Ahmad Adam Syukri Dalam Kenangan

Sabtu, 23 Februari 2013





"Setakat mana ALLAH pinjamkan dia untuk saya, saya terima. Saya akan jaga dia sampai akhir hayat saya. Adam tak pernah membebankan mama kan sayang? Mama sayang adam. Adam bukan anak yang membebankan. Adam anak yang baik.. Harap dapat dengar suara adam."
Tersayat hati saya dengan kata-kata ibu muda ini sewaktu dia memangku anaknya, Ahmad Adam Syukri yang mengalami masalah Brain Damage Severe HIE. Berkali-kali juga beliau mencium adik Adam. Tanda kasih sayang yang amat sangat dari hati seorang ibu kepada anaknya. Hati mana yang tidak sayu kan?

Saya terlambat mengetahui tentang adik Adam kerana sewaktu MHI menyiarkan tentang kisah adik Adam pada 10 Oktober 2012, saya sedang sibuk berpantang dan terlepas peluang untuk menonton siarannya.

Ketabahan sentiasa ada di wajah ibu adik Adam yang telah banyak berkorban selama ini. Kata-katanya juga menjadi bukti kesabaran yang tiada bertepi dalam melalui ujian ALLAH ini. Saya sangat kagum dengan kekentalan hati beliau dan saya yakin seluruh rakyat Malaysia juga turut sama merasai kehebatan jiwa Noraisyah Md Malena ini.



Sedikit info tentang adik Adam :

  • Adik Adam dilahirkan secara vakum pada 4 Mac 2012 di Hospital Sibu, Sarawak.
  • Semasa adik Adam dilahirkan, adik Adam dalam keadaan flat dan kekurangan oksigen. 
  • Adik Adam mengalami masalah Brain Damage Severe HIE (Hypoxic Ischemic Encephalopathy) atau lebih dikenali sebagai kerosakan pada urat saraf otak. 
  • Scan MRI pada 9 Mac 2013 otak adik Adam mengalami kerosakan yang teruk.
  • Adik Adam juga tidak pandai menelan airnya sendiri dan sepenuhnya bergantung pada mesin oksigen untuk terus hidup.
  • Adik Adam juga bergantung kepada mesin 'suction' untuk menyedut air liur dalam rongga hidung dan mulutnya.
  • Mata kanan adik Adam mengalami kecederaan dan telinga kanannya tidak dapat mendengar kerana kerosakan pada bahagian dalam telinga.
  • Doktor pakar otak mengklasifikasikan kerosakan otak adam sebagai kematian saraf otak.
  • Doktor pakar otak juga mengesahkan bahawa adik Adam akan terlantar seumur hidup dan peluang untuk berjalan dan hidup seperti kanak-kanak normal yang lain sangat tipis.

Adik Adam telah menghembuskan nafasnya yang terakhir pada 7 Januari 2013, pada usia 10 bulan 3 hari di Institut Pediatrik, Hospital Kuala Lumpur dan dikebumikan pada 8 Oktober 2013 di tanah perkuburan Islam Kabong, kampung ibunya selepas solat Jumaat.

Al-Fatihah untuk arwah adik Adam yang begitu kuat berjuang untuk hidup selama 10bulan 3 hari. Namun, Allah lebih menyayangi adik Adam. Kepada ibu dan ayahnya, takziah untuk kalian. Saya percaya mereka sangat tabah dan redha di atas ketentuan Allah ini. Apa-apa pun, saya sangat kagum dengan semangat kental mereka. Semoga kita semua belajar daripada pengalaman mereka yang berjiwa hebat ini.





 

Nadia Bakar© - Perfume Original Branded Copyright © 2013