CARA SALAH 'TEST' MINYAK WANGI

Isnin, 3 Julai 2017

   


Teks : Nadia Bakar
Foto : Nadia Bakar
Entri #42

Biasa nampak minyak wangi yang ada tulis Tester, Testeur atau Demonstration di kaunter?

Inilah jenis minyak wangi yang boleh dicuba oleh sesiapa saja dengan percuma ya.
Sebelum beli, semestinya kita nak cuba dulu kan? 

Katakan kita teringin nak cuba minyak wangi di situ.
Sedap sangat ke minyak wangi Jadore yang orang kata legend sangat tu?
Alang-alang memang boleh cuba percuma, apa salahnya kan?

Tapi kita tak nak sembur di tangan atau mana-mana bahagian badan.


Kita fikir ;
- Takut kalau-kalau tak suka baunya,
- Nanti kita nak cuba minyak wangi lain. Contohnya Lancome La Vie Est Belle yang cantiknya botol dia tu! Siap ikat reben!
- Lepas tu nak juga cuba Chloe EDP yang kita dah jeling-jeling dari jauh dari tadi.

Kalau campur-campur sembur di kulit sendiri nanti takut kita keliru yang mana satu kita suka. Silap-silap boleh menyebabkan sakit kepala pula kan?

Dicadangkan untuk tidak terus hidu di lubang nozzle botol minyak wangi tu ya.
Bila kita hidu di nozzle tu, hidung kita hanya akan tangkap bau yang kurang menyenangkan.



- Bau alkohol yang tajam dan top notes minyak wangi yang cepat berubah baunya kerana top notes paling cepat meruap berbanding middle notes dan base notes.
Jadi, macam mana cara yang sesuai untuk kita cuba minyak wangi ni?
Saya kongsi dalam entri yang seterusnya, Insya Allah.

Nota kaki : Info ini hanya terpakai untuk minyak wangi original sahaja.


 

Nadia Bakar© - Hidup Lebih Mudah Dengan EO Copyright © 2013