PERFUME'86 GIVEAWAY 1.0

Sabtu, 1 November 2014


Assalamualaikum dan hai semua!

Siapa kat sini ada Instagram? 
Okay, bagus kalau korang ada Instagram! Hehehe. Meh 'follow' Instagram Perfume'86
Ada pelbagai pilihan perfume jenama antarabangsa yang semestinya original tapi murah berbanding harga di butik atau kaunter tau!

'Niche perfume' seperti Annick Goutal, Bond No 9, Robert Piguet, Creed, Tom Ford, Juliet Has A Gun, Terry De Gunzberg, Acqua Di Parma, Nicolai pun ada! Perfume yang sudah tak masuk pasaran Malaysia pun ada seperti Sarah Jessica Parker Lovely dan Dior Addict Shine. Namakan saja perfume apa yang korang nak, kalau kita tiada stok, boleh pre-order dulu. Lazimnya ambil masa 4-5 hari untuk sampai pada kami dan kami akan terus pos kepada anda dengan menggunakan Pos Laju! Kalau pada hari biasa (bukan musim perayaan), lazimnya keesokan hari dah sampai ke tangan anda! 

Makin mudah membeli belah sekarang kan?
Pilih, order, bayar, tunggu sehari dua, dah sampai barang! 
Jimat masa, jimat tenaga dan semestinya jimat wang! 

Apa yang best sangat beli dengan kami?
1. Semua perfume kami adalah 100% original!
2. Harga yang kami tawarkan jauh lebih murah berbanding harga di butik sebab kedai kami 'online-based' sahaja. Tak perlu bayar sewa kedai dan lain-lain.
3. Order hari ni, esok dapat! Jika anda membuat pembayaran sebelum jam 3 petang pada hari yang sama.
4. 'One-to-one exchange' jika perfume yang sampai ke tangan anda pecah!
5. Jaminan wang anda dikembalikan jika perfume yang anda beli daripada kami tidak original! 

Jadi, tunggu apa lagi? Jom cecepat follow Instagram kami!
Follow jangan tak follow! Takde kena caj pun nak Follow ni. Hehehe. Bnnyak info dan maklumat terkini yang kami kongsikan di Instagram! 


Sempena Hari Jumaat yang mulia semalam, kami baru anjurkan satu pertandingan di Instagram Perfume'86 (pertandingan ke peraduan yang lebih sesuai ek?) 

Kalau anda pencinta perfume macam saya ramai pelanggan kami yang lain, mesti anda pun teruja nak turut serta sebab hadiahnya ialah sebotol perfume Thierry Mugler Angel 100ml! Perfume ni, kalau di butik mencecah harga RM700+ Tapi kami nak bagi PERCUMA kepada sesiapa yang bertuah! Best ke best? Mestilah best kan? Perfume mahal! Dapat PERCUMA pulak tu! 


Macam mana nak menang perfume yang best ni?

Okay, meh saya kongsikan caranya.

1. Follow instagram @theperfume86
2. Komen gambar Giveaway yang ni dengan melengkapkan ayat berikut :
    "Saya suka @theperfume86 kerana .........."
3. Tag 3 kawan baik anda!

Giveaway akan ditutup pada 9 November 2014, jam 10 malam.

Pemenang akan dipilih secara 'random' ya.

Siapa tahu ada rezeki korang untuk menang kan?

Jom sertai sekarang! :)


Kemas Rumah Sampai Lapang!

Khamis, 23 Oktober 2014

Assalamualaikum semua!
Hehehe ade ke orang yang jenguk blog sunyi saya ni? 

Hari ni entri santai-santai saja.
Entri 'warm up' ni.
Sambil-sambil nak seru 'mood' untuk menaip.
Rajin sangat rasanya nak bagi lapang blog ni. Hahaha.
Biar ringkas, tapi best? Best ke?
Saya pilih warna hitam, merah jambu dan putih je kali ni. Nampak lapang kan? kan kan?

Dah agak lama tak pening dengan coding, hari ni terkulat-kulat mencari coding yang sesuai.
(Padan muka, siapa suruh tak istiqamah!)

Saya ada hutang lapuk dengan cikgu Masayu yang belum diselesaikan iaitu 44 Entri Blog!
Kalau kat sekolah ni, kena rotan dengan cikgu dah ni! Asyik tak siap kerja sekolah kan kan?
Sungguh bertabah cikgu Mas ada murid macam saya ni. 

Bila dah lama-lama, berkarat! Terus kena tukar semua konsep blog. 
Takpe, takpe. Asalkan teruskan menulis kan?

Saya rasa kena buat sesuatu untuk capai target 44 entri termasuklah kena fokus balik untuk asah otak supaya idea-idea baru sentiasa berkembang dengan jayanya! 
Kalau sebelum ni, asal tulis separuh jalan, dah buntu. 'Stuck', 'mental block' sebab tak fokus.
Siapa kata tulis blog senang oi?! Kalau 'copycat' senang lah kan! Hahaha.

Baru siap 6 entri. Termasuk yang ni, baru 7. Baki 37 entri lagi sepatutnya dihabiskan tahun lepas. 
Tapi ni dah nak masuk 2015, baru rasa macam tampar muka sendiri sebab asyik lupa diri kan kan?
Sibuk yang sampai tak boleh fokus kekdahnya! 

Kena banyak membaca, berlatih menulis 5-10minit setiap hari. Sediakan buku catatan yang mesti dibawa ke mana saja sebagai rujukan dan cara untuk simpan idea. Yelah kan, bukan boleh ingat semua kalau tiba-tiba idea tu datang. Kalau ingat pun, elok nak menaip, dah 'blur' balik! 

Buku catatan ni memang dah lama ada, tapi jarang sangat dibelek-belek. Jauh sekali diusung ke sana sini. (Apa nak jadi ni?) Ni pengakuan berani mati. Saya rela dimarah cikgu. 

Nadia Bakar
Selfie sket buku catatan harian mak ni!
Maka, azam baru lepas ni ialah peruntukkan masa untuk menulis dan membaca pelbagai bahan bacaan! 
Nak tak nak, kena buat semua ni. Kalau tak, bazir je bayar untuk kelas ni. 

Kalau malas-malas, sampai bila pun tak kemana kan? Kalau asyik bagi alasan je, memang nak kena marah diri sendiri lah kan? Bukan salah masa! (Insof) 

Okay, itu dulu buat masa ni. Nak sambung kerja pulak.

Dok taip ni sejak pagi tadi lagi. Pastu sambung-sambung dengan buat kerja kat pejabat ni.


Nadia Bakar
Hehehe. Gambar tiada kena mengena dengan entri. Sekadar rindu pada si kecil ini.


P/S : Sambil mencari-cari konsep sebenar blog sendiri.


Teks dan Foto : Nadia Bakar

Siapa Kita Akan Menarik Siapa Dengan Kita

Sabtu, 27 September 2014

Teks : Nadia Bakar


Ramai orang rasa orang sekeliling dia tak best sebab sebenarnya dia sendiri yang tak best!
Haaaaa! Apa bendanya ni? Rileks sat. Jangan marah saya. Hahaha.
Kalau anda pernah tahu atau pernah terdengar tentang Hukum Tarikan, anda mesti faham apa yang saya taip ni. Hehehe.

Anda pernah rasa tak best? Semua benda anda rasa tak best. Dalam semua keadaan anda rasa macam..."Eh! Apasal la tak best ni?" Tak best dan bosan gitu.

Kalau anda dah mula ada rasa-rasa macam tu, silakan ambil cermin cepat-cepat dan sebut soalan ni pada diri sendiri :

"Apa yang perlu aku perbaiki untuk memastikan orang sekeliling aku adalah orang yang hebat dan baik-baik?"

Macam bagus je saya ni kan?
Sebenarnya, ini berdasarkan pengalaman saya sendiri.
Kehidupan penuh negatif dan selalu pelik kenapa lah orang sekeliling aku ni negatif belaka?
Orang sekeliling aku ni pandai cakap je tapi tak nak buat.
Orang sekeliling aku ni berkira la dan bersambung-sambung lagi dengan pelbagai lagi benda-benda negatif. (Sedih sangat sampai dah tak nampak point positif nya)

Suatu hari saya mula tersedar tentang sesuatu.
"Mereka adalah cerminan diri saya sendiri."
(Tutup muka!)

Anda pernah dengar nasihat begini?

"Kalau nak hebat, berkawanlah dengan orang-orang yang hebat!"

Ya! Sangat betul!

Tapi bila kita bersama mereka, kita rasa tak best, tak sejiwa, tak sependapat dan tak sehaluan.
Rasa macam, diri ko tinggi, aku ni rendah je.
Kehidupan ko tak sama dengan aku.
Lalu, kita kembali semula kepada kawan-kawan lama.

Ini namanya diri kita belum cukup hebat!
Kita belum cukup yakin bagaimana nak berkawan dengan orang-orang yang penuh keyakinan diri.

Ini yang dipanggil tidak sekufu.
Bukan bermaksud kerana darjat ya.

Kita kedekut, orang sekeliling kita biasanya pun jenis yang kedekut.

Kita penuh dengan masalah, orang sekeliling kita juga jenis yang banyak masalah.

Kita gembira dan yakin diri, orang sekeliling kita juga begitu.

Jadi, bila kita jumpa orang-orang macam ni selalu lekat dengan kita, perkara yang kita patut buat, WAJIB BUAT ialah cari balik diri kita.
Kita tarik (attract) siapa bersama dengan kita.

Kepada..

Majikan yang suka 'complain' tentang staf. Tengok diri sendiri semula.

Suami isteri yang suka 'complain' pasangannya, muhasabah diri sendiri semula.

Penjual yang suka 'complain' tentang pelanggan, tengok diri sendiri semula.

Jadi, anda dah bersedia untuk berubah?
Alang-alang hidup hanya sekali, apa kata kita buat yang terbaik. Sehabis baik kan? :)


Insan Biasa Yang Luar Biasa!

Rabu, 8 Januari 2014

Teks dan Foto : Nadia Bakar

Impian Yang Mustahil!
Pada Jumaat hingga Ahad yang lepas (27 Disember - 30 Disember 2013), saya menghadiri sebuah seminar yang memang saya impikan dan boleh dikatakan seminar pertama yang tiada kena mengena dengan bidang yang saya ceburi. Buat pertama kalinya saya sangat teruja dan bersungguh-sungguh untuk memastikan impian ini tercapai sejak beberapa minggu yang lepas. Tapi ada beberapa sebab kenapa saya mula ragu-ragu untuk menghadiri seminar ini :
  • Aariz masih menyusu badan, faktor ketiadaan stok EBM membimbangkan saya.
  • Saya bimbang jika suami menolak mentah-mentah idea saya untuk pergi ke seminar ini kerana tempoh seminar tersebut 3 hari 2 malam.
  • Saya tiada lesen kereta untuk pergi sendirian.
  • Cuti tahunan saya cuma tinggal separuh hari saja lagi. 
Bila difikirkan kembali, saya sendiri tidak sangka saya betul-betul telah melaksanakan impian yang satu masa dulu saya kira ia adalah impian yang mustahil selagi Aariz belum berusia 2 tahun! Mana tidaknya, keinginan untuk menghadiri mana-mana seminar terpaksa saya pendamkan sejak melahirkan Aariz. Saya memang tidak mahu menyusahkan sesiapa untuk menjaga Aariz. Jadi, setiap kali ada iklan-iklan seminar di mana-mana, memang saya simpan dalam hati, pejam mata dan berlalu begitu saja walaupun sebenarnya hati menjerit-jerit nak pergi. Nak-nak pula seminar yang melibatkan 'speaker' yang hebat!

Tapi, Alhamdulillah suami terus saja bersetuju untuk membawa saya dan Aariz ke seminar tersebut. Besar pengorbanan suami kerana perlu mengambil cuti tanpa gaji selama dua hari dan perlu menjaga Aariz di bilik hotel yang sudah semakin ligat sepanjang saya menghadiri seminar. Terima kasih banyak-banyak buat suamiku yang baik dan memahami. :)

Sebelum pergi seminar, saya perlu pam susu untuk Aariz, cukuplah 3-4oz untuk tempoh 2jam setengah. Saya bersyukur sangat kerana tempoh setiap sesi hanya 2jam setengah dan kebetulan pula bilik hotel dengan tempat seminar tak sampai 5 minit dengan berjalan kaki. Jadi, memang sangat fleksibel untuk saya balik ke bilik hotel, menyusukan Aariz. Adakalanya, 'tandem nursing'. Hebat kan perancangan Allah?

3 Insan Hebat yang Memberi Inspirasi!
Sesi seminar pada malam Ahad ialah sesi bersama dengan 3 orang 'speaker' hebat. Kejayaan yang hebat dan jiwa yang hebat! Tiga 'speaker' hebat itu ialah saudara Mohd Sukur Ibrahim, Rico Rinaldi dan Mohd Azmy Osman.

Perkongsian mereka sangat memberi inspirasi, padat dan sarat dengan kisah suka duka, pahit manis yang akhirnya meletakkan mereka sebaris dengan orang lain yang berjaya!

Mohd Sukur Ibrahim - nadiabakar.com
MOHD SUKUR IBRAHIM
Graduan Ijazah Software Engineering, lepasan UKM yang berusia 29 tahun. Beliau sangat minat berniaga, prinsip beliau ialah apa saja boleh menjadi duit! Beliau juga pernah melalui saat-saat yang sukar sehingga terpaksa menggulung tikar kerana gagal di dalam perniagaan yang beliau usahakan. Pun demikian, beliau yang sentiasa percaya dengan konsep istiqamah dan terus bertahan walau apa pun dugaan yang mendatang, akhirnya kini beliau mempunyai salah satu syarikat pembekal dan penjual kelengkapan kanopi, papan tanda, papan iklan, karpet pejabat dan masjid di Kuala Lumpur iaitu DStrike Solution.



Rico Rinaldi - nadiabakar.com
RICO RINALDI
Anak muda yang pemalu ini ialah Pereka fesyen terkenal Malaysia yang memenangi anugerah Pereka Muda Terbaik Anugerah Pereka Tenun Berita Harian (APTBH) sempena Festival Fesyen Kuala Lumpur (FFKL) pada tahun 2011 sekaligus mendapat peluang mengadakan penggambaran foto di London selain mengikuti kursus jangka pendek di London College of Fashion. Ketika Rico memenangi anugerah tersebut, beliau baru berusia 24tahun. Hebat bukan?
Beberapa prinsip luar biasa beliau yang boleh menjadi inspirasi bagi orang lain ialah "cari penyelesaian" dalam setiap masalah. Bukan hanya sekadar memandang masalah sebagai masalah, redha ibu bapa sangat penting di dalam setiap perkara yang dilakukan.



Mohd Azmy Osman - nadiabakar.com
MOHD AZMY OSMAN
Prinsip yang sentiasa diamalkan oleh beliau ialah berfikir di luar kotak yang mana telah berjaya meletakkan beliau ke tahap sekarang. Siapa sangka beliau yang dulunya seorang pemain bola sepak, kini merupakan pereka flora dan pengarah kreatif; bola sepak dan gubahan bunga memang jauh bezanya kan?
Beliau pernah menguruskan dekorasi bagi acara rasmi di Istana Buckingham dan memegang portfolio pelanggan yang bukan calang-calang. Malah sehingga kini beliau masih mendapat kepercayaan Perdana Menteri Malaysia, Dato' Sri Mohamad Najib Tun Abdul Razak untuk menguruskan dekorasi dan kerja-kerja gubahan di kediaman rasmi beliau.
Saya sangat suka prinsip beliau iaitu sentiasa berfikir di luar kotak, mencipta kelainan dalam setiap apa yang diusahakan dan menghasilkan idea yang asli!

Tapi sayangnya saya tidak dapat menghabiskan sesi bersama Mohd Azmy kerana Aariz memerlukan ibunya pada jam 11.30malam itu. Tak dapat bersama semua untuk sesi fotografi setelah selesai seminar. Memang sedih tau! Hahaha.

Bertemu ketiga-tiga mereka ini dapat memberi semangat pada semua peserta yang hadir di seminar tersebut. Semangat mereka untuk berjaya dalam bidang masing-masing memang menjadi inspirasi yang besar. Mereka sangat pemurah ilmu!

Saya sempat mendapatkan buku nota Rico Rinaldi (Atelier Rinaldi) tau! Hanya yang mengajukan soalan saja akan mendapat buku ini! Siapa tak teruja dapat buku daripada beliau kan? Nak-nak pula diberikan sendiri oleh beliau. Saya orang keempat yang bertanyakan soalan. Memang kelakar sebab target utama saya ialah nak dapatkan buku tersebut. Hahaha. Terus tanya soalan cliche : Siapa inspirasi Rico dalam bidang fesyen? Hahaha. Bila terkenang kembali, memang gelak punya! Nak dapat buku punya pasal kan?

Atelier Rinaldi Note Book
Belum sanggup tulis kat buku ni lagi. Hahaha. Over tak?
Sekadar itu dahulu perkongsian saya dalam entry kali ini. Sampai berjumpa lagi!




Tahun Baru, Azam Baru!

Rabu, 1 Januari 2014

TEKS : NADIA BAKAR
FOTO : GOOGLE, MOHD AZMY OSMAN


Assalamualaikum dan hai semua!

Selama tahun baru dan selamat bercuti bagi mereka yang bercuti ya! Kawan-kawan yang terpaksa bekerja pada hari ini, tahniah saya ucapkan kerana anda hebat! Mana tak hebatnya, anda telah korbankan masa cuti anda untuk meneruskan amanah di dalam pekerjaan anda, terpaksa meninggalkan keluarga, terpaksa melupakan hasrat untuk ke mana-mana kerana tuntutan kerja kan? Jangan bersedih kerana hari bercuti bukan hanya hari ini kan?

Apa azam dan impian tahun baru anda? Dah pasang siap-siap? Dah tulis di mana-mana?
Tahun 2014 ni, tahun yang InsyaAllah akan berlaku perubahan besar di dalam hidup saya sekeluarga.
Besar impian saya, baik di dalam perniagaan, pekerjaan dan keluarga. Kalau dikira, tinggal 2 tahun saja lagi umur saya menginjak 30 tahun! Jadi saya mesti lakukan sesuatu untuk pastikan impian saya itu tercapai sebelum memegang angka 3 'series'. Wah! Bunyi macam gempak sangat kan? Tapi itu lah, kalau tak dari sekarang merancang, bila lagi kan? Apa yang penting ialah merancang dan usahakan! Yakin pada Allah, InsyaAllah berjaya!


Menurut kajian, azam dan impian yang ditulis pada kertas dan diulang-ulang baca akan sentiasa menjadi 'turning point' dan peringatan untuk mencapai azam kita kerana kita kerap memberikan isyarat kepada minda separa sedar (subconcious mind) untuk bekerja mengikut apa yang kita tulis. Dengan syarat, ada 'perasaan' untuk mendapatkannya! Bukan sekadar menulis tanpa rasa. Kenapa mesti ada perasaan untuk setiap azam yang ditulis? Azam yang ditulis dengan 'rasa' sentiasa menghidupkan imaginasi di dalam minda yang sekaligus memprogramkan minda separa sedar kita seolah-olah kita benar-benar sudah menggapainya! Sekaligus menguatkan jiwa kita untuk mencapainya!

Sebagai contoh, azam anda ialah untuk mendapatkan sebuah kereta. Cuba anda tulis di atas sekeping kertas tanpa membayangkan dan merasakan anda sudah mendapat kereta tersebut. Ianya hanya sekadar tulisan di atas kertas kan?

Satu rahsia yang baru saya belajar di seminar perniagaan yang saya hadiri pada 27 sehingga 29 Disember 2013 yang lepas ialah : "Sentiasa yakin dengan azam kita!" Buang segala keraguan! Ya! Jika terdetik sedikit pun, cepat-cepat campakkan keraguan itu. Praktis untuk sentiasa meletakkan keyakinan sehingga kita benar-benar yakin yang kita memang akan mencapai azam tersebut!

RAHSIA MENCAPAI SEBUAH AZAM

Tulis
Tuliskan di atas sekeping kertas semua azam yang diimpikan.

Gambar
Letak gambar bagi setiap azam. Contohnya sebuah kereta impian supaya lebih jelas lagi gambaran kita.

Tampal
Tampal kertas dan gambar tersebut di tempat yang paling mudah dilihat seperti cermin, ruang komputer, pintu peti ais, ruang kerja di pejabat, di dalam buku, atau pun di sebuah papan visi (vision board).

Hayati 
Sentiasa mengambil masa 2-3minit setiap hari untuk menghayati setiap azam yang anda lihat, baca (sebut sehingga didengari oleh telinga sendiri), membayangkan dan 'merasakan' impian tersebut! (Lebih kerap, lebih bagus)
Membayangkan dan 'merasakan' di sini ialah anda benar-benar rasa bahawa impian tersebut memang sudah digapai sekarang!

Minta pada Allah
Berdoa kepada Allah dengan bersungguh-sungguh. Letak emosi dalam setiap doa anda kerana anda betul-betul ingin mencapai impian tersebut kan?

Amal makruf, Nahi Mungkar
Laksanakan perintah Allah, tinggalkan setiap laranganNYA.
Seperti mana kita inginkan sesuatu daripada ibu ayah kan, di mana kita akan sentiasa berbuat baik terhadap mereka dan tidak melakukan apa yang mereka tidak suka. Begitu juga hubungan yang mesti dijaga dengan yang Maha Pemberi.

Teruskan Usaha
Adakalanya, ada saja halangan yang mendatang untuk mengejar sebuah azam kan?
Ingatkan diri, anda mesti terus melangkah sehingga tercapai azam yang diimpikan! Anda tiada pilihan jika anda ingin menggapainya! Iaitu, teruskan berusaha, teruskan langkah sehingga azam yang pada asalnya adalah sebuah azam akan tercapai walaupun mengambil masa yang lama! Ingat! Kejayaan hanya untuk orang yang tidak berhenti sebelum berjaya!

Sekadar itu yang ingin saya kongsikan sempena awal tahun 2014 ini. Semoga dapat memberikan manfaat kepada semua yang membaca ya!

NOTA KAKI : Sedang siapkan entry tentang seminar perniagaan yang saya hadiri pada 27-29 Disember yang lepas. Tak sabar nak kongsikan dengan anda!


 

Nadia Bakar© - Perfume Original Branded Copyright © 2013