Hobi Baru : Colouring For Adult

Khamis, 25 Februari 2016

Teks : Nadia Bakar
Foto : Nadia Bakar
Entri #36

Antara hasil mewarna setakat ini. 

Hai.

Mengandung kali ni tiba-tiba saya dapat hobi baru. Alhamdulillah banyak membantu saya kurangkan stress-induced vomit. Syukur Allah temukan jalan yang unik ini sebab bila sampai satu tahap tu, rasa diri tak serupa orang, tiba-tiba tak boleh masak, tak boleh bau minyak wangi hatta sabun mandi sekalipun. Mula-mula memang rasa boleh kuat dengan dugaan ni, tapi lama-lama rasa macam-macam. Hilang motivasi diri, murung dan stres. MasyaAllah!

Al-kisah bermula bila saya menonton program Wanita Hari Ini di TV3, ada satu slot berkenaan aktiviti mewarna untuk orang dewasa bagi menangani masalah stres. Saya fikir, apa salahnya mencuba sebab memang saya sukakan aktiviti seni yang satu ini sejak kecil dulu. Tapi atas sebab kekangan kewangan, ianya hanya dapat dilakukan di dalam kelas Pendidikan Seni sahaja kan. Saya masih ingat lagi, dulu hanya mampu pandang pensel warna Luna kawan. Nak minta dari emak abah memang tak berani sebab harganya agak mahal berbanding jenama lain. Maka saya hanya mampu beli pensel warna yang murah saja. Tak ingat jenama apa. Rasanya Stabilo Swans. Itu pun jenis yang pendek!

Saya bermula dengan pembelian buku mewarna di kedai buku MPH dan sekotak pensel warna Faber Castell (FC) 48 batang. Oleh sebab pensel warna FC ni agak keras dan perlu menggunakan tenaga yang lebih untuk mewarna, saya dapatkan pensel warna Luna daripada seorang colorist di Johor. Kebetulan waktu tu boleh dapat dengan harga promosi di kedai Popular Johor, rugilah kalau lepaskan peluang kan?

Jangan tak tahu, ada banyak kumpulan mewarna di Facebook tau. Semuanya sangat gigih dengan aktiviti mewarna ni. Tak kurang juga ada yang seronok mengumpul pelbagai jenis alat mewarna dan buku mewarna yang menarik! Bila dah beli, eh sayang pula nak guna! Hihihi.
Seronok bila kita dapat sertai kumpulan mewarna ni. Semua ahli sangat positif! Secara tak langsung dapat mengatasi masalah muntah-muntah saya. Hihihi.

Oleh sebab mewarna ni dapat mengembalikan fokus dan menghilangkan stres, kita tak perlu kemahiran yang sempurna bagaikan seorang artis pun. Tapi kalau ada cita-cita untuk belajar teknik mewarna yang lebih baik, apa salahnya kan? Mewarnalah dari hati, pilihlah warna yang kita suka, dan raikan setiap masa kita untuk mewarna! Saya perasan, saya lebih fleksibel dan fokus sekarang. Saya cuba untuk tidak terlalu memikirkan kesempurnaan dalam setiap hasil kerja mewarna. Asalkan saya gembira! :)

Ada ibu-ibu yang sama hobi dengan saya?




P/S : Saya baru siap kemaskini perfume miniature yang masih ada stok, klik sini untuk senarai ya!


2 ulasan:

  1. Ko memang berbakat lah nad. Cantik ko warna. Syukur ada juga terapi untuk hilangkan rasa alahan ko kn. Semoga trus kuat.

    BalasPadam
    Balasan
    1. Thank you Mell! Itu la, syukurlah cara ni boleh bantu. Kalo tak murung jugak dibuatnya dengan tak larat lagi. Huhuhu.

      Padam

Thanks For Your Comment!

 

Nadia Bakar© - Perfume Original Branded Copyright © 2013