Minyak Wangi untukmu Suami

Khamis, 24 Mac 2016

Teks : Nadia Bakar
Foto : Nadia Bakar
Entri #39

Saya langsung tak perasan info berkenaan kematian suami seorang wanita yang dimaklumkan oleh cikgu Siti adalah tentang suami pelanggan minyak wangi kami.

Allah...
Subuh hari saya menangis terkenangkan beliau dan anak lelakinya yang berusia 5 tahun itu.

Terus saja teringatkan suami sendiri yang akan pulang daripada outstation esok.

Pandang wajah Aariz yang masih tidur, yang belum mengerti ayah bekerja di luar kawasan, makin bersungguh-sungguh pula airmata ini mengalir. Perit di dada. Sangat memilukan. Terasa jiwa kosong tiba-tiba.

Sejak Aariz semakin rapat dengan ayah, kemana-mana saja pun mesti dengan ayah. Hatta ayah nak pergi buang sampah pun dia nak ikut! Pernah juga lah dia sanggup pakai diaper saja teman ayah pergi buang sampah, dek sebab risau ditinggalkan ayah kalau dia ambil masa yang lama untuk pakai baju.

Setiap masa Aariz akan bertanyakan "Mana ayah bu?"
Celik mata waktu pagi, balik daripada rumah pengasuh, sebelum tutup lampu untuk tidur, memang itu soalannya sejak ayah tiada di rumah.

Maka setiap kali itu jugalah saya akan terangkan benda yang sama.
"Ayah balik Jumaat nanti InsyaAllah. Kita doakan ayah selamat sampai ya nak."
Dia hanya diam.

Tapi paling memilukan saya semalam bila pengasuh maklumkan Aariz agak moody. Waktu tengahari, suami pengasuh pulang ke rumah. Aariz beria-ia ingatkan ayahnya yang ketuk pintu sambil dia berlari ke pintu dan menjerit "Ayah! Ayah! Ayah!" Tapi hampa. Bukan ayah yang datang.

Saya tahan airmata depan pengasuh.

Bila dapat telefon ayah, Aariz sengih sampai ke telinga.
Sudah pandai cakap "Ayish lindu ayah" (Aariz rindu ayah)

Ayahnya pun menahan sebak di sana. Anak dah makin besar. Sudah pandai cakap rindu.

Bila saya kenangkan kisah puan Syikin dan anaknya, terasa diri terawang-awang, tak pijak tanah. Sungguh Allah sebaik-baik perancang yang kita sendiri adakalanya tak tahu apa hikmah yang Allah akan beri kan?

Kehilangan yang dihadapi puan Syikin memang terasa amat dekat di hati saya.

Puan Syikin sudah pilihkan minyak wangi untuk suami tercinta pada minggu lepas, sempena hari lahir suaminya yang bakal tiba bulan depan. Tapi ternyata Allah lebih sayangkan allahyarham. InsyaAllah ada hadiah lebih istimewa berbanding minyak wangi itu.

Sebentar tadi puan Syikin maklumkan yang anaknya demam pagi ni.
Allah.. Saya kira kerana anaknya rindukan ayah.

Serius saya rasa nak terbang pergi jumpa mereka dan peluk puan Syikin kuat-kuat! Semoga beliau dan anak sentiasa diberikan kekuatan untuk meneruskan kehidupan pada masa akan datang.

Mulut ini juga tak henti-henti bacakan Al-Fatihah untuk puan Syikin dan anaknya. Semoga mereka tenang dan kuat, InsyaAllah.

Daripada Allah kita datang, kepada Allah jua kita kembali.

Sesungguhnya, kematian itu menghidupkan hati saya yang lalai.
Astaghfirullahal'azim.



Pemenang Mac Giveaway!

Selasa, 22 Mac 2016

Teks : Nadia Bakar
Foto : Nadia Bakar
Entri #38

Pada 13 Mac yang lepas, kami sudah umumkan pemenang bertuah untuk Giveaway bulan Mac!

Memang teruja sangat nak mencari pemenang sebab ada beberapa peserta yang gigih SHARE post berkenaan lebih daripada lima kali. Hebat kan?

Pelbagai komen yang kelakar. Tak kurang juga ada yang tulis lirik lagu dan tag Facebook pasangan masing-masing. Hahaha. Semua peserta memang sporting!

Jutaan terima kasih saya ucapkan kerana kalian sudi sertai Giveaway yang kami adakan.

Kami juga bercadang untuk mengadakan Giveaway setiap bulan atau setiap dua minggu. Semuanya masih dalam peringkat perbincangan lagi. Seronok rasanya dapat berkongsi rezeki dengan orang lain melalui pemberian hadiah!

Nantikan keputusannya nanti ya!

Siapa tahu ada rezeki awak yang baca entri ni untuk menang Giveaway akan datang kan?

Kita tak tahu tentang rezeki kita, tapi rezeki kita tahu mana nak cari kita! :)



GIVEAWAY MAC PERFUME86

Khamis, 10 Mac 2016

Teks : Nadia Bakar
Foto : Nadia Bakar
Entri #37

Hai.

Siapa nak minyak wangi PERCUMA?
Ya. Bukan propa ni. Betul-betul punya cerita.

Sudah lama saya tak bagi hadiah minyak wangi.
Apa kata buat come back dengan pemberian hadiah yang wangi ini?
Bukan satu, tapi dua botol minyak wangi!
Untung-untung bila pakai minyak wangi ni boleh ingat saya! Hahaha. Okay tu gurau saja.

Bagi menghargai sokongan para pelanggan Perfume86, saya sangat berbesar hati dan seronok sangat nak bagi hadiah miniature perfume ni!

Siapa yang bertuah bakal memenangi dua minyak wangi yang memang hotselling di Perfume86 tau.

Cara untuk sertai pun sangatlah mudah.

1) Klik LIKE dan SHARE post Giveaway di sini.
2) TAG orang yang tersayang di bahagian komen.
3) Tetapkan post tersebut kepada PUBLIC. Kalau PRIVATE, tak dikira ya.

Pemenang akan dipilih secara rawak. Siapa tahu ada rezeki awak untuk menang kan? Boleh belanja orang yang tersayang juga.

Minyak wangi Marc Jacobs Daisy Dream dan Bvlgari Man In Black merupakan antara minyak wangi yang terbaru untuk jenama masing-masing. Memang bertuah lah siapa yang dapat kan?

Untuk itu, semoga berjaya! :)




 

Nadia Bakar© - Perfume Original Branded Copyright © 2013