10 September 2019

10 Essential Oil Penting : #6 Digize.

10 essential oil penting dan wajib ada : Digize

Okay, kalau sebelum ni kita dah cakap tentang essential oil jenis single. Sekarang ni kita masuk ke essential oil jenis blend pula.

Digize ni selalu dipanggil sebagai "conversion oil". Minyak yang buat orang "convert" kepada kepada gaya hidup essential oil yang berasaskan tumbuh-tumbuhan.

Digize mengandungi essential oil Tarragon, Peppermint, Ginger, Juniper, Fennel, Anise, Patchouli, Lemongrass.

Minyak yang paling senang nak guna. Tak dapat tidak memang paling senang kongsi dengan keluarga dan kawan-kawan yang memerlukan.

Okay, ini sedikit idea untuk guna Digize :

1. Boleh sapu terus di pusat sahaja atau keliling perut. Ada yang rasa pijar sikit, jadi boleh tambah minyak sayuran V-6 untuk cairkannya supaya kurang rasa tak selesa.

2. Sapu di perut jika travel jauh.

3. Sapu di perut sebelum plan untuk makan banyak. Ni sesuai sangatlah sapu sebelum berbuka puasa, pergi kenduri, birthday party.

4. Aroma Digize sedikit berbeza. Tak semua orang suka baunya. Jadi boleh sapu di tapak kaki untuk kesan yang efektif.

Oleh sebab mudah sangat nak guna Digize ni, ibu-ibu boleh bekalkan untuk anak-anak ke sekolah. Isi dalam botol roll-on. Bila anak nak guna, golek-golek saja di perut.

1-2 titis essential oil Digize untuk botol roll-on 5ml. Penuhkan botol dengan minyak sayuran pilihan sendiri.

Sama ada minyak zaitun, minyak kelapa dara, minyak argan sebagai contoh. Dapat yang organik lebih baik supaya dapat menjaga kualiti essential oil yang tulen di dalamnya.

Jimat bukan?

Kita tak guna essential oil macam minyak angin. Sekali guna perlu tuang banyak minyak macam tu. Tak, tak. Setitis dua je sebab essential oil sangat pekat.

Boleh tambah essential oil Peppermint untuk rasa sensasi yang sejuk! 😉

Nak dapatkan untuk anda dan keluarga tersayang juga? Tekan sini untuk miliki.



No comments:

Post a Comment

Thanks For Your Comment!