Checklist Untuk Bakal Ibu

Sabtu, 23 Februari 2013



Ada beberapa orang kawan saya yang bertanyakan tentang keperluan untuk bersalin. Ini kes first time nak bersalin la ni.. :) Oleh sebab saya dah pun selamat bersalin anak pertama pada 13 September lepas, tu yang ingat nak share kat sini. Jadi, kepada bakal ibu sekalian, boleh la menggunakan senarai keperluan yang saya tulis ni. Apa-apa pun, boleh diubah mengikut kesesuai & keselesaan masing-masing :)

Persediaan Untuk Ibu 
1. Baju lengan panjang & longgar - 5 helai (kalau boleh elakkan lengan pendek sebab takut masuk angin)
2. Kain batik - 5 helai
3. Baju sejuk (sweater) -1 helai
4. Stoking tebal (panjang) - 3 helai
5. Tuala mandi - 1 helai
6. Tuala muka/tisu muka
7. Tuala wanita bersalin (maternity pad) - 1 pek (jenis adhesive)
    * Ada sesetengah wanita suka menggunakan pad biasa (period) jenis overnight. Tapi bergantung pada kuantiti darah nifas kita. Manakala ada yang berpendapat tak sesuai guna pad biasa sebab agak keras permukaannya berbanding maternity pad yang lembut permukaannya. Untuk yang bersalin normal, sangat-sangatlah sesuai & selesa.
    * Kalau boleh bawa pad biasa juga untuk kita double layer kan dengan maternity pad tu untuk mengelakkan kebocoran sebab maternity pad bentuknya straight je, takde curve macam pad biasa & tiada wing. :)
    * Brand yang dicadangkan : Pureen Madam maternity pads.
8. Air mineral/Milo
    * Milo Fuze yang jenis sachet tu lebih sesuai.
9. Selipar untuk ke tandas.
10. Bengkung
    * Boleh guna bengkung moden (jenis zap) atau bengkung tradisional jenis lilit.
11. Toiletries - Sabun, berus gigi, sikat, bedak, syampu, pencuci muka
12. Pam susu (jika perlu)
    * Lazimnya akan mengalami kesukaran untuk menyusukan baby sebab kita belum biasa & baby kita juga belum biasa lagi untuk menyusu badan. Masalah ini akan mengakibatkan bengkak susu. Jadi untuk mengelakkan masalah bengkak susu, kita boleh la pam ya :)
13. Handphone, charger handphone.
14. Tasbih (untuk yang beragama Islam)
    * Waktu sakit nak bersalin tu, memang sangat-sangat sakit. Jadi, untuk meredakan perasaan sendiri, lebih baik berzikir. Ini yang saya lakukan sewaktu dalam wad lepas pecah air ketuban. 

Persediaan Untuk Bayi 
1. Baju & Seluar panjang baby - 6 helai
2. Barut baby - 6 helai
3. Sarung tangan & Stoking baby - 6 pasang
4. Topi baby/Penutup kepala - 2 helai
5. Tuala mandi baby - 1 helai
6. Pampers (Size NEWBORN) - 1 pek
   * Brand yang dicadangkan : Mamy Poko
7. Lampin - 5 helai
8. Tisu basah (wet tissue)
9. Selimut - 1 helai
10. Minyak baby - Minyak Telon
   * Untuk disapu pada perut & kaki baby bagi mengelakkan masuk angin.
11. Losyen, Baby Oil, Shampoo baby
12. Botol susu (jika perlu)
13. Susu baby (jika perlu ) - 1 tin

Keperluan Semasa Pendaftaran 
1. IC
2. Kad kesihatan ibu mengandung (warna pink tu)
3. Guarantee Letter (sila dapatkan daripada HR company anda ya)
4. Kad Insurans (jika ada)
5. Surat dari majikan (jika perlu)
6. Surat daripada hospital/klinik jika ibu mempunyai masalah kesihatan.

INFO TAMBAHAN 
Jika anda ada mengalami tanda-tanda seperti di bawah, cepat-cepatlah pergi ke hospital ya :
1. Sakit yang kerap setiap 5minit di pinggang, ari-ari (macam senggugut)
2. Air kencing bersama darah atau lendir.
3. Pecah ketuban
4. Keluar air yang banyak tapi tiada rasa sakit.

Anda boleh copy semua maklumat ni untuk dijadikan rujukan ya :)

Jika ada sebarang cadangan / pertanyaan, sila komen :)


 

Nadia Bakar© - Hidup Lebih Mudah Dengan EO Copyright © 2013