05 September 2019

Doa Untuk Anak Menghadapi Peperiksaan UPSR


UPSR dah mula semalam kan?

Teringat 21 tahun dulu. Terus rasanya tuanya lah aku sekarang ni. Korang dah berapa tahun ambil UPSR? Ada anak yang ambil UPSR tahun ni? Semalam share tips ni di Facebook dan Instagram. Hari ni baru sempat nak share di blog pula. Maklum la. Sejak jadi WAHM ni, tiba-tiba rasa semuanya sibuk sangat nak dikisahkan. Ada 2 ketul anak yang masuk kategori URGENT sokmo untuk dilayan. Hahaha.

Waktu kerja dulu, boleh kategorikan setiap isu user. Ada yang kategori biasa tu, boleh layan lambat sikit. Yang urgent dan important lain pula. Tapi bila dah lantik diri jadi WAHM ni, 2 orang customer tetap di rumah ni memang tak dapat tidak mesti didahulukan melebihi segalanya. Mak-mak yang kerja dari rumah faham la situasi macam ni kan?

Sambil pegang tangan nyanyi "kita serupa, kita serupa." Hahaha.

Sedikit tips untuk ibu ayah daripada perkongsian Ustaz Zahazan Mohamed sekitar 6 tahun lepas.

Titipkan doa buat anak-anak yang menghadapi peperiksaan UPSR.

1) Ibu ayah bangun awal. Solat hajat, sahur, puasa. Doakan anak dan seluruh umat Islam sepanjang puasa.

2) Banyakkan sedekah walaupun pada haiwan.

3) Beri anak-anak minum air zamzam atau air masak yang banyak.

4) Pastikan anak dapat tidur yang mencukupi.

5) Amalkan doa dalam ayat 74 (Surah Al-Furqon). Niatkan agar mereka diberikan ilham, kefahaman dan kelancaran dalam menjawab peperiksaan.

6) Beri anak keyakinan bahawa mereka mampu melakukan yang terbaik. Pesan untuk baca doa sebelum mula menjawab, selawat ketika menghadapi kesukaran dan petua-petua yang lain.

7) Ingat! Jangan sekali-kali menjadikan anak stress dengan permintaan-permintaan yang luar biasa. Memadailah dengan kata-kata berisi doa, motivasi dan peniup semangat untuk mereka.

Antara surah-surah yang digalakkan untuk baca :

1) Asy-Syarh.
2) Al-Hasyr : 21-24.
3) Ar-Rahman : 1-13.

Niatkan semasa membaca ayat-ayat ini agar anak mudah mendapat ilmu dan mudah menjawab dengan cemerlang.

Boleh sapukan essential oil yang bersesuaian untuk bantu anak lebih tenang, bersemangat, yakin dan fokus.

Insha Allah dipermudahkan semuanya.

Selamat maju jaya! ❤


No comments:

Post a Comment

Thanks For Your Comment!