23 November 2018

7 Tip Tentang Pengasuh

Mungkin ini rezeki saya.

Kesemua pengasuh yang kami dapat baik-baik belaka. Dah ramai juga bersilih ganti waktu pengasuh tetap perlu bercuti, tetapi semuanya sangat bagus dan menyenangkan.

Alhamdulillah.

Biasanya ada 7 perkara yang saya sentiasa buat ketika di dalam proses mencari dan apabila sudah berjumpa pengasuh yang terbaik buat anak-anak saya.

1. Sentiasa mulakan dengan doa.

Saya belajar tentang "doa dulu" sewaktu nak cari pengasuh lepas bersalinkan anak kedua, Annur.

Sungguh-sungguh minta pada Allah secara spesifik. Nak pengasuh yang baik, sama wavelength, yang boleh tolak ansur dengan kita, yang sayang anak kita macam anak dia sendiri.

Walau kita usaha macam mana sekalipun, tetaplah perlu minta petunjuk Allah sebab Dia jauh lebih tahu apa yang terbaik untuk kita. Jadi, letak doa sebagai usaha pertama.

Daripada pengalaman sendiri, Alhamdulillah dapat ciri-ciri pengasuh seperti dalam doa saya. Sampai hari ni pun masih meremang lagi bila cakap pasal pengasuh yang ini.

2. Sentiasa kenali pengasuh.

Bab ni paling penting. Walau macam mana sibuk sekalipun, mesti selidik dulu siapa yang bakal menjaga anak-anak sementara kita pergi kerja. Risik-risik daripada jiran tetangga pengasuh juga. Inilah orang yang akan gantikan kita sebagai ibu bapa setiap hari. Pengasuh bukan semata-mata jaga makan minum anak kita saja tau. Secara tak langsung mereka juga terlibat dalam proses membina diri anak kita.

Pakat-pakat dengan suami, pergi ke rumah pengasuh. Sembang-sembang. Dari situ kita dapat gambaran macam mana tempat yang anak kita akan duduk nanti.

3. Upah pengasuh.

Biar pengasuh yang tetapkan harga. Muliakan perkhidmatan mereka. Kita tak perlu pandai-pandai nak letak harga dulu.

Jika rasa kurang mampu dan nak minta kurang, mohon budi bicara pengasuh dan sertakan sebab kita sekali. Secara fitrahnya, orang takkan buat sesuatu tanpa kita bagi tahu sebabnya. Ada rezeki, pengasuh pun faham dan rela untuk kurangkan harga.

4. Mudahkan kerja pengasuh.

Bekalkan makanan, pakaian dan keperluan asas anak-anak secukupnya. Kalau tak cukup, pengasuh pun susah hati.

Contohnya, jika anak menyusu susu perahan. Tuang siap-siap ke dalam botol untuk sekali minum (per feeding). Mudah untuk pengasuh terus beri anak kita susu nanti.

Tidaklah pengasuh merungut di belakang kita sebab dia rasa susah bagi susu perahan beku yang perlu dicairkan terlebih dahulu sedangkan anak kita dah meraung-meraung kelaparan. Mana nak kisahkan susu lagi, anak kita lagi.

Saya pernah terbaca kisah pengasuh yang suruh si ibu belikan susu tepung sebab susah nak handle susu perahan. Sedangkan tinggi harapan kita nak menyusukan anak dengan susu perahan sampai 2 tahun.

Mudahkan kerja orang, Tuhan akan mudahkan urusan kita kan?

5. Hargai dan sayangi pengasuh.

Kita rasa kalau majikan layan kita baik-baik macam keluarga dia sendiri, kita gembira tak?

Bila pergi bercuti, beli buah tangan untuk pengasuh. Bila dapat bonus, hulurlah sedikit bonus juga. Bila dekat-dekat raya, beri duit raya. Boleh juga bayar lebih sikit setiap bulan sebagai sedekah. Sesekali bawa pengasuh makan best-best di luar. Untung-untung Allah lapangkan pintu rezeki buat kita dan jadi saham di akhirat nanti.

Bukan senang tugas seorang pengasuh. Kita yang ibu bapa kandung ni pun berapa kali dah bertukar jadi "mak pak kau hijau" kat rumah kan?

Bila pengasuh gembira, selalunya dia akan jauh lebih gembira dan redha untuk jaga anak-anak kita. Silap-silap hari cuti pun dia minta hantar anak-anak ke rumahnya. Serius.

6. Jangan sesekali menipu.

Bab ni paling dibenci oleh sesiapa pun kan. Kita sendiri pun tak suka ditipu. Jadi, kalau kita ada hal peribadi di luar yang menyebabkan pengasuh terpaksa jaga anak kita lebih masa atau waktu yang sepatutnya pengasuh cuti (selalunya hujung minggu), cerita betul-betul pada pengasuh.

"Makcik, hari ni saya cuti. Tapi saya kena pergi Damansara, ada urusan peribadi sikit."

Selalunya pengasuh boleh bertolak ansur kalau kita ni banyak menyenangkan dia. Malah dia sentiasa berbesar hati untuk tolong kita.

7. Teruskan berdoa dan berdoa.

Bila kita dah pun usahakan apa yang patut, jangan lupa untuk berdoa buat pengasuh dan anak-anak kita. Setiap hari.

Doakan pengasuh diberikan kesihatan yang baik, diluaskan pintu rezeki dan dipermudahkan segala urusannya.

Semoga Allah pelihara keselamatan pengasuh dan anak-anak kita sepeninggalan kita untuk bekerja. Boleh juga amalkan doa dengan Asmaul Husna.

Ya Hafiz, Ya Hafiz, Ya Hafiz, Ya Allah.

Ya Allah yang Maha Memelihara. Kau peliharalah keselamatan pengasuh dan anak-anak kami. Hanya Kau sebaik-baik pemelihara.

Cubalah.

Nadia Bakar
Yang sayang pengasuh macam mak sendiri

#NBKongsi

03 May 2018

Sikatlah Rambut Anakmu


Rasa nak kongsi sikit pengalaman sebagai emak yang baru "5 tahun jagung" hari ni.
Biasa dengar baca selawat, tiup pada ubun-ubun anak dan bagi anak makan masakan dari air tangan ibu dapat lembutkan hati anak, serta patuh pada ibu ayah kan?
Kisah ni dah lama nak cerita, tapi asyik lupa. Maafkanlah mak yang sibuk ini.
Saya belajar daripada perkongsian Dr Zulkifli Mohamed Sharif yang amalkan sikat rambut anak-anaknya.Dengan izin Tuhan anak akan patuh dan attach dengan kita.
Saya buat dengan sedikit penambahan sebenarnya.Waktu sikat rambut anak, sambil baca doa tengok cermin. Saya ubahsuai sikit perkataan baik kepada cantik. Nak guna "baik" pun boleh.
"Ya Allah, cantikkanlah akhlak Aariz/Annur yang baik ini sebagaimana Kau cantikkan kejadiannya. Amiiiin"
Anak-anak pun aminkan. 
Annur tengok saja muka maknya dan aktiviti sikat rambut selalunya berakhir dengan dia nak sikat tu, sambung sikat rambut sendiri. Takpe kusut masai balik. Kasi can dia eksplorasi Dora gitu.
Lepas sikat, saya cium pipi dan dahi anak-anak sambil luahkan kesyukuran depan mereka berdua.
"Ibu syukur ada anak yang baik, rajin tolong ibu macam Aariz/Annur."
Ada masanya, sebut-sebut dengan nada super excited atas apa-apa kejayaan mereka hari tu.
"Bagus Aariz rajin kemas mainan lepas main. Barulah cantik rumah kita kan?"
Suami pun sama-sama praktis bila beliau sikatkan rambut anak-anak.
Nampaklah kesannya. Anak pun lebih attach dengan kita.
Harapnya perkongsian ni dapat memberi manfaat kepada ibu ayah sekalian. 😁

Nadia Bakar
Emak yang sedang berusaha seperti kalian.

29 March 2018

Ibu, bertenanglah ...



Teks : Nadia Bakar
Foto : Earlyedukids

Dah 6 tahun jadi ibu baru sekarang saya tahu. Aduhai.

Di bawah ni antara intipati yang saya faham daripada talk Dr Siti Rohana.

Ibu mesti bertenang supaya kita tak menyinga sepanjang masa. Supaya otak kita sempat berfikir dengan baik sebelum bertindak.

Bila anak pecahkan cawan, ibu berhenti sekejap. Rasa nak marah?
Tarik nafas dalam-dalam sampai kita rasa tenang dan otak boleh proses apa yang sedang berlaku dengan rasional.

Bila dah bertenang, baru otak boleh berfungsi sebagai manusia yang waras.

"Oh anak aku tak sengaja."
"Oh anak aku nak tolong angkatkan."
"Oh anak aku nak bagi aku cawan cepat-cepat."
"Oh anak aku tangannya belum cukup kuat angkat cawan kaca yang berat."

Bagi anak kecil, tiada siapa lagi yang paling dia cintai melainkan ibu. Orang pertama yang dia kenal di dunia ini.
Bayangkanlah kalau anak kecil asyik dimarah, diherdik dan dipukul?
Pada siapa lagi dia nak percaya dan bina kepercayaan diri sendiri kalau bukan pada ibu?

Di hati anak, ibulah segala-galanya.
Kalau ibu bunuh kepercayaan pada diri mereka dengan tempik, herdik dan pukul, kita ingat anak akan jadi orang yang percaya diri (high self esteem) bila perlu keluar hadap dunia luar nanti?

Ibu nak bertenang kena elakkan stress.
Lebih-lebih lagi stress yang tak perlu.
Yang tak penting pun. Yang langsung tiada kaitan dengan kita.

Salah satunya, stalk cerita gosip di alam maya ni. Perasan kan macam mana punya sakit hati bila kita baca kisah rumahtangga yang pelik-pelik, tak masuk dek akal? Padahal tu kisah orang lain. Tapi dah curi baaaaanyak tenaga kita.

Tanpa sedar kita stress. Lepas tu senang nak marah-marah. Hal kecil-kecil pun tak boleh nak toleransi.
Sebab? Kita tak bertenang. Otak kacau-bilau. Cloudy.

Teringat tuan Bukhari Ramli cakap.

"Otak ni tempat yang suci. Jangan masukkan sampah!"

Dulu saya tak faham juga apa yang tuan Bukhari cakap.
Lama-lama baru nampak, boleh kaitkan otak dengan mindset dan akhlak kita sebagai manusia.

Apa yang kita lihat dan dengar masuk ke otak. Tambah pula dengan emosi, memang dahsyat penangannya. Lalu tercipta belief system kita sendiri.

Ibu, tak kita yang berubah, siapa lagi?
Anak tak ada orang lain untuk diharapkan, melainkan pada ibunya sendiri. Tak mungkin ibu orang lain tiba-tiba datang nak offer diri.

"Meh sini meh. Acik boleh jadi ibu yang bertenang untuk awak, nakkkk."

Ibu, mesti bertenang.
Anak kecil tak lama mana.
Sampai masa dia dah pandai buat keputusan sendiri. Dah keluar pergi belajar, tak lama tu akan bina rumahtangga dengan orang lain. Tinggallah kita sendiri.

Sekarang ni masa untuk kita cipta sebanyak mungkin memori yang indah dan baik dalam hidup mereka.

Kita cuba, ya.
Tak jadi sekali, buat sampai sejuta kali.
Tak dosa pun. Asalkan kita tak putus asa. Tuhan nampak usaha kita.

Nadia Bakar
Paksa diri cuba tenang setiap masa walau banyak lagi cacat celanya.

#Nota : Orang Penang, cecepat book tempat. Ni talk terakhir untuk tahun ni. Saya memang highly recommend pergi talk Dr Siti.
Lepas tu tengoklah macam mana life you akan berubah. Syarat dia, MESTI BUAT. Info lanjut di dalam poster.


22 February 2018

Bagaimana Saya Terjebak Dengan YLEO?

Favourite buat masa ni. Hihihi


Teks dan foto : Nadia Bakar

Ada di kalangan kawan-kawan yang terkejut bila saya banyak post tentang YLEO (Young Living Essential Oil) sebab selama ni banyak cerita tentang perfume original kan? Bertukar 360 darjah terus! Jangan kata orang lain, saya sendiri tak sangka akhirnya akan mulakan oiling journey dengan YL! Sehingga entri ini ditulis, saya sekeluarga sudah menggunakan EO selama 8 bulan. Tapi baru bulan kedua saya enroll program ER (Essential Reward). Bulan depan dah boleh claim EO free pertama! Yeayyy! Yang ni kita cerita dalam entri akan datang.

Di kala kawan-kawan saya sudah pun mulakan oiling journey mereka sejak tahun 2015, saya seperti biasa, selalu jadi orang terakhir yang ambil tahu. Selalu out of trend orang kata. Sebab tu ambil masa 7 bulan baru serius nak upgrade ke program ER. Nak tengok dulu, feel dulu, kalau praktikal untuk saya baru saya berani menjebakkan diri.

Ingat lagi, beberapa bulan sebelum tu saya beli revitalisor dan minyak aromaterapi jenama lain sebab buat-buat feel good. Rasanya sama je kot  dengan YLEO. Malah, jauh lebih murah lagi. Konon-konon buat pilihan bijak la tu walau sebenarnya belum betul-betul baca tentang YLEO. Saya beli minyak Lavender dan Eucalyptus. Wangi memang wangi. Sempat juga lah habis Eucalyptus tu.

Sekitar Mei 2017, saya terdetik hati nak risik-risik tentang YLEO pada sahabat FB. Bila tanya harga, wow! Nak jatuh rahang dibuatnya. Bagi orang yang belum pernah ada pengalaman amalkan apa-apa EO macam saya memang fikir banyak kali sebab tak nampak apa nilai yang saya boleh dapat dengan sebotol EO saiz 5ml atau 15ml ni. Pada saya, kalau setakat nak diffuse untuk wangi, pewangi lain pun banyak. Jenis yang pakai bateri pun ada. Masuk bateri, tekan ON je. Banyak jenama yang terkenal, yang dah masuk TV jual jenis macam ni kan? Tak perlu susah payah isi air, titis EO setiap kali nak diffuse.

Nak dijadikan cerita, waktu tu juga baru saya tahu YLEO bukan setakat boleh diffuse saja, tapi boleh guna untuk sapuan ke kulit. Wow! Ini memang saya tak berani buat bila saya pakai revitalisor tu sebab tak ada tulis di botol ia selamat untuk direct contact ke kulit kan. Nak cuba-cuba pun tak berani.

Saya mencari-cari logik kenapa saya perlu dapatkan YLEO.
Di bawah ni saya kumpul sebab-sebab kenapa akhirnya saya ambil keputusan untuk cuba YLEO.

1) Sumber bahan YLEO yang 100% daripada tumbuhan. Bab paling utama ni lulus. Jadi, boleh hidu aromanya tanpa ragu-ragu. Jangan main-main tau, hiduan bahan kimia boleh mengganggu sistem dalam badan termasuk hormon. Lebih-lebih lagi bila dihidu berterusan! Bab ni paling saya risau sebab tau lah perempuan kan. Hormon imbalance, suami dan anak-anak pun pening nanti!

2) Boleh sapu atas kulit? Yes. Okay lulus juga.
Lepas tu barulah saya cuba YLEO diluted. Banyak juga beli daripada kawan. Nak cuba punya pasal. Hahaha. Bila kira-kira balik, kalau ulang beli yang diluted jadi mahal pulak! Sebagai langkah penjimatan berganda, saya ambil keputusan untuk beli yang pure.

3) Waktu ni juga baru tahu YLEO ialah jenis Gred A dan Young Living sendiri jamin daripada proses pilih benih sampai kepada pembotolan EO, mereka sangat mengawal kualitinya. Fuh!

4) Kebetulan pula saya sekeluarga sudah amalkan cara yang alami dalam kehidupan kami sejak tahun 2012, contohnya guna perahan lemon untuk kurangkan suhu badan anak. Jadi, bila pilih EO ni sebenarnya dah banyak jimatkan masa, tenaga dan duit saya. Tambahan, EO ni jenis yang organik. Kalau tengok lemon organik di pasaraya pun dah rasa mahalnya kan. Sekarang guna EO Lemon yang dah siap cold-pressed, memang senang banyak lah. Kalau travel, tak mungkin nak beli lemon berkilo-kilo pula kan? Usung EO Lemon je!

5) YLEO ni jenis yang sangat pekat. Bayangkanlah, 75 biji lemon organik diperlukan untuk hasilkan 15ml EO Lemon? Setiap kali guna, hanya perlu 2-3 titis sahaja ikut jenis kegunaan. Boleh bayangkan berapa lama boleh guna?
5ml YLEO mengandungi 85 titis
15ml YLEO mengandungi 250 titis

6) Paling saya suka ialah bab jimat masa. Masa yang kita ada ni mahal kan, jadi sebagai tukaran, saya guna duit untuk beli EO supaya saya dapat lebih masa. Senang cakap, duit boleh cari. Masa yang hilang, sampai bila-bila pun tak dapat balik, kan?
Tak perlu tanam, tuai, petik dan suling sendiri untuk dapatkan sebotol EO yang ready to use pada bila-bila masa. Saya pernah kehabisan lemon waktu anak tiba-tiba demam waktu malam. Nak guna ACV (Apple Cider Vinegar), suami tak suka bau tengiknya tu. Jimat masa nak potong dan perah lemon juga kan? Bila nak guna, titis-titis je.

7) Satu lagi sebab yang saya rasa sangat berlapang dada nak beli YLEO ni ialah support group yang 24jam ada untuk kita. Tidaklah meraba-raba dalam kegelapan gitu. Saya beruntung sebab kawan yang perkenalkan YLEO ni dulunya ialah seorang researcher. Jadi, soalan-soalan saya selalunya beliau dapat jawab dengan cemerlang dan memuaskan hati. She's such a simplifier! Secara automatik saya pun banyak belajar daripada dia tentang ilmu-ilmu kehidupan gitu.

Orang kata, tak kenal maka tak cinta kan?
Macam tu juga dengan YLEO ni. Dulu-dulu saya fikir semua EO sama je. Bila dah kenal YLEO, baru tahu kenapa kawan-kawan saya yang lain guna YLEO ni sejak sekian lama. Terus jatuh cinta!

Kalau awak pun ada apa-apa soalan tentang YLEO, jangan malu-malu whatsapp saya terus di sini.