PENGENALAN : DUNIA WANGIAN ITU PILIHAN SAYA

Rabu, 25 Februari 2015

Teks : Nadia Bakar
Foto : Nadia Bakar
Entri #1

Nadia Bakar, Perfume Original, Perfume Unboxed



Assalamualaikum.

Sudah genap satu tahun dua bulan saya berada di dalam dunia usahawan wangian ini. Masih setahun jagung kan? Tapi Alhamdulillah, banyak pengalaman baru yang Allah berikan kepada saya sejak hari pertama saya memilih wangian sebagai sumber pendapatan kedua sehingga ke hari ini. Baik pengalaman yang manis, pahit, tawar, masin dan pedas, semua saya telan. Hadam betul-betul dan belajar untuk sentiasa memperbaiki diri dan melakukan yang terbaik supaya tak perlu telan lagi rasa yang pelik-pelik! Hihihi.

KENAPA WANGIAN?

Saya kenal dunia wangian ni bermula dengan suami saya yang sememangnya kaki 'perfume original' sejak dulu lagi. Antara wangian kegemarannya ialah Carolina Herrera dan Sean John. Sedangkan saya pula hanya pakai wangian tanpa mengira jenama. Asalkan wangi dihidung saya!

Masih ingat lagi wangian pertama yang beliau hadiahkan pada saya ialah DKNY Be Delicious. :) Dari situ lah saya jatuh cinta dengan 'perfume original' yang ada keistimewaannya yang tersendiri.

Memang saya akui sewaktu awal penglibatan saya sebagai usahawan wangian, niat saya hanyalah untuk menambah duit poket. Boleh belanja lebih sikit kan? Tapi setelah menghadiri seminar pertama yang dianjurkan oleh rakan niaga saya pada Disember 2013 dulu, memang Allah sudah pusingkan hati saya 360 darjah untuk ambil semua ni sebagai tanggungjawab yang serius! Baru celik mata hati bahawa saya boleh pergi jauh dalam bidang ini. Asalkan saya mahu buat sampai selesai!

Terima kasih buat rakan niaga saya yang tak jemu-jemu membantu saya membina sebuah impian dan belajar untuk membina misi dan visi yang jelas dalam hidup. Selama ni asyik dengar dan baca tentang misi, visi, matlamat hidup dan impian tapi satu pun tak pernah mengubah tanggapan saya tentang hakikat hidup. Jahilnya saya.

Peluang kali ini memang Allah betul-betul datangkan suatu rasa pada saya bahawa saya sudah tidak boleh lagi bermain dengan masa. Masya Allah! Hari-hari berada di dalam ruang lingkup yang positif dan membina daripada rakan-rakan niaga yang lain secara tak langsung memberi kesan yang berbeza kepada hidup saya sekeluarga. Bukan sekadar soal kewangan, tapi soal hubungan kekeluargaan, hubungan sesama manusia dan hubungan dengan Allah khususnya. Semuanya saya lalui dengan rasa dan cara fikir yang berbeza! Memang magik! 

KENAPA TAK PILIH YANG LAIN?

Bila sudah ada mentor yang baik, sistem yang teratur dan suasana sekeliling yang positif, saya kira ini sudah lebih dari cukup untuk saya teruskan langkah menjadi usahawan wangian dengan lebih serius dan terus maju bersama-sama mereka yang mempunyai cita-cita yang sama kan?

Alhamdulillah, berkat tunjuk ajar mentor yang saya hormati, kami aplikasikan konsep 'The Power of Jemaah'. Kami saling membantu tanpa iri hati dan dengki. Memang lain rasanya! Kalau selama ini saya anggap saya boleh bergerak, berusaha dan mendapat hasil secara individu, tapi sebenarnya saya silap. Kalau selama ini saya bimbangkan persaingan, tapi sebenarnya itu jugak satu kesilapan besar!

Saya diajar dua perkara asas, kalau dalam Islam pun kita digalakkan sentiasa berjemaah dalam melakukan sesuatu perkara yang baik, begitu juga dengan perniagaan. Berjemaah itu membuatkan kita jauh lebih kuat! Begitu juga kisahnya dengan persaingan. Kenapa mesti takut dengan persaingan kerana tanpa persaingan kita akan sentiasa jadi orang yang sama. Syok sendiri! Sentiasa melakukan perkara yang sama dalam zon yang selesa. Sedangkan bila adanya persaingan, kita akan sentiasa berfikir untuk melakukan sesuatu yang jauh lebih baik dari hari ke hari. Dua perkara ini jugalah yang saya pegang sehingga ke hari ini. Siapa sangka, asalnya hanya suka-suka, tapi besar hikmah dan tarbiah yang Allah berikan melalui dunia wangian ini.

Bukan sahaja membantu orang lain sentiasa berwangi-wangi mengikut sunnah, tapi bonusnya lebih daripada itu!

Jadi, kalau nak wangi, cari saya!


P/S : Website untuk pembelian perfume sedang dalam proses percubaan, nantikan ya! Lepas ni boleh klik-klik je nak order perfume. Esok dah sampai pada anda! :)


Nadia Bakar
Founder Perfume'86



 

Nadia Bakar© - Hidup Lebih Mudah Dengan Essential Oil Copyright © 2013