Ibu, bertenanglah ...

Khamis, 29 Mac 2018



Teks : Nadia Bakar
Foto : Earlyedukids

Dah 6 tahun jadi ibu baru sekarang saya tahu. Aduhai.

Di bawah ni antara intipati yang saya faham daripada talk Dr Siti Rohana.

Ibu mesti bertenang supaya kita tak menyinga sepanjang masa. Supaya otak kita sempat berfikir dengan baik sebelum bertindak.

Bila anak pecahkan cawan, ibu berhenti sekejap. Rasa nak marah?
Tarik nafas dalam-dalam sampai kita rasa tenang dan otak boleh proses apa yang sedang berlaku dengan rasional.

Bila dah bertenang, baru otak boleh berfungsi sebagai manusia yang waras.

"Oh anak aku tak sengaja."
"Oh anak aku nak tolong angkatkan."
"Oh anak aku nak bagi aku cawan cepat-cepat."
"Oh anak aku tangannya belum cukup kuat angkat cawan kaca yang berat."

Bagi anak kecil, tiada siapa lagi yang paling dia cintai melainkan ibu. Orang pertama yang dia kenal di dunia ini.
Bayangkanlah kalau anak kecil asyik dimarah, diherdik dan dipukul?
Pada siapa lagi dia nak percaya dan bina kepercayaan diri sendiri kalau bukan pada ibu?

Di hati anak, ibulah segala-galanya.
Kalau ibu bunuh kepercayaan pada diri mereka dengan tempik, herdik dan pukul, kita ingat anak akan jadi orang yang percaya diri (high self esteem) bila perlu keluar hadap dunia luar nanti?

Ibu nak bertenang kena elakkan stress.
Lebih-lebih lagi stress yang tak perlu.
Yang tak penting pun. Yang langsung tiada kaitan dengan kita.

Salah satunya, stalk cerita gosip di alam maya ni. Perasan kan macam mana punya sakit hati bila kita baca kisah rumahtangga yang pelik-pelik, tak masuk dek akal? Padahal tu kisah orang lain. Tapi dah curi baaaaanyak tenaga kita.

Tanpa sedar kita stress. Lepas tu senang nak marah-marah. Hal kecil-kecil pun tak boleh nak toleransi.
Sebab? Kita tak bertenang. Otak kacau-bilau. Cloudy.

Teringat tuan Bukhari Ramli cakap.

"Otak ni tempat yang suci. Jangan masukkan sampah!"

Dulu saya tak faham juga apa yang tuan Bukhari cakap.
Lama-lama baru nampak, boleh kaitkan otak dengan mindset dan akhlak kita sebagai manusia.

Apa yang kita lihat dan dengar masuk ke otak. Tambah pula dengan emosi, memang dahsyat penangannya. Lalu tercipta belief system kita sendiri.

Ibu, tak kita yang berubah, siapa lagi?
Anak tak ada orang lain untuk diharapkan, melainkan pada ibunya sendiri. Tak mungkin ibu orang lain tiba-tiba datang nak offer diri.

"Meh sini meh. Acik boleh jadi ibu yang bertenang untuk awak, nakkkk."

Ibu, mesti bertenang.
Anak kecil tak lama mana.
Sampai masa dia dah pandai buat keputusan sendiri. Dah keluar pergi belajar, tak lama tu akan bina rumahtangga dengan orang lain. Tinggallah kita sendiri.

Sekarang ni masa untuk kita cipta sebanyak mungkin memori yang indah dan baik dalam hidup mereka.

Kita cuba, ya.
Tak jadi sekali, buat sampai sejuta kali.
Tak dosa pun. Asalkan kita tak putus asa. Tuhan nampak usaha kita.

Nadia Bakar
Paksa diri cuba tenang setiap masa walau banyak lagi cacat celanya.

#Nota : Orang Penang, cecepat book tempat. Ni talk terakhir untuk tahun ni. Saya memang highly recommend pergi talk Dr Siti.
Lepas tu tengoklah macam mana life you akan berubah. Syarat dia, MESTI BUAT. Info lanjut di dalam poster.


Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
 

Nadia Bakar© - Jurnal Ibu Anak Dua Copyright © 2013