CATATAN HARIAN : Kenduri di Kluang

Sabtu, 28 Mac 2015

Teks : Nadia Bakar
Foto : Nadia Bakar
Entri #9

Salam hujung minggu. 
Hari ni saya berada di Kluang, Johor. Rumah makcik saudara sebelah suami saya untuk menghadiri kenduri kahwin anak lelaki mereka.

Ini pertama kali saya ke sini atau lebih tepat lagi ini pertama kali saya ke Johor walaupun dari kecil saya menetap di Melaka. Tapi sebab kekangan wang, tak merasalah kami 7 beradik nak ke sini. Paling jauh pun balik rumah atok dan nenek di Perak. Saja-saja mak abah nak bawa kali ke sini dulu, tak dapat lah. Hihihi

Oleh sebab Johor baru saja meraikan majlis kemahkotaan Sultan Ibrahim pada minggu lepas, banyak bendera Johor berkibar di sana sini. Seronok tengok!

Sempat lah kami tiga beranak pergi pasaraya Giant sebab encik suami tertinggal tali pinggang di rumah. Sambil tu boleh tengok-tengok suasana sekitar sini. 

Promoter Giant semuanya peramah! Malah sentiasa bermanis muka. Senyum sokmo! Memang kagum betul sebab selama saya pergi ke mana-mana pasaraya Giant, belum pernah lagi ditemukan dengan promoter-promoter macam tu. Baik lelaki atau perempuan. Mereka sangat ramah dan berbudi bahasa.

Tadi saya perasan satu pemandangan yang sangat cantik. Ada pokok "Sakura Malaysia" atau nama sebenar pokok ini iaitu pokok Tekoma dalam bahasa saintifiknya Tabebuia pentaphylla berasal dari Amerika Selatan yang menghiasi satu selekoh. Cantik sangat!



Kalau nak tahu, kenduri di sini kami pakai wangian berasingan. Kalau tak, selalunya Aariz pakai wangian sama dengan saya. Hahaha.


Gucci Flora yang Popular!

Jumaat, 27 Mac 2015

Teks : Nadia Bakar
Foto : Nadia Bakar, Google
Entri #8

Salam Jumaat. 
Apa wangian anda hari ni?
Hari ni saya pakai Gucci Flora (Eau De Parfum) 


Wangian ini sangat popular sejak tahun 2010 lagi kerana mempunyai aroma yang 'kuat' berbanding Gucci Flora (Eau De Toilette). Wangian edisi terbaru ini juga lebih diminati oleh ramai wanita, malah lelaki kerana sifatnya yang menggambarkan keseksian, berani dan menggoda! Ada juga pelanggan lelaki saya yang pakai wangian ini tau!

Gucci Flora (Eau De Parfume) ini dicipta oleh Frida Giannini yang mendapat inspirasi daripada skaf bermotifkan bungaan Gucci yang direka khas untuk Grace, Puteri Monaco. 


Sejak berdekad yang lalu, kita sudah ketahui bahawa motif bunga-bungaan sentiasa menggambarkan daya pesona yang glamor dan feminin. 

NOTA WANGIAN

Gucci Flora (Eau De Parfum) ini mempunyai karakter nota wangian yang menyegarkan pada permulaan bau iaitu gabungan 'citrus' dan bunga peony. Dalam 5-10minit kemudian akan terbau 'heart notes' seperti bunga mawar dan 'osmanthus' yang menawan dan akan kekal dengan nota terakhir ( 'base notes' ) daripada 'patchoulli' dan cendana.

Wangian Gucci Flora (Eau De Parfum) ini tidak ada masalah untuk dipakai oleh golongan muda atau yang lebih berusia. Jadi, tidak menjadi kesalahan andai anda ingin menghadiahkan ibu anda dengan wangian ini sempena Hari Lahir beliau nanti. Hihihi.

Perbezaan fizikal botol Gucci Flora jenis Eau De Parfum dengan Eau De Toilette ialah pada warna penutup dan warna latar label. Kalau anda mahukan aroma yang sedikit ringan, anda boleh pilih Gucci Flora jenis Eau De Toilette (EDT) ya! 





Testimonial : Mulut Ke Mulut Memang Power!

Selasa, 24 Mac 2015

Teks : Nadia Bakar
Foto : Nadia Bakar
Entri #6

Alhamdulillah masih diberikan nikmat hidup pada hari ini.
Suasana pagi ini agak redup dan sejuk.

Bila dikenangkan kembali pengalaman dan kenangan di dalam bisnes wangian, saya bersyukur sangat sebab Allah kurniakan pelanggan yan tidak putus-putus setiap hari. Sama ada pelanggan baru atau lama, yang masih menyokong saya sejak tahun 2013 lagi.
Mula-mula beli untuk diri sendiri, lepas tu beli untuk keluarga. Malah, kawan-kawan yang nak bertunang atau berkahwin pun dihadiahkan dengan perfume set hantaran.
Ada juga pelanggan yang belikan untuk staf-staf satu pejabat!

Jutaan terima kasih di atas kepercayaan dan sokongan kalian!

Ada hampir 300 testimonial yang sempat saya kongsikan di Facebook Page dan Instagram.
Sebenarnya ada banyak lagi, tapi masih dalam proses untuk dimuatnaik. :)

Daripada apa yang saya belajar, setiap usahawan mesti mempunyai hubungan yang baik dengan pelanggan kerana kuasa viral 'mulut ke mulut '  adalah salah satu 'tools' yang sangat berkesan untuk bisnes kita berbanding kita bersusah payah untuk membina kepercayaan pelanggan baru. Secara tak langsung pelanggan yang pernah berurusan dengan kita membantu kita dalam proses pemasaran. Jimat bukan?

Tapi pertama sekali kita kena pastikan servis yang kita tawarkan memang memuaskan hati pelanggan. Daripada urusan jual beli, sampai ke urusan selepas pembelian. Kalau ada masalah, cepat-cepat selesaikan dan memang kena murah dengan perkataan 'maaf' jika berlaku masalah-masalah yang tak diingini atau di luar kawalan kita. Tak rugi kalau kita minta maaf kan? :) Siapa tahu rezeki bertambah-tambah lagi di kemudian hari?



Adik Hazyra ni beli perfume Britney Spears Fantasy (Original Unboxed)
Sebelum tu Hazyra paranoid nak beli wangian secara 'online' sebab dah terkena beberapa kali beli wangian yang tidak original. Alhamdulillah lepas dia beli daripada saya, memang dia puas hati sangat! Lebih menyeronokkan bila kami masih lagi terus berhubung selepas itu.

Ini pula pelanggan kami daripada Pulau Pinang yang baru-baru ini menetap di Subang Jaya.
Langsung tiada pengalaman membeli wangian secara 'online', tapi Alhamdulillah dia memberikan kami sedikit kepercayaan untuk beli wangian kegemarannya iaitu Sean John Unforgivable dan ternyata selepas itu dia beli untuk adik dan ayahnya juga. :) Lagipun, tiada rugi apa-apa jika beli dengan saya kerana ada jaminan wang akan dikembalikan sekiranya pelanggan mendapati wangian yang mereka terima adalah tidak 'original'. 
Beli di kaunter pun tak dapat jaminan macam ni kan? Hihihi.



Kak Wanie ni antara pelanggan tetap saya. Bermula dengan beli sendiri beberapa kali dan tolong belikan untuk kawan juga. :) Isu Kak Wanie cerewet tak jadi masalah. Semua tu pengalaman untuk saya kan?

Kalau anda pun nak merasai sendiri wangian antarabangsa yang glamor, elegan pada harga yang sangat mampu milik, jauh lebih murah berbanding di kaunter, tak nak bersusah payah nak pergi kaunter, bazir duit minyak, tol, 'parking' dan sebagainya, boleh lah membeli di website kami ya! Lazimnya, bayaran sebelum jam 3 petang, kita akan pos pada hari yang sama. Esok dah sampai di tangan anda. Tapi bagi sesetengah kawasan, mungkin mengambil masa 2 hari untuk sampai kepada anda. :)

Di website kami ada fungsi Chat ya. Kalau tak pasti nak wangian yang mana satu, boleh terus Chat dengan kami. Kami akan bagi cadangan yang sesuai untuk anda! :)

Jumpa di sana ya!


Nadia Bakar
Pengasas Perfume'86



Tips : Tenangkan Isnin Anda!

Teks : Nadia Bakar
Foto : Nadia Bakar
Entri #5

Siapa yang masih lagi menghadapi masalah 'monday blues'? hari ni?

Tahukah anda bahawa salah satu sifat luar biasa yang ada pada wangian ialah serta-merta mampu mengubah 'mood' kita? Beberapa kajian juga telah membuktikan bahawa wangian mampu merangsang, menenangkan, meningkatkan 'mood' yang baik atau sebaliknya dan membina emosi yang positif atau negatif. 

Sejak dulu lagi wangian telah digunakan sebagai salah satu alat yang berkuasa untuk mengimbangi minda dan badan. Bak kata pepatah lama Cina "Setiap wangian adalah penawar."

Ann Gottlieb, seorang perunding wangian yang telah bekerja dalam pembangunan wangian Calvin Klein, berkata dalam satu temu bual bahawa "Kebanyakan daripada apa yang digunakan dalam produk-produk aroma terapeutik adalah berdasarkan kepada tradisi dan cerita rakyat, bukan sains tetapi, telah banyak penyelidikan yang menunjukkan keupayaan wangian untuk mengubah 'mood'. Malahan, wangian bukan sekadar akan membuat anda berbau harum, tapi ianya akan menghasilkan kesan fisiologi yang amat nyata. "

Kalau anda menghadapi Isnin yang lemau, lesu, tidak gembira malah tak bersedia langsung melalui hari Isnin yang lazimnya sibuk dengan pelbagai agenda, saya cadangkan anda memilih wangian yang berunsurkan lavendar.

Kenapa lavendar?

Lavendar (Lavandula angustifolia, or Lavandula officinalis) dikenali sebagai aroma yang mampu memberikan ketenangan kepada mereka yang menghidunya. Lavendar ini juga digunakan di dalam mandian dan minyak sapuan untuk bayi, sekaligus membantu mereka yang mempunyai masalah sukar tidur, kemurungan dan tekanan. Jadi, lavendar adalah wangian aroma yang sangat sesuai untuk anda pakai pada hari Isnin yang sibuk kan?

Di antara wangian yang berunsurkan lavendar ialah Sarah Jessica Parker Lovely untuk wanita dan Jean Paul Gaultier Le Male untuk lelaki.

Salam Isnin yang ceria!













PROMOSI : 15% DISKAUN

Jumaat, 20 Mac 2015

Teks : Nadia Bakar
Foto : Nadia Bakar
Entri #4

Salah satu cara bijak berbelanja ialah pandai tawar-menawar dan membeli belah pada harga diskaun. 

Siapa yang tak suka bila dapat beli dengan harga yang jauh lebih murah daripada harga asal kan? Sebab tu bila waktu 'sale', kebanyakan orang akan ambil kesempatan untuk membeli. Malah beli dengan kuantiti yang lebih banyak. Siapa yang tak nak jimat duit kan?

Sebenarnya agak lambat saya war-warkan di sini berbanding di Facebook dan Instagram.



Sempena pembukaan website rasmi Perfume'86, kami memberikan potongan harga sebanyak 15% bagi setiap pembelian perfume di website kami sehingga 27 Mac ini.Caranya? Sebelum 'checkout' pastikan anda masukkan Kod Diskaun "PFM15" untuk mendapatkan diskaun sebanyak 15%. Kalau terlupa nak masukkan, tak dapatlah diskaun ya. Jadi, sila berhati-hati.

Masukkan Kod Diskaun selepas anda pilih perfume yang anda nak beli.

Jangan lupa tekan butang 'Redeem' ya! 


P/S : Kalau nak dapatkan perfume PERCUMA, boleh join peraduan 'TAG & WIN' di Instagram kami @theperfume86. Siapa tahu ada rezeki anda kan? :)



MASALAH ADALAH PELUANG

Khamis, 12 Mac 2015

Teks : Nadia Bakar
Foto : Nadia Bakar
Entri #3


"Boleh saya tahu, Nad jual perfume ape lagi ye?"

"Nad, kat mana akak nak tengok semua perfume yang ko jual?"

"Boleh bagi list perfume?"

"Sis, ade jual perfume Nina Ricci tak?"

Masih teringat lagi soalan-soalan yang pelanggan saya tanya. Bila masuk bab jual perfume apa lagi, memang agak mustahil untuk saya senaraikan satu persatu di dalam mesej Whatsapp. Ada lebih 500 pilihan semuanya! Bila restock, menjangkau angka 1000 jenis perfume. Malah, ada yang minta saya email kan semua perfume yang saya jual. Hihihi.

Syukurlah saya mempunyai ejen-ejen yang sabar menunggu saya kemaskini semua perfume yang masuk stok hanya dengan menggunakan Microsoft Excel! Memang berpinar mata nak siapkan!

Adakalanya, kekangan masa kerana perhatian yang diberikan kepada tugasan hakiki di pejabat, membuatkan proses untuk kemaskini stok mengambil masa lebih satu minggu!

Alhamdulillah Alhamdulillah Alhamdulillah!
Masalah selama setahun yang saya alami dah pun dapat diatasi dengan adanya website rasmi www.perfume86.com sejak 5 Mac 2015 yang lepas.

Inilah yang dikatakan masalah adalah peluang. Peluang untuk kita buat sesuatu yang jauh lebih baik daripada sebelumnya. Segala maklumbalas pelanggan sangat berharga untuk saya fikirkan langkah-langkah untuk buat yang terbaik, InsyaAllah.

Dengan adanya website ini, InsyaAllah akan memudahkan lagi urusan semua pelanggan kami. Tak perlu lagi nak tunggu saya balas mesej Whatsapp/Telegram mereka dalam tempoh 24 jam kerana dek sibuk sangat dengan pelbagai urusan di pejabat, ada juga mesej yang saya terlepas pandang. Ampun maaf sangat-sangat.

Semua urusan melalui website jauh lebih mudah sebab pelanggan boleh tengok sendiri semua perfume yang kami jual dan hanya dengan beberapa klik saja dah boleh beli perfume. Tunggu esok atau lusa dah sampai! Jimat masa, jimat tenaga, jimat wang! Hihihi.

Tambahan, di website kami ada fungsi 'Live Chat' yang membolehkan pelanggan atau bakal pelanggan berinteraksi dengan kami. Nak tanya cadangan perfume yang sesuai, nak tanya tentang apa-apa saja pun boleh! Mudah kan?

Saya memang seronok sangat ada website ni. Sangat membantu saya dalam mengendalikan inventori, urusan pembelian dan sangat meringankan beban yang saya pikul selama setahun lebih ni! :)

Kalau kalian ada yang teringin nak ada website yang bagus macam ni, boleh tanya saya!
Alhamdulillah, 'technical support' mereka pun sangat bagus dan efisyen!

Nanti saya cerita macam mana nak dapat diskaun 15% kalau beli perfume dengan kami! :)






P/S : Alhamdulillah ada juga di antara pelanggan setia kami yang mesej mengucapkan tahniah di atas pembukaan website rasmi kami. Terharu sangat!



Saya Mahu Jadi WAHM

Selasa, 10 Mac 2015

Teks : Nadia Bakar
Foto : Nadia Bakar
Entri #2

                  

Hai!

Saya masih bercuti sejak semalam kerana masalah kesihatan. Hari ini saya tak hantar Aariz ke rumah Mak Iti (pengasuh) kerana saya nak menjaga Aariz. Biarpun badan saya masih belum pulih sepenuhnya, tapi saya nak manfaatkan waktu bersama Aariz di rumah. Tak cukup rasanya hari Sabtu dan Ahad saja bersama dia sepenuh masa. Jadi, jadual hari ini bertukar daripada juruteknik kepada WAHM (Working At Home Mom). Sambil-sambil uruskan order perfume, boleh jaga Aariz kan? Memang 'heaven' sangat!

Ibu mana yang tak seronok untuk duduk di rumah dan lihat sendiri anak membesar depan mata kan? Hati lebih tenang dan seronok sebab kita jaga dengan tangan dan usaha kita sendiri. Soal makan, pakai semua kita uruskan. Oleh sebab saya masih bekerja, seboleh-bolehnya saya bekalkan Aariz dengan makanan yang saya masak sendiri sejak Aariz mula makan pada usia 19 bulan. (Aariz hanya menyusu dengan ASI (Air Susu Ibu) selama 19 bulan.) Saya kira, ini salah satu inisiatif saya untuk terus menjaga 'bonding' dengan Aariz ketika kami berjauhan selama lebih kurang 8-9 jam sehari. Adakaanya menjangkau sehingga lebih 12 jam kerana tuntutan kerja. Semua orang percaya air tangan ibu ada roh kasih sayang kan?

Memang hasrat untuk menjadi WAHM ada saya tulis dalam buku 'TARGET' saya dan setiap hari diulang-ulang baca. Apa yang saya usahakan sekarang, semuanya untuk rancangan menjadi WAHM kelak. Saya tak berhasrat untuk terus bekerja sehingga masuk usia pencen. Aariz adalah salah satu 'BIG WHY' saya untuk pilih jalan sebagai WAHM. 

Saya dilahirkan di dalam sebuah keluarga yang sederhana. Kami tujuh beradik dijaga sendiri oleh emak. Hanya abah saja yang bekerja. Mungkin sebab itu jugalah kuat rasa hati saya untuk menjadi seperti emak. Bezanya, emak surirumah sepenuh masa, bukan WAHM. Dengan tangan
surirumah emak lah kami dibesarkan. Biarpun dulu emak memang garang, tapi Alhamdulillah kami saling sayang menyayangi. Malah adik-beradik saya sentiasa rapat antara satu sama lain sehingga ke hari ini.

Dalam dunia yang serba canggih ini, memang tak mustahil untuk seorang ibu bekerja dari rumah sambil menguruskan anak kan? Ditambah dengan urusan jual beli secara 'online' yang semakin mendapat tempat di hati para pembeli di Malaysia. Nak beli barang kat Tesco pun dah boleh beli 'online' dah sekarang. Jadi, memang sangat sesuai dan tak mustahil untuk mana-mana ibu memilih jawatan sebagai WAHM ini. 

Sokongan daripada kawan-kawan yang terlebih dahulu menjadi WAHM juga menjadi inspirasi buat saya. Mereka bukan tiada kelulusan. Bahkan ada yang dulunya seorang jurutera, malah doktor juga memilih untuk menjadi WAHM. Pelbagai tips-tips dan saranan yang mereka kongsikan. Bahkan, cikgu Masayu, guru Kelas Asas Blog dan Penulisan saya juga salah seorang WAHM. Saya yakin, tak lama lagi saya juga akan mengikut jejak langkah mereka. Tinggal sedikit usaha saja lagi. InsyaAllah.

Nadia Bakar
www.perfume86.com


 

Nadia Bakar© - Perfume Original Branded Copyright © 2013