Jenis Perfume (Bahagian 4) : Perfume Vials

Ahad, 30 Ogos 2015

Teks : Nadia Bakar
Foto : Nadia Bakar
Entri #23

Ada di kalangan kita yang biasa beli minyak wangi di kaunter dapat perfume vials percuma kan? Kalau kita bertuah, siap dapat percuma beg travel lagi.

Ada juga di kalangan pengumpul minyak wangi (perfume collector) yang sukakan perfume vial sahaja kerana harganya yang sangat murah (di antara Rm9-Rm15 mengikut saiz dan jenama). Jadi mereka tak teragak-agak untuk membeli 10-20 botol perfume vial sekaligus!

Kalau kita suka pakai minyak wangi dalam kuantiti sedikit, hanya sekadar 1-2 semburan sahaja,  perfume vial ini sudah memadai. 

APA ITU PERFUME VIAL?

1) Bersaiz 1.2ml-2ml sahaja.

2) Sesuai dijadikan tester jika kita mahu mencuba minyak wangi yang lain.

3) Sesuai untuk kita yang suka bertukar-tukar minyak wangi setiap hari. 

4) Sangat sesuai untuk tujuan travel kerana saiznya yang sangat kecil dan ringan.

5) Lazimnya dalam bentuk spray.

6) Bentuk botol nya jenis tiub. 



Alhamdulillah selesai empat entri saya berkenaan jenis-jenis minyak wangi original yang terdapat di pasaran. 

Untuk tahu lebih lanjut tentang 3 jenis minyak wangi original lagi, boleh klik link di bawah ya.

Original In Box (Sealed)

Original Tester

Original Miniature



Jika ada sebarang cadangan atau soalan, boleh tinggalkan di komen ya.

Semoga entri ini bermanfaat.



Nadia Bakar
Pengasas Perfume'86












Jenis Perfume (Bahagian 3) : Perfume Miniature

Teks : Nadia Bakar
Foto : Nadia Bakar
Entri #22

Siapa pernah beli minyak wangi secara online tapi malangnya kita tak berkenan dengan minyak wangi tersebut? Sama ada kita terpaksa jual kepada yang berminat atau minyak wangi tu terperuk dalam almari kita kan?

Selalunya kes-kes begini disebabkan kita terpengaruh dengan iklan-iklan minyak wangi tersebut atau ada di kalangan kawan kita yang pakai minyak wangi tu. Jadi kita pun dengan penuh yakin beli tanpa cuba pakai di badan kita terlebih dahulu. 

Ingat! Tak semestinya kawan kita pakai baunya sedap, di badan kita pun akan mendapat hasil yang sama ya! Hormon setiap kita adalah berbeza.

Kalau kita tak sempat nak ke mana-mana kaunter minyak wangi yang berdekatan, kita boleh beli minyak wangi jenis miniature yang bersaiz kecil ini. Saiz bagi setiap perfume adalah bergantung kepada jenama masing-masing. Ada yang mengeluarkan perfume miniature bersaiz 5ml sahaja, begitulah sebaliknya. Kita boleh tanyakan kepada penjual berkenan saiz perfume miniature yang kita kehendaki ya.

Selain daripada untuk tujuan mencuba minyak wangi yang lain, perfume miniature ini juga sangat sesuai untuk dibawa travel ke mana-mana. Bayangkan jika kita perlu usung minyak wangi bersaiz 100ml? Bukan setakat membazir ruang di dalam beg, tetapi ianya juga adalah perbuatan yang kurang praktikal jika kita jenis yang suka relayer minyak wangi selepas beberapa jam. Berat beg tangan!  

Bersaiz kecil dan ringan, perfume miniature ni sangat sesuai diletakkan di dalam beg tangan atau poket baju atau seluar kita. Bergantung pada keselesaan kita lah ya. 

CIRI-CIRI PERFUME MINIATURE 

1) Rekabentuk botol yang menyerupai botol minyak wangi bersaiz besar. 

2) Ada yang berkotak dan tidak berkotak.

3) Saiz 4.5ml sehingga 20ml mengikut jenama masing-masing.

4) Jenis dab on atau jenis spray.

Bagi pengumpul minyak wangi original yang suka bertukar-tukar minyak wangi, kita boleh membeli perfume miniature ini sebagai koleksi. Saiznya yang comel memang sangat sesuai untuk dijadikan koleksi kan? Harga pun jauh lebih murah berbanding saiz besar.


Ada yang mencari perfume miniature ni? Nanti saya kemaskini stok yang masih ada ya.



Nadia Bakar
Pengasas Perfume'86















Kod Rahsia Perfume (Batch Code)

Teks : Nadia Bakar
Foto : Nadia Bakar
Entri #24

Minyak wangi dikategorikan sebagai bahan kosmetik. Lazimnya minyak wangi original mempunyai no kod yang bermaksud Batch Code bagi mewakili tarikh pengilangannya (manufacturing date)

Penting untuk kita tahu mengenai tarikh pengilangan minyak wangi yang kita beli bagi menentukan tahap kesegaran dan kesesuaian untuk menggunakannya mengikut standard yang ditetapkan. 

Menurut EU Law, pengilang perlu meletakkan tarikh luput bagi kosmetik yang mempunyai jangka hayat kurang daripada 3 tahun. Ini berbeza dengan minyak wangi yang menggunakan tarikh pengilangan (Batch Code) sebagai kayu ukur tahap kualitinya.

Tempoh yang terbaik untuk menggunakan minyak wangi yang mempunyai alkohol ialah 5 tahun daripada tarikh pengilangan (Batch Code). Maksudnya, kualiti minyak wangi dijamin berada di dalam keadaan terbaik dalam tempoh 5 tahun selepas dikilangkan. 

Pun demikian, tidak menjadi masalah jika minyak wangi tersebut masih digunakan selepas tempoh 5 tahun. Kemungkinan akan menyebabkan bau, warna dan teksturnya sedikit berubah. Jika kita meletakkan minyak wangi tersebut pada tempat yang sesuai ; tidak terdedah kepada haba yang panas, lembap dan tidak terkena cahaya matahari, kesegaran minyak wangi tersebut masih boleh dikekalkan. Ada seorang pelanggan kami yang masih menggunakan minyak wangi yang berusia lebih 10 tahun, cuma warnanya saja berubah.

CIRI-CIRI BATCH CODE :

1) Dicetak (stamp) pada botol dan kotak minyak wangi.

2) Nombor Batch Code yang sama pada botol dan kotak minyak wangi. 
- Ini juga merupakan salah satu teknik untuk mengenalpasti minyak wangi yang original.

Tarikh pengilangannya boleh diperiksa secara online di www.checkcosmetic.net atau www.checkfresh.com dengan memasukkan Batch Code dan jenama minyak wangi tersebut.


Gambar : Minyak wangi Versace Bright Crystal Original Tester yang dibeli oleh pelanggan kami.

Jika ada sebarang cadangan atau ulasan, sila tinggalkan komen anda ya. 




Nadia Bakar
Pengasas Perfume86
IG : perfume86





Jenis Perfume (Bahagian 2) : Perfume Original Tester

Teks : Nadia Bakar
Foto : Nadia Bakar
Entri #21

Bagi anda yang nak lebih berjimat cermat dengan pembelian minyak wangi original, memang saya akan cadangkan untuk beli minyak wangi original tester.

Apa yang bagus dengan minyak wangi original tester ni?

Pertama sekali, semestinya harganya lebih murah berbanding minyak wangi original in box (sealed). 

CIRI-CIRI MINYAK WANGI ORIGINAL TESTER

1) Berkotak. Hanya warna putih atau perang sahaja. Tidak bercorak.

2) Terdapat perkataan TESTER / TESTEUR atau DEMONSTRATION pada botol minyak wangi dan kotaknya. Sama ada dalam bentuk cetakan atau ukiran.

3) Lazimnya mempunya BATCH CODE yang mewakili tarikh pengilangan minyak wangi tersebut. BATCH CODE tersebut mestilah sama nombor kodnya di botol minyak wangi dan kotak.

4) Kotaknya tidak dibalut dengan plastik lutsinar.

5) Botolnya sempurna, tiada sebarang kecacatan fizikal. 

6) Boleh jadi tiada penutup mengikut jenama masing-masing.

7) Jumlah isi kandungannya penuh. Ianya tidak pernah digunakan walaupun namanya TESTER!

8) Sesuai untuk penggemar minyak wangi yang suka mengumpul botol minyak wangi yang menarik kerana harganya yang lebih jimat. 

9) Aromanya lebih tahan lama kerana pada asalnya TESTER adalah untuk tujuan pemasaran yang digunakan di kaunter-kaunter minyak wangi.


Jika kita nak berjimat cermat, boleh lah pilih minyak wangi original tester ya!

Semoga entri ini bermanfaat untuk kita semua.


Nadia Bakar
Pengasas Perfume'86




  
 

Nadia Bakar© - Perfume Original Branded Copyright © 2013