16 Ramadhan Kau Pergi...

Ahad, 28 Julai 2013


Innalillahi Wa Inna Ilaihi Roji'un...
Sesungguhnya kematian itu pasti.

Pagi Jumaat 27 Julai 2013 bersamaan 17 Ramadhan yang lepas, saya dikejutkan dengan berita pemergian teman rapat saya ketika masih menuntut dulu.
Allahyarham pergi selepas berbuka puasa pada hari Khamis (semalamnya).
Daripada cerita adik saya, arwah tiba-tiba saja lembik dan telah meninggal dunia dalam perjalanan ke hospital.
ALLAH... Semudah itu ALLAH mengambil nyawa kan? Tiba-tiba saja diambil nyawa tanpa sebarang penyakit atau petanda.
Kalau tidak silap, arwah meninggalkan seorang isteri dan 2 orang anak. Saya tak pasti kerana sudah lama kami terputus hubungan selepas arwah bertunang, seingat saya sekitar tahun 2006/2007 begitu.

Memang saya tersentak dan masih lagi terasa di hati atas pemergian arwah.
Arwah yang saya kenali ialah seorang lelaki yang hebat jiwanya. Kuat amal solehnya.
Bayangkanlah, arwah tak segan untuk membaca Al-Quran kecil ketika sedang menunggu bas tanpa mempedulikan mata-mata yang memandang. Tapi tidaklah baca kuat-kuat.
Arwah seorang lelaki yang tak pernah tinggal solat sunat Witir. Saya masih ingat lagi arwah pernah berpesan dulu, jangan tinggalkan solat Witir. Kalau tak mampu nak buat 3 rakaat, memadailah dengan 1 rakaat. Biar amalan nampak sedikit, tapi berterusan.
Arwah pernah menuliskan doa selepas solat dan cara-cara untuk solat Witir untuk saya. Memang arwah seorang lelaki yang hebat di mata semua yang mengenalinya.

Ketika usianya 32tahun, saya kira masih terlalu muda untuk dia pergi, saya kira masih banyak lagi yang arwah ingin lakukan dalam hidupnya kan? Arwah ada anak-anak kecil yang mesti dibesarkan dengan sebaik mungkin, tapi siapa saya untuk menidakkan Qada' dan Qadar ALLAH kerana ALLAH itu lebih tahu, jauh lebih bijaksana di atas segala apa yang telah DIA rancangkan untuk hambaNYA.

Dari kejauhan, bila saya teringat pada arwah, hanya doa yang mampu saya hadiahkan. Sebagai teman yang pernah rapat dengan arwah dulu, saya masih dan akan terus bersedih dengan pemergiannya dan sentiasa mendoakan agar ALLAH menempatkan arwah di kalangan orang yang beriman dan beramal soleh, serta mendoakan semoga ALLAH memberikan kekuatan kepada isteri, anak-anak dan seluruh ahli keluarga arwah.

Pemergian arwah betul-betul membuka mata saya untuk menjadi manusia yang lebih baik, yang jauh lebih baik daripada hari-hari semalam. Lebih baik dari segi amalan dan akhlaknya. Membuatkan saya lebih kuat terasa untuk menghargai setiap pemberian ALLAH pada saya. Keimanan, kesihatan, kewarasan, keluarga, rumah, anak, suami, pakaian, minuman, pekerjaan.. Ya ALLAH terlalu banyak untuk dihitungkan? Betapa ALLAH itu Maha Pengasih, Maha Penyayang, Maha Pemurah dan Maha Kaya. Benar kata Imam Ghazali, benda yang paling dekat dengan kita ialah kematian, ibarat seperti urat leher dan leher saja dekatnya. Terlalu dekat kan?

Kita sendiri tak tahu bagaimana penyudahnya kehidupan kita. Semoga pengakhiran hidup kita kelak dengan cara yang baik (Husnul Khotimah) lagi diredhai ALLAH.

Kau pergi dalam Ramadhan yang mulia. Bulan di mana ALLAH mengangkat semua azab di kubur. Di tambah dengan malam Nuzul Al-Quran juga.
Al-Fatihah untukmu Hatim. Semoga rohmu ditempatkan di kalangan orang yang beriman dan beramal soleh. Terima kasih yang tidak terhingga di atas segala nasihatmu selama kau masih di sini.
Sudah berakhir perjuangan hidupmu, teman. Semoga kau bahagia di sisi Ilahi.


Pre-Loved Item?

Selasa, 23 Julai 2013

Assalamualaikum dan hai semua!

Hari ni dah pun masuk hari ke 14 Ramadhan kan? Esok genap separuh Ramadhan. 
Sekejap je masa berlalu. Mesti semua dah ready dengan persiapan raya kan? 
Saya jugak yang belum siap apa-apa sangat pun. Mood Raya belum mai lagi ni. Hahaha.

Tengoklah! Orang pakat beli kasut raya, saya beli kasut sukan! Eh tidaklah nak guna kasut ni untuk bersukan, tapi untuk jenjalan je. Bila dah ada anak ni, jadi teringin nak pakai kasut sukan je bila keluar. Tak tahulah kenapa. Mungkin jugak sebab terpengaruh dengan DH kot. Tambahan pulak, ni pertama kali beli kasut pre-loved. Didatangkan khas dari Penang sana! Selalu ikut DH pergi kedai bundle, ni kira dah terjebak jugak kan? 

Pakai dengan baju kurung ok dak? Hahahaha.
Mula-mula tu saya tak faham juga, apa maksud pre-loved? Pra-percintaan kah? Hehehe. 
Apa beza pre-loved dengan bundle?

Bila Google (macam biasa lah kan.. Google kan ado!) Oh! pre-loved tu maksudnya setelah diterjemahkan ialah :
1. Barang Baru yang kita beli tapi tak pernah guna
2. Barang yang kita dah pakai untuk beberapa kali 
3. Hadiah yang kita dapat tapi kita tak pernah pun pakai.

Lazimnya orang jual barang pre-loved ni sebab nak jimatkan ruang simpanan di rumah, atau sebab diorang dah pun ada barang yang sama macam hadiah yang diorang terima. (Contoh paling simple : Dah ada seterika, tapi hadiah kahwin dapat seterika lagi). Ataupun sebab yang paling popular di kalangan wanita ialah disebabkan oleh pembelian yang tidak dirancang. Hahahaha. Bila dah beli, eh! dah berzaman pulak tak pernah guna langsung! Tak pun, bila dah beli baru perasan mungkin tak 'match' dengan baju ke, ataupun memang tiba-tiba tak berkenan gitu. Hehehe. Maka barang yang mereka nak jual tu termasuklah dalam kategori PRE-LOVED.

Kasut NIKE ni saya beli sebab memang sangat suka warna putih dan pink itu lah kan. Sebab kedua ialah kasut ni boleh bargain lagi daripada harga asal yang tuan empunya letakkan iaitu RM100. Saya tawar RM70, tambah dengan kos penghantaran RM5, jadi saya dah pun jimat RM25. 

Alhamdulillah kondisi kasut ni pun memang sangat puas hati berbaloi dengan harga dan kategori PRE-LOVED nya kan? Saiz pun muat! Saya pasti tuan empunya kasut sangat menjaga kasut ni sebab tuan empunya bagitau saya kasut ni kasut waktu dia tengah bercinta dengan suami dia dulu-dulu kala. Hehehe. Dia pakai pink, suami pakai merah. Hohohoho. Penuh sentimental value kan kan kan?

Oh ya! Kasut ni saya beli secara online di Group Let Go Barang 2nd Hand & PRELOVED ITEMS
Sebelum ni saya pernah beli 2 kemeja wanita, dan sepasang baju Overall baby di Group ini. :)
Bagi mereka yang nak menjual barang-barang pre-loved atau second hand di Group ni, boleh lah dapatkan ID ya. Pendapat peribadi saya, oleh sebab penjual menggunakan ID, jadi peratus untuk berlaku penipuan tu sangatlah tipis. Tapi apa-apa pun, amalkan konsep selidik dulu sebelum membeli! :)


Kisah Petang 11 Ramadhan

Isnin, 22 Julai 2013

Assalamualaikum dan hai semua!

Petang Sabtu yang lepas memang petang yang sangat mendebarkan dan agak menakutkan untuk saya dan DH. Sampai ke hari ini masih lagi terasa trauma!

Cadangnya nak berbuka puasa dengan mak mertua dan adik ipar di Setia City Mall, tapi sekitar jam 6 petang, dah nak dekat sampai exit Kota Damansara, tiba-tiba kereta rasa bergegar agak kuat. 
Dalam fikiran saya dan DH, macam ada yang tak kena dengan 'disc brake'. Cepat-cepat berhentikan kereta di tepi lebuhraya, terus DH periksa apa yang tidak kena dengan tayar kereta. 

Memang mengejutkan! Tayar belah kanan macam membengkak! (Ini mungkin terms yang kurang sesuai untuk tayar. Hahaha) dan berlubang. Huwaaaa!! Memang rasa nak nangis tengok tayar dah terkeluar daripada 'rim'. Ya ALLAH, syukur sangat-sangat sebelum tu DH hanya pandu perlahan untuk keselamatan kan? Tapi daripada rumah, DH pandu agak laju sebab tu kami memang dah 'rushing' nak sampai Klang cepat, risau tak sempat nak ambil mak mertua.

DH terus hubungi Plus untuk dapatkan bantuan Peronda Lebuhraya. Tiba-tiba DH tinggi suara waktu tu sebab operator tu tanya soalan pelik-pelik. Haish! Saya yang dengar pun berbulu je rasa. Dah la orang call dari tepi lebuhraya ni. Nak kena cakap kuat-kuat dek kerana banyak kenderaan lalu-lalang kan? Operator pula asyik tanya soalan 'Jadi, encik dari Damansara lah ya?' Ya Robbi! Padahal DH dah cakap, kami dari Rawang nak ke Klang ni.' Sabor jelah... Mana nak kawal perasan gemuruh lagi kan.. Ish ish ish..

DH cepat-cepat tukar tayar spare. Saya yang tengah gendong Aariz dengan SSC, jadi tukang monitor jalan. Risau kan, kalau-kalau ada kenderaan yang tak perasan kami berhenti di bahu jalan tu. Kenderaan semua laju-laju belaka pulak tu. Yelah, kat lebuhraya, siapa yang nak bawa perlahan macam kat jalan kampung. Hahahaha. 

Tak tahu lah kan kalau ikut KPI Peronda Lebuhraya ni sepatutnya diorang ambil masa berapa minit untuk sampai di tempat kejadian sebab lebih kurang 25minit kemudian baru diorang sampai. Di media massa pun tak ada maklumat tentang ini kan? Waktu dua orang Peronda Lebuhraya sampai, DH dah pun selamat tukar tayar spare sendiri. Comot dah tangan beliau! Huhuhu.

Tayar depan kanan yang bengkak.
Steady DH tukar tayar.
25minit kemudia baru Peronda Lebuhraya sampai. *Sigh*
Periksa angin tayar

Alhamdulillah, walaupun hanya guna tayar spare dan DH pandu agak perlahan, kami sampai di rumah mak mertua sekitar jam 7 petang. Terus ke Setia City Mall.
Waktu sampai di tempat parkir kereta, dah pun masuk waktu Maghrib. Mujurlah mak mertua saya ada bawa sedikit kurma dan air mineral. DH dan mak mertua berbuka puasa dulu dalam kereta. Kemudian baru lah kami makan di Delicious. Tak dapat nak snap gambar kat Delicious sebab saya tertinggal handphone dalam kereta. Kalau tidak, boleh upload gambar kami di Delicious pulak kan. Hehehe.

Walau apa pun yang terjadi, semuanya datang bersama hikmah. :) Jadi, kami bersyukur kerana keselamatan kami masih dipelihara ALLAH. Alhamdulillah.


Marmet? Mar-Mey?

Khamis, 18 Julai 2013

Assalamualaikum dah hai semua!

How's your Thursday so far?
Pagi ni saya sangat-sangat gembira di samping teruja yang amat sangat!
Sebab saya berjaya 'marmet' untuk sessi pertama hari ini! Alhamdulillah syukur sangat-sangat!
Jadi dengan secepatnya saya rasa nak share pengalaman saya di blog pagi ni. Hehehe.

Anda tahu apa itu 'marmet technique'? Saya tahu tentang 'marmet' ni pun waktu dalam pantang. Tapi tak pernah lagi nak praktis dengan seriusnya sebab saya dah beli pam susu Avent Manual beberapa hari sebelum pergi serah diri untuk bersalin kat Hospital Selayang 11 September 2012 yang lepas. (Pergi serah diri sebab dah overdue seminggu. Hehehe)

Tapi pagi tadi nampak gambar hasil 'marmet' seorang rakan FB, automatik jadi teruja pulak nak cuba 'marmet'. Alhamdulillah atas bantuan rakan-rakan FB yang memang berpengalaman 'marmet', akhirnya saya berjaya juga 'marmet' dengan penuh yakin! Cewah!

Sebutnya bukan MARMET. Tapi MAR-MEY ya. Hehehe. Ini pun baru tahu bulan lepas cara sebutan yang betul lagi sahih!

Marmet ni adalah teknik pengeluaran susu menggunakan tangan semata-mata tanpa bantuan pam susu (perahan tangan). Mengikut apa yang saya baca, teknik 'marmet' ini jauh lebih baik untuk mengosongkan payudara berbanding menggunakan pam kerana sentuhan kulit ke kulit yang sememangnya mampu merangsang penghasilan susu yang lebih banyak berbanding pam yang diperbuat daripada plastik kan. Kita kenal badan kita sendiri dan kita tahu di mana bahagian (point) yang tepat untuk aliran khusus bagi mengeluarkan susu. Saya panggil ini kilang susu.

Hari ni, Alhamdulillah dengan izin ALLAH saya dapat pengalaman buat 'marmet' untuk sessi pertama dengan hasil 8oz, 4 kali LDR (Let Down Reflex). Menarik kan? Kalau guna pam, LDR hanya sekali saja, kalau dua kali tu pun sebab pam lama-lama. Tapi serius penat kalau pam lama-lama kan? Boleh mental down dibuatnya. Tapi dengan 'marmet', mampu LDR 3-4 kali. Best lah kan sebab setiap kali LDR, susu keluar memancut-mancut. Memang akan teruja sangat bila dengar bunyi susu memancut-mancut masuk botol. Cepat je botol dah cukup 4oz. (Saya memang bajet 4oz untuk setiap botol) Tanpa penggunaan apa-apa supplemen yang mahal-mahal ya. :) Saya makan macam biasa. No magic pill needed. :)


Anda nak cuba? Serius memang 'highly recommended' by me. Cubalah, anda pasti tidak kecewa. Apa yang penting sebelum 'marmet', yakinlah yang anda memang boleh lakukan. Itu saja. No secret recipe.

Boleh check it out kat youtube. Taip saja 'marmet technique' banyak tutorial nya.

Selamat memerah! Hehehe. :)

Updated : Sessi kedua pun dapat 8oz. Alhamdulillah dapat 16oz sepanjang waktu bekerja hari ni. Syukur syukur syukur pada ALLAH. Ini semua hasil marmet. Guna jari pun boleh. Hehehehe. Hebat ALLAH ciptakan kilang susu untuk setiap wanita.


Aariz 300 Hari!

Isnin, 15 Julai 2013

Assalamualaikum dan hai semua!

It's Monday!!! Syukur pada ALLAH masih lagi diberikan kesempatan untuk hidup sehingga ke hari ini kan?
Monday monday ni, takmau lah Monday Blues sangat ye. Hehehe.. Mulakan hari dengan ceria, In shaa Allah satu hari ni akan ceria! :) Okay good. Tarik nafas dalam-dalam... Smile and give thanks to ALLAH.
Great!

Kalau diikutkan nak taip entry ni Sabtu lepas tapi tak berkesempatan kan. So taip hari ni sajalah.

Ada apa ya dengan Sabtu lepas? Sabtu lepas Alhamdulillah Aariz dah genap 10 bulan.
Bermakna Aariz dah bersama-sama Ibu dan Ayah selama 300 hari (tambah tolak). Masih terasa keajaiban Aariz hadir dalam hidup kami. Daripada saat disahkan hamil, mabuk yang teruk sangat-sangat, melahirkan Aariz dan sekarang kami tinggal bersama sebagai sebuah keluarga kecil. Ada Ayah, Ibu dan Anak. Terlalu indah pemberian ALLAH ini. Syukur pada ALLAH. Tapi kadang-kadang terasa macam main pondok-pondok gitu. Hahahaha. Boleh? Tapi lagi lengkap main pondok-pondok ni kalau si Ibu fully housewife kan? (Oh! Itu memang impian saya.)

Di kala usia Aariz genap 10 bulan ni, Aariz dah tumbuh 2 gigi atas dah 1 ½ gigi bawah. ½ gigi bawah tu sebab yang sebelahnya baru tumbuh separuh je. Ada orang cakap, kalau tumbuh gigi atas dulu, nanti cakapnya berdegar-degar, cakap besar gitu. Harapnya kok Aariz nak cakap besar pun, biarlah di atas sebab memang dia berjiwa besar dan ada kejayaan yang besar ye dok? Baru lah berbaloi nak cakap besar! Hahahaha! Tidaklah. Bukan itu yang saya harapkan. Cukuplah Aariz jadi seorang manusia yang pintar, soleh, berjaya dan kaya! Bersifat rendah diri dan sentiasa ada jiwa yang mulia untuk bantu sesama manusia dan semoga ALLAH sentiasa merahmati hidupnya di dunia hingga akhirat kelak. Semoga Aariz menjadi tiket untuk saya dan suami ke syurga nanti dan kami akan hidup bersama-sama di syurga ALLAH nanti sebagai sebuah keluarga. Amiiiin.

Tak senang nak snap 'angle' ni. Hahahaha
Aariz sekarang dah pandai duduk (tapi kaki lipat ke belakang), dah pandai meniti di sofa, meja kecil atau apa-apa saja yang dia rasakan best untuk berdiri dan meniti. Dah berapa kali jatuh ke lantai, tapi mujurlah tangisnya sekejap saja bila dipujuk. Kalau meraung sampai satu jam, pengsan mak ko ni nakkkk!

Sekarang Aariz dah pandai ekspresikan perasaan dia. Dah pandai gelak sakan kalau orang bergurau atau takut-takutkan dia. Part yang paling best ialah dia dah pandai datang pada Ibu dan Ayah kalau dipanggil. Merangkak laju-laju sambil tersengih-sengih! Comel dan menggeramkan sangat! Pipi gebu Aariz memang selalu jadi mangsa Ibu Ayah lah kan!

Tinggal dua bulan lagi Aariz akan genap satu tahun usianya. Ya ALLAH cepatnya masa berlalu. Saya terlalu rindukan saat Aariz terlalu bayi. Andai dikenang-kenangkan detik itu, memang meruntun hati. Memang taknak Aariz membesar terlalu cepat. Nak gendong Aariz, nak susukan dia, nak mandikan dia, tukarkan lampin dia. Pendek kata, saya nak buat segala-galanya untuk Aariz sampai bila-bila. Adakah saya terlalu obses dengan Aariz? Hahaha. Rasanya semua ibu pun ada perasan yang sama kan?

Semoga Aariz membesar dengan sihat, pintar dah soleh. Ibu Ayah sentiasa sayangkan Aariz di dunia dan di akhirat.

Mujur ada satu keyboard rosak kat rumah, boleh bagi Aariz main.
Tak senang nak snap pic Aariz dah sekarang! Asyik gerak je...
Wajah kesayangan ibu ayah.

Fasting VS Pumping

Sabtu, 13 Julai 2013

Assalamualaikum dan hai semua! 

Macam mana puasa korang? Hari ni dah masuk hari keempat kan? Memang terasa pantas masa berlalu bersama Ramadhan kali ni. Nanti tup tup dah masuk seminggu, dua minggu, tiga minggu dan tiba-tiba dah masuk Syawal! 

Ramadhan tahun ini adalah Ramadhan pertama saya sebagai 'breastfeeding mom'. Memang agak mencabar juga sebenarnya sebab hasil pam tak berapa meriah seperti sebelum Ramadhan kan. Tapi tidaklah sampai langsung tak ada susu. Cuma, hasil selalu-selalunya dalam tempoh 8jam bekerja boleh dapat sampai 24oz (3 sessi). Tapi daripada hari pertama berpuasa hanya dapat 8oz ke 12oz sahaja untuk 3 sessi. Tapi pada saya, ini semua ada hikmahnya. Kalau tak kerana waktu siang dapat sikit, tak mungkin malam saya pulun untuk pam lagi. Sebab sebelum ni malam saya jarang pam sebab 'direct feed' sahaja. Lagipun, Aariz sangatlah 'demand', tak nak susu EBM yang lebih daripada 3 hari maksimum! Waktu berpantang dulu, saya pernah kerugian 216oz (3oz x 72bekas) sebab Aariz memang menolak untuk minum susu yang lebih daripada 3 hari. Bayangkanlah! Memang sedih terpaksa buang 72 bekas susu EBM tu. Waktu tu memang saya zero knowledge tentang EBM. Kalau tidak, semua susu tu saya boleh buat mandi kan? Hehehehe.


2 oz untuk sessi pertama semalam.
Mungkin juga sebab saya ada sedikit kerisauan tentang hasil pam ni, tu yang hasilnya tidak begitu memberangsangkan. Ditambah pula dengan badan baru nak mencari kesesuaian dengan jadual makan yang dah tak sama macam waktu sebelum puasa kan. Sebab daripada apa yang saya tahu tentang mengepam susu ni, 90% adalah mindset manakala 10% teknikal. Jadi, 90% mindset tu yang kena betul-betul fokus untuk tenang, untuk sentiasa berfikiran positif melalui fasa sebagai 'breastfeeding mom' ini. Di samping sentisa pam setiap 2-3 jam untuk mengekalkan 'demand'. Tak perlu stok EBM yang meriah, tapi mencukupi. Itu sebenarnya cara yang betul. Dan satu lagi, pesan seorang rakan, "Sila jangan bandingkan kuantiti susu kita dengan mak-mak yang lain sebab masing-masing punya rezeki tak pernah sama kan?" Kalau dah ada pam mahal-mahal pun, tapi takde mindset yang betul dan asyik nak salahkan diri kenapa hasil tak meriah macam mak-mak yang lain, tak guna jugak kan? 

Saya sendiri masih belajar tentang ilmu penyusuan ni sebab memang saya dah niat sejak mengandungkan Aariz untuk lengkapkan 2 tahun penyusuan dengan susu ibu. Alhamdulillah sejak mencari-cari ilmu penyusuan di Facebook, saya ditemukan dengan beberapa orang 'Lactation Consultant' yang mengajar tentang teknik penyusuan yang betul di samping mendapat sokongan daripada beberapa kumpulan sokongan penyusuan yang sangat-sangat memberi informasi berguna! Yelah kan, nak buat apa-apa pun, nak bertindak macam mana sekalipun semuanya kena berpandukan pada ilmu dan guru yang memang ahlinya. Tak boleh main redah je kan? Tak boleh syok sendiri je ingat kan dah betul dah cara kita tu. Hehehe. 

Lebih-lebih lagi dalam ilmu keibubapaan ni, bukan boleh main ikut-ikut begitu je sebab ilmu keibubapaan sentiasa berubah-ubah mengikut zaman kan? Kita yang dah jadi mak-mak, bapak-bapak ni kena sentiasa ambil tahu dan peduli untuk tambah ilmu sebagai ibu bapa. Tak boleh main semberono je sebab anak-anak adalah amanah ALLAH yang paling besar dan tiket kita ke syurga nanti kan. In shaa Allah dia lah yang akan mendoakan kita bila kita sudah dipanggil ALLAH kelak. In shaa ALLAH segala amal baiknya akan membantu kita di kubur nanti kan? Jadi, nak tak nak kita mesti lengkapkan diri dengan ilmu keibubapaan yang betul. Kena sentiasa 'update' ilmu di dada kan?

Sempena Ramadhan ini, saya nak share Tips untuk semua 'breastfeeding mom'.


Credit Picture to Kelab Mak-Mak Garang.
Friendly Reminder : 
Courtesy of founders of Kelab Mak-Mak Garang.
For non commercial purposes only.
Strictly for personal sharing, not to be published 
in any form, in any commercial-related plaform 
(online shops/pages/blogs/website etc.)


So mak-mak seangkatan, jangan risau sangat tentang hasil pam yang kurang, keep pumping 2-3 hourly untuk kekalkan 'demand' ya! Jangan lupa banyakkan minum air masak daripada selepas waktu berbuka puasa sehingga sahur. :) Enjoy your Ramadhan as a breastfeeding mom!



Marhaban Ya Ramadhan...

Isnin, 8 Julai 2013


Assalamualaikumm dan hai semua!

Alhamdulillah. Alhamdulillah. Alhamdulillah.

In shaa Allah 10 Julai 2013 (Rabu) ini kita akan sama-sama mengerjakan ibadah puasa. Ya. Ramadhan datang lagi. Bulan untuk semua umat Islam kembali lagi. Bulan yang diciptakan khas oleh ALLAH untuk hambaNYA yang disayangi.

Entah kenapa, Ramadhan kali ini, saya dapat rasa getar di hati. Terlalu 'touching' bila mengenangkan Ramadhan yang bakal tiba dua hari lagi. Semoga saya dan kalian dapat melengkapi ibadah yang mulia ini dengan sebaik-baik niat dan tertibnya.

Waktu perhimpunan pagi tadi, boss besar syarikat mengingatkan kami semua supaya bersyukur pada ALLAH jika masih diberikan kesempatan untuk sama-sama merasai kehadiran Ramadhan kerana ada juga insan yang mungkin tidak sempat untuk menyambut kehadiran Ramadhan yang penuh barokah ini kan?

Serta-merta saya teringatkan seorang rakan yang meninggal pada bulan Ramadhan. Kalau tak silap, dia meninggal 5 hari bermulanya Ramadhan. Meninggal dalam tidur selepas sahur. Sewaktu emak arwah nak kejutkan arwah untuk solat Subuh, waktu itu lah baru mereka sekeluarga perasan, arwah sudah tiada. Dia seusia dengan saya dan masih belum menikah. Tapi saya masih terngiang-ngiang dalam lingkungan 2minggu sebelum berpuasa, arwah ada chat dengan saya di Facebook. Waktu tu cara boraknya pun lain sangat. "Aku ni tak tahu la sempat ke tidak menikah.." dan lebih mengejutkan, sebelum arwah pergi, dia sempat letak display picture gambar dia berserban dan berjubah putih. (FYI, arwah seorang budak tahfiz). Padahal, sebelum-sebelum tu, dia asyik letak display picture pakai baju melayu je.. Semoga roh arwah dicucuri rahmat yang Esa. Amiiin..

Saya doakan semoga Ramadhan kali ini ALLAH bagi kekuatan mental, fizikal dan rohani kepada kita semua untuk bersungguh-sungguh beribadah kepada ALLAH dan berlanjutan istiqamahnya sehingga selepas Ramadhan nanti, In shaa Allah. Semoga Ramadhan kali ini kita dapat mendidik nafsu kita ke arah yang lebih baik. Jauh lebih baik daripada sebelum-sebelum ini. Tiada apa yang mustahil kerana ilmu, taufik dan hidayah itu memang milik ALLAH semata-mata. Jika ALLAH mengizinkannya, pasti ilmu, taufik dan hidayah itu akan diberikan kepada kita kan? Yang penting kita berusaha untuk memperbaiki kualiti puasa dan ibadah kita di samping terus berdoa pada ALLAH semoga ALLAH pelihara kita dan mengizinkan kita untuk menjadi seorang manusia yang lebih baik. Andaikata ajal kita sudah sampai kelak, semoga ALLAH akan matikan kita dalam keimanan kepadaNYA. Amiiiin..


Chef Hanieliza Really Save Me!

Sabtu, 6 Julai 2013

Assalamualaikum dan hai semua!

Anda kenal siapa Chef Hanieliza? Sebenarnya saya pun tak kenal siapa Chef Hanieliza ni. Tapi terserempak dengan beliau di kedai buku Popular Sabtu lepas. Eh tidaklah! Terserempak dengan buku resepi beliau je. Terbaca nama buku pun dah menarik perhatian saya yang memang tak pandai masak ni. Muka depan pun menarik! Muka dalam lagi lah menarik sebab 100% semua mukasurat guna kertas licin (glossy) gitu. Gambar-gambar masakan yang tersangatlah menawan qolbu! Apa lagi, terus kugapai buku ini! Agak berat sebab saiz buku ni pun lebih kurang saiz buku teks Matematik gitu. Yelah kan, 365 resepi kot! Hehehe.

Tengoklah tagline bawah nama buku tu. Panduan Langkah Demi Langkah you! Memang menggoda jiwa untuk memilikinya memandangkan saya memang 'fail' bab-bab masak kan. Kebetulan pulak tengah sale! Harga asal RM39.90, ni dapat beli dengan diskaun RM11.10 siapa tak mau kan kan kan? Rugilah kalau tak mau beli. Hehehe.

Menawan kan?
Apa yang saya boleh katakan, buku ni memang sangat sesuai untuk newbie yang nak belajar masak memasak. Nak tahu apa yang best dengan buku ni?

1. Isi kandungan semua tajuk yang simple tapi menarik!
    Senangnya Memasak Ayam
    Senangnya Memasak Ikan
    Senangnya Memasak Daging
    Senangnya Memasak Kambing
    Senangnya Memasak Makanan Laut
    Senangnya Memasak Tauhu dan Telur
    Senangnya Memasak Kerabu dan Salad
    Senangnya Memasak Sayur
    Senangnya Memasak Sambal dan Sos
    Senangnya Memasak Nasi
    Senangnya Memasak Mi, Mihun dan Kuetiau
    Senangnya Memasak Daging
    Senangnya Memasak Makanan Barat
    Senangnya Memasak Kuih-muih Minum Petang
    Senangnya Memasak Kuih Kukus
    Senangnya Memasak Puding dan Dessert

2. Satu benda yang unik dan saya rasa memang bonus dalam buku ni, mukasurat 9-15 ada penerangan tentang perkakas memasak di dapur. - Kuali, kuali tidak lekat, pan goreng, lesung batu pun ada tau!

3. Mukasurat 16-23 tentang bahan-bahan dan fungsi serta kegunaan untuk memasak seperti Bawang merah, halia, lengkuas, buah keras, halba dan pelbagai lagi. Siap dengan petua sekali! Contohnya untuk dapatkan cili kering yang enak, mudah ditumbuk atau dikisar, kena potong kecil-kecil sebelum direndam atau direbus! Haaa ini memang selalu tengok Emak saya buat. Tapi tak tanya pulak kenapa mesti potong kecil-kecil kan? Tapi mak saya guna gunting. Hehehe.

Dua hari lepas, saya dah pun cuba masak Ayam Masak Halia (atas permintaan my Dear Husband) dengan jayanya! Cuma dari segi warna tu berlainan sebab saya termasukkan lebih sos tiram! Hehehe. Maka dengan ini, barulah saya tahu untuk memekatkan kuah, tepung jagung lah jawapannya! Baru lah masakan malam tu macam masakan kat kedai makan kan! Special air tangan sendiri. Hahahaha.



Ini imej daripada buku.

Ini imej hasil saya masak! Gelap warna kuahnya dan di atas permintaan DH, kena lah buat kuah lebih sikit. :)
Kalau diikutkan, memang dari zaman anak dara dulu saya memang tak pernah suka masak sebab saya rasa nanti-nanti jelah belajar masak, masak je, ape ade hal? Dan saya rasa memasak ni tak semestinya kerja perempuan kan? (Sekarang baru perasan ini alasan gila!) ditambah pulak dah terbiasa waktu belajar dulu beli je kan. Tapi, bila dah kahwin dan dah anak ni, memang kena masak. Mesti masak! Lagipun DH memang terlalu cerewet bab-bab makan. Walaupun DH akan makan saja apa yang saya masak, tapi kalau tak berapa sedap, mesti tak bertambah nasinya! Hehehe. So, pandai-pandailah saya cari bahan belajar untuk meningkatkan lagi ilmu masakan yang tak seberapa ni supaya lebih pelbagai menunya dan sedap! :)

Bagi mereka yang kebuntuan tak tahu nak masak apa atau tak tahu nak mulakan dengan apa, boleh lah dapatkan bahan belajar ini di kedai buku terdekat dengan anda. Dijamin! Pasti anda akan berpuas hati dan automatik akan kata dalam hati "Laaaa, macam ni je rupanya! Idok le susah benor yek?" Hehehehe.. Memang akan ada je yang bagi komen-komen kurang membina seperti "Hai! Masak ikut buku ke?" atau pun "Ko memang tak pandai masak langsung ke?" Nasihat saya, abaikan saja kondem-kondem yang tidak membina tu. Kena terima yang memang kita tak pandai masak, jadi inilah sebabnya kita gunakan kemudahan yang ada iaitu buku (boleh juga search di Internet kan? Tapi in case kalau tak ada line Internet, kan susah nak refer. Melainkan awak dah print molek-molek letak dalam satu fail khas. Hehehe.) Yang nak makan sedapnya kita. Yang nak membahagiakan perut suami, kita jugak kan! :) Lagipun serius memang best memasak ni, ditambah pulak dengan air tangan kita tu suami yang merasa.. Pahala dapat, aura kasih sayang pun dapat. Kan best tu? Memang tepatlah dialog Dynas dalam cerita pukul 7pm TV3 - Demi Dia..
"Dapurlah tempat wanita menyusun strategi untuk menawan hati suami." Lebih kurang camtulah ayatnya. :) So tunggu apa lagi? Jom susun strategi untuk sentiasa menawan hati suami! Hari-hari tawan! Hehehehe..


Sekarang baru saya kenal siapa Chef Hanieliza. :)

Zip Seluar Terbuka?

Rabu, 3 Julai 2013

Assalamualaikum dah hai semua! Hari ni takmau Wordless Wednesday sangat. Hehehe.
Hari ni saya nak share satu tips and trick untuk mereka yang mempunyai masalah zip terbuka! Dah tarik ke atas pun, masih terbuka dan memang tak boleh 'kunci' zip tu. Korang pernah menghadapi masalah macam ni? Kalau belum sempat nak pergi hantar kat tailor untuk tukar zip baru, korang boleh la cuba tips ni. Jom check it out!

Bahan-bahan yang diperlukan :
1. Ring (ring yang selalu orang buat gantung key chain tu..)
2. Seluar korang yang zip ada masalah tu.
3. Tenaga jari yang kuat untuk buka Ring tu.

Itu saja! Hehehe.. Ring tu korang boleh ambil daripada key chain korang ataupun beli kat kedai. Tak pasti berapa puluh sen harganya sebab saya pun ambil Ring dari key chain je..

1. Masukkan Ring ke dalam lubang zip.

Ni gambar jauh sikit.

2. Tarik Ring dan zip tu ke atas.

3. Cangkuk Ring di butang seluar.
4. Akhir sekali, masukkan butang macam biasa. See? Dah siap!

Pandangan sisi. Confirm tak melurut ke bawah dah zip korang yang bermasalah tu. :)
Mudah dan murah kan?

Selamat mencuba! Cuba jangan tak cuba! Dah cuba baru tahu keberkesanannya! Saya sudah mencuba. Anda bila lagi? Hehehehehe.



Kekuatan Kami

Selasa, 2 Julai 2013

Dah masuk petang ni rasa rindu pada Aariz pulak. Tengok semua gambar Aariz yang ada dalam komputer. Video-video Aariz sejak dia belum sehari pun berulang-ulang kali saya tengok.
Lazimnya, kalau saya rasa 'down', 'stress' mesti saya tengok video Aariz banyak kali. Memang tak jemu. Malah dapat 'cure' rasa kurang enak di hati dan fikiran saya.

Sekejap je masa berlalu. Lagi 11 hari Aariz genap 10 bulan. 40 minggu 8 hari Aariz di rahim, 9 bulan 19 hari Aariz dalam dakapan kami. Memang kehadiran Aariz banyak mengubah kehidupan saya dan suami. Terlalu banyak mengubah ke arah yang jauh lebih baik daripada sebelum ini. Saya nampak diri saya di dalam Aariz. Senyumannya yang lebar tu, keningnya yang agak lebat macam Shin Chan tu, memang membuatkan saya terkenangkan 'Macam ni lah kot waktu aku kecik dulu.' Hehehehe... Tapi ada yang kata muka Aariz persis suami, ada jugak yang kata persis saya. Tapi kalau tanya saya, muka Aariz campur Ibu Ayah dia lah! Hahahaha. Setakat yang nampak ni, Kening, hidung, senyum macam saya. Mata, bibir, telinga macam suami! Hebat kan ciptaan ALLAH? Tapi ada yang kata, muka baby ni akan sentiasa berubah-ubah. Boleh jadi lah kan? Sebab waktu baru lahir dulu nampak macam muka suami, sekarang dah nampak campur-campur pulak! Hahahaha.

Aariz - Usia satu hari
Aariz senyum lebor sangat! 
Aariz - 9 bulan 16 hari
Tunggu Ibu Ayah makan.
Kalau nak cerita pasal Aariz, memang takkan habis. Tapi dalam blog saya ni saya nak cerita pasal Aariz sampai dia besar nanti jika diizinkan ALLAH. Seronok cerita pasal Aariz. :) Penat kat tempat kerja pun hilang kalau cerita pasal Aariz. :) Saya bersyukur pada ALLAH kerana dikurniakan Aariz pada kami suami isteri. Aariz kurniaan kasih sayang dari ALLAH untuk kami. Pergi mana-mana pun pasti kami bawa Aariz. Hatta pergi kerja hujung minggu pun saya akan bawa Aariz jika keadaan mengizinkan.
Okay, nanti sambung lagi cerita pasal Aariz. Nak pam 'vaksin' semulajadi sekejap. 

Video Aariz belum cukup satu hari lagi waktu ni.
video


 

Nadia Bakar© - Perfume Original Branded Copyright © 2013