Seorang Ibu dan Habbatus Sauda'

Isnin, 22 April 2013


Assalamualaikum dan hai semua!

Sekejap je dah hari Isnin. Anda mengalami fenomena Monday Blues? Oh jangan-jangan! Tak bagus untuk mood anda. Hehe.

Minggu lepas saya cuma dapat bercuti pada hari Ahad sahaja. Tapi Alhamdulillah badan dah tak penat macam sebelum ini. 

Kalau balik kerja, serius! Memang terasa penat sangat-sangat! Sampaikan selalunya suami yang tolong masakkan 'dinner'. Yelah, balik je Aariz nak menyusu kan. Jadi saya akan 'tandem nursing' supaya dapat juga menambah stok EBM. Lepas tu, memang terlena sekali dengan Aariz la jawabnya. Kadang-kadang sampaikan solat Isyak pun pukul 3pagi. Haru biru kan? Badan penat. Mood kacau bilau. Nasib baik suami faham keadaan saya. (Thanks to you my dearest B!)

Daripada mula-mula saya pam di pejabat dulu, kalau sekali pam Alhamdulillah dapat 8oz. Lazimnya saya akan pam 3 kali. Jadi, boleh la dapat 24oz. Malam tambah lagi dengan 'tandem nursing'. Tapi kalau penat nak 'tandem nursing', sekejap Aariz ke kanan, sekejap ke kiri lah jawabnya. Yelah, penat sangat kan. Kira nak menyusukan sambil baring je. Kalau nak 'tandem nursing' kena duduk. Hehehe..

Adakalanya disebabkan oleh kesuntukan masa atau kesibukan tahap melampau di pejabat, saya hanya sempat pam 2 kali sahaja. Sehinggalah saya perasan dalam tempoh 2-3 minggu tu susu macam merundum. Sekali pam hanya dapat 4-6oz sahaja. Mula la perasan yang saya sebenarnya agak stres. Stres pun boleh jadi sebab hasil yang kurang jugak ya! Salah satu konsep untuk menghasilkan susu yang cukup ialah ZERO STRES dan yang paling penting sekali ialah More Demand Better Supply. Lagi kerap kita pam susu (setiap 2jam kosongkan breast) lagi banyak penghasilan susu. Itu konsep yang saya faham dan amalkan.

Oleh sebab sekali pam pun dah tak dapat 8oz macam sebelum ni, mula la saya panik! Google sana sini macam mana nak tambahkan susu. Kebanyakan kawan cadangkan untuk ambil supplemen 'milk booster' seperti satu brand yang terkenal tu. (Tak perlulah saya mention ya) Tapi macam biasalah, saya ni memang akan sedaya mungkin elakkan pengambilan apa-apa jenis pil dan lebih memilih kaedah yang semulajadi (Natural Remedies). Ini bukan bermakna saya menolak 100% kaedah perubatan moden ya. Tapi pendapat peribadi saya, kalau ada kaedah semulajadi, apa salahnya saya cuba kan? 

Pernah dengar Habbatus Sauda'? Nigella Sativa? Black Seed? Jintan Hitam? Semua tu nama yang berlainan, tapi bendanya sama je. Dulu-dulu kala, saya tak pernah ambil kisah pun pasal Habbatussauda' sebab lebih memilih perubatan moden kan. Asal sakit je, mesti pergi jumpa doktor atau terus je pergi farmasi. Tahun 2008 dulu saya pernah bekerja di Farmasi selama setahun. Jadi, masih ingat lagi nama-nama ubat untuk sakit-sakit yang biasa ni. Jadi memang tak berapa ambil kisah soal Natural Remedies atau makanan sunnah seperti Habbatussauda' contohnya. Yang saya tahu, makanan sunnah hanyalah kurma! Oh! terlalu cetek ilmu saya. 

Bila dah mempunyai anak sendiri ni, secara automatik saya lebih ambil berat soal pengambilan makanan. Apa yang saya makan, Aariz pun akan dapat kesannya kan? Memang seram sejuk kalau fikirkan sebelum ni main bedal makan je. Kesian Aariz. Sekarang memang saya sudah tolak 'junk food' dan air bikarbonat. Kalau sebelum ni megi memang wajib ada dalam stok, sekarang memang saya dah haramkan ada dalam kabinet dapur. Maafkan saya wahai megi. Hehehe. Fast food pun dah lama tak makan. Tiada lagi 'Drive-Thru'. Hehehe. Senang cerita, Aariz punca saya dan suami lebih berhati-hati dalam pengambilan makanan. Banyak hikmahnya di situ kan. :) 

Saya baru amalkan Habbatus Sauda'  ni selama 2 minggu dan memang kesannya sangat menakjubkan. Tiada lagi istilah cepat penat dan yang paling best Habbatus Sauda' sudah menjadi milk booster saya yang super duper hebat! Suami pun amalkan Habbatus Sauda'  ni. Makan ½ sudu teh pagi dan malam. Alhamdulillah sangat membantu kesihatan kami suami isteri. Sekarang saya sedang mencari madu asli. Tapi belum berjumpa lagi yang betul-betul asli. :(

Panjang cerita saya kan? Tapi cerita utamanya, hari ini saya nak share tentang kebaikan dan khasiat yang kita semua mungkin tak pernah tahu tentang Habbatus Sauda'   Sila teruskan pembacaan anda tentang khasiat Habbatussauda' yang HEBAT ini ya! :)

Habbatus Sauda'



Dari Abu Hurairah (RA): Aku mendengar Rasulullah saw berkata: ". Terdapat penyembuhan dalam Habbatus Sauda' bagi segala penyakit kecuali mati!" (Sahih Bukhari 7:71:592)

Mahfouz dan El-Dakhakhny, penyelidik Mesir terkenal telah mengasingkan nigellone prinsip aktif dari minyak pati Jintan Hitam pada tahun 1959. Terdapat lebih 100 komponen kimia yang berbeza dalam benih.

Nigella dan melatin adalah dua bahan dalam Habbatus Sauda' yang menyumbang besar kepada kuasa-kuasa yang pelbagai. Bahan-bahan ini bekerjasama untuk memberi manfaat pencernaan yang terdapat di dalam Jintan Hitam. Ianya juga menggalakkan pembersihan.

Dua jenis minyak yang terdapat dalam biji hitam nigellone dan thymoquinone yang ditemui dalam segenggam herba pada tahun 1985. Nigellone mengandungi kedua-dua ciri-ciri anti-spasmodic dan bronchodilating yang menyumbang kepada potensi terhadap penyakit pernafasan. Ia juga bertindak sebagai antihistamin yang membantu untuk mengurangkan gejala elergi terhadap penghidap elergi. Thymoquinone mengandungi ciri-ciri anti-radang dan analgesik yang sangat baik. Ia juga adalah anti-oksidan yang hebat dan dapat membantu membersihkan badan daripada toksin. Kedua-dua nigellone dan thymoquinone bertindakbalas di antara satu sama lain untuk meningkatkan tindakan Black Seed terhadap penyakit yang melibatkan pernafasan. Ia juga adalah satu alternatif yang sihat berbanding penggunaan terapi berasaskan kortison yang digunakan oleh penghidap alergi.

Habbatus Sauda' sangat kaya dengan asid lemak politaktepu (polyunsaturated fatty acids). Bahan-bahan ini memainkan peranan penting dalam kesihatan harian dan kesejahteraan. Ianya membantu untuk mengawal metabolisme, membawa racun ke permukaan kulit untuk dihapuskan, menyeimbangkan tahap insulin, mengawal kolesterol, meningkatkan peredaran badan dan menggalakkan fungsi hati yang sihat. Kekurangan asid lemak politaktepu (polyunsaturated fatty acids) boleh membawa kepada beberapa jenis masalah kesihatan termasuk gangguan sistem saraf, pertumbuhan ceplosan, dan penyakit kulit.

Habbatus Sauda' mengandungi lebih 100 nutrien berharga. Ia terdiri daripada kira-kira 21% protein, 38% karbohidrat, dan 35% lemak tumbuhan dan minyak. Bahan-bahan aktif Habbatus Sauda' ialah nigellone, thymoquinone, dan minyak tetap (fixed oils). Benih hitam juga mengandungi bahagian penting daripada protein, karbohidrat dan asid lemak. Bahan-bahan lain termasuk asid linoleik, asid oleik, kalsium, kalium, zat besi, zink, magnesium, selenium, vitamin A, vitamin B, vitamin B2, niasin, dan vitamin C.

Satu kajian yang dijalankan di London oleh Kolej King 1994 mendedahkan bahawa Habbatus Sauda mempunyai ciri-ciri yang menghalang enzim tertentu, yang juga menghalang pengeluaran prostaglandin tertentu. Kajian ini lebih membuktikan bahawa kombinasi  kompleks daripada unsur-unsur yang terdapat dalam Habbatus Sauda bekerjasama untuk kesan yang menyeluruh.

Habbatus Sauda' mempunyai sejarah lebih 1400 tahun penggunaannya. Banyak buku-buku kuno dan teks mencadangkan kegunaan tradisional berikut untuk Habbatus Sauda'. Tetapi sila ambil perhatian bahawa ini tidak harus difahami sebagai penawar atau rawatan untuk sebarang penyakit.

1. Asid Urik dan Gout
Membantu mengeluarkan asid urik dari badan dan mengelakkan dari terkena penyakit gout.

2. Asma
Bahan “Nigellon” yang terdapat dalam Habbatus Sauda dapat mengurangkan kesukaran pernafasan dan serangan Asthma dan memberi menafaat dalam rawatan serangan yang terjadi ke atas pembuluh udara (bronchitis).

3. Selsema
Ia dapat menyembuhkan selsema.

4. Tekanan Darah Tinggi
Ia boleh merendahkan tekanan darah.

5. Alahan (Allergic)
Bahan “Nigellon” dalam Habbatus Sauda dapat mengurangkan pengeluaran bahan “Histamine” dan bahan-bahan yang menyebabkan kejadian alahan (allergic).

6. Pengeluaran Bahan Empedu (Bile)
Juzuk Karbonil dan Thymoquinone (dua kandungan asas di dalam Habbatus Sauda) mempunyai keupayaan dalam menambahkan pembuangan empedu dari pudi empedu, untuk mengelakkan dari kewujudan penyakit batu pundi empedu.

7. Melancarkan Pengeluaran Susu
Ia mempunyai kesan yang kuat ke atas pertambahan kelancaran pengeluaran susu pada ibu.

8. Kesendatan Pembuluh Darah (Thrombosis)
Ia mempunyai kesan ke atas sistem kesendatan pembuluh darah di dalam tubuh dan di luar tubuh. Maknanya darah yang mengalir akan berhenti dengan cepat akibat kecepatan pembekuan darah. Begitu juga ia mempunyai kesan ke atas kecergasan pemecahan fibrin di dalam darah tersebut.

9. Sistem Kekebalan (Immunity) Tubuh
Ia meningkatkan sistem kekebalan supaya dapat membunuh kuman-kuman (bacteria), virus atau sel-sel barah supaya dapat mengelakkan tubuh dari dijangkiti penyakit-penyakit.

10. Barah
Ia dapat melindungi tubuh dari wujudnya kesan-kesan beracun akibat kegunaan “Cisplatin”, yang digunakan dalam merawat bengkak-bengkak barah. Ubat “Cisplatin” ini, seperti lain-lain ubat yang digunakan untuk merawat bengkak-bengkak barah, menyebabkan kesan-kesan serangan sampingan (side effects).

11. Kuman-kuman
Ia amat aktif dan berkesan dalam membunuh beberapa jenis kuman seperti “E Coli”, “Strep.Fecalis” dan “Bacillus subtilis.” Ia juga mungkin berfaedah dalam melindungi gigi dari kejadian kerak-kerak kuning pada gigi (Plaques) dan kereputannya.

12. Cirit-birit disebabkan Kuman
Ia dapat merawat masaalah cirit-birit dengan membunuh kuman-kuman yang menyebabkannya, seperti Kolerra, Shigella dan E.Colli yang berupaya menentang beberapa antibodi.

13. Kencing Manis
Ia dapat mengurangkan tahap kandungan gula di dalam darah.

14. Rheumatisme
Dalam bidang perubatan tradisional di timur tengah, ia digunakan sebagai bahan anti radang (Anti Inflammatory) dan anti-rheumatism (antirheumatic) dan digunakan dalam rawatan kepada migrain.

Mereka yang alim di dalam bidang perubatan berkata: ” Antara manafaat-manafaat Habbatus Sauda ialah:
i . Ia bertindak menghilangkan bengkak.
ii. Ia amat berfaedah dalam membuang lendir dan gelema dan mengeluarkan angin.
iii. Jika ia ditumbuk halus dan diuli dengan madu lebah serta diminum dengan air panas ia akan mencairkan batu-batu karang, melancarkan air kencing dan haid.
iv. Jika ia ditumbuk halus dan diikat didalam kain kapas atau kulit lalu dicium, maka ia memberi manfaat dalam penyembuhan selsema.
v. Jika diminum seberat 1 mithqal (4.235 gram) Habbatus Sauda dengan air, ia memberi manfaat dalam merawat kesesakan nafas,
vi. Jika ia dibungkus dengan kain maka ia memberi manafaat dalam merawat sakit kepala yang sejuk,
vii. Jika Habbatus Sauda dimasak dengan cuka dan berkumur-kumur dengannya maka ia memberi manafaat menyembuhkan sakit gigi.”


6 ulasan:

  1. Balasan
    1. Jom amalkan Habbatus Sauda' :)

      Padam
  2. as salam nadia..thnks for the sharing info tntg habbatussauda n benefit for breastfeeding mother...

    BalasPadam
  3. salam.. trima kasih info nya. smnjak ni susu makin menurun.. jd xthu nk mkn ape da.. susu xmeriah mcm dlu lg

    BalasPadam
  4. Sila kontek saya untuk mendapatkan habatusauda..saya juga ada madu sidr asli dari yaman..tq

    BalasPadam

Thanks For Your Comment!

 

Nadia Bakar© - Hidup Lebih Mudah Dengan EO Copyright © 2013