CARA TEST MINYAK WANGI (TANPA SEMBUR KE KULIT)

Selasa, 4 Julai 2017


Teks : Nadia Bakar
Foto : fixturescloseup.com
Entri #43

Hai.
Okay sekarang kita sambung cara cuba minyak wangi tanpa sembur di kulit.

Kita dah tahu kalau nak terus hidu di lubang nozzle tu tak sesuai kan?
Jadi, apa cara yang boleh kita buat untuk cuba minyak wangi tapi tak nak sembur terus ke kulit?
Bukan setakat satu, dua, sampai lima jenis minyak wangi pun boleh.


  CARA 1   

Minta bantuan promoter untuk sembur minyak wangi di perfume strip.
Kemudian kita hidu di perfume strip itu.
Kalau nak cuba minyak wangi lain lagi,
Kita tarik nafas dalam-dalam, hembus dan mula hidu pada strip yang seterusnya.
Ada juga promoter yang bagi kopi untuk dihidu supaya deria bau kita 'clear' dan lebih peka dengan pelbagai wangian yang kita cuba.
Bahasa mudahnya, dapat potong bau minyak wangi yang kita dah hidu dan tidak menyebabkan deria bau kita keliru antara wangian-wangian yang telah kita hidu.
Kajian tentang menghidu aroma kopi sewaktu kita cuba banyak minyak wangi dalam satu-satu masa ini dibuat oleh Noam Sobel, seorang Saintis di makmal UC Berkeley.

  CARA 2   
Boleh juga sembur pada tisu yang kita bawa sendiri.
Cara simpan, sama seperti sembur di perfume strip.

  INFO TAMBAHAN   
Kalau kita cuba lebih dari satu jenis minyak wangi,
kemungkinan untuk kita terlupa namanya.
Kita boleh tulis sikit di strip tersebut atau katakanlah kita boleh ingat, kita asingkan setiap strip dalam tempat berlainan.
Mungkin minyak wangi Jadore dalam poket kanan seluar, Miss Dior di kiri pula.
Atau,
Setiap strip disimpan dalam compartment yang berasingan dalam beg kita.
Dicadangkan untuk tidak simpan sekali supaya aromanya tidak bercampur antara satu sama lain. Nanti kita keliru pula yang mana satu minyak wangi yang kita suka.

Saya harap perkongsian ini dapat membantu. 😊

 

Nadia Bakar© - Hidup Lebih Mudah Dengan EO Copyright © 2013