Aariz Sudah Mengensot!

Jumaat, 26 April 2013

Assalamualaikum dan hai semua!

Daripada semalam dah plan nak tulis sikit dalam blog picisan ini, tapi kesibukan yang melanda di pejabat menyebabkan plan tergendala dan postpone ke hari ini. Hehe.

Pada usia Aariz 6 bulan 4 hari, Aariz berjaya meniarap di atas usahanya sendiri. Rugi rasanya tak tangkap gambar Aariz waktu tu sebab saya dan suami terlalu excited sampai menjerit-jerit. Hahaha. Okay. Memang rasa sebak dan syukur sangat-sangat waktu tu sebab hasrat saya dan suami nak jadi orang pertama melihat progress Aariz tercapai. Alhamdulillah. Saya rasa, semua ibu bapa pun mengharapkan mereka orang pertama yang akan melihat anak mula mengiring, meniarap, mengensot, merangkak, berjalan dan pelbagai lagi kan? Seribu satu rasa apabila dapat melihat si kecil itu berusaha sedaya mungkin untuk meniarap. Berat punggung! Hahaha. Tapi setiap kali itu juga saya dan suami akan menjerit pada Aariz..
"Go Aariz Go Aariz Go Go Go!!!"
Kalau nampak Aariz dah kepenatan sebab dah banyak kali cuba alihkan punggung, suami mesti akan angkat Aariz ,diribanya Aariz dan berpesan..
"Okay Aariz. Nanti cuba lagi ya! Pasti berjaya! Ayah percaya Aariz kuat!"
Memang sangat indah waktu tu. Tak ada perkataan yang tepat untuk digambarkan betapa kami terlalu bersyukur pada Allah di atas kehadiran Aariz dalam hidup kami berdua. Rasa lengkap keluarga kecil kami dengan kehadiran Aariz! One Happy Family At Home! :)

Sekarang, Aariz dah pandai mengensot. Pada mulanya, sangat perlahan. Belum biasa lagi bawa badan kan. Sekarang, lajunya kadang-kadang tak sempat nak kejar dia dah capai itu ini! Setiap malam saya pasti akan terjaga sebab risau kalau-kalau Aariz tak ada kat sebelah. Sejak Aariz pandai meniarap, posisi tidurnya juga sudah pelbagai. Freestyle la kot namanya! Kadang-kadang saya dihimpit tanpa dia sedari. Hahaha. Nak sedar apanya, dia pun tengah tidur kan? Bukan boleh kawal setiap pergerakan. Kita pun kadang-kadang terlasak sikit cara tidurnya ye dak? Eh! Kadang-kadang dahsyat tahap lasaknya kan? Kalau tak, mana mungkin saja-saja boleh jatuh dari katil kan? Waktu tu tak tahulah mimpi apa kan kan kan? Hahaha. (Oh! Banyaknya kan di situ...)

Sekarang, saya tidak keseorangan lagi untuk melipat kain. Aariz sentiasa rajin menemani dan kadang-kadang turut membantu sama 'melipat'. Semua kain 'dilipat' baik punya! Hahaha. Waktu ni, bagi lah mainan apa pun, memang dia tak peduli. Asalkan dia dapat tolong saya 'melipat'! 

Cuba alihkan perhatian Aariz dengan bunyi ringtone handphone, tapi dia langsung tak hairan!

Okay. Dia sedar Ibu nak tangkap gambar dia. Anak...anak...


Aariz juga sangat suka 'melipat' sejadah yang ibu sedang gunakan waktu solat. Asalkan saya nak solat, dia mesti nak tolong 'lipat'. Aariz akan 'lipat' dan seret sampai ke pintu bilik.
Sementara Aariz 'melipat' sejadah saya, kejap-kejap dia pandang muka saya. Bila saya nak rukuk, dia tenung macam tu, mestilah saya akan terpandang anak mata dia yang bulat itu. Memang dia akan sengih-sengih pada saya. Dalam hati ni tahan je nak tergelak. Cepat-cepat saya alihkan pandangan. Kalau tidak, maunya batal solat sebab tergelak kaw-kaw punya!

Okay. Aariz dah tolong 'lipat' sejadah ibu.

Bila dah dapat 'lipat' sejadah ibu...

Okay! Aariz nak main benda lain pulak!

Apa-apapun, ibu doakan Aariz akan jadi anak yang soleh, pintar ya :) Nanti Aariz dah boleh berdiri dengan stabil, ayah akan ajar Aariz solat. Oh! Saya tunggu saat itu! :)

Okay. Baibai.


Sekarang memang tengah demam Gwiyomi di seluruh dunia ya :) Macam-macam jenis gaya! Tapi di antara semua, saya rasa ini video Gwiyomi yang betul-betul gwiyomi (Cute)! Jom layan!


P/S : Colleague mencabar saya untuk buat video gwiyomi ni. Ada berani? Hahahaha! 

1 ulasan:

  1. Tbe2 rse nk nangis bca post kali nii.. So tacing! N reli miss aariz

    BalasPadam

Thanks For Your Comment!

 

Nadia Bakar© - Hidup Lebih Mudah Dengan EO Copyright © 2013