10 September 2019

10 Essential Oil Penting : #3 Peppermint.

10 essential oil penting dan wajib ada : Peppermint

Ini minyak ketiga wajib ada di rumah.

Peppermint berasal dari Eropah. Namun pada masa sekarang Amerika Syarikat pula yang bertanggungjawab menghasilkan 75% bekalan dunia.

Sebanyak 454 gram daun dan bahagian atas pokok peppermint disulingwapkan (steam distill) untuk mendapatkan sebotol essential oil Peppermint Young Living.

Essential oil Peppermint menyebabkan rasa sensasi sejuk kerana komponen utamanya ialah Menthol. Jadi kalau nak rasa sejuk dan segar, sila guna minyak yang ini.

Campur dengan minyak zaitun untuk urutan selepas bersenam. Nyaman! Sejuk je.

Bila lama sangat buat kerja depan komputer, memang rasa lemau je kan? Mata tu mula la kuyu je. Cepat-cepat hidu atau diffuse Peppermint ni. Sapu sikit di pelipis (bahagian hujung kening). Sedap je. Rasa segar!

Titis 5-10 essential oil Peppermint atas secubit garam dan masukkan ke dalam botol spray. Boleh spray di atas fabrik, langsir, cadar tilam, bantal.

Ini tips rahsia.

Bila musim panas, memang kadang-kadang tu rasa senangnya nak marah. Bila pakai telekung waktu solat, dia punya panas memang tak boleh bawa bincang. Dalam telekung dah macam sauna kan? Hahaha. Orang perempuan tahulah macam mana rasanya ni kan?

Titis 1-2 essential oil Peppermint di tapak tangan. Lepas tu sapu di belakang leher dan bahu kanan kiri. Lalu, solatlah anda. Memang sedap rasa macam ada aircond dalam telekung. Sejuk-sejuk berangin. Kalau belum biasa, cuba 1 titis je dulu pun boleh.

Selain daripada diffuse essential oil Peppermint sahaja, ia juga sesuai jika digandingkan dengan Orange, Cinnamon Bark, dan Rosemary.

Cubalah! 😉

Nak dapatkan untuk anda dan keluarga tersayang juga? Tekan sini untuk miliki.


No comments:

Post a Comment

Thanks For Your Comment!