Jenis Perfume (Bahagian 3) : Perfume Miniature

Ahad, 30 Ogos 2015

Teks : Nadia Bakar
Foto : Nadia Bakar
Entri #22

Siapa pernah beli minyak wangi secara online tapi malangnya kita tak berkenan dengan minyak wangi tersebut? Sama ada kita terpaksa jual kepada yang berminat atau minyak wangi tu terperuk dalam almari kita kan?

Selalunya kes-kes begini disebabkan kita terpengaruh dengan iklan-iklan minyak wangi tersebut atau ada di kalangan kawan kita yang pakai minyak wangi tu. Jadi kita pun dengan penuh yakin beli tanpa cuba pakai di badan kita terlebih dahulu. 

Ingat! Tak semestinya kawan kita pakai baunya sedap, di badan kita pun akan mendapat hasil yang sama ya! Hormon setiap kita adalah berbeza.

Kalau kita tak sempat nak ke mana-mana kaunter minyak wangi yang berdekatan, kita boleh beli minyak wangi jenis miniature yang bersaiz kecil ini. Saiz bagi setiap perfume adalah bergantung kepada jenama masing-masing. Ada yang mengeluarkan perfume miniature bersaiz 5ml sahaja, begitulah sebaliknya. Kita boleh tanyakan kepada penjual berkenan saiz perfume miniature yang kita kehendaki ya.

Selain daripada untuk tujuan mencuba minyak wangi yang lain, perfume miniature ini juga sangat sesuai untuk dibawa travel ke mana-mana. Bayangkan jika kita perlu usung minyak wangi bersaiz 100ml? Bukan setakat membazir ruang di dalam beg, tetapi ianya juga adalah perbuatan yang kurang praktikal jika kita jenis yang suka relayer minyak wangi selepas beberapa jam. Berat beg tangan!  

Bersaiz kecil dan ringan, perfume miniature ni sangat sesuai diletakkan di dalam beg tangan atau poket baju atau seluar kita. Bergantung pada keselesaan kita lah ya. 

CIRI-CIRI PERFUME MINIATURE 

1) Rekabentuk botol yang menyerupai botol minyak wangi bersaiz besar. 

2) Ada yang berkotak dan tidak berkotak.

3) Saiz 4.5ml sehingga 20ml mengikut jenama masing-masing.

4) Jenis dab on atau jenis spray.

Bagi pengumpul minyak wangi original yang suka bertukar-tukar minyak wangi, kita boleh membeli perfume miniature ini sebagai koleksi. Saiznya yang comel memang sangat sesuai untuk dijadikan koleksi kan? Harga pun jauh lebih murah berbanding saiz besar.


Ada yang mencari perfume miniature ni? Nanti saya kemaskini stok yang masih ada ya.



Nadia Bakar
Pengasas Perfume'86















 

Nadia Bakar© - Perfume Original Branded Copyright © 2013