11 September 2019

10 Essential Oil Penting : #9 RC.

essential oil RC

Cuba bayangkan ini.

Kita balik rumah lepas seharian yang memenatkan di tempat kerja. Tengah duduk bersandar di sofa tiba-tiba teringat ada lagi benda yang nak kena siapkan sebelum dapat rehat sekejap. Pernah dengar?

Jadi, kena tahu tentang kelebihan dan kegunaan R.C yang menyegarkan dan memberi kecergasan. Dan perlu tahu kenapa kita perlu ada si kecil molek ni dalam koleksi essential oil sendiri!

Ada 1 soalan lazim yang orang suka tanya tentang R.C. Apa maksud R.C? Sebenarnya boleh bawa pelbagai maksud yang menarik! 😁

1. "Robust Complexity"

R.C ialah campuran 10 essential oil yang sangat unik dan menakjubkan. Aroma Northern Lights Black Spruce, Cypress dan Pine akan membuatkan kita rasa seperti berdiri di tengah-tengah hutan sejuk yang menyegarkan daripada aroma Peppermint dan 3 jenis minyak Eucalyptus (Globulus, Radiata, Citriodora), Lavender, Myrtle dan Marjoram, memberi aroma yang sedikit manis.

Tips : Diffuse R.C untuk menyegarkan ruang udara di rumah. Dapat merangsang mood dan semangat untuk habiskan semua to-do list.

2. "Refreshing Companian"

Aroma R.C seperti bernafas dalam udara yang segar. Sangat bagus untuk dijadikan teman ketika bersenam. Bukan saja merangsang rasa selesa untuk bernafas dengan lebih dalam, tapi rasa macam tengah berlari naik bukit walaupun sebenarnya kita guna threadmill je.

Tips : Sebelum bersenam, sapu R.C yang sudah dicairkan di dada dan belakang leher. Setiap kali bernafas kita akan rasa wangian yang sangat menyegarkan!

3. "Rejuvenating Coolness"

Bukan saja bersenam yang menjadikan hari kita rasa mencabar. Bila rasa penat secara mental dan fizikal, aroma R.C yang menyegarkan dan dapat beri sensasi sejuk boleh membantu untuk rasa segar, memperbaharui semangat dan kita bersedia untuk teruskan hari dengan tenang.

Tips : Cairkan R.C dengan minyak sayuran V-6 dan buat urutan kaki. Rasa menyegarkan! Kaki pun rasa selesa dan ready nak sambung buat kerja!

4. "Revitalizing Care"

Aroma RC memberikan ketenangan dan kesegaran. Seperti berada di spa yang memberikan kita rasa lebih segar. Apa kata setiap hari kita cipta suasana seperti di spa? Tambah R.C dalam rutin harian untuk kita rasa seperti hidup semula.

Tips : Titis dalam air mandian yang suam dan diffuse R.C untuk aroma yang memberi kecergasan dan kekuatan pada diri.

5. "Relaxing Comfort"

Pernah tak kita stuck dalam bilik hotel yang kurang pengudaraan, ada bau kepam dan susahnya nak tidur. Pusing kanan, kiri pun tak boleh nak lelapkan mata. R.C antara essential oil yang sangat membantu untuk hilangkan aroma yang tidak menyenangkan. Dapat memberikan suasana yang lebih selesa.

Tips : Bawa R.C dan diffuser bila kita travel atau titis atas bebola kapas / tisu kapas, letak di tepi katil untuk beri aroma yang segar dan selesa di dalam bilik kita.

6. "Raindrop Technique Component."

Pernah dengar Raindrop Technique? Raindrop Technique ialah satu cara urut menggunakan essential oil Young Living.

Mungkin dah sampai masanya untuk dicuba?

Tips : R.C boleh jadi pengganti Aroma Siez yang digunakan dalam Raindrop Technique.

Tips Bonus : Cara mudah untuk gunakan R.C ialah sapu R.C yang sudah dicairkan di dada dan pergelangan tangan setiap pagi.

Aromanya membangkitkan semangat, rasa bertenaga dan membuatkan kita bersedia untuk hadapi hari yang baru sebab kita ialah "Resilient Champion"!

Nak dapatkan untuk anda dan keluarga tersayang juga? Tekan sini untuk miliki.

No comments:

Post a Comment

Thanks For Your Comment!