09 September 2019

10 Essential Oil Penting : #1 Lavender.

10 essential oil penting dan wajib ada : Lavender

Ada apa dengan essential oil Lavender ni?

Essential oil Lavender dihasilkan daripada proses penyulingan wap bunga-bunganya (bahagian atas).

Young Living menggunakan Lavender jenis True Lavender (spesis Lavandula Angustifolia) yang berkualiti tinggi dan harmoni aromanya. Sesuai untuk sapuan di kulit juga.

Sebanyak 27 kaki persegi pokok Lavender diperlukan untuk sebotol essential oil bersaiz 15ml.

Dalam event MyRevOILution hari tu saya berpeluang untuk tengok sendiri pokok Lavender jenis ini. Bau bunga dan pokoknya sama seperti dalam botol essential oil Young Living!

Lavender ialah essential oil yang paling banyak kegunaan dan paling popular di dunia.

Perkataan Lavender dalam Bahasa Inggeris dipercayai berasal daripada perkataan Latin "Lividus" yang merujuk kepada warna pokoknya yang kebiru-biruan dan "Lavare" yang bermaksud untuk dicuci kerana pada zaman dahulu, Lavender digunakan untuk dijadikan wangian dalam mandian dan sebagai pencuci pakaian.

Essential oil Lavender Young Living boleh digunakan secara sapuan di kulit.

Antara produk-produk homemade yang biasa menggunakan essential oil Lavender ialah scrub badan, sabun mandi, lip balm, spray pakaian dan lain-lain lagi.

Untuk tidur yang lebih tenang dan damai, boleh titis essential oil Lavender di tapak tangan dan sapukan di bantal sebelum tidur.

Nak pengalaman seperti spa di rumah sendiri?

4 titis essential oil Lavender di dalam secawan garam epsom dan tuang ke dalam mandian yang suam. Rasai suasana yang tenang, damai dan membuatkan anda lebih bahagia!

Diffuse essential oil Lavender dan bergembiralah dengan aroma bunga terkenal dunia ini!

Essential oil Lavender juga sangat sesuai bila digabungkan dengan essential oil Cedarwood, Frankincense, Ylang Ylang, Lemon dan Tea Tree.

Oleh sebab Lavender ni ialah minyak yang paling serba guna, jika ada apa-apa isu yang kita tak pasti nak guna essential oil apa, Lavender kan saja! 😉

Nak dapatkan untuk anda dan keluarga tersayang juga? Tekan saja di sini.


No comments:

Post a Comment

Thanks For Your Comment!