Belajar Edit Blog

Rabu, 20 Mac 2013

Assalamualaikum dah hai semua!

Ish! Ish! Ish! Sikit-sikit dah nampak sawang di blog saya ni. Dah agak lama tidak update blog kerana sibuk dengan kerja dan sibuk dengan aktiviti bisnes di Facebook.Kepada yang berminat untuk membeli handbag murah dan cantik, boleh la membeli dengan saya ya. (Ececece promote sikit!) Like page Oh! My Bags untuk dapatkan FREE POSTAGE! (Like jangan tak Like! Hehehe)

Dalam pada saya sibuk meniaga dan bekerja, hari-hari juga kepala ni fikir untuk revamp template blog picisan saya ni. Kiranya buat make over blog lah ni walaupun tidaklah hebat bab-bab coding dan design kan? Hehehe. Guna Adobe Photoshop pun masih terkial-kial. Terkedek-kedek mencari tutorial seantero Google.Com! Atas nasihat beberapa sahabat yang baik dan otai dalam bab-bab design blog ni, saya rasa teringin nak menggunakan template Minima dan al-hasil, dapatlah mengubah sikit paras rupa blog saya. Takde buat testing kat blog lain, terus je bantai buat kat blog ni. Hahaha!

Betul kata Sha The WhiteyMommy, design blog bukanlah semudah yang disangkakan dan memang patut pun mereka yang mengupah designer untuk design blog kena sabar menunggu blog disiapkan. Kalau nak blog yang marvelous lagi lah kena steady menunggu hasilnya sebab memang boleh bikin pecah kepala nak memerah idea di samping 'bergaduh' dengan coding! Try and error and adjust! :)

Dah lama tak update blog. Banyak cerita yang nak ditaip di dalam ni sebenarnya. Tapi saya simpan dulu dalam draft. Ikut turutan untuk di publish kan. Hahaha. Ini semua gara-gara belum siap edit template blog. Rasa macam tak lengkap pulak blog tak serupa blog. Konon-konon nak sesuatu yang comel (Nak yang comel saje!) untuk design blog baru best nak publish entry. Boleh? Takpe, kalau orang rasa saya ni poyo. Tak kisah. Memang saya poyo. Hehehe. Soon nak publish tentang anak saudara pertama, tentang kejakunan  di KLCC, tentang sahabat baik dan macam-macam lagi lah! Semuanya semata-mata berdasarkan kisah benar daripada pengalaman saya sendiri. Tiada kena mengena dengan orang lain ya.

Okay. Cukup dulu buat sementara waktu. Saya nak pergi ambil Aariz di rumah pengasuh. Rindu sangat pada Aariz sepanjang waktu bekerja tadi.

P/S: Jom layan adik beradik comel ini nyanyi Oppa Gangnam Style! Sangat comel!

4 ulasan:

  1. mcam ada something wrong somewhere blog ni..hehehe

    BalasPadam
    Balasan
    1. Hehehe.. Tengah belajar² lagi ni bang Reezluv :) TQ sudi komen..

      Padam
  2. All the best to you dear dlm proses pembelajaran edit mengedit blog hihi.. memang susah dan kene berperang dgn code. Kekadang tu sampai tak lena tidur dibuatnya huhuhu..

    BalasPadam
    Balasan
    1. Thanks kak Pina :)
      Huwaaa perang sampai tak lena tidur! Betul tu. Hikhik

      Padam

Thanks For Your Comment!

 

Nadia Bakar© - Hidup Lebih Mudah Dengan EO Copyright © 2013