Kod Rahsia Perfume (Batch Code)

Ahad, 30 Ogos 2015

Teks : Nadia Bakar
Foto : Nadia Bakar
Entri #24

Minyak wangi dikategorikan sebagai bahan kosmetik. Lazimnya minyak wangi original mempunyai no kod yang bermaksud Batch Code bagi mewakili tarikh pengilangannya (manufacturing date)

Penting untuk kita tahu mengenai tarikh pengilangan minyak wangi yang kita beli bagi menentukan tahap kesegaran dan kesesuaian untuk menggunakannya mengikut standard yang ditetapkan. 

Menurut EU Law, pengilang perlu meletakkan tarikh luput bagi kosmetik yang mempunyai jangka hayat kurang daripada 3 tahun. Ini berbeza dengan minyak wangi yang menggunakan tarikh pengilangan (Batch Code) sebagai kayu ukur tahap kualitinya.

Tempoh yang terbaik untuk menggunakan minyak wangi yang mempunyai alkohol ialah 5 tahun daripada tarikh pengilangan (Batch Code). Maksudnya, kualiti minyak wangi dijamin berada di dalam keadaan terbaik dalam tempoh 5 tahun selepas dikilangkan. 

Pun demikian, tidak menjadi masalah jika minyak wangi tersebut masih digunakan selepas tempoh 5 tahun. Kemungkinan akan menyebabkan bau, warna dan teksturnya sedikit berubah. Jika kita meletakkan minyak wangi tersebut pada tempat yang sesuai ; tidak terdedah kepada haba yang panas, lembap dan tidak terkena cahaya matahari, kesegaran minyak wangi tersebut masih boleh dikekalkan. Ada seorang pelanggan kami yang masih menggunakan minyak wangi yang berusia lebih 10 tahun, cuma warnanya saja berubah.

CIRI-CIRI BATCH CODE :

1) Dicetak (stamp) pada botol dan kotak minyak wangi.

2) Nombor Batch Code yang sama pada botol dan kotak minyak wangi. 
- Ini juga merupakan salah satu teknik untuk mengenalpasti minyak wangi yang original.

Tarikh pengilangannya boleh diperiksa secara online di www.checkcosmetic.net atau www.checkfresh.com dengan memasukkan Batch Code dan jenama minyak wangi tersebut.


Gambar : Minyak wangi Versace Bright Crystal Original Tester yang dibeli oleh pelanggan kami.

Jika ada sebarang cadangan atau ulasan, sila tinggalkan komen anda ya. 




Nadia Bakar
Pengasas Perfume86
IG : perfume86





 

Nadia Bakar© - Perfume Original Branded Copyright © 2013