Berkorban di Hari Raya

Isnin, 28 September 2015

Teks : Nadia Bakar
Foto : Nadia Bakar
Entri #28

Semalam Hari Raya Qurban.
Tapi kami sekeluarga tak dapat ke mana-mana kerana Aariz masih demam, batuk dan selesema yang agak teruk sejak 2 hari lepas. Lagipun suami saya hanya mendapat cuti satu hari saja.

Mengikut perancangan awal, saya dan Aariz akan pulang ke kampung dengan makcik saya yang tinggal di Nilai. Tapi keadaan kesihatan Aariz yang tidak begitu baik, saya pilih untuk kuarantinkan Aariz di rumah saja.

Malah, masalah jerebu di luar yang tiba-tiba kembali akan menjadi penyumbang kepada masalah kesihatan yang lebih serius kan?

Semua mesej pelanggan di Facebook, Whatsapp dan Telegram untuk beli minyak wangi dan beg Cath Kidston saya balas agak perlahan kerana saya perlu memberikan perhatian sepenuhnya kepada Aariz.

Sekejap-sekejap Aariz minta dibuangkan hingusnya. "Inoh inoh inoh" (baca : hingus). Rengek Aariz setiap kali dirasakan hingus akan keluar dari hidungnya.

Badannya yang panas memang perlu kerap dibasahkan dengan air lemon. Saya memilih lemon kerana saya sukakan aromanya. Tidak terlalu menusuk hidung seperti cuka epal, satu rumah pening!

Alhamdulillah, suhu badan Aariz sudah kembali normal setelah 2 kali sehari Aariz berendam di dalam air campuran garam epsom. Tinggal batuk dan selesema yang masih berbaki lagi.

Teknik stim dan tepuk percussion juga sangat membantu membuang kahak Aariz. Kali ni hasilnya memang puas hati. Mesti Aariz dapat tidur lena selepas itu.

Syukurlah semua pelanggan faham keadaan saya yang sibuk dengan anak yang kurang sihat. Mereka sabar menunggu saya membalas mesej. Jutaan terima kasih saya ucapkan di atas kefahaman dan kerjasama yang diberikan.

Selasa ni ada pengeposan beg Cath Kidston, kalau ada yang ingin bergaya dengan beg baru pada hari Rabu atau Khamis, boleh cepat-cepat tempah sekarang ya.

Lihat beg yang masih ada stok di sini.

 Muka ceria sikit lepas baik demam.







250 Botol Minyak Wangi Sebagai Cenderahati

Rabu, 9 September 2015

Teks : Nadia Bakar
Foto : Nadia Bakar
Entry #27

Minyak wangi adalah salah satu lambang kemewahan yang elegan.
Botol yang cantik dan aroma yang menawan, sesuai dijadikan cenderahati untuk tetamu istimewa. Pasti mereka akan rasa dihargai dengan 'hadiah' sebotol minyak wangi.

Inilah pengalaman yang berharga bagi saya, berurusan dengan wakil syarikat J.Walter Thompson Sdn Bhd.
Mereka memilih minyak wangi original miniature sebagai cenderahati bagi majlis makan malam yang mereka kendalikan untuk syarikat Nestle pada awal bulan Jun yang lepas.

Majlis yang mewah dan elegan bertemakan warna hitam dan keemasan itu diserikan dengan 250 botol cenderahati minyak wangi original miniature;Versace Yellow Diamond, Versace Crystal Noir dan Dolce & Gabbana Desire The One untuk para tetamu yang hadir.

Pemilihan botol minyak wangi juga berdasarkan warna tema majlis iaitu hitam dan keemasan. Menarik kan?

Tuan Wei Young, Wakil syarikat J.Walter Thompson Sdn Bhd.
Lokasi penghantaran : Giant Batu Caves
Bagi menjimatkan kos pengeposan, kami melakukan penghantaran terus kepada Tuan Wei Young di pasaraya Giant, Batu Caves.

Alhamdulillah. Syukur di atas kepercayaan yang diberikan oleh mereka. Insya Allah projek seterusnya ialah cenderahati majlis lain pula.

P/S : Minyak wangi original miniature untuk majlis perkahwinan? Idea menarik juga kan?



Nadia Bakar
Perfume'86
IG : perfume.86
+6011-23610700






PROMOSI GIFT SET RM220

Jumaat, 4 September 2015

Teks : Nadia Bakar
Foto : Nadia Bakar, Perfume'86
Entri #26

Minyak wangi lazimnya dijadikan hantaran untuk majlis pertunangan atau akad nikah kan? Tapi ada juga yang menjadikannya sebagai hadiah untuk mereka yang tersayang sama ada sempena meraikan ulangtahun perkahwinan atau sekadar sebagai tanda ingatan buat mereka.

Hebat kuasa minyak wangi.
Sebab tu sentiasa akan cakap pada pelanggan saya, pilih wangian yang akan disukai oleh mereka yang menerimanya kerana minyak wangi bukan sekadar minyak wangi, tapi ianya akan mencipta memori, kenangan dan rasa dihargai.

Alhamdulillah setakat ini semua idea tentang jenis minyak wangi yang saya cadangkan pada mereka mendapat pujian kerana menepati citarasa. Ilmu ini ambil masa sikit sebab kita perlu mengenalpasti jenis kesukaan, umur dan apa yang tidak disukai oleh si pemakai minyak wangi. Atau mungkin saya perlu berkongsi di lain entri? Hihihi.

Baiklah, satu lagi promosi yang masih berlangsung di Perfume'86 ialah minyak wangi jenis Gift Set.

Kalau sebelum ni kita tawarkan 5 jenis minyak wangi original dengan harga RM150 sahaja, untuk Gift Set ni kita bagi 9 jenis set dengan harga RM220 sahaja bagi setiap set. Dijamin mesra poket. Harga sebelum diskaun hampir mencecah RM300 ya.

Setiap set mengandungi minyak wangi, miniature losyen badan dan gel mandian (mengikut jenis set).




1) Can Can by Paris Hilton
2) Dazzle by Paris Hilton
3) Paris Hilton by Paris Hilton
4) Heiress by Paris Hilton
5) Fancy Love by Jessica Simpson
6) Bebe Sheer
7) Davidoff Cool Water Woman
8) Live Luxe by Jennifer Lopez
9) Live by Jennifer Lopez

Jadi, yang mana satu pilihan anda?

Whatsapp atau Telegram +6011-23610700 untuk beli sekarang!

Stok sangat terhad ya.


Nadia Bakar
Pengasas Perfume'86
IG : perfume.86





PROMOSI MINYAK WANGI ORIGINAL RM150

Teks : Nadia Bakar
Foto : Nadia Bakar, Perfume'86
Entri #25

Salam Jumaat yang penuh berkat.
Sudah selesai Al-Kahfi hari ni?
Saya harap kita semua sentiasa di dalam rahmat Allah ya.

Hari Merdeka yang lepas kita adakan jualan murah bagi lima jenis minyak wangi yang terpilih.

Semua minyak wangi ini dijual pada harga yang sangat istimewa! Hanya RM150 termasuk kos postage!

Oleh sebab ada segelintir yang terlepas tawaran hebat ini, kita lanjutkan sehingga 15 September 2015. Siapa cepat, dia dapat lah kan?

Memang hari-hari kita bagi harga yang murah, lebih murah berbanding harga kaunter. Tapi untuk tawaran hebat ini kita bagi lagi murah! Bertambah-tambah mesra poket kan?

1) Britney Spears Midnight Fantasy (Original Tester tanpa penutup) - Jimat RM100
2) CK Be 100ml - Jimat RM119
3) CK One 100ml - Jimat RM119
4) Elizabeth Arden Beauty 100ml - Jimat RM110
5) Guess Pink 75ml - Jimat RM65

Semua minyak wangi ini jenis Original In Box (Sealed) kecuali Britney Spears Midnight Fantasy (Original Tester tanpa penutup).

Kalau kita ada perancangan untuk bagi hadiah kepada yang tersayang, inilah masa yang sesuai. Memang jimat sangat! Mesti setiap kali mereka sembur minyak wangi ini akan teringatkan kita kan?

Semoga kita dapat memberikan kenangan terindah buat yang tersayang!

Perfume is not just a perfume. It creates memory. - Perfume'86


Tawaran hebat ini akan tamat 11 hari lagi.

Boleh terus Whatsapp/Telegaram +6011-23610700 untuk pembelian.





Nadia Bakar
Pengasas Perfume'86
IG : perfume.86

Jenis Perfume (Bahagian 1) : Perfume Original In Box (Sealed)

Rabu, 2 September 2015

Teks : Nadia Bakar
Foto : Nadia Bakar
Entri #20

Sejak saya berkecimpung di dalam dunia minyak wangi, ada di antara pelanggan yang masih belum faham terma-terma yang sering digunakan untuk menjelaskan tentang jenis-jenis minyak wangi yang dijual secara atas talian seperti perfume original in box (sealed), perfume original tester, perfume miniature dan perfume vials.

Dalam entri kali ni, saya akan kongsikan tentang perfume original in box (sealed).

Baik, perkara pertama yang kita perlu tahu ialah perfume original in box (sealed) adalah minyak wangi yang sama terdapat di kaunter-kaunter minyak wangi seperti Sogo, Pavillion, Sasa dan Sephora.

Ia memiliki ciri-ciri yang sama seperti :

1) Berkotak
2) Kotak dan botol minyak wangi yang sempurna (tiada sebarang kecacatan)
3) Mempunyai kod siri yang sama pada kotak dan botol minyak wangi
4) Jumlah isi kandungannya juga sama dalam (oz dan ml)
5) Dibalut kemas dengan plastik lutsinar.
6) Mempunyai manufacturing date (tarikh pengilangan)

Nota : Perhatikan pada perkataan (sealed) yang membawa maksud kotak tersebut dibalut kemas oleh pengilang dengan plastik lutsinar. Ini juga sebagai tanda bahawa minyak wangi tersebut masih baru! Belum pernah digunakan.


BELI DI KAUNTER VS BELI ONLINE 

1) Harga yang ditawarkan lebih murah berbanding di kaunter kerana penjual tidak perlu membayar kos sewa kedai, bil elektrik dan pelbagai lagi facilities lain.

2) Tiada extra free gift ; contohnya travel bag seperti di kaunter kerana penjual hanya fokus kepada penjualan minyak wangi dengan harga yang lebih murah. 

3) Tiada jaminan wang dikembalikan jika membeli di kaunter. Lazimnya pembelian atas talian memberikan jaminan ini.



Semoga entri ini bermanfaat. 
Jumpa lagi dalam entri akan datang. 




Nadia Bakar
Pengasas Perfume'86














Jenis Perfume (Bahagian 4) : Perfume Vials

Ahad, 30 Ogos 2015

Teks : Nadia Bakar
Foto : Nadia Bakar
Entri #23

Ada di kalangan kita yang biasa beli minyak wangi di kaunter dapat perfume vials percuma kan? Kalau kita bertuah, siap dapat percuma beg travel lagi.

Ada juga di kalangan pengumpul minyak wangi (perfume collector) yang sukakan perfume vial sahaja kerana harganya yang sangat murah (di antara Rm9-Rm15 mengikut saiz dan jenama). Jadi mereka tak teragak-agak untuk membeli 10-20 botol perfume vial sekaligus!

Kalau kita suka pakai minyak wangi dalam kuantiti sedikit, hanya sekadar 1-2 semburan sahaja,  perfume vial ini sudah memadai. 

APA ITU PERFUME VIAL?

1) Bersaiz 1.2ml-2ml sahaja.

2) Sesuai dijadikan tester jika kita mahu mencuba minyak wangi yang lain.

3) Sesuai untuk kita yang suka bertukar-tukar minyak wangi setiap hari. 

4) Sangat sesuai untuk tujuan travel kerana saiznya yang sangat kecil dan ringan.

5) Lazimnya dalam bentuk spray.

6) Bentuk botol nya jenis tiub. 



Alhamdulillah selesai empat entri saya berkenaan jenis-jenis minyak wangi original yang terdapat di pasaran. 

Untuk tahu lebih lanjut tentang 3 jenis minyak wangi original lagi, boleh klik link di bawah ya.

Original In Box (Sealed)

Original Tester

Original Miniature



Jika ada sebarang cadangan atau soalan, boleh tinggalkan di komen ya.

Semoga entri ini bermanfaat.



Nadia Bakar
Pengasas Perfume'86












Jenis Perfume (Bahagian 3) : Perfume Miniature

Teks : Nadia Bakar
Foto : Nadia Bakar
Entri #22

Siapa pernah beli minyak wangi secara online tapi malangnya kita tak berkenan dengan minyak wangi tersebut? Sama ada kita terpaksa jual kepada yang berminat atau minyak wangi tu terperuk dalam almari kita kan?

Selalunya kes-kes begini disebabkan kita terpengaruh dengan iklan-iklan minyak wangi tersebut atau ada di kalangan kawan kita yang pakai minyak wangi tu. Jadi kita pun dengan penuh yakin beli tanpa cuba pakai di badan kita terlebih dahulu. 

Ingat! Tak semestinya kawan kita pakai baunya sedap, di badan kita pun akan mendapat hasil yang sama ya! Hormon setiap kita adalah berbeza.

Kalau kita tak sempat nak ke mana-mana kaunter minyak wangi yang berdekatan, kita boleh beli minyak wangi jenis miniature yang bersaiz kecil ini. Saiz bagi setiap perfume adalah bergantung kepada jenama masing-masing. Ada yang mengeluarkan perfume miniature bersaiz 5ml sahaja, begitulah sebaliknya. Kita boleh tanyakan kepada penjual berkenan saiz perfume miniature yang kita kehendaki ya.

Selain daripada untuk tujuan mencuba minyak wangi yang lain, perfume miniature ini juga sangat sesuai untuk dibawa travel ke mana-mana. Bayangkan jika kita perlu usung minyak wangi bersaiz 100ml? Bukan setakat membazir ruang di dalam beg, tetapi ianya juga adalah perbuatan yang kurang praktikal jika kita jenis yang suka relayer minyak wangi selepas beberapa jam. Berat beg tangan!  

Bersaiz kecil dan ringan, perfume miniature ni sangat sesuai diletakkan di dalam beg tangan atau poket baju atau seluar kita. Bergantung pada keselesaan kita lah ya. 

CIRI-CIRI PERFUME MINIATURE 

1) Rekabentuk botol yang menyerupai botol minyak wangi bersaiz besar. 

2) Ada yang berkotak dan tidak berkotak.

3) Saiz 4.5ml sehingga 20ml mengikut jenama masing-masing.

4) Jenis dab on atau jenis spray.

Bagi pengumpul minyak wangi original yang suka bertukar-tukar minyak wangi, kita boleh membeli perfume miniature ini sebagai koleksi. Saiznya yang comel memang sangat sesuai untuk dijadikan koleksi kan? Harga pun jauh lebih murah berbanding saiz besar.


Ada yang mencari perfume miniature ni? Nanti saya kemaskini stok yang masih ada ya.



Nadia Bakar
Pengasas Perfume'86















Kod Rahsia Perfume (Batch Code)

Teks : Nadia Bakar
Foto : Nadia Bakar
Entri #24

Minyak wangi dikategorikan sebagai bahan kosmetik. Lazimnya minyak wangi original mempunyai no kod yang bermaksud Batch Code bagi mewakili tarikh pengilangannya (manufacturing date)

Penting untuk kita tahu mengenai tarikh pengilangan minyak wangi yang kita beli bagi menentukan tahap kesegaran dan kesesuaian untuk menggunakannya mengikut standard yang ditetapkan. 

Menurut EU Law, pengilang perlu meletakkan tarikh luput bagi kosmetik yang mempunyai jangka hayat kurang daripada 3 tahun. Ini berbeza dengan minyak wangi yang menggunakan tarikh pengilangan (Batch Code) sebagai kayu ukur tahap kualitinya.

Tempoh yang terbaik untuk menggunakan minyak wangi yang mempunyai alkohol ialah 5 tahun daripada tarikh pengilangan (Batch Code). Maksudnya, kualiti minyak wangi dijamin berada di dalam keadaan terbaik dalam tempoh 5 tahun selepas dikilangkan. 

Pun demikian, tidak menjadi masalah jika minyak wangi tersebut masih digunakan selepas tempoh 5 tahun. Kemungkinan akan menyebabkan bau, warna dan teksturnya sedikit berubah. Jika kita meletakkan minyak wangi tersebut pada tempat yang sesuai ; tidak terdedah kepada haba yang panas, lembap dan tidak terkena cahaya matahari, kesegaran minyak wangi tersebut masih boleh dikekalkan. Ada seorang pelanggan kami yang masih menggunakan minyak wangi yang berusia lebih 10 tahun, cuma warnanya saja berubah.

CIRI-CIRI BATCH CODE :

1) Dicetak (stamp) pada botol dan kotak minyak wangi.

2) Nombor Batch Code yang sama pada botol dan kotak minyak wangi. 
- Ini juga merupakan salah satu teknik untuk mengenalpasti minyak wangi yang original.

Tarikh pengilangannya boleh diperiksa secara online di www.checkcosmetic.net atau www.checkfresh.com dengan memasukkan Batch Code dan jenama minyak wangi tersebut.


Gambar : Minyak wangi Versace Bright Crystal Original Tester yang dibeli oleh pelanggan kami.

Jika ada sebarang cadangan atau ulasan, sila tinggalkan komen anda ya. 




Nadia Bakar
Pengasas Perfume86
IG : perfume86





Jenis Perfume (Bahagian 2) : Perfume Original Tester

Teks : Nadia Bakar
Foto : Nadia Bakar
Entri #21

Bagi anda yang nak lebih berjimat cermat dengan pembelian minyak wangi original, memang saya akan cadangkan untuk beli minyak wangi original tester.

Apa yang bagus dengan minyak wangi original tester ni?

Pertama sekali, semestinya harganya lebih murah berbanding minyak wangi original in box (sealed). 

CIRI-CIRI MINYAK WANGI ORIGINAL TESTER

1) Berkotak. Hanya warna putih atau perang sahaja. Tidak bercorak.

2) Terdapat perkataan TESTER / TESTEUR atau DEMONSTRATION pada botol minyak wangi dan kotaknya. Sama ada dalam bentuk cetakan atau ukiran.

3) Lazimnya mempunya BATCH CODE yang mewakili tarikh pengilangan minyak wangi tersebut. BATCH CODE tersebut mestilah sama nombor kodnya di botol minyak wangi dan kotak.

4) Kotaknya tidak dibalut dengan plastik lutsinar.

5) Botolnya sempurna, tiada sebarang kecacatan fizikal. 

6) Boleh jadi tiada penutup mengikut jenama masing-masing.

7) Jumlah isi kandungannya penuh. Ianya tidak pernah digunakan walaupun namanya TESTER!

8) Sesuai untuk penggemar minyak wangi yang suka mengumpul botol minyak wangi yang menarik kerana harganya yang lebih jimat. 

9) Aromanya lebih tahan lama kerana pada asalnya TESTER adalah untuk tujuan pemasaran yang digunakan di kaunter-kaunter minyak wangi.


Jika kita nak berjimat cermat, boleh lah pilih minyak wangi original tester ya!

Semoga entri ini bermanfaat untuk kita semua.


Nadia Bakar
Pengasas Perfume'86




  

Jenis-Jenis Minyak Wangi Original

Rabu, 20 Mei 2015

Teks : Nadia Bakar
Foto : Google
Entri #19


Perfume Ori murah, perfume malaysia, perfume ori reject
Klik untuk gambar yang lebih jelas

Hai. :)

Bagi penggemar minyak wangi original, semestinya mereka arif tentang jenis-jenis minyak wangi yang terdapat di pasaran kan?

Namun, jika anda masih baru berjinak-jinak untuk menjadikan minyak wangi original sebagai koleksi anda atau pun anda baru pasang impian ini, anda mesti nak tahu apa yang membezakan satu minyak wangi dengan minyak wangi yang lain?

Ada jenis minyak wangi namanya sama, tapi jenis berbeza dan semestinya aromanya juga berbeza. Contohnya minyak wangi Chloe. Ada jenis Chloe EDP (Eau De Parfum) dan EDT (Eau De Toilette).

Saya selalu dapat soalan daripada pelanggan.
"Saya nak perfume Chloe"

Bila ditanya, "Awak nak yang EDP atau EDT?"

Ada segelintir pelanggan yang tak tahu jenis minyak wangi tersebut kerana biasa dengar kawan sebut Chloe saja. Hihihi.

Okay. Minyak wangi original ini boleh didapati di dalam jenis yang popular seperti Parfum, Eau De Parfum, Eau De Toilette dan Eau De Cologne.

Apa bezanya?

PARFUM
  • Mengandungi pati minyak wangi sebanyak 20-30%.
  • Boleh bertahan sehingga 8 jam atau lebih pada si pemakai.
  • Oleh sebab kuantiti alkohol di dalam Parfum paling sedikit, minyak wangi jenis ini paling bagus untuk kulit anda kerana kesan alkohol mampu menyebabkan kulit kering dan keradangan bagi sesetengah orang.
  • Sesuai dipakai untuk ke majlis-majlis tertentu dan waktu malam.
EAU DE PARFUM (EDP)
  • Mengandungi pati minyak wangi sebanyak 15-20%.
  • Boleh bertahan sehingga 6 jam atau lebih pada si pemakai.
  • Jenis EDP ini juga mengandungi kuantiti yang kurang sedikit berbanding jenis Eau De Toilette dan juga sesuai dicadangkan untuk mereka yang ingin mengelakkan masalah kulit kering dan keradangan pada kulit.
  • Sesuai dipakai untuk ke majlis-majlis tertentu dan waktu malam.
EAU DE TOILETTE (EDT)
  • Mengandungi pati minyak wangi sebanyak 5-15%
  • Boleh bertahan sehingga 4 jam atau lebih pada si pemakai.
  • Jenis EDT lebih dikenali dan lebih popular kerana harganya yang lebih murah berbanding Parfum dan EDP.
  • Sesuai untuk minyak wangi harian.
EAU DE COLOGNE (EDC)
  • Mengandungi pati minyak wangi sebanyak 2-4%
  • Boleh bertahan sehingga 2 jam atau lebih pada si pemakai.
  • Lazimnya, jenis EDC jauh lebih murah berbanding jenis-jenis lain.

INFO TAMBAHAN

1. Tiada minyak wangi yang dicipta untuk bertahan 24 jam. Jadi, anda boleh memperbaharui
(re layer) minyak wangi tersebut selepas beberapa jam untuk mendapatkan aroma yang lebih segar. Pun begitu, faktor ketahanan minyak wangi pada tubuh anda tetap bergantung kepada cara pemakaian, hormon, persekitaran, suhu dan jenis pemakanan.

2. Jika anda belum pernah memakai minyak wangi original, saya nasihatkan anda untuk mengambil langkah yang selamat dengan memilih minyak wangi jenis EDT kerana ianya lebih ringan berbanding EDP. Bila anda sudah biasa dan mahu mencuba sesuatu yang lebih berani, anda boleh cuba jenis EDP ya!

3. Anda ingin berjimat dengan membeli minyak wangi secara online tapi anda tidak pasti sama ada anda suka atau tidak dengan bau nya? Anda boleh pergi ke mana-mana kaunter minyak wangi dan cuba sendiri di pergelangan tangan anda. Atau cara lain, anda boleh semak jenis-jenis nota wangian dan pendapat orang ramai tentang minyak wangi tersebut di website ini.

4. Jika anda mahu membeli minyak wangi original, pastikan anda menyebut nama minyak wangi tersebut berserta jenis nya sekali untuk mendapatkan minyak wangi yang tepat seperti "Saya nak beli Chloe EDT". Hihihi.

perfume ori murah, perfume ori reject, supplier perfume ori


Semoga entri ini bermanfaat untuk anda. Selamat berwangi-wangian! :)


Ingat minyak wangi, ingat Perfume'86.


6 Pantang Larang Minyak Wangi Original

Jumaat, 15 Mei 2015

Teks : Nadia Bakar
Foto : Nadia Bakar
Entri #18


Hai. :)

Siapa yang tak suka badan sentiasa berbau harum dengan minyak wangi original kan?
Bila pakai minyak wangi, automatik kita rasa lebih yakin untuk berdepan dengan orang sekeliling.

Tapi, berapa ramai yang tahu apa yang boleh dan apa yang tidak boleh dilakukan sekiranya anda memilih untuk pakai minyak wangi original?

Bagi mendapatkan kesan yang maksimum bila anda memakai minyak wangi original, boleh teruskan pembacaan ya!

Selamat membaca! :)

1) JANGAN PAKAI MINYAK WANGI LEPAS MANDI
Lazimnya kita akan pakai minyak wangi selepas mandi kan? Tapi jangan pakai terus lepas mandi ya. Biarkan badan agak kering seketika di mana badan masih dalam keadaan lembap, barulah kita pakai minyak wangi. Pada waktu ini, kulit akan mengeluarkan minyak semulajadi daripada badan. Teknik ini adalah untuk mendapatkan aroma yang lebih segar dan clean pada badan kita.

2) JANGAN PAKAI MINYAK WANGI LEBIH DARIPADA SATU PADA SATU MASA
Sebenarnya tak menjadi kesalahan pun jika anda suka gabungkan dua jenis minyak wangi yang berbeza pada satu masa. Tapi, saya cadangkan untuk anda pakai satu minyak wangi sahaja kerana kesannya lebih praktikal berbanding gabungan dua minyak wangi pada satu masa untuk menjaga keharmonian bau minyak wangi itu sendiri. Kalau berlebih-lebihan, bimbang akan timbul aroma yang kurang menyenangkan nanti.

3) JANGAN PAKAI DI TEMPAT YANG SALAH
Minyak wangi paling berkesan dan akan mengeluarkan aromanya yang tersendiri mengikut hormon kita pada permukaan kulit kita yang 'panas' seperti kawasan denyutan nadi. Oleh itu, kenalpasti tempat atau bahagian tubuh kita yang perlu dikenakan minyak wangi.
Antaranya di pergelangan tangan, belakang leher, belakang telinga, bahagian dalam siku, belakang betis (jika anda memakai skirt atau seluar pendek).

4) JANGAN GOSOK MINYAK WANGI
Okay. Ini antara bahagian terpenting untuk anda menjaga keharmonian bau minyak wangi yang anda pakai. Lepas sembur di pergelangan tangan, sila jangan gosok-gosok pergelangan tangan anda ya. Anda hanya akan merosakkan nota-nota wangian tersebut di samping akan menyebabkan keharmonian minyak wangi anda rosak. Sekaligus akan mempercepatkan proses meruap. Anda dapat rasakan minyak wangi sudah kering di kulit anda, bukan? Kesilapan ini juga akan menyebabkan minyak wangi anda tidak bertahan lama.

5) JANGAN SEMBUR DI BAHAGIAN BARANG KEMAS/PERHIASAN
Jika anda sembur terus kepada bahagian-bahagian badan yang memakai barang kemas/perhiasan, anda hanya akan menyebabkan aroma minyak wangi anda bercampur dengan unsur-unsur barangan tersebut. Malah dikhuatiri akan menjejaskan kualiti barang-barang tersebut. Sila tanggalkan barangan tersebut sebelum anda menyembur minyak wangi ya!

6) JANGAN SIMPAN DI TEMPAT YANG TERLALU SEJUK ATAU TERLALU PANAS
Pantang larang terakhir yang menyebabkan aroma minyak wangi anda tidak menghasilkan bau yang maksimum dan tidak tahan lebih lama adalah kerana faktor penyimpanan minyak wangi pada suhu yang tidak sesuai seperti di dalam kereta yang terdedah kepada suhu panas atau bilik yang bersuhu terlalu sejuk. Saya cadangkan anda simpan minyak wangi anda di tempat yang gelap dan bersuhu bilik yang tidak terlalu panas atau terlalu sejuk. Sentiasa ingat, suhu yang tidak sesuai hanya akan menyebabkan molekul-molekul minyak wangi rosak dan menghasilkan aroma yang berlainan di kemudian hari.

PERINGATAN 
Minyak wangi original mengandungi alkohol yang bersifat meruap.
Jika minyak wangi tersebut terdedah kepada suhu yang terlalu panas, cecair minyak wangi akan berubah warna dan boleh menyebabkan botolnya pecah. 

Versace Blue Jeans yang pecah dan Hugo Boss Energise yang bertukar warna
kerana terdedah pada suhu yang terlalu panas. 

Okay, lepas ni dah boleh pakai minyak wangi kegemaran anda dengan lebih yakin!

P/S : Lebih 500 jenis pilihan minyak wangi di sini.


PROMOSI HARI IBU

Selasa, 12 Mei 2015

Teks : Nadia Bakar
Foto : Nadia Bakar
Entri #17


Hai.

Kalau anda follow Instagram dan like FB page kami, mesti anda tahu Promosi Hari Ibu tinggal 3 hari lagi. Apa yang best sangat dengan promosi ni?

Selain daripada kos penghantaran PERCUMA ke seluruh Malaysia, anda juga boleh dapatkan minyak wangi kegemaran anda pada harga diskaun sebanyak 5%. Setiap hari kami tawarkan harga yang memang dah cukup murah, tapi sempena Hari Ibu ni, kami bagi lagi diskaun 5% pula untuk semua jenis minyak wangi Original Rejected. Memang sangat mampu nak beli 3-4 botol minyak wangi!

Kalau sebelum ni asyik tengok kawan-kawan beli minyak wangi original, apa kata anda rebut peluang ni untuk memiliki minyak wangi idaman anda? Tiada sebarang risiko sebab jaminan kami, jika minyak wangi yang anda terima tidak original, kami pulangkan 100% wang anda!

Oh anda tak biasa beli online?
Jangan bimbang, dah ramai orang yang beli dengan kami. Anda boleh tengok maklumbalas mereka di sini. Artis pun pakai minyak wangi yang kami jual tau!

Kalau beli kat kaunter pun tak dapat jaminan macam ni tau! Ooopsss!

Okay. Cepat-cepat ambil peluang ni untuk dapatkan minyak wangi kegemaran anda!

Klik sini untuk wangi dan jimat! :)

Original Reject, Original Reject Malaysia, Perfume Murah









Peluh dan Minyak Wangi

Jumaat, 24 April 2015

Teks : Nadia Bakar
Foto : Google
Entri #16


Ramai yang bertanya minyak wangi yang sesuai untuk orang yang kuat berpeluh. Tak kisah untuk wanita atau lelaki. Kedua-duanya ada yang mengalami masalah yang serupa. Sebelum tu, saya nak cerita sikit tentang peluh.



Peluh adalah cecair yang dirembes oleh kelenjar peluh yang berada di dalam lapisan kulit kita.
Kelenjar peluh juga turut dibantu oleh kelenjar minyak yang menghasilkan lapisan minyak pada permukaan kulit bagi tujuan untuk mengekalkan kelembapan kulit. Proses ini juga dapat mengekalkan tahap keasidan pada permukaan kulit yang sangat penting untuk menghalang bakteria daripada membiak atas permukaan kulit lalu akan masuk ke dalam badan kita.

OK. Dua fungsi ini sangat mempengaruhi tindak balas terhadap bau minyak wangi yang kita pakai.
Kulit yang lembap akan membantu untuk menyerap kandungan minyak wangi.

INFO PENTING
Minyak wangi akan lebih tahan lama di atas kulit individu yang lembap berbanding individu yang berkulit kering. Jadi, adalah sangat disarankan untuk memakai krim pelembap (tanpa bau) sebelum anda menyembur minyak wangi di bahagian tersebut.

Tapi, jika anda melakukan kegiatan yang aktif atau anda mempunyai jenis kulit yang kuat berpeluh, bau minyak wangi akan cepat hilang kerana kuantiti peluh anda melebihi kepekatan minyak wangi tersebut. Jumlah bakteria yang terperangkap juga lebih banyak berbanding individu yang normal.

Tiada masalah untuk memilih minyak wangi bagi mereka yang berkulit lembap, tetapi bagi mereka yang lebih kuat berpeluh, saya sarankan untuk menggunakan minyak wangi yang mempunya aroma yang kuat, daripada jenis kayu-kayuan, spicy ataupun fougere bagi memastikan bau minyak wangi kekal lebih lama. 

Tapi awas!
Penggunaan minyak wangi yang berbau kuat juga tidak perlu terlalu banyak kerana ianya hanya akan menyebabkan bau yang kurang menyenangkan akibat daripada campuran kuantiti peluh yang banyak, bau badan yang terhasil dan minyak wangi tersebut. Dibimbangi anda juga akan pening dengan bau badan sendiri. Hihihi.

Bagi anda yang suka melakukan aktiviti luar, anda dinasihatkan untuk membersihkan badan terlebih dahulu sebelum menyembur minyak wangi ya!

Satu tips untuk minyak wangi kekal lebih lama bagi individu yang berpeluh (Hanya jika minyak wangi anda tidak meninggalkan kesan degil ya!) ialah dengan menyembur minyak wangi pada baju anda, di bahagian dalam baju yang berdekatan dengan nadi.

Contohnya pada bahagian kolar, pergelangan tangan baju, bahagian dada.
Semburan hendaklah dilakukan pada jarak 15-30cm supaya tidak meninggalkan kesan pada baju anda.

Perkara yang paling penting ialah anda mesti menjaga kebersihan diri dan dinasihatkan menggunakan deodorant atau soda bikarnonat untuk menghilangkan bau ketiak. Tak guna jika anda menggunakan berbotol-botol minyak wangi tapi anda tidak menjaga kebersihan di kawasan tersebut!

Memandangkan Malaysia beriklim panas, aroma yang segar kurang bertahan lama untuk individu yang kuat berpeluh.

5 MINYAK WANGI YANG SESUAI UNTUK LELAKI YANG KUAT BERPELUH
1) Chanel Allure Homme
2) Issey Miyake L'eau D'issey
3) Dunhill Desire Red
4) Jean Paul Gaultier Le Male
5) Spicebomb by Viktor & Rolph

5 MINYAK WANGI YANG SESUAI UNTUK WANITA YANG KUAT BERPELUH
1) Chanel No 5 EDP
2) Dior Dune
3) Narciso Rodriguez For Her
4) CK Euphoria EDP
5) Gucci Flora EDP


Semoga bermanfaat.



40

Isnin, 20 April 2015

Teks : Nadia Bakar
Entri #15

perfume
perfume malaysia
perfume murah
minyak wangi
minyak wangi murah
minyak wangi original
minyak wangi malaysia
perfume original
perfume original murah
perfume original online
perfume original unboxed
perfume reject
perfume ori
perfume ori murah
perfume set hantaran
perfume ori reject
perfume original rejected
perfume ori reject murah
perfume ori tester
tips perfume
tips minyak wangi
original reject perfume
tips pakai perfume
nadia bakar
beli minyak wangi
eau de parfum
eau de toilette
cara pakai minyak wangi
testimonial perfume
perfume86
gucci flora
dropship perfume ori
supplier perfume ori
dropship perfume
supplier perfume
set hantaran
giftset
perfume giftset
perfume miniature
dexandra
perfume dexandra
perfume inspired
perfume tahan lama
tips pakai perfume
tips kenalpasti perfume original
kod perfume
perfume fake












Isteri Tak Bagi Pakai Minyak Wangi!

Teks : Nadia Bakar
Foto : Nadia Bakar
Entri #14


"Saya nak perfume glamor macam artis ada?"

Hihihi. Teringat lagi soalan salah seorang pelanggan kami. Ini gara-gara minyak wangi yang mencecah harga hampir RM400 di kaunter, iaitu Thierry Mugler A*Men.

Kalau sembur sikit pun tahan lama dan aromanya kuat. Lebih-lebih kalau anda bukan perokok. Memang aromanya clean di badan anda. Tapi ada juga pelanggan kami yang merokok suka pakai minyak wangi ni. Bau lebih ummppphh katanya!

Encik Hafiz ni salah seorang pelanggan saya yang sangat ramah! Macam dah kenal 10 tahun bila borak di Whatsapp. Kalau sebelum ni, semua minyak wangi beliau dibeli dan dipilih sendiri oleh isterinya. Tapi kali ni, konon-konon nak buat kejutan pada si isteri.

Tapi, tengok lah siapa yang terkejut?


Niat di hati nak bagi kejutan buat isteri yang beliau pun boleh pilih minyak wangi yang hot sangat! Alih-alih isteri tak bagi pakai kalau keluar rumah, hatta untuk pergi kerja sekalipun! Rasa merana sekejap. Hahaha.

Kalau boleh pakai waktu keluar dengan isteri saja, boleh lah jimat sikit kan?
Sembur pun tak perlu banyak-banyak dan bau satu taman!


Lebih banyak pilihan minyak wangi di sini



Apa Kata Sharina?

Jumaat, 17 April 2015

Teks : Nadia Bakar
Foto : Nadia Bakar
Entri #13

Salam Jumaat yang penuh berkat.

Kalau anda peminat tegar jenama Burberry, anda pasti kenal minyak wangi seperti di dalam gambar ini kan?

Ya! Ini salah satu minyak wangi yang paling laris di Perfume'86 
Minyak wangi My Burberry jenis EDP (Eau De Parfum) ini bersaiz 90ml iaitu saiz yang paling besar yang baru dilancarkan pada September 2014.

Kalau di kaunter-kaunter minyak wangi Malaysia, harganya boleh mencecah sehingga RM495. Mahal untuk mereka yang teringin beli tapi tidak mempunyai bajet yang tinggi kan?

Pagi semalam saya tersenyum lebar bila dapat mesej Whatsapp daripada salah seorang pelanggan baru kami yang akhirnya memberanikan diri beli minyak wangi secara atas talian.

Tengoklah komen Sharina, siapa sangka dia boleh dapatkan minyak wangi ini dengan harga yang jauh lebih murah. Jimat berkali ganda!

Kalau sebelum ni hanya mampu tengok kawan beli, boleh tumpang hidu aromanya, tapi sekarang Sharina dah boleh beli dengan harga yang sangat berpatutan!


Sebenarnya Sharina ni dah lama intai-intai Instagram Perfume'86, tapi baru minggu lepas dia berani beli dengan kami. Hihihi.

Syukur Alhamdulillah Sharina pun suka dan berpuas hati dengan minyak wangi idamannya dan siap rancang nak beli minyak wangi Lancome La Vie Est Belle nanti!

Terima kasih Sharina!

Kalau anda juga teringin nak merasai aroma My Burberry yang feminin dan elegan, boleh klik sini!

P/S : Nantikan lebih banyak lagi testimonial yang akan saya kongsikan. :)

LANCOME LA VIE EST BELLE 90ML
(Credit : www.beautezine.com)


Awak Nak Minyak Wangi Percuma?

Jumaat, 10 April 2015

Teks : Nadia Bakar
Foto : Nadia Bakar
Entri #12




Salam Jumaat yang penuh berkat.

Anda pakai minyak wangi apa hari ni? 
Atau What is your SOTD? Singkatan daripada perkataan Scent Of The Day. :)

Siapa nak minyak wangi PERCUMA?
Siapa yang tak nak rugi lah kan? Macam mana nak dapatkan minyak wangi percuma ni? 

Satu cara yang boleh anda gunakan ialah dengan kumpul pesanan sebanyak 5 botol minyak wangi dan anda akan dapat 1 botol minyak wangi secara percuma!

Kalau anda nak 2 botol percuma, kumpul order 10 botol.

Kalau anda nak 3 botol percuma, kumpul order 15 botol dan seterusnya.

Ganda lima. :)

Kalau nak dapat lebih banyak lagi, boleh buat group buy. Ajak kawan satu pejabat dengan anda beli. Nak ajak jiran tetangga satu taman pun boleh! 

Faham ke faham? Hihihi.

Anda tak perlu keluar duit pun nak dapatkan 1 botol minyak wangi tu kan?

INFO BERKENAAN MINYAK WANGI ORI SAMPLE 6ML

Minyak wangi bersaiz 6ml ini adalah minyak wangi yang kami isi semula (refill) daripada minyak wangi bersaiz besar (full size).


Pada asalnya kami hanya isi semula bagi tujuan pemasaran offline. Tapi, disebabkan permintaan ramai, kami isi semula dalam kuantiti yang banyak.

Siapa yang sesuai dapatkan minyak wangi saiz kecil ni?

1) Awak yang suka usung minyak wangi ke sana sini. Saiznya yang kecil, jauh lebih ringan berbanding dengan usung minyak wangi 100ml kan?

2) Awak yang suka sembur minyak wangi di mana-mana. Rasa macam dah tak wangi, cepat-cepat sembur!

3) Awak yang nak uji keaslian minyak wangi yang kami jual. Sebelum beli botol besar (full size) lebih baik beli saiz kecik dulu kan?

4) Awak nak minyak wangi original tapi nak jimat duit. Walaupun minyak wangi  bersaiz besar yang kami jual semuanya murah, minyak wangi saiz poket ni jauh lebih murah kalau banding dengan minyak wangi miniature original saiz 5ml. Hihihi.

5) Awak yang suka tukar-tukar minyak wangi setiap hari. Kalau boleh nak bau wangi yang berlainan setiap hari. Boleh beli 7 jenis untuk seminggu atau 30 jenis untuk sebulan. Hahaha. Ni memang peminat minyak wangi tegar

6) Awak yang nak tambah duit poket, boleh juga borong minyak wangi jenis ni. Senang nak jual sebab saiz nya yang kecil dan harganya murah.


Tawaran ini sah sehingga 20 April 2015 sahaja ya! :)

Tinggal 24 jenis minyak wangi Ori Sample 6ml dalam stok kami. Cepat-cepat rebut peluang ni tau!


Bayaran sebelum jam 3 petang, kami akan pos hari yang sama.

Whatsapp saya di +6011-23610700.

Terima kasih! 



Cara Betul Beli Minyak Wangi

Khamis, 9 April 2015

Teks : Nadia Bakar
Foto : Google
Entri #11


Hai!
Kalau anda pergi ke kaunter-kaunter minyak wangi, selalunya promoter di situ akan semburkan minyak wangi di 'perfume strip test' dan berikan kepada anda kan? Atau anda sendiri yang sembur? Jangan sembur lebih-lebih ya, takut nanti kena halau pula dengan promoter tu. Mentang-mentanglah 'tester' kan? Hihihi. Ini gurau.

Soalan lazim yang sering ditanya oleh pelanggan saya,
"Macam mana cara betul kita nak test perfume, supaya kita tahu perfume tu sesuai ke tak dengan kita?"

Begini caranya.



Mengikut pengalaman saya, cara yang paling sesuai ialah dengan menyembur sedikit wangian tersebut di pergelangan tangan atau bahagian belakang tangan anda dan tunggu. Ambillah masa dalam 20minit ke 30minit untuk pastikan bahawa wangian tersebut benar-benar sebati di kulit anda dan menghasilkan aromanya yang tersendiri. Lain orang, lain hormonnya bukan? Sementara nak tunggu wangian tersebut betul-betul mengeluarkan aroma sebenar di kulit anda, anda boleh lah berjalan-jalan dulu dan selepas tempoh tersebut, anda akan dapat idea dan rasa adakah anda suka dengan wangian tersebut.

Lepas sembur minyak wangi tu, boleh la jalan-jalan dulu keliling 'shopping complex' tu kan? Ambil masa adalah kunci utamanya.

Pernah terjadi bila dua kawan baik beli wangian yang sama, tapi salah seorang lagi rasa wangian tersebut bau kurang enak di badannya. Walhal dia sangat suka bau wangian kawannya! Jadi, jangan semata-mata sebab minyak wangi yang kawan kita pakai tu sedap, ianya sesuai juga untuk kita ya! Itu belum tentu lagi.

Minyak wangi terdiri daripada 3 Nota iaitu 'Top Notes', 'Heart Notes' dan 'Base Notes'.
Masing-masing akan mengeluarkan bau yang berlainan dalam beberapa minit dan ianya akan kekal pada 'Base Notes'. Jadi, sangatlah penting untuk kita ambil sedikit masa untuk pastikan wangian tersebut memang sesuai dengan citarasa kita. Cara ini dapat mengelakkan kita daripada membazir kan? Ada juga orang yang beli minyak wangi, tapi akhirnya tak pakai dan terbiar begitu saja kerana dia tak suka dengan bau minyak wangi tersebut di tubuhnya. 


Semoga tips ini membantu ya! :)


P/S : Kalau anda belum mempunyai minyak wangi, boleh dapatkan di www.perfume86.com
Ada lebih 500 jenis wangian untuk anda!




PERFUME HILANG!

Rabu, 8 April 2015

Teks : Nadia Bakar
Foto : Nadia Bakar
Entri #10

Hai!
Anda berwangi-wangian dengan wangian apa hari ini?
Hari ni saya pakai Victoria Secret Bombshell 6ml yang kita isi semula (refill).
Mudah bawa ke mana-mana sebab saiznya kecil.



Pernah tak alami situasi macam ni?
Pagi tadi dah sembur wangian kegemaran anda, tapi lepas beberapa jam atau dah masuk tengahari, anda dah tak dapat hidu bau wangian tu?

Rasa macam, "Eh kenapa aku dah tak wangi ni?"
"Eh takkan dah hilang perfume aku ni? Kenapa? Kenapa? Kenapa?"

Hihihi. Jangan panik. Jangan panik. Aroma wangian anda sebenarnya ada dan tak lari kemana-mana pun.

Bagi anda yang memakai wangian, ini bukanlah situasi yang asing dan pelik kerana wangian tersebut sebenarnya boleh dikatakan sudah sebati dengan anda. Jadi, sesetengah deria bau anda sudah penat untuk menghidu wangian di tubuh anda sendiri akibat ransangan yang berterusan. Sebab tu kalau sembur awal pagi, dalam beberapa jam selepas tu kita rasa macam dah hilang bau wangian kita. Tapi, hakikatnya orang sekeliling kita masih dapat hidu wangian tersebut!

Lagi pula, anda tak boleh lari daripada wangian di tubuh badan sendiri kan?


P/S : Bombshell by Victoria Secret ni masih ada 38 botol dalam stok kami. Kalau anda nak cuba, boleh terus ke website rasmi kami ya! Boleh tambah duit poket juga kan? :)





CATATAN HARIAN : Kenduri di Kluang

Sabtu, 28 Mac 2015

Teks : Nadia Bakar
Foto : Nadia Bakar
Entri #9

Salam hujung minggu. 
Hari ni saya berada di Kluang, Johor. Rumah makcik saudara sebelah suami saya untuk menghadiri kenduri kahwin anak lelaki mereka.

Ini pertama kali saya ke sini atau lebih tepat lagi ini pertama kali saya ke Johor walaupun dari kecil saya menetap di Melaka. Tapi sebab kekangan wang, tak merasalah kami 7 beradik nak ke sini. Paling jauh pun balik rumah atok dan nenek di Perak. Saja-saja mak abah nak bawa kali ke sini dulu, tak dapat lah. Hihihi

Oleh sebab Johor baru saja meraikan majlis kemahkotaan Sultan Ibrahim pada minggu lepas, banyak bendera Johor berkibar di sana sini. Seronok tengok!

Sempat lah kami tiga beranak pergi pasaraya Giant sebab encik suami tertinggal tali pinggang di rumah. Sambil tu boleh tengok-tengok suasana sekitar sini. 

Promoter Giant semuanya peramah! Malah sentiasa bermanis muka. Senyum sokmo! Memang kagum betul sebab selama saya pergi ke mana-mana pasaraya Giant, belum pernah lagi ditemukan dengan promoter-promoter macam tu. Baik lelaki atau perempuan. Mereka sangat ramah dan berbudi bahasa.

Tadi saya perasan satu pemandangan yang sangat cantik. Ada pokok "Sakura Malaysia" atau nama sebenar pokok ini iaitu pokok Tekoma dalam bahasa saintifiknya Tabebuia pentaphylla berasal dari Amerika Selatan yang menghiasi satu selekoh. Cantik sangat!



Kalau nak tahu, kenduri di sini kami pakai wangian berasingan. Kalau tak, selalunya Aariz pakai wangian sama dengan saya. Hahaha.


Gucci Flora yang Popular!

Jumaat, 27 Mac 2015

Teks : Nadia Bakar
Foto : Nadia Bakar, Google
Entri #8

Salam Jumaat. 
Apa wangian anda hari ni?
Hari ni saya pakai Gucci Flora (Eau De Parfum) 


Wangian ini sangat popular sejak tahun 2010 lagi kerana mempunyai aroma yang 'kuat' berbanding Gucci Flora (Eau De Toilette). Wangian edisi terbaru ini juga lebih diminati oleh ramai wanita, malah lelaki kerana sifatnya yang menggambarkan keseksian, berani dan menggoda! Ada juga pelanggan lelaki saya yang pakai wangian ini tau!

Gucci Flora (Eau De Parfume) ini dicipta oleh Frida Giannini yang mendapat inspirasi daripada skaf bermotifkan bungaan Gucci yang direka khas untuk Grace, Puteri Monaco. 


Sejak berdekad yang lalu, kita sudah ketahui bahawa motif bunga-bungaan sentiasa menggambarkan daya pesona yang glamor dan feminin. 

NOTA WANGIAN

Gucci Flora (Eau De Parfum) ini mempunyai karakter nota wangian yang menyegarkan pada permulaan bau iaitu gabungan 'citrus' dan bunga peony. Dalam 5-10minit kemudian akan terbau 'heart notes' seperti bunga mawar dan 'osmanthus' yang menawan dan akan kekal dengan nota terakhir ( 'base notes' ) daripada 'patchoulli' dan cendana.

Wangian Gucci Flora (Eau De Parfum) ini tidak ada masalah untuk dipakai oleh golongan muda atau yang lebih berusia. Jadi, tidak menjadi kesalahan andai anda ingin menghadiahkan ibu anda dengan wangian ini sempena Hari Lahir beliau nanti. Hihihi.

Perbezaan fizikal botol Gucci Flora jenis Eau De Parfum dengan Eau De Toilette ialah pada warna penutup dan warna latar label. Kalau anda mahukan aroma yang sedikit ringan, anda boleh pilih Gucci Flora jenis Eau De Toilette (EDT) ya! 





Testimonial : Mulut Ke Mulut Memang Power!

Selasa, 24 Mac 2015

Teks : Nadia Bakar
Foto : Nadia Bakar
Entri #6

Alhamdulillah masih diberikan nikmat hidup pada hari ini.
Suasana pagi ini agak redup dan sejuk.

Bila dikenangkan kembali pengalaman dan kenangan di dalam bisnes wangian, saya bersyukur sangat sebab Allah kurniakan pelanggan yan tidak putus-putus setiap hari. Sama ada pelanggan baru atau lama, yang masih menyokong saya sejak tahun 2013 lagi.
Mula-mula beli untuk diri sendiri, lepas tu beli untuk keluarga. Malah, kawan-kawan yang nak bertunang atau berkahwin pun dihadiahkan dengan perfume set hantaran.
Ada juga pelanggan yang belikan untuk staf-staf satu pejabat!

Jutaan terima kasih di atas kepercayaan dan sokongan kalian!

Ada hampir 300 testimonial yang sempat saya kongsikan di Facebook Page dan Instagram.
Sebenarnya ada banyak lagi, tapi masih dalam proses untuk dimuatnaik. :)

Daripada apa yang saya belajar, setiap usahawan mesti mempunyai hubungan yang baik dengan pelanggan kerana kuasa viral 'mulut ke mulut '  adalah salah satu 'tools' yang sangat berkesan untuk bisnes kita berbanding kita bersusah payah untuk membina kepercayaan pelanggan baru. Secara tak langsung pelanggan yang pernah berurusan dengan kita membantu kita dalam proses pemasaran. Jimat bukan?

Tapi pertama sekali kita kena pastikan servis yang kita tawarkan memang memuaskan hati pelanggan. Daripada urusan jual beli, sampai ke urusan selepas pembelian. Kalau ada masalah, cepat-cepat selesaikan dan memang kena murah dengan perkataan 'maaf' jika berlaku masalah-masalah yang tak diingini atau di luar kawalan kita. Tak rugi kalau kita minta maaf kan? :) Siapa tahu rezeki bertambah-tambah lagi di kemudian hari?



Adik Hazyra ni beli perfume Britney Spears Fantasy (Original Unboxed)
Sebelum tu Hazyra paranoid nak beli wangian secara 'online' sebab dah terkena beberapa kali beli wangian yang tidak original. Alhamdulillah lepas dia beli daripada saya, memang dia puas hati sangat! Lebih menyeronokkan bila kami masih lagi terus berhubung selepas itu.

Ini pula pelanggan kami daripada Pulau Pinang yang baru-baru ini menetap di Subang Jaya.
Langsung tiada pengalaman membeli wangian secara 'online', tapi Alhamdulillah dia memberikan kami sedikit kepercayaan untuk beli wangian kegemarannya iaitu Sean John Unforgivable dan ternyata selepas itu dia beli untuk adik dan ayahnya juga. :) Lagipun, tiada rugi apa-apa jika beli dengan saya kerana ada jaminan wang akan dikembalikan sekiranya pelanggan mendapati wangian yang mereka terima adalah tidak 'original'. 
Beli di kaunter pun tak dapat jaminan macam ni kan? Hihihi.



Kak Wanie ni antara pelanggan tetap saya. Bermula dengan beli sendiri beberapa kali dan tolong belikan untuk kawan juga. :) Isu Kak Wanie cerewet tak jadi masalah. Semua tu pengalaman untuk saya kan?

Kalau anda pun nak merasai sendiri wangian antarabangsa yang glamor, elegan pada harga yang sangat mampu milik, jauh lebih murah berbanding di kaunter, tak nak bersusah payah nak pergi kaunter, bazir duit minyak, tol, 'parking' dan sebagainya, boleh lah membeli di website kami ya! Lazimnya, bayaran sebelum jam 3 petang, kita akan pos pada hari yang sama. Esok dah sampai di tangan anda. Tapi bagi sesetengah kawasan, mungkin mengambil masa 2 hari untuk sampai kepada anda. :)

Di website kami ada fungsi Chat ya. Kalau tak pasti nak wangian yang mana satu, boleh terus Chat dengan kami. Kami akan bagi cadangan yang sesuai untuk anda! :)

Jumpa di sana ya!


Nadia Bakar
Pengasas Perfume'86



Tips : Tenangkan Isnin Anda!

Teks : Nadia Bakar
Foto : Nadia Bakar
Entri #5

Siapa yang masih lagi menghadapi masalah 'monday blues'? hari ni?

Tahukah anda bahawa salah satu sifat luar biasa yang ada pada wangian ialah serta-merta mampu mengubah 'mood' kita? Beberapa kajian juga telah membuktikan bahawa wangian mampu merangsang, menenangkan, meningkatkan 'mood' yang baik atau sebaliknya dan membina emosi yang positif atau negatif. 

Sejak dulu lagi wangian telah digunakan sebagai salah satu alat yang berkuasa untuk mengimbangi minda dan badan. Bak kata pepatah lama Cina "Setiap wangian adalah penawar."

Ann Gottlieb, seorang perunding wangian yang telah bekerja dalam pembangunan wangian Calvin Klein, berkata dalam satu temu bual bahawa "Kebanyakan daripada apa yang digunakan dalam produk-produk aroma terapeutik adalah berdasarkan kepada tradisi dan cerita rakyat, bukan sains tetapi, telah banyak penyelidikan yang menunjukkan keupayaan wangian untuk mengubah 'mood'. Malahan, wangian bukan sekadar akan membuat anda berbau harum, tapi ianya akan menghasilkan kesan fisiologi yang amat nyata. "

Kalau anda menghadapi Isnin yang lemau, lesu, tidak gembira malah tak bersedia langsung melalui hari Isnin yang lazimnya sibuk dengan pelbagai agenda, saya cadangkan anda memilih wangian yang berunsurkan lavendar.

Kenapa lavendar?

Lavendar (Lavandula angustifolia, or Lavandula officinalis) dikenali sebagai aroma yang mampu memberikan ketenangan kepada mereka yang menghidunya. Lavendar ini juga digunakan di dalam mandian dan minyak sapuan untuk bayi, sekaligus membantu mereka yang mempunyai masalah sukar tidur, kemurungan dan tekanan. Jadi, lavendar adalah wangian aroma yang sangat sesuai untuk anda pakai pada hari Isnin yang sibuk kan?

Di antara wangian yang berunsurkan lavendar ialah Sarah Jessica Parker Lovely untuk wanita dan Jean Paul Gaultier Le Male untuk lelaki.

Salam Isnin yang ceria!













PROMOSI : 15% DISKAUN

Jumaat, 20 Mac 2015

Teks : Nadia Bakar
Foto : Nadia Bakar
Entri #4

Salah satu cara bijak berbelanja ialah pandai tawar-menawar dan membeli belah pada harga diskaun. 

Siapa yang tak suka bila dapat beli dengan harga yang jauh lebih murah daripada harga asal kan? Sebab tu bila waktu 'sale', kebanyakan orang akan ambil kesempatan untuk membeli. Malah beli dengan kuantiti yang lebih banyak. Siapa yang tak nak jimat duit kan?

Sebenarnya agak lambat saya war-warkan di sini berbanding di Facebook dan Instagram.



Sempena pembukaan website rasmi Perfume'86, kami memberikan potongan harga sebanyak 15% bagi setiap pembelian perfume di website kami sehingga 27 Mac ini.Caranya? Sebelum 'checkout' pastikan anda masukkan Kod Diskaun "PFM15" untuk mendapatkan diskaun sebanyak 15%. Kalau terlupa nak masukkan, tak dapatlah diskaun ya. Jadi, sila berhati-hati.

Masukkan Kod Diskaun selepas anda pilih perfume yang anda nak beli.

Jangan lupa tekan butang 'Redeem' ya! 


P/S : Kalau nak dapatkan perfume PERCUMA, boleh join peraduan 'TAG & WIN' di Instagram kami @theperfume86. Siapa tahu ada rezeki anda kan? :)



MASALAH ADALAH PELUANG

Khamis, 12 Mac 2015

Teks : Nadia Bakar
Foto : Nadia Bakar
Entri #3


"Boleh saya tahu, Nad jual perfume ape lagi ye?"

"Nad, kat mana akak nak tengok semua perfume yang ko jual?"

"Boleh bagi list perfume?"

"Sis, ade jual perfume Nina Ricci tak?"

Masih teringat lagi soalan-soalan yang pelanggan saya tanya. Bila masuk bab jual perfume apa lagi, memang agak mustahil untuk saya senaraikan satu persatu di dalam mesej Whatsapp. Ada lebih 500 pilihan semuanya! Bila restock, menjangkau angka 1000 jenis perfume. Malah, ada yang minta saya email kan semua perfume yang saya jual. Hihihi.

Syukurlah saya mempunyai ejen-ejen yang sabar menunggu saya kemaskini semua perfume yang masuk stok hanya dengan menggunakan Microsoft Excel! Memang berpinar mata nak siapkan!

Adakalanya, kekangan masa kerana perhatian yang diberikan kepada tugasan hakiki di pejabat, membuatkan proses untuk kemaskini stok mengambil masa lebih satu minggu!

Alhamdulillah Alhamdulillah Alhamdulillah!
Masalah selama setahun yang saya alami dah pun dapat diatasi dengan adanya website rasmi www.perfume86.com sejak 5 Mac 2015 yang lepas.

Inilah yang dikatakan masalah adalah peluang. Peluang untuk kita buat sesuatu yang jauh lebih baik daripada sebelumnya. Segala maklumbalas pelanggan sangat berharga untuk saya fikirkan langkah-langkah untuk buat yang terbaik, InsyaAllah.

Dengan adanya website ini, InsyaAllah akan memudahkan lagi urusan semua pelanggan kami. Tak perlu lagi nak tunggu saya balas mesej Whatsapp/Telegram mereka dalam tempoh 24 jam kerana dek sibuk sangat dengan pelbagai urusan di pejabat, ada juga mesej yang saya terlepas pandang. Ampun maaf sangat-sangat.

Semua urusan melalui website jauh lebih mudah sebab pelanggan boleh tengok sendiri semua perfume yang kami jual dan hanya dengan beberapa klik saja dah boleh beli perfume. Tunggu esok atau lusa dah sampai! Jimat masa, jimat tenaga, jimat wang! Hihihi.

Tambahan, di website kami ada fungsi 'Live Chat' yang membolehkan pelanggan atau bakal pelanggan berinteraksi dengan kami. Nak tanya cadangan perfume yang sesuai, nak tanya tentang apa-apa saja pun boleh! Mudah kan?

Saya memang seronok sangat ada website ni. Sangat membantu saya dalam mengendalikan inventori, urusan pembelian dan sangat meringankan beban yang saya pikul selama setahun lebih ni! :)

Kalau kalian ada yang teringin nak ada website yang bagus macam ni, boleh tanya saya!
Alhamdulillah, 'technical support' mereka pun sangat bagus dan efisyen!

Nanti saya cerita macam mana nak dapat diskaun 15% kalau beli perfume dengan kami! :)






P/S : Alhamdulillah ada juga di antara pelanggan setia kami yang mesej mengucapkan tahniah di atas pembukaan website rasmi kami. Terharu sangat!



Saya Mahu Jadi WAHM

Selasa, 10 Mac 2015

Teks : Nadia Bakar
Foto : Nadia Bakar
Entri #2

                  

Hai!

Saya masih bercuti sejak semalam kerana masalah kesihatan. Hari ini saya tak hantar Aariz ke rumah Mak Iti (pengasuh) kerana saya nak menjaga Aariz. Biarpun badan saya masih belum pulih sepenuhnya, tapi saya nak manfaatkan waktu bersama Aariz di rumah. Tak cukup rasanya hari Sabtu dan Ahad saja bersama dia sepenuh masa. Jadi, jadual hari ini bertukar daripada juruteknik kepada WAHM (Working At Home Mom). Sambil-sambil uruskan order perfume, boleh jaga Aariz kan? Memang 'heaven' sangat!

Ibu mana yang tak seronok untuk duduk di rumah dan lihat sendiri anak membesar depan mata kan? Hati lebih tenang dan seronok sebab kita jaga dengan tangan dan usaha kita sendiri. Soal makan, pakai semua kita uruskan. Oleh sebab saya masih bekerja, seboleh-bolehnya saya bekalkan Aariz dengan makanan yang saya masak sendiri sejak Aariz mula makan pada usia 19 bulan. (Aariz hanya menyusu dengan ASI (Air Susu Ibu) selama 19 bulan.) Saya kira, ini salah satu inisiatif saya untuk terus menjaga 'bonding' dengan Aariz ketika kami berjauhan selama lebih kurang 8-9 jam sehari. Adakaanya menjangkau sehingga lebih 12 jam kerana tuntutan kerja. Semua orang percaya air tangan ibu ada roh kasih sayang kan?

Memang hasrat untuk menjadi WAHM ada saya tulis dalam buku 'TARGET' saya dan setiap hari diulang-ulang baca. Apa yang saya usahakan sekarang, semuanya untuk rancangan menjadi WAHM kelak. Saya tak berhasrat untuk terus bekerja sehingga masuk usia pencen. Aariz adalah salah satu 'BIG WHY' saya untuk pilih jalan sebagai WAHM. 

Saya dilahirkan di dalam sebuah keluarga yang sederhana. Kami tujuh beradik dijaga sendiri oleh emak. Hanya abah saja yang bekerja. Mungkin sebab itu jugalah kuat rasa hati saya untuk menjadi seperti emak. Bezanya, emak surirumah sepenuh masa, bukan WAHM. Dengan tangan
surirumah emak lah kami dibesarkan. Biarpun dulu emak memang garang, tapi Alhamdulillah kami saling sayang menyayangi. Malah adik-beradik saya sentiasa rapat antara satu sama lain sehingga ke hari ini.

Dalam dunia yang serba canggih ini, memang tak mustahil untuk seorang ibu bekerja dari rumah sambil menguruskan anak kan? Ditambah dengan urusan jual beli secara 'online' yang semakin mendapat tempat di hati para pembeli di Malaysia. Nak beli barang kat Tesco pun dah boleh beli 'online' dah sekarang. Jadi, memang sangat sesuai dan tak mustahil untuk mana-mana ibu memilih jawatan sebagai WAHM ini. 

Sokongan daripada kawan-kawan yang terlebih dahulu menjadi WAHM juga menjadi inspirasi buat saya. Mereka bukan tiada kelulusan. Bahkan ada yang dulunya seorang jurutera, malah doktor juga memilih untuk menjadi WAHM. Pelbagai tips-tips dan saranan yang mereka kongsikan. Bahkan, cikgu Masayu, guru Kelas Asas Blog dan Penulisan saya juga salah seorang WAHM. Saya yakin, tak lama lagi saya juga akan mengikut jejak langkah mereka. Tinggal sedikit usaha saja lagi. InsyaAllah.

Nadia Bakar
www.perfume86.com


PENGENALAN : DUNIA WANGIAN ITU PILIHAN SAYA

Rabu, 25 Februari 2015

Teks : Nadia Bakar
Foto : Nadia Bakar
Entri #1

Nadia Bakar, Perfume Original, Perfume Unboxed



Assalamualaikum.

Sudah genap satu tahun dua bulan saya berada di dalam dunia usahawan wangian ini. Masih setahun jagung kan? Tapi Alhamdulillah, banyak pengalaman baru yang Allah berikan kepada saya sejak hari pertama saya memilih wangian sebagai sumber pendapatan kedua sehingga ke hari ini. Baik pengalaman yang manis, pahit, tawar, masin dan pedas, semua saya telan. Hadam betul-betul dan belajar untuk sentiasa memperbaiki diri dan melakukan yang terbaik supaya tak perlu telan lagi rasa yang pelik-pelik! Hihihi.

KENAPA WANGIAN?

Saya kenal dunia wangian ni bermula dengan suami saya yang sememangnya kaki 'perfume original' sejak dulu lagi. Antara wangian kegemarannya ialah Carolina Herrera dan Sean John. Sedangkan saya pula hanya pakai wangian tanpa mengira jenama. Asalkan wangi dihidung saya!

Masih ingat lagi wangian pertama yang beliau hadiahkan pada saya ialah DKNY Be Delicious. :) Dari situ lah saya jatuh cinta dengan 'perfume original' yang ada keistimewaannya yang tersendiri.

Memang saya akui sewaktu awal penglibatan saya sebagai usahawan wangian, niat saya hanyalah untuk menambah duit poket. Boleh belanja lebih sikit kan? Tapi setelah menghadiri seminar pertama yang dianjurkan oleh rakan niaga saya pada Disember 2013 dulu, memang Allah sudah pusingkan hati saya 360 darjah untuk ambil semua ni sebagai tanggungjawab yang serius! Baru celik mata hati bahawa saya boleh pergi jauh dalam bidang ini. Asalkan saya mahu buat sampai selesai!

Terima kasih buat rakan niaga saya yang tak jemu-jemu membantu saya membina sebuah impian dan belajar untuk membina misi dan visi yang jelas dalam hidup. Selama ni asyik dengar dan baca tentang misi, visi, matlamat hidup dan impian tapi satu pun tak pernah mengubah tanggapan saya tentang hakikat hidup. Jahilnya saya.

Peluang kali ini memang Allah betul-betul datangkan suatu rasa pada saya bahawa saya sudah tidak boleh lagi bermain dengan masa. Masya Allah! Hari-hari berada di dalam ruang lingkup yang positif dan membina daripada rakan-rakan niaga yang lain secara tak langsung memberi kesan yang berbeza kepada hidup saya sekeluarga. Bukan sekadar soal kewangan, tapi soal hubungan kekeluargaan, hubungan sesama manusia dan hubungan dengan Allah khususnya. Semuanya saya lalui dengan rasa dan cara fikir yang berbeza! Memang magik! 

KENAPA TAK PILIH YANG LAIN?

Bila sudah ada mentor yang baik, sistem yang teratur dan suasana sekeliling yang positif, saya kira ini sudah lebih dari cukup untuk saya teruskan langkah menjadi usahawan wangian dengan lebih serius dan terus maju bersama-sama mereka yang mempunyai cita-cita yang sama kan?

Alhamdulillah, berkat tunjuk ajar mentor yang saya hormati, kami aplikasikan konsep 'The Power of Jemaah'. Kami saling membantu tanpa iri hati dan dengki. Memang lain rasanya! Kalau selama ini saya anggap saya boleh bergerak, berusaha dan mendapat hasil secara individu, tapi sebenarnya saya silap. Kalau selama ini saya bimbangkan persaingan, tapi sebenarnya itu jugak satu kesilapan besar!

Saya diajar dua perkara asas, kalau dalam Islam pun kita digalakkan sentiasa berjemaah dalam melakukan sesuatu perkara yang baik, begitu juga dengan perniagaan. Berjemaah itu membuatkan kita jauh lebih kuat! Begitu juga kisahnya dengan persaingan. Kenapa mesti takut dengan persaingan kerana tanpa persaingan kita akan sentiasa jadi orang yang sama. Syok sendiri! Sentiasa melakukan perkara yang sama dalam zon yang selesa. Sedangkan bila adanya persaingan, kita akan sentiasa berfikir untuk melakukan sesuatu yang jauh lebih baik dari hari ke hari. Dua perkara ini jugalah yang saya pegang sehingga ke hari ini. Siapa sangka, asalnya hanya suka-suka, tapi besar hikmah dan tarbiah yang Allah berikan melalui dunia wangian ini.

Bukan sahaja membantu orang lain sentiasa berwangi-wangi mengikut sunnah, tapi bonusnya lebih daripada itu!

Jadi, kalau nak wangi, cari saya!


P/S : Website untuk pembelian perfume sedang dalam proses percubaan, nantikan ya! Lepas ni boleh klik-klik je nak order perfume. Esok dah sampai pada anda! :)


Nadia Bakar
Founder Perfume'86



 

Nadia Bakar© - Perfume Original Branded Copyright © 2013