Khasiat Bawang Putih : Minyak Bawang Putih

Ahad, 24 Februari 2013

Assalamualaikum dan hai semua!

Dua hari lepas Aariz kena cucuk 5 bulan. Alhamdulillah dia tak demam.
Tapi petang semalam, lepas ambil Aariz dari rumah pengasuh, badan Aariz panas sikit dan dia meragam sampai malam. Dia tak boleh tidur awal macam selalu. Merengek tak henti-henti.

Awal subuh tadi bila pegang badan Aariz, dah surut panasnya. Tapi saya dengar bunyi nafas Aariz macam berkahak sikit. Tiba-tiba Aariz terbatuk! Alahai..Ini first time Aariz jatuh sakit.

Tapi saya memang takkan bagi Aariz ubat sebab saya percaya pada kekuatan susu ibu dan 'home remedy'.
Automatik teringat tentang satu teknik untuk masalah baby yang mengalami selesema dan batuk yang pernah saya baca di Internet hari tu.

Ya! Minyak Bawang Putih! :)

Ada yang bertanya, minyak bawang putih? Beli kat kedai ke? Apa brand?

Hehehe.. Tidak tidak.. Nehi babuci!

Minyak bawang putih yang saya guna ni 100% buatan sendiri.
Yup! Memang dijamin buatan sendiri dan anda pun boleh buat :) tak sampai 5 minit pun nak buat tau!
In shaa Allah teknik 'home remedy' ini akan mempercepatkan proses penyembuhan batuk dan selesema.

Mari saya nak kongsi cara-cara nak buat Minyak Bawang Putih ni.

Bahan-bahan :

  • Seulas bawang putih
  • Minyak masak / minyak zaitun / minyak gamat (Ikut keselesaan anda ya..)
  • Garfu
  • Lesung batu 

Cara-Cara :

Bakar bawang putih tanpa perlu membuang kulitnya.
Lenyek bawang putih menggunakan lesung batu dan letak minyak masak.
Akhir sekali, sapukan minyak pada bahagian dada, belakang, leher dan kaki.
( Jangan lupa pakaikan stoking ya. Paling sesuai sapu sebelum tidur )
Oh ya! Ada juga yang pernah mencuba 'Garlic Socks' (Stoking Bawang Putih)
Untuk tahu lebih lanjut, boleh baca di blog Puan Hanna.

P/S : Tips minyak bawang putih ini juga boleh digunakan oleh wanita mengandung yang bimbang dan was-was untuk makan ubat ya.

Jom baca tentang khasiat bawang putih yang hebat ini!



  1. Bawang putih membantu saluran darah untuk mengembang dan seterusnya mengawal tekanan darah dengan baik bagi mengelakkan risiko darah tinggi dan strok kerana ia akan merangsang penghasilan nitric oxide pada dinding saluran darah.

  2. Bawang putih kaya dengan bahan antioksida seperti Selenium yang membantu mengurangkan radikal bebas di dalam darah yang akan membantu mengurangkan risiko mendapat kanser.

  3. Bawang putih mengandungi Allicin yang bertindak sebagai antivirus dan antibakteria dalam memusnahkan beberapa mikrob dan berfungsi untuk mengatasi masalah jangkitan perut, jangkitan influenza dan sebagainya.

  4. Bawang putih mempunyai bahan anti inflammatory (anti keradangan) yang dapat membantu mengurangkan penyakit asma, mengurangkan keradangan pada artritis sendi seperti rheumatoid atau pun osteoarthritis.

  5. Bawang putih amat baik untuk pesakit yang menghidap masalah tiroid kerana bawang putih mempunyai kandungan iodin yang tinggi.

  6. Bawang putih membantu proses pencernaan di dalam saluran makanan kerana ia akan merembeskan asid gastrik pada lapisan perut.

  7. Pengambilan bawang putih sebanyak 2 hingga 3 biji sehari selama tiga minggu akan meningkatkan sistem pertahanan badan (immune system) kerana aktiviti sel darah putih akan meningkat untuk melawan jangkitan dan tumor.

  8. Bawang putih dapat membantu menurunkan kolesterol di dalam saluran darah dan seterusnya mengurangkan risiko penyakit jantung.
Hebat kan bawang putih ni? Tapi awas, pengambilan bawang putih yang banyak boleh menghasilkan bau badan yang kurang enak. 

Selamat Mencuba!


Aariz yang selesema dan batuk. Get Well Soon dear :)

 

Nadia Bakar© - Perfume Original Branded Copyright © 2013