No Sew Ringsling!

Selasa, 9 April 2013


Assalamualaikum dan hai semua!

Jeng jeng jeng! Ini lah dia al-hasil ringsling tanpa jahitan saya! Jahit di hujung je untuk kelihatan lebih kemas tanpa rambu ramba benang-benang yang bergayutan kan.. Tapi bukan saya yang jahit sebab saya mana ada mesin jahit. Makcik kedai jahitlah yang jahit. Hehehe. Memang 'excited' sangat nak pakai ringsling ni. Jahit malam Jumaat lepas, petang Sabtu dah pakai pegi jalan-jalan di Tesco. Memang best dan dijamin sangat selesa tak terkata! Sebab saya boleh spread kain di bahu tu lebih sikit mengikut keselesaan saya kalau nak dibandingkan dengan ringsling yang saya pernah gunakan sebelum ini.

Kalau ikutkan, memang tak berani nak jalan-jalan pakai ringsling tanpa jahitan ni sebab bimbang kalau-kalau kain di bahu terlucut! Tapi macam saya cerita sebelum ni lah kan, dapat sokongan dan tunjuk ajar daripada kak Cham yang saya kenali di Group Kumpulan Ibu2 Menyusukan di Facebook. Beliau sangat baik hati tanpa jemu melayan soalan-soalan pelik saya yang baru nak cuba-cuba memberanikan diri menggunakan ringsling tanpa jahitan ini! Beliau sangat otai bab-bab ringsling okay! (Tabik spring lah!) Sebelum ni saya cuma berani menggunakan ringsling tanpa jahitan di rumah dengan menggunakan kain batik lepas. Itu pun ketika keadaan memaksa bila mana Aariz meragam nak dipegang saja kan.. :)

Serius saya sudah jatuh cinta dengan ringsling tanpa jahitan! Sebab apa? Sebab boleh pilih apa-apa corak kain cotton yang saya inginkan! Tanpa had! Modal pun tak sampai RM150.(Kurang RM1 nak cukup RM100) Ini pun bergantung kepada harga kain yang berbeza-beza mengikut jenis kan?

                           Kain cotton bidang 45 (3 meter) = RM67 (Termasuk postage)
                                         Ring Aluminum (saiz L) = RM32 (Termasuk postage)
                                                                        Total = RM99

Kalau pakai kain batik lepas jauh lebih murah daripada ini! Modal tak sampai RM70 pun. Jimat kan?

Okay. Sampai sini dulu nak cerita keterujaan saya dengan ringsling baru ni. Sakit gigi dari pagi tadi masih belum kurang lagi denyutannya. Nak cuba letak asam keping seperti yang suami saya cadangkan. :) Harap-harap berhasil dengan jayanya!

P/S : Sekarang cuaca tidak menentu. Sekejap hujan lebat. Sekejap panas sangat. Jangan lupa banyak-banyak minum air masak untuk elakkan badan kita kekurangan air ya! Kita boleh sentiasa kekal sihat kan? Take care!



5 ulasan:

  1. Balasan
    1. Huhu.. Aduh klik link le tew..

      Padam
  2. Huhuhu...mulyadi d atas pak uda kah? Heeee

    BalasPadam
  3. Balasan
    1. @Cik Iman Ring tu saya beli daripada kak Norashida Abdul Rahman.

      Ni link FB beliau ya.

      https://www.facebook.com/norashida.abdrahman?fref=nf

      Padam

Thanks For Your Comment!

 

Nadia Bakar© - Perfume Original Branded Copyright © 2013