Jenis-Jenis Minyak Wangi Original

Rabu, 20 Mei 2015

Teks : Nadia Bakar
Foto : Google
Entri #19


Perfume Ori murah, perfume malaysia, perfume ori reject
Klik untuk gambar yang lebih jelas

Hai. :)

Bagi penggemar minyak wangi original, semestinya mereka arif tentang jenis-jenis minyak wangi yang terdapat di pasaran kan?

Namun, jika anda masih baru berjinak-jinak untuk menjadikan minyak wangi original sebagai koleksi anda atau pun anda baru pasang impian ini, anda mesti nak tahu apa yang membezakan satu minyak wangi dengan minyak wangi yang lain?

Ada jenis minyak wangi namanya sama, tapi jenis berbeza dan semestinya aromanya juga berbeza. Contohnya minyak wangi Chloe. Ada jenis Chloe EDP (Eau De Parfum) dan EDT (Eau De Toilette).

Saya selalu dapat soalan daripada pelanggan.
"Saya nak perfume Chloe"

Bila ditanya, "Awak nak yang EDP atau EDT?"

Ada segelintir pelanggan yang tak tahu jenis minyak wangi tersebut kerana biasa dengar kawan sebut Chloe saja. Hihihi.

Okay. Minyak wangi original ini boleh didapati di dalam jenis yang popular seperti Parfum, Eau De Parfum, Eau De Toilette dan Eau De Cologne.

Apa bezanya?

PARFUM
  • Mengandungi pati minyak wangi sebanyak 20-30%.
  • Boleh bertahan sehingga 8 jam atau lebih pada si pemakai.
  • Oleh sebab kuantiti alkohol di dalam Parfum paling sedikit, minyak wangi jenis ini paling bagus untuk kulit anda kerana kesan alkohol mampu menyebabkan kulit kering dan keradangan bagi sesetengah orang.
  • Sesuai dipakai untuk ke majlis-majlis tertentu dan waktu malam.
EAU DE PARFUM (EDP)
  • Mengandungi pati minyak wangi sebanyak 15-20%.
  • Boleh bertahan sehingga 6 jam atau lebih pada si pemakai.
  • Jenis EDP ini juga mengandungi kuantiti yang kurang sedikit berbanding jenis Eau De Toilette dan juga sesuai dicadangkan untuk mereka yang ingin mengelakkan masalah kulit kering dan keradangan pada kulit.
  • Sesuai dipakai untuk ke majlis-majlis tertentu dan waktu malam.
EAU DE TOILETTE (EDT)
  • Mengandungi pati minyak wangi sebanyak 5-15%
  • Boleh bertahan sehingga 4 jam atau lebih pada si pemakai.
  • Jenis EDT lebih dikenali dan lebih popular kerana harganya yang lebih murah berbanding Parfum dan EDP.
  • Sesuai untuk minyak wangi harian.
EAU DE COLOGNE (EDC)
  • Mengandungi pati minyak wangi sebanyak 2-4%
  • Boleh bertahan sehingga 2 jam atau lebih pada si pemakai.
  • Lazimnya, jenis EDC jauh lebih murah berbanding jenis-jenis lain.

INFO TAMBAHAN

1. Tiada minyak wangi yang dicipta untuk bertahan 24 jam. Jadi, anda boleh memperbaharui
(re layer) minyak wangi tersebut selepas beberapa jam untuk mendapatkan aroma yang lebih segar. Pun begitu, faktor ketahanan minyak wangi pada tubuh anda tetap bergantung kepada cara pemakaian, hormon, persekitaran, suhu dan jenis pemakanan.

2. Jika anda belum pernah memakai minyak wangi original, saya nasihatkan anda untuk mengambil langkah yang selamat dengan memilih minyak wangi jenis EDT kerana ianya lebih ringan berbanding EDP. Bila anda sudah biasa dan mahu mencuba sesuatu yang lebih berani, anda boleh cuba jenis EDP ya!

3. Anda ingin berjimat dengan membeli minyak wangi secara online tapi anda tidak pasti sama ada anda suka atau tidak dengan bau nya? Anda boleh pergi ke mana-mana kaunter minyak wangi dan cuba sendiri di pergelangan tangan anda. Atau cara lain, anda boleh semak jenis-jenis nota wangian dan pendapat orang ramai tentang minyak wangi tersebut di website ini.

4. Jika anda mahu membeli minyak wangi original, pastikan anda menyebut nama minyak wangi tersebut berserta jenis nya sekali untuk mendapatkan minyak wangi yang tepat seperti "Saya nak beli Chloe EDT". Hihihi.

perfume ori murah, perfume ori reject, supplier perfume ori


Semoga entri ini bermanfaat untuk anda. Selamat berwangi-wangian! :)


Ingat minyak wangi, ingat Perfume'86.


6 Pantang Larang Minyak Wangi Original

Jumaat, 15 Mei 2015

Teks : Nadia Bakar
Foto : Nadia Bakar
Entri #18


Hai. :)

Siapa yang tak suka badan sentiasa berbau harum dengan minyak wangi original kan?
Bila pakai minyak wangi, automatik kita rasa lebih yakin untuk berdepan dengan orang sekeliling.

Tapi, berapa ramai yang tahu apa yang boleh dan apa yang tidak boleh dilakukan sekiranya anda memilih untuk pakai minyak wangi original?

Bagi mendapatkan kesan yang maksimum bila anda memakai minyak wangi original, boleh teruskan pembacaan ya!

Selamat membaca! :)

1) JANGAN PAKAI MINYAK WANGI LEPAS MANDI
Lazimnya kita akan pakai minyak wangi selepas mandi kan? Tapi jangan pakai terus lepas mandi ya. Biarkan badan agak kering seketika di mana badan masih dalam keadaan lembap, barulah kita pakai minyak wangi. Pada waktu ini, kulit akan mengeluarkan minyak semulajadi daripada badan. Teknik ini adalah untuk mendapatkan aroma yang lebih segar dan clean pada badan kita.

2) JANGAN PAKAI MINYAK WANGI LEBIH DARIPADA SATU PADA SATU MASA
Sebenarnya tak menjadi kesalahan pun jika anda suka gabungkan dua jenis minyak wangi yang berbeza pada satu masa. Tapi, saya cadangkan untuk anda pakai satu minyak wangi sahaja kerana kesannya lebih praktikal berbanding gabungan dua minyak wangi pada satu masa untuk menjaga keharmonian bau minyak wangi itu sendiri. Kalau berlebih-lebihan, bimbang akan timbul aroma yang kurang menyenangkan nanti.

3) JANGAN PAKAI DI TEMPAT YANG SALAH
Minyak wangi paling berkesan dan akan mengeluarkan aromanya yang tersendiri mengikut hormon kita pada permukaan kulit kita yang 'panas' seperti kawasan denyutan nadi. Oleh itu, kenalpasti tempat atau bahagian tubuh kita yang perlu dikenakan minyak wangi.
Antaranya di pergelangan tangan, belakang leher, belakang telinga, bahagian dalam siku, belakang betis (jika anda memakai skirt atau seluar pendek).

4) JANGAN GOSOK MINYAK WANGI
Okay. Ini antara bahagian terpenting untuk anda menjaga keharmonian bau minyak wangi yang anda pakai. Lepas sembur di pergelangan tangan, sila jangan gosok-gosok pergelangan tangan anda ya. Anda hanya akan merosakkan nota-nota wangian tersebut di samping akan menyebabkan keharmonian minyak wangi anda rosak. Sekaligus akan mempercepatkan proses meruap. Anda dapat rasakan minyak wangi sudah kering di kulit anda, bukan? Kesilapan ini juga akan menyebabkan minyak wangi anda tidak bertahan lama.

5) JANGAN SEMBUR DI BAHAGIAN BARANG KEMAS/PERHIASAN
Jika anda sembur terus kepada bahagian-bahagian badan yang memakai barang kemas/perhiasan, anda hanya akan menyebabkan aroma minyak wangi anda bercampur dengan unsur-unsur barangan tersebut. Malah dikhuatiri akan menjejaskan kualiti barang-barang tersebut. Sila tanggalkan barangan tersebut sebelum anda menyembur minyak wangi ya!

6) JANGAN SIMPAN DI TEMPAT YANG TERLALU SEJUK ATAU TERLALU PANAS
Pantang larang terakhir yang menyebabkan aroma minyak wangi anda tidak menghasilkan bau yang maksimum dan tidak tahan lebih lama adalah kerana faktor penyimpanan minyak wangi pada suhu yang tidak sesuai seperti di dalam kereta yang terdedah kepada suhu panas atau bilik yang bersuhu terlalu sejuk. Saya cadangkan anda simpan minyak wangi anda di tempat yang gelap dan bersuhu bilik yang tidak terlalu panas atau terlalu sejuk. Sentiasa ingat, suhu yang tidak sesuai hanya akan menyebabkan molekul-molekul minyak wangi rosak dan menghasilkan aroma yang berlainan di kemudian hari.

PERINGATAN 
Minyak wangi original mengandungi alkohol yang bersifat meruap.
Jika minyak wangi tersebut terdedah kepada suhu yang terlalu panas, cecair minyak wangi akan berubah warna dan boleh menyebabkan botolnya pecah. 

Versace Blue Jeans yang pecah dan Hugo Boss Energise yang bertukar warna
kerana terdedah pada suhu yang terlalu panas. 

Okay, lepas ni dah boleh pakai minyak wangi kegemaran anda dengan lebih yakin!

P/S : Lebih 500 jenis pilihan minyak wangi di sini.


PROMOSI HARI IBU

Selasa, 12 Mei 2015

Teks : Nadia Bakar
Foto : Nadia Bakar
Entri #17


Hai.

Kalau anda follow Instagram dan like FB page kami, mesti anda tahu Promosi Hari Ibu tinggal 3 hari lagi. Apa yang best sangat dengan promosi ni?

Selain daripada kos penghantaran PERCUMA ke seluruh Malaysia, anda juga boleh dapatkan minyak wangi kegemaran anda pada harga diskaun sebanyak 5%. Setiap hari kami tawarkan harga yang memang dah cukup murah, tapi sempena Hari Ibu ni, kami bagi lagi diskaun 5% pula untuk semua jenis minyak wangi Original Rejected. Memang sangat mampu nak beli 3-4 botol minyak wangi!

Kalau sebelum ni asyik tengok kawan-kawan beli minyak wangi original, apa kata anda rebut peluang ni untuk memiliki minyak wangi idaman anda? Tiada sebarang risiko sebab jaminan kami, jika minyak wangi yang anda terima tidak original, kami pulangkan 100% wang anda!

Oh anda tak biasa beli online?
Jangan bimbang, dah ramai orang yang beli dengan kami. Anda boleh tengok maklumbalas mereka di sini. Artis pun pakai minyak wangi yang kami jual tau!

Kalau beli kat kaunter pun tak dapat jaminan macam ni tau! Ooopsss!

Okay. Cepat-cepat ambil peluang ni untuk dapatkan minyak wangi kegemaran anda!

Klik sini untuk wangi dan jimat! :)

Original Reject, Original Reject Malaysia, Perfume Murah









 

Nadia Bakar© - Hidup Lebih Mudah Dengan Essential Oil Copyright © 2013