Saya Mahu Jadi WAHM

Selasa, 10 Mac 2015

Teks : Nadia Bakar
Foto : Nadia Bakar
Entri #2

                  

Hai!

Saya masih bercuti sejak semalam kerana masalah kesihatan. Hari ini saya tak hantar Aariz ke rumah Mak Iti (pengasuh) kerana saya nak menjaga Aariz. Biarpun badan saya masih belum pulih sepenuhnya, tapi saya nak manfaatkan waktu bersama Aariz di rumah. Tak cukup rasanya hari Sabtu dan Ahad saja bersama dia sepenuh masa. Jadi, jadual hari ini bertukar daripada juruteknik kepada WAHM (Working At Home Mom). Sambil-sambil uruskan order perfume, boleh jaga Aariz kan? Memang 'heaven' sangat!

Ibu mana yang tak seronok untuk duduk di rumah dan lihat sendiri anak membesar depan mata kan? Hati lebih tenang dan seronok sebab kita jaga dengan tangan dan usaha kita sendiri. Soal makan, pakai semua kita uruskan. Oleh sebab saya masih bekerja, seboleh-bolehnya saya bekalkan Aariz dengan makanan yang saya masak sendiri sejak Aariz mula makan pada usia 19 bulan. (Aariz hanya menyusu dengan ASI (Air Susu Ibu) selama 19 bulan.) Saya kira, ini salah satu inisiatif saya untuk terus menjaga 'bonding' dengan Aariz ketika kami berjauhan selama lebih kurang 8-9 jam sehari. Adakaanya menjangkau sehingga lebih 12 jam kerana tuntutan kerja. Semua orang percaya air tangan ibu ada roh kasih sayang kan?

Memang hasrat untuk menjadi WAHM ada saya tulis dalam buku 'TARGET' saya dan setiap hari diulang-ulang baca. Apa yang saya usahakan sekarang, semuanya untuk rancangan menjadi WAHM kelak. Saya tak berhasrat untuk terus bekerja sehingga masuk usia pencen. Aariz adalah salah satu 'BIG WHY' saya untuk pilih jalan sebagai WAHM. 

Saya dilahirkan di dalam sebuah keluarga yang sederhana. Kami tujuh beradik dijaga sendiri oleh emak. Hanya abah saja yang bekerja. Mungkin sebab itu jugalah kuat rasa hati saya untuk menjadi seperti emak. Bezanya, emak surirumah sepenuh masa, bukan WAHM. Dengan tangan
surirumah emak lah kami dibesarkan. Biarpun dulu emak memang garang, tapi Alhamdulillah kami saling sayang menyayangi. Malah adik-beradik saya sentiasa rapat antara satu sama lain sehingga ke hari ini.

Dalam dunia yang serba canggih ini, memang tak mustahil untuk seorang ibu bekerja dari rumah sambil menguruskan anak kan? Ditambah dengan urusan jual beli secara 'online' yang semakin mendapat tempat di hati para pembeli di Malaysia. Nak beli barang kat Tesco pun dah boleh beli 'online' dah sekarang. Jadi, memang sangat sesuai dan tak mustahil untuk mana-mana ibu memilih jawatan sebagai WAHM ini. 

Sokongan daripada kawan-kawan yang terlebih dahulu menjadi WAHM juga menjadi inspirasi buat saya. Mereka bukan tiada kelulusan. Bahkan ada yang dulunya seorang jurutera, malah doktor juga memilih untuk menjadi WAHM. Pelbagai tips-tips dan saranan yang mereka kongsikan. Bahkan, cikgu Masayu, guru Kelas Asas Blog dan Penulisan saya juga salah seorang WAHM. Saya yakin, tak lama lagi saya juga akan mengikut jejak langkah mereka. Tinggal sedikit usaha saja lagi. InsyaAllah.

Nadia Bakar
www.perfume86.com


 

Nadia Bakar© - Perfume Original Branded Copyright © 2013