Cara Betul Beli Minyak Wangi

Khamis, 9 April 2015

Teks : Nadia Bakar
Foto : Google
Entri #11


Hai!
Kalau anda pergi ke kaunter-kaunter minyak wangi, selalunya promoter di situ akan semburkan minyak wangi di 'perfume strip test' dan berikan kepada anda kan? Atau anda sendiri yang sembur? Jangan sembur lebih-lebih ya, takut nanti kena halau pula dengan promoter tu. Mentang-mentanglah 'tester' kan? Hihihi. Ini gurau.

Soalan lazim yang sering ditanya oleh pelanggan saya,
"Macam mana cara betul kita nak test perfume, supaya kita tahu perfume tu sesuai ke tak dengan kita?"

Begini caranya.



Mengikut pengalaman saya, cara yang paling sesuai ialah dengan menyembur sedikit wangian tersebut di pergelangan tangan atau bahagian belakang tangan anda dan tunggu. Ambillah masa dalam 20minit ke 30minit untuk pastikan bahawa wangian tersebut benar-benar sebati di kulit anda dan menghasilkan aromanya yang tersendiri. Lain orang, lain hormonnya bukan? Sementara nak tunggu wangian tersebut betul-betul mengeluarkan aroma sebenar di kulit anda, anda boleh lah berjalan-jalan dulu dan selepas tempoh tersebut, anda akan dapat idea dan rasa adakah anda suka dengan wangian tersebut.

Lepas sembur minyak wangi tu, boleh la jalan-jalan dulu keliling 'shopping complex' tu kan? Ambil masa adalah kunci utamanya.

Pernah terjadi bila dua kawan baik beli wangian yang sama, tapi salah seorang lagi rasa wangian tersebut bau kurang enak di badannya. Walhal dia sangat suka bau wangian kawannya! Jadi, jangan semata-mata sebab minyak wangi yang kawan kita pakai tu sedap, ianya sesuai juga untuk kita ya! Itu belum tentu lagi.

Minyak wangi terdiri daripada 3 Nota iaitu 'Top Notes', 'Heart Notes' dan 'Base Notes'.
Masing-masing akan mengeluarkan bau yang berlainan dalam beberapa minit dan ianya akan kekal pada 'Base Notes'. Jadi, sangatlah penting untuk kita ambil sedikit masa untuk pastikan wangian tersebut memang sesuai dengan citarasa kita. Cara ini dapat mengelakkan kita daripada membazir kan? Ada juga orang yang beli minyak wangi, tapi akhirnya tak pakai dan terbiar begitu saja kerana dia tak suka dengan bau minyak wangi tersebut di tubuhnya. 


Semoga tips ini membantu ya! :)


P/S : Kalau anda belum mempunyai minyak wangi, boleh dapatkan di www.perfume86.com
Ada lebih 500 jenis wangian untuk anda!




 

Nadia Bakar© - Hidup Lebih Mudah Dengan EO Copyright © 2013