Berkorban di Hari Raya

Isnin, 28 September 2015

Teks : Nadia Bakar
Foto : Nadia Bakar
Entri #28

Semalam Hari Raya Qurban.
Tapi kami sekeluarga tak dapat ke mana-mana kerana Aariz masih demam, batuk dan selesema yang agak teruk sejak 2 hari lepas. Lagipun suami saya hanya mendapat cuti satu hari saja.

Mengikut perancangan awal, saya dan Aariz akan pulang ke kampung dengan makcik saya yang tinggal di Nilai. Tapi keadaan kesihatan Aariz yang tidak begitu baik, saya pilih untuk kuarantinkan Aariz di rumah saja.

Malah, masalah jerebu di luar yang tiba-tiba kembali akan menjadi penyumbang kepada masalah kesihatan yang lebih serius kan?

Semua mesej pelanggan di Facebook, Whatsapp dan Telegram untuk beli minyak wangi dan beg Cath Kidston saya balas agak perlahan kerana saya perlu memberikan perhatian sepenuhnya kepada Aariz.

Sekejap-sekejap Aariz minta dibuangkan hingusnya. "Inoh inoh inoh" (baca : hingus). Rengek Aariz setiap kali dirasakan hingus akan keluar dari hidungnya.

Badannya yang panas memang perlu kerap dibasahkan dengan air lemon. Saya memilih lemon kerana saya sukakan aromanya. Tidak terlalu menusuk hidung seperti cuka epal, satu rumah pening!

Alhamdulillah, suhu badan Aariz sudah kembali normal setelah 2 kali sehari Aariz berendam di dalam air campuran garam epsom. Tinggal batuk dan selesema yang masih berbaki lagi.

Teknik stim dan tepuk percussion juga sangat membantu membuang kahak Aariz. Kali ni hasilnya memang puas hati. Mesti Aariz dapat tidur lena selepas itu.

Syukurlah semua pelanggan faham keadaan saya yang sibuk dengan anak yang kurang sihat. Mereka sabar menunggu saya membalas mesej. Jutaan terima kasih saya ucapkan di atas kefahaman dan kerjasama yang diberikan.

Selasa ni ada pengeposan beg Cath Kidston, kalau ada yang ingin bergaya dengan beg baru pada hari Rabu atau Khamis, boleh cepat-cepat tempah sekarang ya.

Lihat beg yang masih ada stok di sini.

 Muka ceria sikit lepas baik demam.







 

Nadia Bakar© - Hidup Lebih Mudah Dengan EO Copyright © 2013