25 August 2019

Resepi Diffuser : Bila Rasa Badan Nak Roboh.


Normal sangat kan bila ada hari yang rasa nak roboh badan. Lebih-lebih lagi untuk golongan ibu dan ayah. Sampai rumah tu dah mintak nyawa! Mintak nyawa! Mintak nyawa!

Faham sangat. Sebab dulu saya pun macam tu. 

Eh sampai sekarang ni pun masih lagi walaupun aktiviti kerja dah berpindah dari kilang ke rumah. 😂 

Siang sibuk kerja di office. Balik rumah sambung buat kerja-kerja rumah. Nak entertain anak-anak lagi. Kain longgok dalam bakul dah memanggil-manggil suruh lipat tu! Aduh! 

Stop kejap. Kain boleh tunggu. Tapi kita ni biar dalam keadaan cukup rehat, cukup tenaga. Biar recharge dulu. Tak lari kain dikejar. Eh! 

Biasa dengar tentang self care? Oh untuk seorang manusia menjalani kehidupan dengan lebih waras, tenang dan bahagia. Self care sangat-sangat penting. Terutamanya untuk ibu-ibu sekalian. Happy mom, happy kids. 

Setuju? 

Apa boleh buat, anak-anak lebih cepat belajar dari tindakan kita. Bukan dari apa yang kita cakap pada mereka. Jadi, tak dapat tidak self care ni sangatlah penting. 

Berapa kali dah sebut penting ni? Hahaha. 

Nak katanya, jaga diri sendiri tu dah masuk kategori important. Ada masanya urgent.

Selalunya kami diffuse blend yang dipanggil "Kelegaan Segera" sebelum tidur. 

Apa lagi yang penting daripada dapat deep sleep kan? Esok pagi Alhamdulillah rasa segar sungguh!

Ini resepinya. Boleh cuba dengan mana-mana diffuser Young Living. 

3 titis Lemon
3 titis Peppermint
4 titis Lavender

Macam biasa, set untuk diffuse 8 jam. 

Bilik memang dijamin wangi, rasa nyaman tenang je dengan essential oil asli dan premium ni. Pakej rasa tubuh badan yang sejahtera! 

Masha Allah. Nikmat mana lagi nak ku dustakan. 

Oh ya! Bila nak guna waktu tidur, lampu diffuser wajib off supaya tak ganggu hormon melatonin buat kerja ya. 

Semoga yang berhajat dikurniakan rezeki untuk memilikinya juga. Saya doakan. ♥️

Boleh dapatkan sendiri di sini.

Untuk consultation, tekan sini.


No comments:

Post a Comment

Thanks For Your Comment!