6 Pantang Larang Minyak Wangi Original

Jumaat, 15 Mei 2015

Teks : Nadia Bakar
Foto : Nadia Bakar
Entri #18


Hai. :)

Siapa yang tak suka badan sentiasa berbau harum dengan minyak wangi original kan?
Bila pakai minyak wangi, automatik kita rasa lebih yakin untuk berdepan dengan orang sekeliling.

Tapi, berapa ramai yang tahu apa yang boleh dan apa yang tidak boleh dilakukan sekiranya anda memilih untuk pakai minyak wangi original?

Bagi mendapatkan kesan yang maksimum bila anda memakai minyak wangi original, boleh teruskan pembacaan ya!

Selamat membaca! :)

1) JANGAN PAKAI MINYAK WANGI LEPAS MANDI
Lazimnya kita akan pakai minyak wangi selepas mandi kan? Tapi jangan pakai terus lepas mandi ya. Biarkan badan agak kering seketika di mana badan masih dalam keadaan lembap, barulah kita pakai minyak wangi. Pada waktu ini, kulit akan mengeluarkan minyak semulajadi daripada badan. Teknik ini adalah untuk mendapatkan aroma yang lebih segar dan clean pada badan kita.

2) JANGAN PAKAI MINYAK WANGI LEBIH DARIPADA SATU PADA SATU MASA
Sebenarnya tak menjadi kesalahan pun jika anda suka gabungkan dua jenis minyak wangi yang berbeza pada satu masa. Tapi, saya cadangkan untuk anda pakai satu minyak wangi sahaja kerana kesannya lebih praktikal berbanding gabungan dua minyak wangi pada satu masa untuk menjaga keharmonian bau minyak wangi itu sendiri. Kalau berlebih-lebihan, bimbang akan timbul aroma yang kurang menyenangkan nanti.

3) JANGAN PAKAI DI TEMPAT YANG SALAH
Minyak wangi paling berkesan dan akan mengeluarkan aromanya yang tersendiri mengikut hormon kita pada permukaan kulit kita yang 'panas' seperti kawasan denyutan nadi. Oleh itu, kenalpasti tempat atau bahagian tubuh kita yang perlu dikenakan minyak wangi.
Antaranya di pergelangan tangan, belakang leher, belakang telinga, bahagian dalam siku, belakang betis (jika anda memakai skirt atau seluar pendek).

4) JANGAN GOSOK MINYAK WANGI
Okay. Ini antara bahagian terpenting untuk anda menjaga keharmonian bau minyak wangi yang anda pakai. Lepas sembur di pergelangan tangan, sila jangan gosok-gosok pergelangan tangan anda ya. Anda hanya akan merosakkan nota-nota wangian tersebut di samping akan menyebabkan keharmonian minyak wangi anda rosak. Sekaligus akan mempercepatkan proses meruap. Anda dapat rasakan minyak wangi sudah kering di kulit anda, bukan? Kesilapan ini juga akan menyebabkan minyak wangi anda tidak bertahan lama.

5) JANGAN SEMBUR DI BAHAGIAN BARANG KEMAS/PERHIASAN
Jika anda sembur terus kepada bahagian-bahagian badan yang memakai barang kemas/perhiasan, anda hanya akan menyebabkan aroma minyak wangi anda bercampur dengan unsur-unsur barangan tersebut. Malah dikhuatiri akan menjejaskan kualiti barang-barang tersebut. Sila tanggalkan barangan tersebut sebelum anda menyembur minyak wangi ya!

6) JANGAN SIMPAN DI TEMPAT YANG TERLALU SEJUK ATAU TERLALU PANAS
Pantang larang terakhir yang menyebabkan aroma minyak wangi anda tidak menghasilkan bau yang maksimum dan tidak tahan lebih lama adalah kerana faktor penyimpanan minyak wangi pada suhu yang tidak sesuai seperti di dalam kereta yang terdedah kepada suhu panas atau bilik yang bersuhu terlalu sejuk. Saya cadangkan anda simpan minyak wangi anda di tempat yang gelap dan bersuhu bilik yang tidak terlalu panas atau terlalu sejuk. Sentiasa ingat, suhu yang tidak sesuai hanya akan menyebabkan molekul-molekul minyak wangi rosak dan menghasilkan aroma yang berlainan di kemudian hari.

PERINGATAN 
Minyak wangi original mengandungi alkohol yang bersifat meruap.
Jika minyak wangi tersebut terdedah kepada suhu yang terlalu panas, cecair minyak wangi akan berubah warna dan boleh menyebabkan botolnya pecah. 

Versace Blue Jeans yang pecah dan Hugo Boss Energise yang bertukar warna
kerana terdedah pada suhu yang terlalu panas. 

Okay, lepas ni dah boleh pakai minyak wangi kegemaran anda dengan lebih yakin!

P/S : Lebih 500 jenis pilihan minyak wangi di sini.


 

Nadia Bakar© - Hidup Lebih Mudah Dengan EO Copyright © 2013