Fasting VS Pumping

Sabtu, 13 Julai 2013

Assalamualaikum dan hai semua! 

Macam mana puasa korang? Hari ni dah masuk hari keempat kan? Memang terasa pantas masa berlalu bersama Ramadhan kali ni. Nanti tup tup dah masuk seminggu, dua minggu, tiga minggu dan tiba-tiba dah masuk Syawal! 

Ramadhan tahun ini adalah Ramadhan pertama saya sebagai 'breastfeeding mom'. Memang agak mencabar juga sebenarnya sebab hasil pam tak berapa meriah seperti sebelum Ramadhan kan. Tapi tidaklah sampai langsung tak ada susu. Cuma, hasil selalu-selalunya dalam tempoh 8jam bekerja boleh dapat sampai 24oz (3 sessi). Tapi daripada hari pertama berpuasa hanya dapat 8oz ke 12oz sahaja untuk 3 sessi. Tapi pada saya, ini semua ada hikmahnya. Kalau tak kerana waktu siang dapat sikit, tak mungkin malam saya pulun untuk pam lagi. Sebab sebelum ni malam saya jarang pam sebab 'direct feed' sahaja. Lagipun, Aariz sangatlah 'demand', tak nak susu EBM yang lebih daripada 3 hari maksimum! Waktu berpantang dulu, saya pernah kerugian 216oz (3oz x 72bekas) sebab Aariz memang menolak untuk minum susu yang lebih daripada 3 hari. Bayangkanlah! Memang sedih terpaksa buang 72 bekas susu EBM tu. Waktu tu memang saya zero knowledge tentang EBM. Kalau tidak, semua susu tu saya boleh buat mandi kan? Hehehehe.


2 oz untuk sessi pertama semalam.
Mungkin juga sebab saya ada sedikit kerisauan tentang hasil pam ni, tu yang hasilnya tidak begitu memberangsangkan. Ditambah pula dengan badan baru nak mencari kesesuaian dengan jadual makan yang dah tak sama macam waktu sebelum puasa kan. Sebab daripada apa yang saya tahu tentang mengepam susu ni, 90% adalah mindset manakala 10% teknikal. Jadi, 90% mindset tu yang kena betul-betul fokus untuk tenang, untuk sentiasa berfikiran positif melalui fasa sebagai 'breastfeeding mom' ini. Di samping sentisa pam setiap 2-3 jam untuk mengekalkan 'demand'. Tak perlu stok EBM yang meriah, tapi mencukupi. Itu sebenarnya cara yang betul. Dan satu lagi, pesan seorang rakan, "Sila jangan bandingkan kuantiti susu kita dengan mak-mak yang lain sebab masing-masing punya rezeki tak pernah sama kan?" Kalau dah ada pam mahal-mahal pun, tapi takde mindset yang betul dan asyik nak salahkan diri kenapa hasil tak meriah macam mak-mak yang lain, tak guna jugak kan? 

Saya sendiri masih belajar tentang ilmu penyusuan ni sebab memang saya dah niat sejak mengandungkan Aariz untuk lengkapkan 2 tahun penyusuan dengan susu ibu. Alhamdulillah sejak mencari-cari ilmu penyusuan di Facebook, saya ditemukan dengan beberapa orang 'Lactation Consultant' yang mengajar tentang teknik penyusuan yang betul di samping mendapat sokongan daripada beberapa kumpulan sokongan penyusuan yang sangat-sangat memberi informasi berguna! Yelah kan, nak buat apa-apa pun, nak bertindak macam mana sekalipun semuanya kena berpandukan pada ilmu dan guru yang memang ahlinya. Tak boleh main redah je kan? Tak boleh syok sendiri je ingat kan dah betul dah cara kita tu. Hehehe. 

Lebih-lebih lagi dalam ilmu keibubapaan ni, bukan boleh main ikut-ikut begitu je sebab ilmu keibubapaan sentiasa berubah-ubah mengikut zaman kan? Kita yang dah jadi mak-mak, bapak-bapak ni kena sentiasa ambil tahu dan peduli untuk tambah ilmu sebagai ibu bapa. Tak boleh main semberono je sebab anak-anak adalah amanah ALLAH yang paling besar dan tiket kita ke syurga nanti kan. In shaa Allah dia lah yang akan mendoakan kita bila kita sudah dipanggil ALLAH kelak. In shaa ALLAH segala amal baiknya akan membantu kita di kubur nanti kan? Jadi, nak tak nak kita mesti lengkapkan diri dengan ilmu keibubapaan yang betul. Kena sentiasa 'update' ilmu di dada kan?

Sempena Ramadhan ini, saya nak share Tips untuk semua 'breastfeeding mom'.


Credit Picture to Kelab Mak-Mak Garang.
Friendly Reminder : 
Courtesy of founders of Kelab Mak-Mak Garang.
For non commercial purposes only.
Strictly for personal sharing, not to be published 
in any form, in any commercial-related plaform 
(online shops/pages/blogs/website etc.)


So mak-mak seangkatan, jangan risau sangat tentang hasil pam yang kurang, keep pumping 2-3 hourly untuk kekalkan 'demand' ya! Jangan lupa banyakkan minum air masak daripada selepas waktu berbuka puasa sehingga sahur. :) Enjoy your Ramadhan as a breastfeeding mom!



 

Nadia Bakar© - Hidup Lebih Mudah Dengan EO Copyright © 2013