Header Doodle Yang Comel!

Jumaat, 1 Mac 2013

Assalamualaikum dah hai semua!

Daripada hari Isnin sampai Jumaat ni, tersangatlah sibuk! Daripada hari Isnin lagi nak post entry ni. Tapi kena dahulukan kerja-kerja yang banyak tu dulu. Hehe..Tak baik tangguh-tangguh kerja kan? Lagipun memang syarikat bayar gaji untuk buat kerja-kerja yang banyak tu. Jadi, sila jangan merungut! :) No no no..

Okay back to cerita sebenar yang nak diceritakan dalam entry kali ni.. Berkenaan Header Blog!
Entry ni kiranya special untuk Kak Safiena yang sangat baik hati! Mudah bekerjasama dengan beliau tau!

Al-kisah, waktu lepas beli domain, saya teringin sesuatu yang comel untuk konsep blog picisan yang tidaklah seberapa ini. Hehehe.. Godek-godek google. Singgah menyinggah blog-blog lain, akhirnya macam terjatuh cinta pulak dengan DOODLE! Tapi maklum la, tak pandai bab-bab melukis doodle ni. Last saya melukis pun waktu tingkatan satu dulu. Itupun sempat belajar lukis kepala je dengan kawan. Hahaha. Jadi saya pun dengan bersemangatnya terus PM kak Safiena di Facebook. Hasilnya? Lihatlah Header ku di atas itu. Comel kan? :)

Kenapa saya boleh jatuh cinta dengan doodle moodle ni? Sebab doodle adalah sesuatu yang comel! Tak percaya sila tengok gambar-gambar di bawah ni. :) Ini contoh doodle FREEBIES yang saya ambil dari blog kak Safiena yang beliau kasi FREE kepada semua. Baikkan beliau?
Amacam? Comel kan? Cute kan? Sweet kan? Nampak je macam simple doodle-doodle ni, tapi sangat memerlukan daya kreativiti, imaginasi dan kemahiran untuk melukisnya dan yang paling penting ada trademark sendiri! Bukan ciplak orang lain punya haaa.. Yang pastinya, nak hebat sebegini, kenalah praktis hari-hari kan?

Sebenarnya, daripada proses blogwalking saya, ramai lagi pelukis doodle (doodler) yang tak kurang juga hebatnya macam Kak Dysha, Kak Cci, Apit - Ini antara doodler favorite saya lah :) Doodle-doodle mereka sangat comel tau! Boleh tempah kalau mahu. Nak belajar pasal blog pun boleh terjah blog diorang sebab ada menyediakan tutorial blog. Hehehe.

Cukup setakat ni dulu. Sekadar nak lepaskan gian nak menaip...

Jom layan video ni dulu!



P/S : Nak comelkan blog? Jom KLIK SINI.







 

Nadia Bakar© - Perfume Original Branded Copyright © 2013