Nangis.

Automatik rasa malunya nak komplen itu ini.

So on a serious note, kalau kita suka komplen. Itu tak kena, Ini tak kena dengan taste kita. Mungkin dah sampai masanya kita sebut-sebut pula setiap nikmat yang Allah dah berikan. Termasuk nikmat yang kita tak minta pun, tapi Allah bagi. Contohnya nikmat mata, oksigen, kaki yang sihat, anak-anak yang takde sakit berat-berat, masih ada kerja yang boleh beri income. Lama-lama kita dah jadi terbiasa nampak nikmat saja, otak dan hati kita akan jadi terdidik gitu. Insha Allah akan kurang banyak tabiat suka komplen ni. Terus dapat mata lebah gitu. Nampak yang cantik-cantik, wangi-wangi saja.

Berhentilah dari rasa diri selalu jadi mangsa. Rasa dimangsai setiap hari. Rasa semua orang salah, keadaan salah, masa silam salah, tempat kerja salah, keluarga salah. Percayalah, semuanya boleh diubah bila kita sedar kita ada masalah tu. Langsung tak jadi dosa kalau kita akui kelemahan diri kita. Apa-apa perubahan yang berlaku semuanya bermula daripada kesedaran (awareness) kita sendiri. Lepas tu kita ambil tanggungjawab untuk bertindak. Katakunci di sini ialah sedar dan bertindak.

If you need help, just ask.

Alhamdulillah untuk positive feedback yang kami terima sejak habis program ni. Yang mana-mana kurang, ampun maaf dipinta. Insha Allah kami akan improve lagi pada masa akan datang.

Terima kasih tak terhingga to my best buddy Nik Nur Adilin yang bertungkus lumus untuk jayakan sesi semalam. Sibuk dengan twins dan Marissa yang comel tu lagi. You did very well, sister!

Terima kasih Dr Nurul Huda yang sudi kongsikan ilmu mahal ni dengan kami semua! I love your energy!

Terima kasih buat semua ibu awesome yang hadir. Didoakan Allah beri keberkatan masa buat kalian yang berusaha untuk belajar menguruskan emosi. Dipermudahkan semua urusan setiap hari.
Kerana diri kita begitu berharga. 

Insha Allah ada repeat session next time sebab ramai yang request. Doakan ya.

Boleh hubungi saya untuk maklumat lanjut ya. 


No comments:

Post a Comment

Thanks For Your Comment!