31 August 2019

CARA KOPEK MANGGIS YANG MUDAH



Pagi-pagi dah kena kopekkan manggis untuk Annur. Selagi tak kopek, selagi tu dia datang meratib.

"Nak buah semalam. Nak buah semalam."

Repeat till fade.

Sebab ayahnya belikan semalam. 😂

Waktu tangan tengah comot-comot tu terfikir. Mesti ada jalan supaya tak struggle sangat nak buka manggis ni sebab tangan saya dah mula sakit dok penyekkan kulit manggis yang tebal ni.

Terus Google. — kawan baik siapa lah si Google ni kan?

Terjumpa 1 cara ni. Jadi kita cuba try test. 😂

1) Cari tampuk manggis.

2) Tekan perlahan-lahan si tampuk tu dengan ibu jari. Tak payah sampai pecah pun boleh. Macam saya ni dah ke dalam sikit sebab first timer la katakan.

3) Lepas tu dah mudah nak kopek kulitnya.

4) Kopek semua kulit, dah dapat sejambak isi manggis di situ. Nak terus ngap pun boleh. 😂

Saya dah tentu kena letak dalam mangkuk kecil. Bagi Annur kan. Hihihi.

Tak comot sangat tangan.

Cubalah!

P/S : Tangan saya dah comot sebab sebelum tu saya kepit dengan tangan. Hihihi.


No comments:

Post a Comment

Thanks For Your Comment!