3 Saat...

Selasa, 30 April 2013


Saya pernah terbaca dalam satu buku sewaktu tingkatan lima dulu bahawa 'Manusia hanya hidup di dalam 3 saat sahaja'. Pelik! Kenapa 3 saat pulak ya? Maksud ayat ni, sebenarnya nak menggambarkan bahawa nyawa kita terlalu singkat, sesingkat masa di antara 1 saat ke 1 saat yang seterusnya. Nyawa kita ni hanya 1 saat begitu saja Allah boleh ambil tanpa kita sedar dan tanpa kita sempat prepare apa-apa pun. 
Satu saat telah berlalu. Satu saat lagi kita berada di dalamnya dan satu saat yang ketiga belum tentu lagi menjadi milik kita. Betul juga kan? 

Pagi ini saya dikejutkan dengan SMS : Ayah teman sekerja saya meninggal dunia pada pukul 5 pagi tadi. Tak semena-mena airmata saya mengalir. Waktu tu jam sudah pukul 6.20pagi. Bermakna, sudah 1jam 20minit nyawa arwah ayah teman saya itu diambil oleh Allah. Saya jadi sentap! 
Ketika pukul 5pagi, saya sedang pam susu untuk tambah stock EBM Aariz sambil 'check' semua PM daripada customer. Ligat otak saya berfikir : Daripada apa yang saya pernah baca, selama 100 hari sebelum nyawa diambil, malaikat maut sudah ikut ke mana saja kita pergi kan? Dalam tempoh itu juga sudah nampak tanda-tanda kita akan pergi selama-lamanya kan? Saya pandang wajah suami dan anak yang sedang lena. Sayu sangat-sangat. Terus mengenangkan, andai saya yang pergi dulu, bagaimanalah keadaan suami dan Aariz nanti. 

Tak kurang juga otak ini ligat mengenangkan Abah dan Emak yang semakin tua menongkah usia senja. Bagaimanalah agaknya bila sampai masa mereka kelak? Adakah saya dan adik-adik sudah bersedia menerima takdir Allah? Terlintas juga setiap kesalahan terhadap Abah dan Emak sewaktu saya bersama mereka dari kecil hingga dewasa. Sebelum saya dinikahi, sebelum saya menjadi seorang isteri. Sekarang, saya memegang pangkat sama seperti mereka ; Menjadi Ibu & Ayah kepada seorang anak! Memang saya menangis semenangis-nangisnya! Mengenangkan setiap pengorbanan mereka, sumpah sampai bila-bila pun saya tak boleh balas hatta dengan wang yang berbillion, trillion sekali pun! Abah dan Emak terlalu ikhlas dalam membesarkan kami tujuh beradik! 

Apa jenis kesusahan yang kami tak rasa? Makanan tak sesedap keluarga lain. Pakaian tak secantik keluarga lain. Kereta pun Abah tak mampu nak beli semata-mata untuk membesarkan kami! Asalkan ada makanan untuk kami, asalkan ada pakaian untuk kami, asalkan cukup kelengkapan sekolah untuk kami, semua tu sudah lebih daripada cukup. Sebab itu lah kami semua tidak pernah merungut jika tak dapat makan makanan yang sedap kerana bagi kami apa yang dimasak oleh Emak, itulah makanan. Kami tak tahu apa itu maksud makanan yang sedap! Pada waktu kecil, makanan yang paling sedap yang pernah saya rasa ialah SATE!

Credit : http://www.sataymalaysia.com/
Itu pun dapat beli murah sikit sebab Emak kerja dengan Makcik Zai yang jual sate. Dapatlah kami adik beradik merasa sedapnya sate! Selain daripada hanya mengenal nasi, ikan goreng dan telur goreng. :) Sebab tu lah sampai sekarang, setiap minggu saya akan beli sate di pasar malam berhampiran. Suami pun hairan. Setiap minggu saya akan beli sate. Dapat makan sate untuk makan malam pun dah cukup untuk saya. Sebenarnya saya rindukan saat kecil dulu. Saya rindukan keluarga saya yang dulu, sebab sekarang Abah dan Emak dah tak bersama lagi sejak mereka bercerai pada 9 Ogos 2008, 5 tahun dulu. Walaupun mereka tidak lagi bersama, tapi Emak tetap Emak kami. Abah tetap Abah kami. Merekalah satu-satunya Abah dan Emak kami yang menjaga, mendidik dan berkorban segala-galanya untuk kami! Tiada doa lain yang saya harapkan  hanya doa supaya kami dapat bersama di Jannah kelak. Semua kenangan itu, semua kesusahan itu, semua pengorbanan itu betul-betul membuat hati saya runtun subuh tadi. 

"Jika seorang ibu meninggal dunia, maka hilanglah salah satu keberkatan hidup seorang anak iaitu DOA SEORANG IBU." Terngiang-ngiang ayat ini di dalam minda saya. Serius sentap sangat!

Bila bercakap soal kematian, sudah betul-betul bersediakah kita? Sudah cukupkah amalan kita atau masih lagi cacat di sana sini. Sudah maaf memaafkan kah kita sesama manusia? Sudah selesaikah segala hutang piutang kita? Bila buat kira-kira balik...

"Oh.. Masih banyak lagi yang tak cukup untuk aku betul-betul pasrah sebelum meninggalkan dunia ini.."




Aariz Sudah Mengensot!

Jumaat, 26 April 2013

Assalamualaikum dan hai semua!

Daripada semalam dah plan nak tulis sikit dalam blog picisan ini, tapi kesibukan yang melanda di pejabat menyebabkan plan tergendala dan postpone ke hari ini. Hehe.

Pada usia Aariz 6 bulan 4 hari, Aariz berjaya meniarap di atas usahanya sendiri. Rugi rasanya tak tangkap gambar Aariz waktu tu sebab saya dan suami terlalu excited sampai menjerit-jerit. Hahaha. Okay. Memang rasa sebak dan syukur sangat-sangat waktu tu sebab hasrat saya dan suami nak jadi orang pertama melihat progress Aariz tercapai. Alhamdulillah. Saya rasa, semua ibu bapa pun mengharapkan mereka orang pertama yang akan melihat anak mula mengiring, meniarap, mengensot, merangkak, berjalan dan pelbagai lagi kan? Seribu satu rasa apabila dapat melihat si kecil itu berusaha sedaya mungkin untuk meniarap. Berat punggung! Hahaha. Tapi setiap kali itu juga saya dan suami akan menjerit pada Aariz..
"Go Aariz Go Aariz Go Go Go!!!"
Kalau nampak Aariz dah kepenatan sebab dah banyak kali cuba alihkan punggung, suami mesti akan angkat Aariz ,diribanya Aariz dan berpesan..
"Okay Aariz. Nanti cuba lagi ya! Pasti berjaya! Ayah percaya Aariz kuat!"
Memang sangat indah waktu tu. Tak ada perkataan yang tepat untuk digambarkan betapa kami terlalu bersyukur pada Allah di atas kehadiran Aariz dalam hidup kami berdua. Rasa lengkap keluarga kecil kami dengan kehadiran Aariz! One Happy Family At Home! :)

Sekarang, Aariz dah pandai mengensot. Pada mulanya, sangat perlahan. Belum biasa lagi bawa badan kan. Sekarang, lajunya kadang-kadang tak sempat nak kejar dia dah capai itu ini! Setiap malam saya pasti akan terjaga sebab risau kalau-kalau Aariz tak ada kat sebelah. Sejak Aariz pandai meniarap, posisi tidurnya juga sudah pelbagai. Freestyle la kot namanya! Kadang-kadang saya dihimpit tanpa dia sedari. Hahaha. Nak sedar apanya, dia pun tengah tidur kan? Bukan boleh kawal setiap pergerakan. Kita pun kadang-kadang terlasak sikit cara tidurnya ye dak? Eh! Kadang-kadang dahsyat tahap lasaknya kan? Kalau tak, mana mungkin saja-saja boleh jatuh dari katil kan? Waktu tu tak tahulah mimpi apa kan kan kan? Hahaha. (Oh! Banyaknya kan di situ...)

Sekarang, saya tidak keseorangan lagi untuk melipat kain. Aariz sentiasa rajin menemani dan kadang-kadang turut membantu sama 'melipat'. Semua kain 'dilipat' baik punya! Hahaha. Waktu ni, bagi lah mainan apa pun, memang dia tak peduli. Asalkan dia dapat tolong saya 'melipat'! 

Cuba alihkan perhatian Aariz dengan bunyi ringtone handphone, tapi dia langsung tak hairan!

Okay. Dia sedar Ibu nak tangkap gambar dia. Anak...anak...


Aariz juga sangat suka 'melipat' sejadah yang ibu sedang gunakan waktu solat. Asalkan saya nak solat, dia mesti nak tolong 'lipat'. Aariz akan 'lipat' dan seret sampai ke pintu bilik.
Sementara Aariz 'melipat' sejadah saya, kejap-kejap dia pandang muka saya. Bila saya nak rukuk, dia tenung macam tu, mestilah saya akan terpandang anak mata dia yang bulat itu. Memang dia akan sengih-sengih pada saya. Dalam hati ni tahan je nak tergelak. Cepat-cepat saya alihkan pandangan. Kalau tidak, maunya batal solat sebab tergelak kaw-kaw punya!

Okay. Aariz dah tolong 'lipat' sejadah ibu.

Bila dah dapat 'lipat' sejadah ibu...

Okay! Aariz nak main benda lain pulak!

Apa-apapun, ibu doakan Aariz akan jadi anak yang soleh, pintar ya :) Nanti Aariz dah boleh berdiri dengan stabil, ayah akan ajar Aariz solat. Oh! Saya tunggu saat itu! :)

Okay. Baibai.


Sekarang memang tengah demam Gwiyomi di seluruh dunia ya :) Macam-macam jenis gaya! Tapi di antara semua, saya rasa ini video Gwiyomi yang betul-betul gwiyomi (Cute)! Jom layan!


P/S : Colleague mencabar saya untuk buat video gwiyomi ni. Ada berani? Hahahaha! 

Wordless Wednesday

Rabu, 24 April 2013






Klik untuk dapatkan handbag yang murah dan cantik!


Seorang Ibu dan Habbatus Sauda'

Isnin, 22 April 2013


Assalamualaikum dan hai semua!

Sekejap je dah hari Isnin. Anda mengalami fenomena Monday Blues? Oh jangan-jangan! Tak bagus untuk mood anda. Hehe.

Minggu lepas saya cuma dapat bercuti pada hari Ahad sahaja. Tapi Alhamdulillah badan dah tak penat macam sebelum ini. 

Kalau balik kerja, serius! Memang terasa penat sangat-sangat! Sampaikan selalunya suami yang tolong masakkan 'dinner'. Yelah, balik je Aariz nak menyusu kan. Jadi saya akan 'tandem nursing' supaya dapat juga menambah stok EBM. Lepas tu, memang terlena sekali dengan Aariz la jawabnya. Kadang-kadang sampaikan solat Isyak pun pukul 3pagi. Haru biru kan? Badan penat. Mood kacau bilau. Nasib baik suami faham keadaan saya. (Thanks to you my dearest B!)

Daripada mula-mula saya pam di pejabat dulu, kalau sekali pam Alhamdulillah dapat 8oz. Lazimnya saya akan pam 3 kali. Jadi, boleh la dapat 24oz. Malam tambah lagi dengan 'tandem nursing'. Tapi kalau penat nak 'tandem nursing', sekejap Aariz ke kanan, sekejap ke kiri lah jawabnya. Yelah, penat sangat kan. Kira nak menyusukan sambil baring je. Kalau nak 'tandem nursing' kena duduk. Hehehe..

Adakalanya disebabkan oleh kesuntukan masa atau kesibukan tahap melampau di pejabat, saya hanya sempat pam 2 kali sahaja. Sehinggalah saya perasan dalam tempoh 2-3 minggu tu susu macam merundum. Sekali pam hanya dapat 4-6oz sahaja. Mula la perasan yang saya sebenarnya agak stres. Stres pun boleh jadi sebab hasil yang kurang jugak ya! Salah satu konsep untuk menghasilkan susu yang cukup ialah ZERO STRES dan yang paling penting sekali ialah More Demand Better Supply. Lagi kerap kita pam susu (setiap 2jam kosongkan breast) lagi banyak penghasilan susu. Itu konsep yang saya faham dan amalkan.

Oleh sebab sekali pam pun dah tak dapat 8oz macam sebelum ni, mula la saya panik! Google sana sini macam mana nak tambahkan susu. Kebanyakan kawan cadangkan untuk ambil supplemen 'milk booster' seperti satu brand yang terkenal tu. (Tak perlulah saya mention ya) Tapi macam biasalah, saya ni memang akan sedaya mungkin elakkan pengambilan apa-apa jenis pil dan lebih memilih kaedah yang semulajadi (Natural Remedies). Ini bukan bermakna saya menolak 100% kaedah perubatan moden ya. Tapi pendapat peribadi saya, kalau ada kaedah semulajadi, apa salahnya saya cuba kan? 

Pernah dengar Habbatus Sauda'? Nigella Sativa? Black Seed? Jintan Hitam? Semua tu nama yang berlainan, tapi bendanya sama je. Dulu-dulu kala, saya tak pernah ambil kisah pun pasal Habbatussauda' sebab lebih memilih perubatan moden kan. Asal sakit je, mesti pergi jumpa doktor atau terus je pergi farmasi. Tahun 2008 dulu saya pernah bekerja di Farmasi selama setahun. Jadi, masih ingat lagi nama-nama ubat untuk sakit-sakit yang biasa ni. Jadi memang tak berapa ambil kisah soal Natural Remedies atau makanan sunnah seperti Habbatussauda' contohnya. Yang saya tahu, makanan sunnah hanyalah kurma! Oh! terlalu cetek ilmu saya. 

Bila dah mempunyai anak sendiri ni, secara automatik saya lebih ambil berat soal pengambilan makanan. Apa yang saya makan, Aariz pun akan dapat kesannya kan? Memang seram sejuk kalau fikirkan sebelum ni main bedal makan je. Kesian Aariz. Sekarang memang saya sudah tolak 'junk food' dan air bikarbonat. Kalau sebelum ni megi memang wajib ada dalam stok, sekarang memang saya dah haramkan ada dalam kabinet dapur. Maafkan saya wahai megi. Hehehe. Fast food pun dah lama tak makan. Tiada lagi 'Drive-Thru'. Hehehe. Senang cerita, Aariz punca saya dan suami lebih berhati-hati dalam pengambilan makanan. Banyak hikmahnya di situ kan. :) 

Saya baru amalkan Habbatus Sauda'  ni selama 2 minggu dan memang kesannya sangat menakjubkan. Tiada lagi istilah cepat penat dan yang paling best Habbatus Sauda' sudah menjadi milk booster saya yang super duper hebat! Suami pun amalkan Habbatus Sauda'  ni. Makan ½ sudu teh pagi dan malam. Alhamdulillah sangat membantu kesihatan kami suami isteri. Sekarang saya sedang mencari madu asli. Tapi belum berjumpa lagi yang betul-betul asli. :(

Panjang cerita saya kan? Tapi cerita utamanya, hari ini saya nak share tentang kebaikan dan khasiat yang kita semua mungkin tak pernah tahu tentang Habbatus Sauda'   Sila teruskan pembacaan anda tentang khasiat Habbatussauda' yang HEBAT ini ya! :)

Habbatus Sauda'



Dari Abu Hurairah (RA): Aku mendengar Rasulullah saw berkata: ". Terdapat penyembuhan dalam Habbatus Sauda' bagi segala penyakit kecuali mati!" (Sahih Bukhari 7:71:592)

Mahfouz dan El-Dakhakhny, penyelidik Mesir terkenal telah mengasingkan nigellone prinsip aktif dari minyak pati Jintan Hitam pada tahun 1959. Terdapat lebih 100 komponen kimia yang berbeza dalam benih.

Nigella dan melatin adalah dua bahan dalam Habbatus Sauda' yang menyumbang besar kepada kuasa-kuasa yang pelbagai. Bahan-bahan ini bekerjasama untuk memberi manfaat pencernaan yang terdapat di dalam Jintan Hitam. Ianya juga menggalakkan pembersihan.

Dua jenis minyak yang terdapat dalam biji hitam nigellone dan thymoquinone yang ditemui dalam segenggam herba pada tahun 1985. Nigellone mengandungi kedua-dua ciri-ciri anti-spasmodic dan bronchodilating yang menyumbang kepada potensi terhadap penyakit pernafasan. Ia juga bertindak sebagai antihistamin yang membantu untuk mengurangkan gejala elergi terhadap penghidap elergi. Thymoquinone mengandungi ciri-ciri anti-radang dan analgesik yang sangat baik. Ia juga adalah anti-oksidan yang hebat dan dapat membantu membersihkan badan daripada toksin. Kedua-dua nigellone dan thymoquinone bertindakbalas di antara satu sama lain untuk meningkatkan tindakan Black Seed terhadap penyakit yang melibatkan pernafasan. Ia juga adalah satu alternatif yang sihat berbanding penggunaan terapi berasaskan kortison yang digunakan oleh penghidap alergi.

Habbatus Sauda' sangat kaya dengan asid lemak politaktepu (polyunsaturated fatty acids). Bahan-bahan ini memainkan peranan penting dalam kesihatan harian dan kesejahteraan. Ianya membantu untuk mengawal metabolisme, membawa racun ke permukaan kulit untuk dihapuskan, menyeimbangkan tahap insulin, mengawal kolesterol, meningkatkan peredaran badan dan menggalakkan fungsi hati yang sihat. Kekurangan asid lemak politaktepu (polyunsaturated fatty acids) boleh membawa kepada beberapa jenis masalah kesihatan termasuk gangguan sistem saraf, pertumbuhan ceplosan, dan penyakit kulit.

Habbatus Sauda' mengandungi lebih 100 nutrien berharga. Ia terdiri daripada kira-kira 21% protein, 38% karbohidrat, dan 35% lemak tumbuhan dan minyak. Bahan-bahan aktif Habbatus Sauda' ialah nigellone, thymoquinone, dan minyak tetap (fixed oils). Benih hitam juga mengandungi bahagian penting daripada protein, karbohidrat dan asid lemak. Bahan-bahan lain termasuk asid linoleik, asid oleik, kalsium, kalium, zat besi, zink, magnesium, selenium, vitamin A, vitamin B, vitamin B2, niasin, dan vitamin C.

Satu kajian yang dijalankan di London oleh Kolej King 1994 mendedahkan bahawa Habbatus Sauda mempunyai ciri-ciri yang menghalang enzim tertentu, yang juga menghalang pengeluaran prostaglandin tertentu. Kajian ini lebih membuktikan bahawa kombinasi  kompleks daripada unsur-unsur yang terdapat dalam Habbatus Sauda bekerjasama untuk kesan yang menyeluruh.

Habbatus Sauda' mempunyai sejarah lebih 1400 tahun penggunaannya. Banyak buku-buku kuno dan teks mencadangkan kegunaan tradisional berikut untuk Habbatus Sauda'. Tetapi sila ambil perhatian bahawa ini tidak harus difahami sebagai penawar atau rawatan untuk sebarang penyakit.

1. Asid Urik dan Gout
Membantu mengeluarkan asid urik dari badan dan mengelakkan dari terkena penyakit gout.

2. Asma
Bahan “Nigellon” yang terdapat dalam Habbatus Sauda dapat mengurangkan kesukaran pernafasan dan serangan Asthma dan memberi menafaat dalam rawatan serangan yang terjadi ke atas pembuluh udara (bronchitis).

3. Selsema
Ia dapat menyembuhkan selsema.

4. Tekanan Darah Tinggi
Ia boleh merendahkan tekanan darah.

5. Alahan (Allergic)
Bahan “Nigellon” dalam Habbatus Sauda dapat mengurangkan pengeluaran bahan “Histamine” dan bahan-bahan yang menyebabkan kejadian alahan (allergic).

6. Pengeluaran Bahan Empedu (Bile)
Juzuk Karbonil dan Thymoquinone (dua kandungan asas di dalam Habbatus Sauda) mempunyai keupayaan dalam menambahkan pembuangan empedu dari pudi empedu, untuk mengelakkan dari kewujudan penyakit batu pundi empedu.

7. Melancarkan Pengeluaran Susu
Ia mempunyai kesan yang kuat ke atas pertambahan kelancaran pengeluaran susu pada ibu.

8. Kesendatan Pembuluh Darah (Thrombosis)
Ia mempunyai kesan ke atas sistem kesendatan pembuluh darah di dalam tubuh dan di luar tubuh. Maknanya darah yang mengalir akan berhenti dengan cepat akibat kecepatan pembekuan darah. Begitu juga ia mempunyai kesan ke atas kecergasan pemecahan fibrin di dalam darah tersebut.

9. Sistem Kekebalan (Immunity) Tubuh
Ia meningkatkan sistem kekebalan supaya dapat membunuh kuman-kuman (bacteria), virus atau sel-sel barah supaya dapat mengelakkan tubuh dari dijangkiti penyakit-penyakit.

10. Barah
Ia dapat melindungi tubuh dari wujudnya kesan-kesan beracun akibat kegunaan “Cisplatin”, yang digunakan dalam merawat bengkak-bengkak barah. Ubat “Cisplatin” ini, seperti lain-lain ubat yang digunakan untuk merawat bengkak-bengkak barah, menyebabkan kesan-kesan serangan sampingan (side effects).

11. Kuman-kuman
Ia amat aktif dan berkesan dalam membunuh beberapa jenis kuman seperti “E Coli”, “Strep.Fecalis” dan “Bacillus subtilis.” Ia juga mungkin berfaedah dalam melindungi gigi dari kejadian kerak-kerak kuning pada gigi (Plaques) dan kereputannya.

12. Cirit-birit disebabkan Kuman
Ia dapat merawat masaalah cirit-birit dengan membunuh kuman-kuman yang menyebabkannya, seperti Kolerra, Shigella dan E.Colli yang berupaya menentang beberapa antibodi.

13. Kencing Manis
Ia dapat mengurangkan tahap kandungan gula di dalam darah.

14. Rheumatisme
Dalam bidang perubatan tradisional di timur tengah, ia digunakan sebagai bahan anti radang (Anti Inflammatory) dan anti-rheumatism (antirheumatic) dan digunakan dalam rawatan kepada migrain.

Mereka yang alim di dalam bidang perubatan berkata: ” Antara manafaat-manafaat Habbatus Sauda ialah:
i . Ia bertindak menghilangkan bengkak.
ii. Ia amat berfaedah dalam membuang lendir dan gelema dan mengeluarkan angin.
iii. Jika ia ditumbuk halus dan diuli dengan madu lebah serta diminum dengan air panas ia akan mencairkan batu-batu karang, melancarkan air kencing dan haid.
iv. Jika ia ditumbuk halus dan diikat didalam kain kapas atau kulit lalu dicium, maka ia memberi manfaat dalam penyembuhan selsema.
v. Jika diminum seberat 1 mithqal (4.235 gram) Habbatus Sauda dengan air, ia memberi manfaat dalam merawat kesesakan nafas,
vi. Jika ia dibungkus dengan kain maka ia memberi manafaat dalam merawat sakit kepala yang sejuk,
vii. Jika Habbatus Sauda dimasak dengan cuka dan berkumur-kumur dengannya maka ia memberi manafaat menyembuhkan sakit gigi.”


Kaedah Rawatan Selesema.

Ahad, 21 April 2013


Assalamualaikum dah hai semua!

Sejak dua menjak ni cuaca tidak menentukan kan? Sekejap panas sangat. Sekejap hujan lebat. Ramai juga yang mendapat selesema dan batuk. Termasuklah Aariz. Kesian Aariz sebab dia tak pandai nak buang kahak lagi kan. Kalau sebelum ni, saya memang jahil bab-bab perubatan ni. Asal sakit, telan ubat. Asal tak sihat, cari farmasi. Sekarang tidak lagi. Sikit-sikit mencari ilmu untuk mengamalkan Natural Remedies. Jadi, saya rasa terpanggil untuk kongsikan ilmu yang saya dapat ini kepada semua orang. Jom baca!




INFO AM YANG WAJIB ANDA TAHU:

Pastikan anda tidak memberi sebarang ubat antihistamin kepada kanak-kanak bawah 2 tahun, atau sebaiknya selagi anak tidak tahu membuang hingus sendiri. Ubat selsema tidak membantu bayi anda merawat selsema dan mempunyai kesan sampingan yang buruk.
(Topik ini telah banyak dibincang, jadi guna search button tentang kesan antihistamin)

Elakkan pengambilan gula ketika diserang selsema batuk kerana GULA adalah MAKANAN VIRUS dan BAKTERIA yang boleh menyebabkan virus atau bakteria lebih aktif dan membiak.

Selsema atau batuk kebiasaannya berlaku disebabkan virus, jadi rawatan yang terbaik ialah dengan memakan makanan antiviral seperti bawang putih atau kunyit dan lainnya (rujuk photo penawar semulajadi cari antiviral foods) . Antibiotik tidak diperlukan merawat penyakit disebabkan virus. Antibiotik hanya membunuh bakteria samada baik atau jahat. Selsema batuk yang mengeluarkan kahak jernih biasanya disebabkan virus, jika kuning, biasanya disebabkan bakteria beserta demam yang tinggi , susah bernafas dan sakit otot. Jika disebabkan bakteria, anda boleh mengambil probiotik.

Tapi, sekiranya sudah termakan antibiotik, perlu dihabiskan dan makan sekali dengan probiotik supaya bakteria baik kekal dalam badan.

Lendir yang terlalu lama di tekak boleh menyebabkan masalah lain seperti tonsillitis, laryngitis, pharyngitis dan beberapa jangkitan di dalam paru-paru seperti acute bronchitis, pneumonia terutamanya bacterial pneumonia dan influenza pneumonia. Jika ada tanda-tanda jangkitan kepada penyakit ini, antibiotik boleh diambil beserta probiotik. (Search button tentang info probiotics and antibiotics)

PENAWAR:

1. Sup tulang atau bone broth atau sup ayam sebagai penawar (untuk anak 8 bulan ke atas setelah boleh memakan makanan drpd sumber protein i.e ayam) :
Cara masak : Rebusan tulang (rebus tulang with lots of onions, garlic sedikit halia dan bay leave) put in carrots, leaks and celery.

Note from Farah Rahim (kes anak tak mahu makan semasa sakit disebabkan virus)

Nak lawan virus kena lawan dengan protein. Virus "hirup" protein dr badan anak so dia kena makan high protein food. But the problem is selera tak ada, and body tak boleh nak digest food lebih2 so the highest protein in the form of liquid is bone broth. Dia hirup sup sahaja pun dah kira ok dah sebab semua dah meresap dalam stock tu. Give anak fresh juices as well. From food high in vitamin C like guava...papaya...also try and get some probiotics if u can. VCO pun bagus and body needs protein to produce white blood cells (antibody)

2. BAWANG PUTIH :
Buat minyak bawang putih untuk sapu pada dada anak (Rujuk link ini untuk mengetahui cara-caranya).

3. GARLIC SOCKS :
Juga boleh gunakan petua Garlic socks :
Letakkan bawang putih pada stokin anak. Caranya : Pakaikan anak stokin berlubang besar sedikit sprt jenis berkait atau yg berlubang- lubang, kemudian ambil sehelai lagi stokin masukkan bawang putih yg telah ditumbuk tidak perlu lumat, untuk bayi ambil separuh bawang putih dahulu ditakuti kaki anak terlalu kepanasan (tujuan guna 2 stokin berlapis adalah bagi mengelakkan tapak kaki bayi kemerahan sbb kepanasan bawang putih). Jika bayi tidak selesa, boleh gunakan shj minyak bawang putih yang telah dibuat sprt tips di atas, dan sapukan pada tapak kaki anak.

Untuk anak yg lebih dewasa, boleh guna sehelai stokin sahaja atau lekatkan sahaja bawang putih di tumit menggunakan handsaplast. Biar anak tidur semalaman begitu. Selalunya, nafas anak juga akan berbau bawang putih apabila bangun tidur. Tujuannya supaya bawang putih itu menyerap dalam kulit sebagai antivirus .

Garlic enters your system and heads straight for the lungs.Garlic is amazing for the lungs. This is a great way to fight bacterial infections. It also enhances your immune system and fights viruses at the same time

4. KUNYIT
Kunyit hidup juga boleh digunakan dengan cara tumbuk sedikit kemudian sapukan di hidung .

5. PENAWAR LAIN MELALUI CARA MENGENAL KAHAK:
Penawar lain perlu anda lihat warna hingus (keluar melalui hidung) atau kahak (keluar melalui mulut)
Jika jernih = badan sejuk = rawat dengan makanan panas seperti madu,buah delima atau habbatussauda.
Jika pekat, hijau atau kuning = badan panas = rawat dengan makanan sejuk seperti barli, air kelapa , air asam jawa atau kembang semangkok.

TEKNIK RAWATAN:

1. STEAM dan PERCUSSION.

Kedua-dua teknik ini paling penting untuk anda lakukan untuk melonggarkan paru-paru dan mengeluarkan kahak. Susah atau senang, anda perlu cuba lakukan secara rutin paling kurang 2 kali sehari. Teknik ini juga mengambil masa untuk pesakit sembuh kerana tidak menggunakan ubatan yang mengandungi dadah. Fungsi teknik ini sama dengan fungsi salbutalmol.

Rujukan: http://shehanzstudio.blogspot.com/2011/10/anak2-flu-batuk-ada-bagusnya.html?m=1
*jika sukar, boleh pasang shower water heater dalam toilet, penuhkan toilet dgn wap , bawa masuk anak bila wap sudah banyak. Biarkan beberapa minit anak di dalam toilet (dudukkan dia dalam besen mandian bersama mainan nya supaya anak diam)
*jika susah juga, ambil tutup periuk nasi yg baru masak, wapkan ke muka anak dgn cara selubungkan kepala dgn tuala (buka muka sikitlah)
Semua cara ini, biarkan saja jika anak menangis, itu sangat bagus membantu melonggarkan paru-parunya.

Terapi untuk yang lebih dewasa boleh rujuk :
http://www.cff.org/UploadedFiles/treatments/Therapies/Respiratory/PosturalDrainage/An-Introduction-to-Postural-Drainage-and-Pecussion-03-2012.pdf

2. NETI POT:

Atau cara lain ialah dengan cara mengeluarkan hingus menggunakan Neti Pot rujukhttps://www.facebook.com/photo.php?fbid=10152043164688797&set=oa.245724245556461&type=1&src=https%3A%2F%2Fm.ak.fbcdn.net%2Fsphotos-d.ak%2Fhphotos-ak-ash4%2F311183_10152043164688797_702197850_n.jpg&size=350%2C270

Boleh juga masukkan air ke dalam hidung kemudian hembuskan keluar kembali seperti cara sunat berwuduk. Air akan keluar bersama hingus dan bakteria juga.

Info natural remedies lain : http://www.nourishingmeals.com/2012/11/natural-home-remedies-for-cold-and-flu.html?m=1

ALAHAN:

Kahak yang melekat

Mereka yang mempunyai masalah lendir di waktu pagi selalunya mengalami keadaan di mana lendir ditekaknya akan selalu “melekat” di situ. Keadaan ini dinamakan “POST NASAL DRIP” keadaan di mana lendir yang dikeluarkan dari hidung (nostril) tidak meleleh keluar melalui lubang hidung tetapi mengalir ke belakang hidung dan berkumpul di tekak.
“Post Nasal Drip” selalunya sangat berkait rapat dengan allergik atau sinusitis. Selain itu tabiat menghisap rokok juga menyebabkan lendir di tekak dan sukar dibuang. Bagi penghisap rokok yang kronik, selalunya kesan jangka panjang ialah paru-parunya sentiasa berlendir ( chronic bronchitis) dan kadang kala rosak paru-parunya dan sukar bernafas (emphysema).
Sumber: http://drzubaidi.wordpress.com/2010/04/22/lendir-degil-di-dalam-tekak/

Jika anak sering selsema pada waktu pagi, ia disebabkan alah pada suhu sejuk pagi atau habuk di permukaan tilam atau sekelilingnya (alergi). Selsema juga boleh berlaku jika elergi pada makanan yang di makan this is more to resdung or sinus. Jadi anda perlu elakkan anak anda daripada masalah ini.



P/S : Credit to sis Fakhron Diyana Fakruddin dan Laman Kesihatan Ibu, Bayi dan Anak-anak

Kasut Pertama Aariz

Jumaat, 12 April 2013


Assalamualaikum dan hai semua!

Dah lama simpan keterujaan nak publish entry ini! Sebab naluri keibuan agaknya ya :) Hehehe..
Inilah kasut pertama Aariz! Kasut comel ini dibelikan oleh Mak Ngahnya yang tengah sarat mengandung.
Memang adik saya tu sangat-sangat obses dengan Aariz. Kejap belikan baju. Kejap belikan topi. Kali ni belikan kasut pula! Walaupun Aariz belum boleh berjalan lagi kan, tapi dia memang super duper excited nak belikan itu ini utk Aariz. Maklumlah, Aariz kan anak saudara dan cucu pertama dalam keluarga kami!

Sekarang Aariz dah ada kawan tau. Nama dia Muhammad Furqon Hafiy bin Mohd Fadil yang dilahirkan ke dunia ini pada 14 Mac 2013. Cucu kedua selepas Aariz! Pejam celik, pejam celik tahu-tahu Furqon dah ada dengan Ummi & Walidnya.


Inilah wajah kesayangan kami semua! Furqon yang comel! 

Memang menggeramkan bila tengok muka Furqon ni. Bila pegang dia, asyik nak cium je sebab bau baby kan? Memang ada aroma tersendiri. Wangi! Tapi tu la, dia baby lagi kan. Belum pandai main lagi. 
Hanya tidur, tidur, makan, berak. Hahahaha. Itulah rutin harian seorang yang bergelar baby kan. Macam kita dulu-dulu juga lah ye dak? :)

Balik kampung hari tu sekejap je. Tak puas pegang Furqon lagi sebab sibuk dengan Aariz je kan. Takpe, 20 haribulan ini In Shaa Allah kami akan pulang lagi untuk mengadakan Kenduri Doa Selamat untuk Aariz dan Furqon bersempena dengan Majlis Pernikahan adik saya. Semoga semuanya berjalan lancar. Amiiiiiin...

Inilah Aariz bin Azri anak pintar Ibu Ayah! Sayang Aariz! Semoga Aariz menjadi anak yang pintar dan soleh!
Amiiiiiiin...
Okay. Baibai.


EDIT HTML Berubah Wajah!

Rabu, 10 April 2013

Klik pada gambar untuk lebih jelas ya!
Daripada malam semalam bersemangat waja saya nak edit blog. Tapi bile tekan EDIT HTML.... Tadaaaa!! Interface untuk edit html sudah berubah! Kalut sekejap mencari di mana nak edit ni? Hahaha! Tekan sana, tekan sini tanpa perasaan. Eh! Ni macam Notepad++!

Interface baru ni memang macam dalam Notepad ++. Teratur susunan dengan setiap nombor kat sebelah kiri tu. Siap ada pelbagai warna lagi! Hijau, biru, hitam dan merah untuk membezakan 'tag' dan 'text'.

Siap ada menu bar lagi! Ada pilihan untuk Save Template, Jump To Widget, Edit Template, Preview Template, Format Template, Revert Changes dan Revert Widget Templates to Default.

Setakat yang saya nampak ni, nak Preview Template dah terus boleh tengok di bawah tu. Takkan auto buka tab baru di browser. Untuk edit template macam kita dah biasa buat sebelum ni, kena klik pada tanda segitiga warna hitam, No.10 sebelah tag <b:skin> seperti gambarajah di bawah!

Klik pada gambar untuk lebih jelas ya!

Apa-apa pun, interface baru ni lebih kemas daripada sebelum ni yang hanya seperti notepad semata-mata. Tanpa ada perbezaan warna. Hehe.. Walaupun macam terkalut sikit nak belajar benda baru ni, mesti digagahi juga ya!

Jom belajar EDIT HTML guna interface baru!

No Sew Ringsling!

Selasa, 9 April 2013


Assalamualaikum dan hai semua!

Jeng jeng jeng! Ini lah dia al-hasil ringsling tanpa jahitan saya! Jahit di hujung je untuk kelihatan lebih kemas tanpa rambu ramba benang-benang yang bergayutan kan.. Tapi bukan saya yang jahit sebab saya mana ada mesin jahit. Makcik kedai jahitlah yang jahit. Hehehe. Memang 'excited' sangat nak pakai ringsling ni. Jahit malam Jumaat lepas, petang Sabtu dah pakai pegi jalan-jalan di Tesco. Memang best dan dijamin sangat selesa tak terkata! Sebab saya boleh spread kain di bahu tu lebih sikit mengikut keselesaan saya kalau nak dibandingkan dengan ringsling yang saya pernah gunakan sebelum ini.

Kalau ikutkan, memang tak berani nak jalan-jalan pakai ringsling tanpa jahitan ni sebab bimbang kalau-kalau kain di bahu terlucut! Tapi macam saya cerita sebelum ni lah kan, dapat sokongan dan tunjuk ajar daripada kak Cham yang saya kenali di Group Kumpulan Ibu2 Menyusukan di Facebook. Beliau sangat baik hati tanpa jemu melayan soalan-soalan pelik saya yang baru nak cuba-cuba memberanikan diri menggunakan ringsling tanpa jahitan ini! Beliau sangat otai bab-bab ringsling okay! (Tabik spring lah!) Sebelum ni saya cuma berani menggunakan ringsling tanpa jahitan di rumah dengan menggunakan kain batik lepas. Itu pun ketika keadaan memaksa bila mana Aariz meragam nak dipegang saja kan.. :)

Serius saya sudah jatuh cinta dengan ringsling tanpa jahitan! Sebab apa? Sebab boleh pilih apa-apa corak kain cotton yang saya inginkan! Tanpa had! Modal pun tak sampai RM150.(Kurang RM1 nak cukup RM100) Ini pun bergantung kepada harga kain yang berbeza-beza mengikut jenis kan?

                           Kain cotton bidang 45 (3 meter) = RM67 (Termasuk postage)
                                         Ring Aluminum (saiz L) = RM32 (Termasuk postage)
                                                                        Total = RM99

Kalau pakai kain batik lepas jauh lebih murah daripada ini! Modal tak sampai RM70 pun. Jimat kan?

Okay. Sampai sini dulu nak cerita keterujaan saya dengan ringsling baru ni. Sakit gigi dari pagi tadi masih belum kurang lagi denyutannya. Nak cuba letak asam keping seperti yang suami saya cadangkan. :) Harap-harap berhasil dengan jayanya!

P/S : Sekarang cuaca tidak menentu. Sekejap hujan lebat. Sekejap panas sangat. Jangan lupa banyak-banyak minum air masak untuk elakkan badan kita kekurangan air ya! Kita boleh sentiasa kekal sihat kan? Take care!



Rainbow Kurus : Ring Sling Ketigaku!

Khamis, 4 April 2013

Gambar ditangkap oleh colleague menggunakan HTC Sensation XL. :)

Tadaaaaa!! Hari ni nak show off kain cotton yang baru sampai :) Cantik kan tiny stripes ni? Saya panggil Rainbow Kurus. Semalam tempah, hari ni sudah sampai! Memang best membeli online. Hehe. Kalau tak percaya, tanyalah mereka yang biasa membeli online. Kalau tak kawal, memang boleh ketagih tau! Jadi, silalah berhati-hati dan berpada-pada (pesan untuk diri sendiri jugak..) Maklumlah, mudah nak membeli kerana kuasa membeli di tangan kita. Wah! Tapi yang paling penting tak perlu membazir duit minyak kenderaan, tak perlu buang tenaga nak berjalan ke sana sini, tak perlu fikir kat mana nak park kereta. Dengan suasana pejabat yang sangat selesa; ada komputer semestinya! Pembelian online menjadi sangat mudah! Hanya di hujung jari je! :) Klik klik klik dah siap tempah! Tinggal tunggu je barang sampai.

Niat di hati nak beli wrap dan ssc sebelum ni. Tapi oleh sebab minda dah kena 'racun' dengan ring sling seorang kawan, akhirnya saya beli juga kain cotton 3 meter ini. Lagipun terfikir, apa salahnya beli satu lagi ring sling sebab asyik pakai ring sling yang sama saja. Ring sling yang first beli dulu dah tak sesuai nak pakai lagi sebab boleh 'cradle carry' je dan lagipun sebab Aariz dah semakin berat. Tak safety kalau nak duduk dalam ring sling tu disebabkan oleh ring nya yang memang tak selamat! Kalau tak salah ring yang digunakan pada ring sling tu ialah jenis kraf punya; ada 'gap' di tengah ring. Sangatlah tidak selamat untuk digunakan!

Kali ni saya nak cuba menggunakan ring sling yang tidak dijahit macam dalam video di bawah ni :) Serius pengalaman menarik! Sebelum ni saya cuma berani guna ring sling yang tidak dijahit dalam rumah je; guna kain batik lepas beli di pasar malam. Tapi sekarang rasa bersemangat pula nak mencuba ring sling tanpa jahitan ni di luar. Memang terima kasih pada Kak Cham yang bagi nasihat dan galakan untuk mencuba ring sling tanpa jahitan ini.



Nanti saya akan update pic ring sling tanpa jahitan saya ya! Excited nak guna malam ni! Hahaha! Kalau hantar ke kedai untuk jahit tepi aci tak? Excited punya pasal la ni.
Saya pun baru nak berjinak-jinak dengan kain cotton dan rasanya memang sudah jatuh cinta dengan kain cotton ni! Bulan depan dan bulan-bulan seterusnya boleh la beli lagi kan kan? :)

 

Nadia Bakar© - Perfume Original Branded Copyright © 2013