Tips : Tenangkan Isnin Anda!

Selasa, 24 Mac 2015

Teks : Nadia Bakar
Foto : Nadia Bakar
Entri #5

Siapa yang masih lagi menghadapi masalah 'monday blues'? hari ni?

Tahukah anda bahawa salah satu sifat luar biasa yang ada pada wangian ialah serta-merta mampu mengubah 'mood' kita? Beberapa kajian juga telah membuktikan bahawa wangian mampu merangsang, menenangkan, meningkatkan 'mood' yang baik atau sebaliknya dan membina emosi yang positif atau negatif. 

Sejak dulu lagi wangian telah digunakan sebagai salah satu alat yang berkuasa untuk mengimbangi minda dan badan. Bak kata pepatah lama Cina "Setiap wangian adalah penawar."

Ann Gottlieb, seorang perunding wangian yang telah bekerja dalam pembangunan wangian Calvin Klein, berkata dalam satu temu bual bahawa "Kebanyakan daripada apa yang digunakan dalam produk-produk aroma terapeutik adalah berdasarkan kepada tradisi dan cerita rakyat, bukan sains tetapi, telah banyak penyelidikan yang menunjukkan keupayaan wangian untuk mengubah 'mood'. Malahan, wangian bukan sekadar akan membuat anda berbau harum, tapi ianya akan menghasilkan kesan fisiologi yang amat nyata. "

Kalau anda menghadapi Isnin yang lemau, lesu, tidak gembira malah tak bersedia langsung melalui hari Isnin yang lazimnya sibuk dengan pelbagai agenda, saya cadangkan anda memilih wangian yang berunsurkan lavendar.

Kenapa lavendar?

Lavendar (Lavandula angustifolia, or Lavandula officinalis) dikenali sebagai aroma yang mampu memberikan ketenangan kepada mereka yang menghidunya. Lavendar ini juga digunakan di dalam mandian dan minyak sapuan untuk bayi, sekaligus membantu mereka yang mempunyai masalah sukar tidur, kemurungan dan tekanan. Jadi, lavendar adalah wangian aroma yang sangat sesuai untuk anda pakai pada hari Isnin yang sibuk kan?

Di antara wangian yang berunsurkan lavendar ialah Sarah Jessica Parker Lovely untuk wanita dan Jean Paul Gaultier Le Male untuk lelaki.

Salam Isnin yang ceria!













 

Nadia Bakar© - Hidup Lebih Mudah Dengan EO Copyright © 2013