Frust Menonggeng?

Sabtu, 23 Februari 2013



Pernah rasa macam ni tak?
Frust menonggeng! Rasa dah taknak kenal lelaki lagi! Lelaki semuanya sama je! Baik takyah kawin sampai bila-bila! 

Wah betul punya frust tu! 
Kamon lah! Kenapa sebab putus cinta tertonggeng-tonggeng sangat perasaan tu. Banyak lagi benda berfaedah boleh buat daripada rasa yang bukan-bukan macam tu kan?

Huh! Kau cakap senanglah! Bukan kau yang rasa semua ni!

Betul, kau yang rasa semua ni. Bukan aku. 
Tapi apa keperluan melayan perasaan-perasaan kurang enak macam tu? 

Saya pun macam orang lain juga, pernah rasa putus cinta. Tersayat hati, sakit hati, merana hati waktu tu. Tapi bila dikenang-kenangkan balik, membazir masa je meneruskan hidup dengan rasa-rasa yang tak bagus macam tu. Sebab yang paling utama : Berapa lama lagi kita nak habiskan dan bazirkan masa semata-mata kerana kita ditinggalkan, ditipu, dicurangi oleh insan yang kita sayang, kita puja bagai nak gila tu kan? 

Meh nak kasi tips sikit macam mana nak kendalikan perasaan bila putus cinta! :) Sebab, yang paling penting bila putus cinta ni ialah mengalihkan perasaan kita kepada perasaan yang lebih baik iaitu bahagia dan gembira!

Berdoa dan mengadu pada Allah adalah salah satu terapi yang paling berkesan untuk mengendalikan perasaan kecewa sesiapa pun. Kerana apa? Kerana dengan berdoa dan mengadu pada Allah kita akan rasa diri masih disayangi oleh Allah. Bila berdoa dan mengadu pada Allah lazimnya pasti kita akan bersungguh-sungguh dan diiringi dengan tangisan kan? Tak mengapa, jika tangisan tu dapat melegakan hati kita yang sedang meruntun. Menangislah sepuas-puasnya! Allah itu Maha Mendengar lagi Maha Mengasihani.

Luahkan. Yes! luahkan pada seseorang yang paling kita percaya. Untuk apa? Supaya masalah kita tu didengari oleh orang lain. Supaya kita boleh berfikir melalui pemikiran orang lain yang mendengar masalah kita tu. Sebabnya, bila kita dalam situasi kecewa dan sedih yang teramat sangat, kita tak mampu lagi berfikir secara waras dan rasional. Sebab tu bukan sikit-skit orang yang sangatlah tergamak bunuh diri sendiri. Jadi, please lah luahkan rasa tak bagus tu ya!

Lakukan aktiviti luar daripada kebiasaan kita. Kalau sebelum ni boleh jadi aktiviti yang biasa kita lakukan ialah menonton wayang, bershopping, lepak dengan kawan-kawan, bila dalam keadaan begini, lebih baik lakukan aktiviti-aktiviti luar daripada kebiasaannya. Ada kajian bahawa aktiviti ekstrem seperti flying fox, rafting, berkayak, hiking boleh mengurangkan stres dan masuk rumah hantu kat funfair pun boleh kurangkan stres. Pelik kan? Tapi itu yang saya baca lah. Boleh try test tengok.. Hehehe..

Bersenam! Percayalah, dengan melakukan aktiviti fizikal ini anda mampu untuk memperbaiki perasaan-perasaan yang kurang enak tadi. Secara tak langsung anda mampu berfikir dengan akal, bukan perasaan kerana bila akal kita dalam keadaan stabil, perasaan-perasaan tak bagus tu semakin lama makin mengecil. Boleh tingkatkan stamina di samping memiliki shape badan yang lebih cun nanti! Hehe... Berbaloi-baloi kan?
Meh cuba Zumba Dance kalau anda minat menari tau. Kalau tak minat pun, apa salahnya cuba sesuatu yang menyeronokkan kan? Hehe..

Menonton cerita lawak. Cara paling mudah ialah dengan menonton di Youtube. Cari je video-video Maharaja Lawak contohnya. Dengan ketawa, anda mampu mengubah emosi yang negatif tu! Cubalah!
Cer klik sini untuk bergelak ketawa. :)

Membaca juga dapat mengalihkan fokus daripada rasa kecewa yang sangat-sangat tu kepada pembacaan kerana dengan membaca kita menghayati dan meletakkan diri kita di dalam pembacaan kita. Betul tak? Bacalah buku tentang apa saja. Boleh juga baca novel, cerpen contohnya. 
Meh layan cerpen di sini.
Memang banyak cerpen-cerpen di sini. Banyak juga informasi tentang novel. Nak upload cerpen sendiri pun boleh.

Beri peluang pada diri sendiri untuk berasa bahagia dan gembira! Lazimnya, bila putus cinta mesti nak terus-terusan menyalahkan diri, menyalahkan pasangan kita, menyalahkan pelbagai lagi benda yang berkaitan kan? Tak kurang juga ada yang menyalahkan takdir! Nauzubillahiminzalik! Tak mau macam tu ya.

"Kalau lah macam ni.. Kalaulah macam tu... Kenapa macam ni? Kenapa macam tu?"

STOP!

Jangan membiarkan fikiran dan perasaan kita masih lagi pada masalah putus cinta tu. Jangan! Kasihanilah diri kita yang tiada gantinya. Kita tiada diri yang lain. Hanya yang satu inilah kita. Berilah peluang pada diri kita ni untuk berada di dalam zon bahagia dan gembira! Kalau tak kita, siapa lagi yang akan bantu? Dia sudah kecewakan awak. Takkan awak nak terus kecewakan diri sendiri? Takkan awak nak terus tidak menghargai diri sendiri? Takkan awak nak teruskan hidup awak yang tak tahu bila akan berakhir tu dengan perasaan yang tidak-tidak macam ni? Yang awak perlukan sekarang ialah untuk berasa bahagia dan gembira. Jadi berbahagialah! Bergembiralah! Biarkan rasa kecewa itu berlalu dengan masa kerana adakalanya sesuatu masalah itu tidak dapat diatasi dengan apa-apa tindakan. Tapi dengan masa yang berlalu, semuanya akan kembali pulih nanti. Apa yang paling penting sekarang ialah rawatlah hati kita!

Okay senyum sikit!
Gooooood...
Sekarang masa untuk bahagia dan gembira!
Good luck!

P/S : Sesambil layan Zikir Terapi Diri by Hafiz Hamidun di Youtube. Hehehe...
 

Nadia Bakar© - Perfume Original Branded Copyright © 2013