10 September 2019

10 Essential Oil Penting : #4 Copaiba.

10 essential oil penting dan wajib ada : Copaiba

Buka penutup botol essential oil Copaiba dan rasai aroma hutan hujan Amazonnya. Copaiba dihasilkan daripada proses penyulinganwap getah pokok Copaifera Reticulata.

Aromanya yang lembut dan menyenangkan ada iras bau getah pokok mangga. Cuma lembut sedikit.

Copaiba paling banyak digunakan di spa dan untuk rawatan kulit.

Macam mana nak guna Copaiba ni?

1. Titis dalam moisturizer untuk mendapatkan kulit wajah yang sihat tanpa cela dan nampak "glowing".

2. 1 titis sapu terus di kulit setiap malam, sebelum tidur untuk kulit wajah yang lembap dan ia mampu mengurangkan garis-garis halus di wajah.

3. Siapa suka perfume bau kayu-kayuan, boleh gabungkan Copaiba dengan essential oil Cedarwood atau Royal Hawaiian Sandalwood.

4. Nak rasa seperti berada di hutan Amazon?

Boleh cuba resepi diffuser dengan aroma eksotik ni :
* Copaiba 3 titis.
* Cedarwood 3 titis.
* Lime 2 titis.

5. Lepas aktiviti bersenam, panjat bukit atau baru lepas satu hari yang sibuk dan stress. Boleh urut badan dengan campuran minyak sayuran V-6 dan Copaiba atau guna mana-mana minyak sayuran yang disukai.

6. Bayangkan kita berada di spa hutan hujan Brazil.
Kita tak boleh nak ke sana, jadi kita cipta spa rendaman kaki yang mewah untuk diri sendiri di rumah. Spa ni inspirasi daripada resepi Tropical Resort Foot Soak yang memberi rasa selesa pada otot.

Sila cuba ya!

Tropical Resort Foot Soak 

Bahan-bahan :
1/4 Epsom Salt (boleh beli di Guardian berdekatan).
2 titis essential oil Copaiba.
2 titis essential oil Panaway.
Air suam.

Campurkan epsom salt dan kedua-dua essential oil ke dalam mangkuk.

Masukkan campuran di atas ke dalam air suam.

Sila duduk, bertenang dan biarkan kaki direndam selama 15 hingga 30 minit.

Cubalah! 😉

Nak dapatkan untuk anda dan keluarga tersayang juga? Tekan sini untuk miliki.



No comments:

Post a Comment

Thanks For Your Comment!