Cara Pilih Minyak Wangi yang Kita Suka

Selasa, 3 Mei 2016

Teks : Nadia Bakar
Foto : Nadia Bakar
Entri #41

Bukan semua orang tahu jenis minyak wangi macam mana yang mereka sukakan. Lebih-lebih lagi bagi mereka yang baru berjinak-jinak dengan minyak wangi jenis berjenama.

Kalau tanya saya, macam mana nak pilih minyak wangi yang kita suka?
Suka saya cadangkankan untuk cuba 3 cara ini.

PERIKSA NOTE MINYAK WANGI TERSEBUT
Boleh periksa jenis note minyak wangi di website www.fragrantica.com
Kita cuma perlu memasukkan nama minyak wangi di bahagian kotak carian.

BACA REVIEW
Review tentang sesuatu minyak wangi itu sangat penting dalam mendapatkan gambaran sama ada minyak wangi yang kita pilih menetapi citarasa kita atau tidak? 
Kita boleh juga google menggunakan keyword "Review of Versace Bright Crystal" contohnya.
Atau baca Review di bahagian bawah website www.fragrantica.com. Ada ramai pengguna minyak wangi yang berkongsi Review mereka setelah menggunakan minyak wangi tersebut.

CUBA MINYAK WANGI
Cara ini mengambil masa sedikit. Tapi berbaloi sebab kita dah cuba di kulit sendiri.
Masih ingat lagi cara untuk mencuba di kulit sendiri?
Ambil masa sekurang-kurangnya 15minit untuk kita pastikan minyak wangi yang telah disembur di pergelangan tangan kita sebati dengan hormon badan kita ya.


Ingat, minyak yang bau best di badan kawan kita belum tentu best di badan kita. Semuanya tentang hormon badan, cuaca, suasana kerja dan jenis pemakanan kita.

Selamat mencuba! 


Cara Hadapi Masalah.

Jumaat, 1 April 2016

 

Teks : Nadia Bakar
Foto : Nadia Bakar
Entri #40

Siapa pun akan rasa terganggu bila ada masalah kan? Lebih-lebih lagi kalau masalah tu memang tak dapat diselesaikan segera. Saya ni manusia periang, jadi saya tak suka fikiran saya terganggu dengan hal-hal yang sebenarnya boleh diselesaikan. Cuma mungkin akan mengambil sedikit masa. Tak kisah masalah dunia atau akhirat. Saya tak tahu cara orang lain macam mana, tapi cara saya.. 

+ Sediakan buku "What is your problem?"
Dalam buku ni saya tulis apa-apa masalah yang selalu lalu-lalang dalam kepala. Tak sempat nak 'tangkap' dengan jelas masalah-masalah ni, tapi dia suka nak lalu-lalang sampai saya rasa tak senang hati. Hahaha.
 


+ Ada bahagian "Idea Penyelesaian" yang mungkin sedikit sebanyak bagi idea pada saya untuk selesaikan masalah tu. Bila dapat idea baru, tambah point lagi di bahagian ni. 

+ Doa dan mengadu pada Allah untuk bantu selesaikan masalah-masalah saya. Sebut dengan jelas masalah yang dihadapi. InsyaAllah rasa lega. Adakalanya tiba-tiba Allah bagi ilham yang hebat. Selesai masalah! 

+ Bincang dengan suami (bestfriend paling dekat dengan saya). Sedikit sebanyak, boleh bagi 'extra' idea untuk saya dan beliau pun akan lebih 'concern' pada isterinya ni. 

Ini cara saya sebab saya tak suka simpan masalah dalam otak. Bersimpang siur dalam kepala sampai kadang-kadang stress. Hahaha. Tulis di buku, biar buku tolong simpankan masalah saya. 

😂😂😂
Boleh kongsi apa cara anda? Nak juga tahu. 




Minyak Wangi untukmu Suami

Khamis, 24 Mac 2016

Teks : Nadia Bakar
Foto : Nadia Bakar
Entri #39

Saya langsung tak perasan info berkenaan kematian suami seorang wanita yang dimaklumkan oleh cikgu Siti adalah tentang suami pelanggan minyak wangi kami.

Allah...
Subuh hari saya menangis terkenangkan beliau dan anak lelakinya yang berusia 5 tahun itu.

Terus saja teringatkan suami sendiri yang akan pulang daripada outstation esok.

Pandang wajah Aariz yang masih tidur, yang belum mengerti ayah bekerja di luar kawasan, makin bersungguh-sungguh pula airmata ini mengalir. Perit di dada. Sangat memilukan. Terasa jiwa kosong tiba-tiba.

Sejak Aariz semakin rapat dengan ayah, kemana-mana saja pun mesti dengan ayah. Hatta ayah nak pergi buang sampah pun dia nak ikut! Pernah juga lah dia sanggup pakai diaper saja teman ayah pergi buang sampah, dek sebab risau ditinggalkan ayah kalau dia ambil masa yang lama untuk pakai baju.

Setiap masa Aariz akan bertanyakan "Mana ayah bu?"
Celik mata waktu pagi, balik daripada rumah pengasuh, sebelum tutup lampu untuk tidur, memang itu soalannya sejak ayah tiada di rumah.

Maka setiap kali itu jugalah saya akan terangkan benda yang sama.
"Ayah balik Jumaat nanti InsyaAllah. Kita doakan ayah selamat sampai ya nak."
Dia hanya diam.

Tapi paling memilukan saya semalam bila pengasuh maklumkan Aariz agak moody. Waktu tengahari, suami pengasuh pulang ke rumah. Aariz beria-ia ingatkan ayahnya yang ketuk pintu sambil dia berlari ke pintu dan menjerit "Ayah! Ayah! Ayah!" Tapi hampa. Bukan ayah yang datang.

Saya tahan airmata depan pengasuh.

Bila dapat telefon ayah, Aariz sengih sampai ke telinga.
Sudah pandai cakap "Ayish lindu ayah" (Aariz rindu ayah)

Ayahnya pun menahan sebak di sana. Anak dah makin besar. Sudah pandai cakap rindu.

Bila saya kenangkan kisah puan Syikin dan anaknya, terasa diri terawang-awang, tak pijak tanah. Sungguh Allah sebaik-baik perancang yang kita sendiri adakalanya tak tahu apa hikmah yang Allah akan beri kan?

Kehilangan yang dihadapi puan Syikin memang terasa amat dekat di hati saya.

Puan Syikin sudah pilihkan minyak wangi untuk suami tercinta pada minggu lepas, sempena hari lahir suaminya yang bakal tiba bulan depan. Tapi ternyata Allah lebih sayangkan allahyarham. InsyaAllah ada hadiah lebih istimewa berbanding minyak wangi itu.

Sebentar tadi puan Syikin maklumkan yang anaknya demam pagi ni.
Allah.. Saya kira kerana anaknya rindukan ayah.

Serius saya rasa nak terbang pergi jumpa mereka dan peluk puan Syikin kuat-kuat! Semoga beliau dan anak sentiasa diberikan kekuatan untuk meneruskan kehidupan pada masa akan datang.

Mulut ini juga tak henti-henti bacakan Al-Fatihah untuk puan Syikin dan anaknya. Semoga mereka tenang dan kuat, InsyaAllah.

Daripada Allah kita datang, kepada Allah jua kita kembali.

Sesungguhnya, kematian itu menghidupkan hati saya yang lalai.
Astaghfirullahal'azim.



Pemenang Mac Giveaway!

Selasa, 22 Mac 2016

Teks : Nadia Bakar
Foto : Nadia Bakar
Entri #38

Pada 13 Mac yang lepas, kami sudah umumkan pemenang bertuah untuk Giveaway bulan Mac!

Memang teruja sangat nak mencari pemenang sebab ada beberapa peserta yang gigih SHARE post berkenaan lebih daripada lima kali. Hebat kan?

Pelbagai komen yang kelakar. Tak kurang juga ada yang tulis lirik lagu dan tag Facebook pasangan masing-masing. Hahaha. Semua peserta memang sporting!

Jutaan terima kasih saya ucapkan kerana kalian sudi sertai Giveaway yang kami adakan.

Kami juga bercadang untuk mengadakan Giveaway setiap bulan atau setiap dua minggu. Semuanya masih dalam peringkat perbincangan lagi. Seronok rasanya dapat berkongsi rezeki dengan orang lain melalui pemberian hadiah!

Nantikan keputusannya nanti ya!

Siapa tahu ada rezeki awak yang baca entri ni untuk menang Giveaway akan datang kan?

Kita tak tahu tentang rezeki kita, tapi rezeki kita tahu mana nak cari kita! :)



GIVEAWAY MAC PERFUME86

Khamis, 10 Mac 2016

Teks : Nadia Bakar
Foto : Nadia Bakar
Entri #37

Hai.

Siapa nak minyak wangi PERCUMA?
Ya. Bukan propa ni. Betul-betul punya cerita.

Sudah lama saya tak bagi hadiah minyak wangi.
Apa kata buat come back dengan pemberian hadiah yang wangi ini?
Bukan satu, tapi dua botol minyak wangi!
Untung-untung bila pakai minyak wangi ni boleh ingat saya! Hahaha. Okay tu gurau saja.

Bagi menghargai sokongan para pelanggan Perfume86, saya sangat berbesar hati dan seronok sangat nak bagi hadiah miniature perfume ni!

Siapa yang bertuah bakal memenangi dua minyak wangi yang memang hotselling di Perfume86 tau.

Cara untuk sertai pun sangatlah mudah.

1) Klik LIKE dan SHARE post Giveaway di sini.
2) TAG orang yang tersayang di bahagian komen.
3) Tetapkan post tersebut kepada PUBLIC. Kalau PRIVATE, tak dikira ya.

Pemenang akan dipilih secara rawak. Siapa tahu ada rezeki awak untuk menang kan? Boleh belanja orang yang tersayang juga.

Minyak wangi Marc Jacobs Daisy Dream dan Bvlgari Man In Black merupakan antara minyak wangi yang terbaru untuk jenama masing-masing. Memang bertuah lah siapa yang dapat kan?

Untuk itu, semoga berjaya! :)




Hobi Baru : Colouring For Adult

Khamis, 25 Februari 2016

Teks : Nadia Bakar
Foto : Nadia Bakar
Entri #36

Antara hasil mewarna setakat ini. 

Hai.

Mengandung kali ni tiba-tiba saya dapat hobi baru. Alhamdulillah banyak membantu saya kurangkan stress-induced vomit. Syukur Allah temukan jalan yang unik ini sebab bila sampai satu tahap tu, rasa diri tak serupa orang, tiba-tiba tak boleh masak, tak boleh bau minyak wangi hatta sabun mandi sekalipun. Mula-mula memang rasa boleh kuat dengan dugaan ni, tapi lama-lama rasa macam-macam. Hilang motivasi diri, murung dan stres. MasyaAllah!

Al-kisah bermula bila saya menonton program Wanita Hari Ini di TV3, ada satu slot berkenaan aktiviti mewarna untuk orang dewasa bagi menangani masalah stres. Saya fikir, apa salahnya mencuba sebab memang saya sukakan aktiviti seni yang satu ini sejak kecil dulu. Tapi atas sebab kekangan kewangan, ianya hanya dapat dilakukan di dalam kelas Pendidikan Seni sahaja kan. Saya masih ingat lagi, dulu hanya mampu pandang pensel warna Luna kawan. Nak minta dari emak abah memang tak berani sebab harganya agak mahal berbanding jenama lain. Maka saya hanya mampu beli pensel warna yang murah saja. Tak ingat jenama apa. Rasanya Stabilo Swans. Itu pun jenis yang pendek!

Saya bermula dengan pembelian buku mewarna di kedai buku MPH dan sekotak pensel warna Faber Castell (FC) 48 batang. Oleh sebab pensel warna FC ni agak keras dan perlu menggunakan tenaga yang lebih untuk mewarna, saya dapatkan pensel warna Luna daripada seorang colorist di Johor. Kebetulan waktu tu boleh dapat dengan harga promosi di kedai Popular Johor, rugilah kalau lepaskan peluang kan?

Jangan tak tahu, ada banyak kumpulan mewarna di Facebook tau. Semuanya sangat gigih dengan aktiviti mewarna ni. Tak kurang juga ada yang seronok mengumpul pelbagai jenis alat mewarna dan buku mewarna yang menarik! Bila dah beli, eh sayang pula nak guna! Hihihi.
Seronok bila kita dapat sertai kumpulan mewarna ni. Semua ahli sangat positif! Secara tak langsung dapat mengatasi masalah muntah-muntah saya. Hihihi.

Oleh sebab mewarna ni dapat mengembalikan fokus dan menghilangkan stres, kita tak perlu kemahiran yang sempurna bagaikan seorang artis pun. Tapi kalau ada cita-cita untuk belajar teknik mewarna yang lebih baik, apa salahnya kan? Mewarnalah dari hati, pilihlah warna yang kita suka, dan raikan setiap masa kita untuk mewarna! Saya perasan, saya lebih fleksibel dan fokus sekarang. Saya cuba untuk tidak terlalu memikirkan kesempurnaan dalam setiap hasil kerja mewarna. Asalkan saya gembira! :)

Ada ibu-ibu yang sama hobi dengan saya?




P/S : Saya baru siap kemaskini perfume miniature yang masih ada stok, klik sini untuk senarai ya!


Senarai Miniature

Teks : Nadia Bakar
Foto : Nadia Bakar
Kemaskini : 25 Feb 2016
Entri #35




MINIATURE LELAKI

AIGNER MAN 2 EDT FOR MEN 7ML MINI
BURBERRY BRIT FOR MEN EDT 5ML MINI
BURBERRY BRIT RHYTHM EDP 5ML MINI
BURBERRY BRIT RHYTHM INTENSE 5ML
BURBERRY BRIT SPLASH MEN 5ML EDT
BURBERRY LONDON FOR MEN EDT 5ML
BURBERRY WEEKENDS FOR MEN 5ML
BVLGARI AQVA MARINE POUR HOMME 5ML EDT MINI
BVLGARI MAN FOR MEN 5ML EDT MINI
BVLGARI MAN EXTREME FOR MEN 5ML EDT
BVLGARI MAN IN BLACK FOR MEN 5ML EDP

CALVIN KLEIN CK ONE 15ML EDT FOR HIM/HER
CK FREE BY CALVIN KLEIN 15ML EDT
DUNHILL ALFRED DUNHILL EDT FOR MEN (BROWN) 5ML
DUNHILL D FOR MEN 5ML MINI
DUNHILL EDITION 5ML EDT FOR MEN MINI
DUNHILL FRESH EDT FOR MEN 5ML
DUNHILL X-CENTRIC EDT FOR MEN 5ML
ERMENEGILDO ZEGNA UOMO 7ML EDT MINI FOR MEN
FERRARI BLACK EDT 4ML MINI
FERRARI ESSENCE OUD EDP 10ML FOR MEN
FERRARI FERRARI UOMO EDT 10ML MINI
FERRARI RED POWER EDT 4ML
FERRARI SCUDERIA RACING RED 4ML MINI

GIORGIO ARMANI ACQUA DI GIO EDT 5ML MINI FOR MEN
GIORGIO ARMANI CODE SPORT EDT 5ML MINI ( NO BOX)
GIORGIO ARMANI CODE EDT FOR MEN 5ML MINI (NO BOX)
GUCCI MADE TO MEASURE FOR MEN 5ML EDT

HUGO BOSS BOTTLED 6 5ML EDT MINI
JIMMY CHOO MAN EDT 4ML FOR MEN
KARL LAGERFELD POUR HOMME EDT FOR HIM 4.5ML MINI
KENZO L'EAU 2 POUR HOMME 5ML EDT

LACOSTE EAU DE LACOSTE L.12.12 YELLOW (JAUNE) FOR MEN 8ML
MONT BLANC EMBLEM EDT 4.5ML
MONT BLANC LEGEND EDT 5ML
MONT BLANC PRESENCE EDT 5ML
MOSCHINO FOREVER SAILING FOR MEN EDT 4.5ML
PACO RABANNE INVICTUS EDT 5ML MEN MINI

RALPH LAUREN BIG PONY 4 FOR MEN EDT 15ML
RALPH LAUREN POLO BLACK 7ML EDT FOR MEN
RALPH LAUREN POLO BLUE (M) EDT 15ML (DAB-ON)
RALPH LAUREN POLO RED FOR MEN EDT 15ML MINI
SALVATORE FERRAGAMO ACQUA ESSENZIALE BLU 5ML EDT
SALVATORE FERRAGAMO ACQUA ESSENZIALE COLONIA EDT FOR MEN 5ML
SALVATORE FERRAGAMO ACQUA ESSENZIALE FOR MEN 5ML EDT
TOMMY HILFIGER MEN EDT 5ML

VERSACE EAU FRAICHE FOR MAN 5ML EDT
VERSACE EROS EDT 5ML FOR MEN MINI
VERSACE POUR HOMME 5ML EDT
VIKTOR & ROLF SPICEBOMB 7ML MINIATURE EDT




MINIATURE WANITA

AIGNER ETIENNE POUR FEMME EDP 6ML MINI
ANNA SUI LA NUIT DE BOHEME EDT 4ML MINI FOR WOMEN
AZZARO CHROME EDT 7ML MINI FOR MEN

BEBE BY BEBE EDP 10ML MINI
BEBE SHEER BY BEBE EAU DE PARFUM 10ML MINI
BEBE GOLD BY BEBE EDP 10ML MINI
BURBERRY BODY EDP 4.5ML FOR WOMEN
BURBERRY BRIT RHYTHM FOR HER EDT 5ML
BURBERRY BRIT SHEER EDT 4.5ML FOR HER
BURBERRY WEEKEND 4.5ML EDP FOR WOMEN
BVLGARI JASMIN NOIR 5ML EDP WOMEN MINI
BVLGARI MON JASMIN NOIR EAU DE PARFUM 5ML MINI
BVLGARI OMNIA AMETHYSTE EDT 5ML WOMEN
BVLGARI OMNIA CORAL EDT 5ML FOR WOMEN

CALVIN KLEIN CK ONE 15ML EDT FOR HIM/HER
CARTIER BAISER VOLE EDP FOR WOMEN MINI 6ML
CHLOE SEE BY CHLOE EDP 7.5ML FOR WOMEN MINI
CLINIQUE HAPPY 5ML FOR WOMEN EDP (SPRAY)

DKNY BE DELICIOUS (W) EDP 7ML MINI
DKNY BE DELICIOUS FRESH BLOSSOM 7ML (W) EDP
DKNY Golden Delicious (W) EDP 7ml
DKNY GOLDEN DELICIOUS (W) EDP 7ML
DKNY PURE A DROP OF ROSE 7ML
DOLCE BY DOLCE & GABBANA FOR WOMEN 5ML (MINI)
DOLCE & GABBANA LIGHT BLUE EDT WOMEN 4.5ML MINI
DOLCE & GABBANA POUR FEMME INTENSE 4.5ML EDP
DOLCE & GABBANA ROSE THE ONE (W) EDP 5ML
DOLCE & GABBANA THE ONE (W) 5ML EDP MINI

ESCADA BORN IN PARADISE 4ML EDT FOR WOMEN MINI
ESCADA JOYFULL EDP 5ML FOR WOMEN MINI
ESTEE LAUDER PLEASURES EAU FRAICHE (W) EDP 5ML
ESTEE LAUDER MODERN MUSE 7ML EDP
FEERIE BY VAN CLEEF & ARPEL (W) EDT 7ML
FENDI L'ACQUAROSSA EDP 4ML
FENDI L'ACQUAROSSA ELIXIR EDP 4ML MINI FOR WOMEN

GIORGIO ARMANI SI EDP 7ML FOR WOMEN
GIVENCHY ANGE AU DEMON LE SECRET ELIXIR EDP 4ML
GIVENCHY ANGE OU DEMON LE SECRET EDP 4ML
GIVENCHY DAHLIA NOIR FOR WOMEN 5ML EDT
GUCCI BAMBOO 5ML EDP FOR WOMEN MINI
GUCCI EAU DE PARFUM GUCCI FOR WOMEN 5ML
GUCCI GUILTY BLACK EDT 5ML FOR WOMEN MINI
GUCCI GUILTY EDT 5ML FOR WOMEN MINI

ISSEY MIYAKE PLEATS PLEASE EDP 7.5ML
ISSEY MIYAKE PLEATS PLEASE EDT 7.5ML
JIMMY CHOO ILLICIT EAU DE PARFUM 4.5ML WOMEN MINI
JIMMY CHOO BLOSSOM 4.5ML EDP MINIATURE
JIMMY CHOO EDP 4.5ML
JIMMY CHOO EDT 4.5ML

KENZO FLOWER (W) EDT 4ML
KENZO FLOWER IN THE AIR EDT 4ML
KENZO MADLY EDP 4ML
KENZO MADLY EDT 4ML
LANCOME HYPNOSE 5ML EDP
LANCOME LA VIE EST BELLE EDP 4ML
LANCOME TRESOR IN LOVE EDP 5ML
LANCOME TRESOR MIDNIGHT ROSE EDP 5ML
LANVIN ECLAT D’ARPÈGE 5ML FOR WOMEN MINI
LANVIN JEANNE FOR WOMEN 4.5ML EDP
LANVIN RUMEUR 2 ROSE FOR WOMEN 4.5ML EDP
LOEWE AURA EDP 5ML FOR WOMEN MINI
LOLITA LEMPICKA EDP 5ML FOR WOMEN MINI
LOLITA LEMPICKA EDT 5ML FOR WOMEN MINI
LOLITA SI LOLITA LEMPICKA 5ML EDP WOMEN MINI

MARC JACOBS DAISY DREAM 4ML EDT MINI FOR WOMEN
MARC JACOBS DAISY EAU SO FRESH BY MARC JACOB 4ML
MONT BLANC LEGEND POUR FEMME 4.5ML EDP
MOSCHINO CHEAP AND CHIC (W) EDT 4.9ML
MOSCHINO FUNNY EDT (W) 4ML
MOSCHINO I LOVE LOVE (W) EDT 4.9ML
MOSCHINO TOURJOURS GLAMOUR (W) EDP 5ML

NARCISO RODRIGUEZ FOR HER MUSC COLLECTION EDP INTENSE 7.5ML
NARCISO RODRIGUEZ L'EAU FOR HER 7.5ML EDT
NINA RICCI NINA EDT 4ML

RALPH LAUREN BIG PONY 1 EDT 15ML
RALPH LAUREN BIG PONY 2 EDT 15ML
RALPH LAUREN BIG PONY 3 EDT 15ML
RALPH LAUREN ROMANCE FOR WOMEN EDP 7ML MINI
REPETTO EAU FLORALE EDT 5ML
ROBERTO CAVALLI PARADISO FOR WOMEN 5ML EDP MINI

SALVATORE FERRAGAMO ATTIMO L'EAU FLORALE EDP 5ML
SALVATORE FERRAGAMO EMOZIONE 5ML FOR WOMEN MINI
SALVATORE FERRAGAMO INCANTO SHINE (W) EDT 5ML (DAB-ON)
SALVATORE FERRAGAMO TUSCAN SOUL EDT 5ML
SWAROVSKI AURA EDP 5ML FOR WOMEN MINI

THIERRY MUGLER ALIEN EAU EXTRAORDINAIRE EDT 6ML
THIERRY MUGLER ALIEN EDP 6ML WOMEN MINI
THIERRY MUGLER ANGEL GARDEN OF STARS - LE LYS FOR WOMEN EDP 5ML
THIERRY MUGLER WOMANITY EAU POUR ELLES 5ML EDT (W)-DAB ON
TORY BURCH EDP FOR WOMEN 7ML

VERSACE BRIGHT CRYSTAL ABSOLU EDP 5ML
VERSACE BRIGHT CRYSTAL EDT 5ML MINI
VERSACE CRYSTAL NOIR (W) EDT 5ML
VERSACE EROS POUR FEMME FOR WOMEN EDP 5ML
VERSACE VANITAS 4.5ML EDT
VERSACE YELLOW DIAMOND 5ML EDT

YVES SAINT LAURENT PARIS EDP 7.5ML WOMEN MINI
YVES SAINT LAURENT MANIFESTO EDP 7.5ML MINI



Whatsapp Nadia +6011-23610700 untuk pembelian.
Facebook : Perfume86
Instagram : @perfume86

"Perfume Original Murah"


Britney Spears Fantasy Untuk Wanita Yang Berani

Khamis, 18 Februari 2016

Teks : Nadia Bakar
Foto : Nadia Bakar
Entri #34





Alhamdulillah.
Tiada apa yang lebih membahagiakan bagi saya bila pelanggan berpuas hati dengan servis dan minyak wangi yang mereka beli. Macam dapat booster positif gitu.

Selain dapat membuatkan mereka gembira dengan minyak wangi pilihan mereka, saya juga dapat bantu mereka berjimat dengan pembelian minyak wangi yang jauh lebih murah daripada harga pasaran.

Adik manis dari Johor ni memilih minyak wangi Britney Spears Fantasy (Original Tester) yang sememangnya berbau manis vanila dan gula-gula kapas! Hanya mereka yang berani akan pilih minyak wangi Fantasy ni sebab aromanya agak kuat dan tahan sehingga ke petang. Malah, ada juga maklumbalas daripada pelanggan saya minyak wangi Fantasy ini bertahan lebih 24 jam di baju mereka!

Siap merancang untuk beli lagi nanti. :)

Kalau dapat berjimat, siapa yang tak nak kan?




P/S : Siapa lagi yang nak minyak wangi Britney Spears Fantasy? Boleh terus Whatsapp saya di +6011-23610700 :)









Lima Sebab Kenapa Minyak Wangi Hadiah Terbaik!

Rabu, 17 Februari 2016

Teks : Nadia Bakar
Foto : Nadia Bakar
Entri #33

Bagi mereka yang mencari hadiah istimewa untuk si dia yang tersayang, saya sangat suka untuk mencadangkan "hadiahkanlah sebotol minyak wangi!"
Minyak wangi adalah salah satu hadiah yang memberikan kesan magik dan menakjubkan untuk si pemberi dan penerima.

Nak tahu kenapa? Teruskan pembacaan anda ya!

1) Minyak wangi boleh membentuk daya memori yang kuat kepada sesiapa yang menghidunya. Kalau si dia insan yang istimewa, pasti anda akan sentiasa berasa senang dan teringat-ingat harumannya, kan?

2) Jika anda menghadiahkan minyak wangi kegemaran si dia, pasti dia akan tersenyum gembira dan sentiasa akan teringatkan anda, si pemberi hadiah tersebut! Tak nak ke sentiasa diingati? :)

3) Mungkin juga si dia sedang berkira-kira untuk bertukar kepada minyak wangi yang baru, jadi apa salahnya jika anda ambil perhatian yang serius dengan kehendaknya kan? Belikan minyak wangi baru untuk si dia! Percayalah, si dia pasti akan terharu di atas perhatian dan usaha anda!

4) Jika si dia bukan seorang yang mementingkan pemakaian minyak wangi, apa salahnya anda berikan hadiah minyak wangi sebagai salah satu cara lain untuk menghargai si dia kan? Untung-untung anda jadi orang pertama yang memberikan hadiah unik ini untuk si dia! Tambah pula dengan menyelit sekeping nota romantik "Kasih sayangku sentiasa mekar mewangi untukmu", pasti tak lekang senyum di bibir si dia.

5) Jika anda tahu jenis minyak wangi yang dipakai oleh si dia, apa kata untuk lebih istimewa, anda hadiahkan set hadiah minyak wangi? Lazimnya di dalam satu set hadiah minyak wangi terdapat losyen, krim mencukur, gel mandian, minyak wangi saiz miniature atau vial. Dua puluh empat jam si dia akan sentiasa teringatkan anda!

Selamat mencuba dan menggembirakan hati si dia!
Jika si dia gembira, kita apatah lagi kan?


P/S : Kalau anda tak pasti nak beli minyak wangi apa, jangan malu-malu bertanya. Saya sedia membantu, InsyaAllah :) Whatsapp +6011-2361 0700 ya!

-------------------------------------------------------------------------------------------------------------------

Desire Red, Perfume Original, Gift SetRalph Lauren Big Pony No 2, Perfume Original, Gift Set


Tawaran RM240 bagi setiap set Ralph Lauren Big Pony No 2 (woman) dan 
Dunhill Desire Red (men)
** Harga sudah termasuk kos pengeposan.


Katy Perry Purr dan Meow yang manis!

Khamis, 11 Februari 2016

Teks : Nadia Bakar
Foto : Nadia Bakar
Entri #32


Katy Perry Purr dan Meow ini sering menjadi pilihan golongan wanita awal 20-an. Mempunyai aroma yang manis, feminin dan harga yang lebih murah berbanding minyak wangi jenama lain menjadikan minyak wangi ini antara minyak wangi yang hotselling di Perfume86.

Apa yang membezakan kedua-kedua minyak wangi ini?

Minyak wangi Katy Perry Meow yang dikeluarkan pada tahun 2011 ini sesuai untuk penggemar aroma manis vanila yang kuat dan bersifat berani. Di samping itu, ianya mempunyai kekuatan dari segi wangian yang lebih tahan lama.

Manakala bagi Katy Perry Purr yang terlebih dahulu dikeluarkan pada tahun 2010, sering dikatakan tidak mempunyai ketahanan yang lama. Namun begitu, aroma kelapa, bunga-bungaan dan creamy minyak wangi ini menambah keunikan pada wangiannya. Malah boleh memberikan mood kesegaran kepada si pemakai.

Bagi pengumpul minyak wangi, lazimnya mereka memilih minyak wangi Katy Perry ini kerana bentuk botolnya yang unik. 

Jadi, yang mana satu pilihan anda? :)



Tips Minyak Wangi Untuk Bercuti!

Jumaat, 22 Januari 2016

Teks : Nadia Bakar
Foto : Google, Travalo.com
Entri #31

Hai.

Ada di kalangan kita yang susah hati minyak wangi bocor atau retak malah pecah bila nak berjalan jauh. Makin susah hati sebab tak mungkinlah tak bawa minyak wangi bersama kan? Kalau hari-hari memang pakai minyak wangi, sekali tak pakai terus rasa hilang mood dan kurang keyakinan diri. Hihi. Amboi dahsyatnya kesan minyak wangi ni. Nak buat macam mana, rutin kan? Lain orang, lain kegemarannya.

Kali ni saya nak kongsikan beberapa tips untuk persediaan sebelum berjalan jauh, khas untuk minyak wangi berharga anda!

   TIPS #1 - BAWA 1 MINYAK WANGI SAHAJA   

Sebaiknya kita pilih 1 jenis minyak wangi saja untuk bercuti. Pilih minyak wangi berdasarkan tempat yang kita akan pergi nanti. Katakan kita akan pergi ke tempat yang bercuaca panas, salah satu jenis minyak wangi yang sesuai adalah daripada jenis citrus, fruity, manis dan aromatik seperti D&G Light Blue.

Andaikata kita memang dah terbiasa dengan lebih daripada satu jenis minyak wangi untuk aktiviti-aktiviti yang berbeza, sila ikut tips yang kedua.

   TIPS #2 - ATOMIZER PERFUME   

Saya sangat mencadangkan untuk refill minyak wangi tersebut ke dalam atomizer perfume yang memang direka khas untuk minyak wangi.
Daripada harga semurah RM8 sehingga RM50+ mengikut saiz dan jenama. 

Kalau refill macam ni, sesuai nak usung 5 minyak wangi kegemaran anda! Hihihi. Saiz sekecil ini boleh isi sehingga 5ml, lebih kurang 65 kali semburan. Bergantung kepada jenis ya. Sila bertanya pada penjual.




   TIPS #3 - BALUT MINYAK WANGI   

Andaikata anda nak juga bawa minyak wangi saiz besar, malas nak refill sebab nak kena beli atomizer perfume, saya cadangkan anda balut minyak wangi anda dengan kain atau baju t-shirt yang sudah tidak dipakai lagi.

Ini bagi mengelakkan minyak wangi anda retak atau pecah, di samping dapat mengelak kejadian minyak wangi tertumpah di atas pakaian atau barangan berharga anda yang lain.

   TIPS #4 - BAWA MINIATURE    

Satu lagi cara yang praktikal ialah dengan membawa minyak wangi jenis miniature berbanding saiz besar. Anda tak perlu pening-pening nak refill lagi!

Saiz yang kecil dan sesuai dibawa ke mana saja!



Selamat bercuti dan berwangi-wangian! :)


Review Seminar Early Edukids : Rugi Kalau Tak Join!

Khamis, 21 Januari 2016

Teks : Nadia Bakar
Foto : Puan Siti Rohana Abd Rahman
Entri #30

Dulu saya fikir mendidik anak tak susah mana sebab saya rasa ianya adalah semulajadi. Senang cerita, mana-mana yang baik daripada mak abah saya dulu saya akan terapkan pada anak. Simple nya cara fikir! Hahaha.

Tapi, bila selalu ternampak perkongsian kawan-kawan Facebook tentang ilmu pendidikan awal kanak-kanak, hati saya tertanya-tanya dan semestinya nak tahu lebih lanjut. Apa yang best sangat ni sampaikan ramai yang sibuk kongsi sana sini? Ibu mana yang tak nak berikan yang terbaik untuk anak kan? Oleh sebab tahap nak tahu saya tinggi, saya terus mencari di Google. Banyak input berkenaan pendidikan awal kanak-kanak dan homeschooling! Tapi kebanyakannya daripada website atau blog luar negara.

Daripada pelbagai aktiviti bersama anak-anak sehinggalah kepada kesannya terhadap keluarga, semuanya positif dan mengujakan! Saling berkait kesannya; anak gembira, keluarga bahagia.

Sehinggalah pada suatu hari, Allah lorongkan hati saya untuk menyertai Seminar Early Education 101 Bangi yang hebat oleh speaker yang SubhanAllah memang hebat, Puan Siti Rohana Abd Rahman daripada Early Edukids pada 17 Januari 2016 yang lepas.

Sebelum tu dua orang kawan saya sudah pun menghadiri seminar ini dan maklumbalas yang mereka berikan juga bagus. Jadi, rugilah saya kalau tak rebut peluang kali ni kan?

Nadia Bakar, Early Edukids, ThinkerspaceNadia Bakar,  Early Edukids, Thinkerspace
Nadia Bakar, Early Edukids, Thinkerspace
Klik pada gambar untuk saiz yang lebih jelas.

   REVIEW TENTANG SEMINAR   

Jujur saya katakan, seminar ni sangat bagus. Bayaran sebanyak RM160 sahaja, tapi terlalu banyak ilmu yang bermanfaat diperolehi. Padat, ringkas dan memudahkan! Tanyalah apa saja, InsyaAllah Puan Siti akan jawab berpandukan pengalaman beliau mendidik empat orang anak secara early education dan homeschool selama 9 tahun. Memang tak bosan langsung seminar ni sebab Puan Siti sentiasa bersemangat dan energetic! Tak keterlaluan kalau saya katakan, nilai seminar ini sepatutnya ialah RM1600!

Lima topik utama yang Puan Siti sentuh bagi membina asas yang kuat untuk perkembangan anak melalui seminar ini ialah :

1) Mendidik anak mengikut perspektif Islam.
2) Teknik mengajar anak membaca dengan mudah dan menyeronokkan.
3) Cara untuk memantapkan memori ingatan anak.
4) Cara mendidik anak menjadi kreatif.
5) Cara mendidik anak menjadi orang yang gembira dan berkeyakinan.

Pada mulanya saya sangkakan seminar ni hanya mengambil masa setengah hari dengan bayaran semurah itu, rupa-rupanya sampai ke petang! Memang berbaloi-baloi lah kan. Siap dengan sarapan pagi dan makan tengahari pulak tu. Dapat buku nota dan goodie bag lagi! Dalam goodie bag tu ada beberapa bahan untuk aktiviti bersama anak seperti fur stick, fur ball, getah warna-warni dan lain-lain lagi. Puan Siti juga berkongsi beberapa idea cara guna setiap bahan yang diberikan. Memang semua ibu teruja, tak sabar nak balik buat aktiviti dengan anak! Siap dah terbayang-bayang seronok main dengan anak lah waktu tu!

Saya suka kelima-lima topik seminar ini sebab semuanya ilmu yang baru untuk saya. Syukur sangat Allah berikan peluang untuk hadir. Bukan setakat dapat ilmu, malah dapat berkenalan dengan ibu-ibu hebat yang lain. Memang seminar yang happening!

Lepas seminar pun kami masih boleh berkongsi ilmu melalui group whatsapp. Jadi, lebih mudah untuk sebarang proses troubleshooting and sharing gitu. Best kan?

Jadi, saya memang sangat sarankan kepada ibu-ibu sekalian untuk ambil peluang, satu hari yang berharga bagi menyertai seminar ini kerana teknik yang diajarkan oleh Puan Siti mudah dan praktikal untuk ibu dan anak-anak, InsyaAllah.

Ada ibu yang datang jauh dari Perak dan Perlis hari tu. Hebat kan?
Tak kurang juga ada ibu-ibu yang bawa anak kecil yang masih menyusu badan bersama.

Saya doakan Puan Siti sentiasa diberikan kesihatan baik yang berpanjangan supaya dapat berkongsi ilmu yang bermanfaat dengan lebih ramai lagi ibu-ibu hebat di luar sana!

Seminar di Bangi akan diadakan pada 14 Februari 2016.
Cepat-cepat rebut peluang ni ya!
Klik sini untuk mendaftar!

P/S : Puan Siti ni peramah, serius tak kekok bila borak-borak dengan beliau. Macam dah kenal lama pun ye jugak! :)



HYPEREMESIS GRAVIDARUM - Bukan Mabuk Biasa

Rabu, 6 Januari 2016

Teks : Nadia Bakar
Foto : Nadia Bakar
Entri #29

Assalamualaikum.
Sudah lebih tiga bulan saya tak dapat kemaskini blog dan proses untuk menamatkan latihan penulisan 44 entri dengan lebih pantas juga tergendala tanpa diduga. 

Siapa sangka, lepas Aariz dan suami saya demam, saya disahkan hamil 6 minggu. 
Sehari selepas demam Aariz kebah, saya mengalami loya dan pening. Terus teringat simtom-simtom yang sama juga saya hadapi sewaktu mengandungkan Aariz 3 tahun yang lepas. Trauma? Memang ada rasa trauma dan takut yang amat sangat sebab saya risau masalah Hyperemesis Gravidarum (HG) yang saya alami dulu akan berulang kembali atau lebih teruk lagi! 




   PENGALAMAN KEDUA   

Tiga bulan pertama saya mengalami HG yang teruk sehingga tidak mampu menguruskan diri sendiri pun. Apatah lagi untuk bekerja seperti biasa. Syukurlah majikan saya sangat memahami kerana beliau juga mengalami HG selama mengandungkan kedua-dua anaknya. Terus saja diluluskan permohonan saya untuk bercuti tanpa gaji selama sebulan. 

Sepanjang tempoh ini juga, saya tidak boleh terhidu sebarang bau masakan. Saya pasti akan muntah teruk tanpa mengira waktu. Kalau ibu lain pernah mengalami morning sickness, tapi saya whole day sickness! Terutamanya bau tumis bawang, sup dan makanan yang berminyak. Hatta, bau minyak wangi sekalipun! Kalau dulu saya sangat suka bau minyak wangi suami, sekarang suami langsung tidak dibenarkan memakainya lagi! Sabun mencuci pakaian juga terpaksa ditukar kerana saya tidak tahan dengan baunya. Kalau cium baju sendiri pun saya boleh muntah teruk sehingga mengakibatkan tekak saya luka. Sadis kan?

Bezanya kali ini, saya masih boleh menjamah sedikit makanan yang pedas dan masam seperti tom yam! Berbanding pengalaman pertama dulu, langsung tak boleh makan atau minum. Pasti akan muntah. Syukur Allah ringankan sedikit rasa sakit.

Tugas sebagai pengurus rumah juga terpaksa diambil alih sepenuhnya oleh suami. Syukur alhamdulillah beliau sangat memahami dan sangat membantu. Daripada tugas melayan Aariz sampai kepada menyiapkan bekal Aariz setiap hari. Basuh, sidai dan melipat baju juga dilakukan sepenuhnya oleh beliau tanpa mengeluh. Waktu ini lah baru teringat pesan seorang kawan dulu - "Kita bukan perlukan suami yang pandai bermanis mulut, tapi kita perlukan suami yang bertanggungjawab." 

Sehingga ke hari ini saya masih menghadapi masalah muntah yang tidak menentu dan adakalanya berlebihan. Waktu mengandungkan Aariz dulu, sebelum masuk ke bilik bersalin pun saya masih muntah! Bayangkanlah! 

Syukur teman-teman sekerja juga faham keadaan saya. Kalau rasa penat dan tak larat akibat muntah-muntah, saya boleh berehat. 

   TIPS UNTUK PENGHIDAP HG   

Saya faham, ada di kalangan kita yang menerima respon negatif daripada masyarakat sekeliling seperti diperli seolah-olah mengada-ngada saja. Itu tak boleh. Ini tak boleh. Pesan saya, maafkanlah mereka kerana hanya yang pernah mengalami HG pasti memahami situasi sebenar. HG ni tak boleh ditahan-tahan hatta dengan pil tahan muntah sekalipun kan? Kedua, dalam tempoh HG, kita hanya perlu yang positif-positif saja untuk meneruskan kandungan yang telah dianugerahkan kepada kita dan suami. 

Berikut adalah sedikit tips daripada pengalaman dan pandangan saya sendiri yang saya boleh kongsikan dengan anda yang mengalami HG. Siapa tahu boleh membantu?

#1- Redha dengan HG 
Nak tak nak kita mesti redha dahulu dengan kehendak Allah yang satu ini. 
Barulah kita boleh terus bertabah untuk menghadapinya.

#2 - Banyakkan Berdoa, Bersedekah dan Berzikir
Semestinya sebagai seorang muslim, kita kembali pada hakikat yang kita hanyalah hambaNYA. Tiada dan kekuatan melainkan dengan kekuatan Allah. Berdoa, mintalah sungguh-sungguh pada Allah semoga diberikan kekuatan untuk menghadapi dugaan ini. Siapa tahu, dugaan ini yang dapat menghapuskan dosa-dosa silam kita. 

Seperti yang kita sedia maklum, bersedekah juga dapat meringankan sakit. Jadi, banyakkanlah bersedekah ya. Nilai yang kecil atau besar bukan penilaiannya, tapi keikhlasan itu yang lebih utama.

Berzikirlah dengan nama Allah. Sepanjang tempoh HG, saya paling suka zikir Nabi Yunus. Percayalah, saat itu adalah saat yang kita rasakan sebenar-benar rasa zikir. Kalau selama ini kita lalai dalam berzikir, kali ni mesti airmata juga sama-sama mengalir sebab macam baru sedar diri bukan siapa-siapa tanpa Allah. Saya tak pandai nak huraikan, tapi itulah yang saya rasa. 

La ilaha illa anta. Subhanaka inni kuntu minaz zolimin.  
"Tidak ada tuhan yang disembah melainkan Engkau. Maha Suci Engkau, sesungguhnya aku adalah orang yang berbuat zalim."

Tidak lupa juga zikir,

Hasbunallah wani'mal wakil. Ni'mal maula wa ni'mannasir.
"Cukuplah Allah sebagai penolong dan Allah adalah sebaik-baik pelindung."

#3 - Dapatkan Sokongan Ahli Keluarga dan Sahabat Rapat
Kita mungkin rasa tidak mahu menyusahkan orang kan? Tapi nak tak nak memang kita kena dapatkan bantuan mereka. Maklumkan pada mereka tentang keadaan kita. Kalaupun mereka tidak banyak membantu, setidak-tidaknya mereka maklum tentang hal kita.
Bayangkanlah, sepanjang HG saya langsung tidak boleh bau yang pelik-pelik? Tapi oleh sebab ahli keluarga saya memahami, terutamanya ibu saya, tidaklah timbul masalah kecil hati jika saya tidak tolong memasak sebagai contoh.

Maklumkan dan berkongsi dengan sahabat yang rapat dengan kita juga InsyaAllah banyak membantu. Mereka memahami dan sedia memberikan semangat dan kata-kata positif untuk kita. Percayalah! Antara pesan mereka yang saya masih ingat :

"Besar pahalanya."
"Siapa tahu bersalin nanti dipermudahkan Allah."
"Siapa tahu anak yang bakal dilahirkan nanti adalah anak yang bijak dan soleh."
"Di luar sana ramai orang yang menginginkan anak, tapi tak dapat. Sabar sikit ya."
"Bayangkan muka baby comel yang bakal dilahirkan nanti!"


Jadi, penting ke penting sokongan mereka ni? :)
Paling penting, jangan berseorangan dalam menghadapi HG bagi mengelakkan kemurungan yang kronik. Bukan kita saja yang akan mendapat kesan, malah bayi dalam kandungan juga.

#4 - Makanan Kering dan Air Kosong
HG memang sangat berkait rapat dengan jenis makanan yang kita makan. Salah pilih makanan memang jadi trigger untuk muntah, muntah dan muntah lagi sampai kita lembik seperti makanan yang berminyak. Lazimnya, makanan yang kering seperti biskut tawar dapat membantu meredakan loya.

Air kosong sangat penting untuk mengelakkan kita kekurangan air dalam badan. Memang ada yang muntah bila minum air kosong kan? Tapi nak tak nak, mesti juga minum. Akibat kekurangan air dalam badan boleh menyebabkan kita masuk wad kerana ianya berbahaya untuk kita dan kandungan.

#5 - Bekas Muntah
Oleh sebab saya muntah tak mengira masa dan mengambil masa yang lama untuk reda, suami sediakan bekas muntah yang dekat dengan saya supaya saya tak perlu bangun ke tandas berulang kali. Salah satu sebab adalah kerana saya pernah pitam dua kali di tandas! Sedar-sedar dah terbaring di lantai. Terima kasih suami kerana sanggup uruskan muntah saya!

Ini saja tips yang ingin saya kongsikan. Jika anda ingin menambah tips-tips lain mengikut pengalaman sendiri, boleh terus kongsikan di bahagian komen ya!

Kepada para ibu yang mengalami HG, jangan terlalu bimbang. Anda tidak berseorangan dalam menghadapi masalah ini. Saya doakan anda juga diberikan kesihatan yang lebih baik. Diharap tips-tips yang diberikan dapat membantu serba sedikit.

Jumpa lagi!



P/S : Sejak HG semakin baik, saya dapat hobi baru untuk meredakan emosi. Nanti saya kongsikan di entri lain.





 

Nadia Bakar© - Perfume Original Branded Copyright © 2013