Redirect Domain Godaddy Kepada Blogspot

Ahad, 24 Februari 2013
















Assalamualaikum dan hai semua!

Akhirnya blog picisan saya ni menggunakan domain .COM juga! Hehehe..
Pada asalnya saja nak mencuba, tapi oleh sebab nadiabakar.com masih 'available', secara automatik saya terus beli! Sebab apa? Sebab murah sangat dan sebab kena racun dengan abang angkat saya - Encik Fairiz yang sangat baik hati bagi pendapat dan tunjuk ajar.

Anda semua beli domain di mana ya? Saya beli di Godaddy dengan kupon diskaun yang murah. Hanya USD4.17 (lebih kurang RM13) Murah kan? Ada banyak kupon diskaun untuk beli domain atau 'renew' hosting Godaddy di Internet. Search saja di Google, memang dijamin banyak pilihan! :) Di Facebook pun ada page Godaddy Promo Code yang menyediakan kupon-kupon terkini untuk semua. Boleh la LIKE kalau mahu ya.

Hari ni saya nak kongsi cara untuk 'redirect' domain daripada Godaddy ke Blogger sebab saya dapati tak banyak Tutorial yang 'latest' tentang cara untuk 'redirect' domain Godaddy ke Blogger di Internet dalam bahasa Melayu. Saya pun hanya menggunakan teknik 'Try and Error' pada asalnya. Huhuhu.

Memang panjang sikit jalannya, tapi percayalah, tak susah sangat sebenarnya. Cuma perlu betul-betul fokus pada setiap step yang kita buat. Takpe, kalau salah step, boleh patah balik. Hehehe...

Okay dah sedia? Jom kita! :)

LOGIN Account Godaddy anda. Pada DOMAINS, klik Launch.


Masukkan 2 CNAME.
Host www Points to ghs.google.com
Host VM2V55UPWXUY, Points to gv-HSTGNPSL6VWIFMZTRIRWYS3LHLHPYMK2VDWOOYN56MPTALIXWARA.domainverify.googlehosted.com

Masukkan empat Google IP yang berbeza seperti di atas :
216.239.32.21
216.239.34.21
216.239.36.21
216.239.38.21
P/S : Host gunakan @ saja tidak menjadi masalah.


Klik pada tab Domains.
Tick pada kotak sebelah nama domain anda.
Klik Forward dan pilih Forward Domain.
Masukkan URL nama domain blog anda.
Tick pada Forward Only.



Sekarang buka Blogger.com



Klik pada Switch to advanced settings.
Taip URL yang penuh beserta www di depan ya :)
Bahagian Use a missing files host biarkan saja No.
Siap!

Tak susah pun kan? Selamat menggunakan nama domain baru!

























Khasiat Bawang Putih : Minyak Bawang Putih

Assalamualaikum dan hai semua!

Dua hari lepas Aariz kena cucuk 5 bulan. Alhamdulillah dia tak demam.
Tapi petang semalam, lepas ambil Aariz dari rumah pengasuh, badan Aariz panas sikit dan dia meragam sampai malam. Dia tak boleh tidur awal macam selalu. Merengek tak henti-henti.

Awal subuh tadi bila pegang badan Aariz, dah surut panasnya. Tapi saya dengar bunyi nafas Aariz macam berkahak sikit. Tiba-tiba Aariz terbatuk! Alahai..Ini first time Aariz jatuh sakit.

Tapi saya memang takkan bagi Aariz ubat sebab saya percaya pada kekuatan susu ibu dan 'home remedy'.
Automatik teringat tentang satu teknik untuk masalah baby yang mengalami selesema dan batuk yang pernah saya baca di Internet hari tu.

Ya! Minyak Bawang Putih! :)

Ada yang bertanya, minyak bawang putih? Beli kat kedai ke? Apa brand?

Hehehe.. Tidak tidak.. Nehi babuci!

Minyak bawang putih yang saya guna ni 100% buatan sendiri.
Yup! Memang dijamin buatan sendiri dan anda pun boleh buat :) tak sampai 5 minit pun nak buat tau!
In shaa Allah teknik 'home remedy' ini akan mempercepatkan proses penyembuhan batuk dan selesema.

Mari saya nak kongsi cara-cara nak buat Minyak Bawang Putih ni.

Bahan-bahan :

  • Seulas bawang putih
  • Minyak masak / minyak zaitun / minyak gamat (Ikut keselesaan anda ya..)
  • Garfu
  • Lesung batu 

Cara-Cara :

Bakar bawang putih tanpa perlu membuang kulitnya.
Lenyek bawang putih menggunakan lesung batu dan letak minyak masak.
Akhir sekali, sapukan minyak pada bahagian dada, belakang, leher dan kaki.
( Jangan lupa pakaikan stoking ya. Paling sesuai sapu sebelum tidur )
Oh ya! Ada juga yang pernah mencuba 'Garlic Socks' (Stoking Bawang Putih)
Untuk tahu lebih lanjut, boleh baca di blog Puan Hanna.

P/S : Tips minyak bawang putih ini juga boleh digunakan oleh wanita mengandung yang bimbang dan was-was untuk makan ubat ya.

Jom baca tentang khasiat bawang putih yang hebat ini!



  1. Bawang putih membantu saluran darah untuk mengembang dan seterusnya mengawal tekanan darah dengan baik bagi mengelakkan risiko darah tinggi dan strok kerana ia akan merangsang penghasilan nitric oxide pada dinding saluran darah.

  2. Bawang putih kaya dengan bahan antioksida seperti Selenium yang membantu mengurangkan radikal bebas di dalam darah yang akan membantu mengurangkan risiko mendapat kanser.

  3. Bawang putih mengandungi Allicin yang bertindak sebagai antivirus dan antibakteria dalam memusnahkan beberapa mikrob dan berfungsi untuk mengatasi masalah jangkitan perut, jangkitan influenza dan sebagainya.

  4. Bawang putih mempunyai bahan anti inflammatory (anti keradangan) yang dapat membantu mengurangkan penyakit asma, mengurangkan keradangan pada artritis sendi seperti rheumatoid atau pun osteoarthritis.

  5. Bawang putih amat baik untuk pesakit yang menghidap masalah tiroid kerana bawang putih mempunyai kandungan iodin yang tinggi.

  6. Bawang putih membantu proses pencernaan di dalam saluran makanan kerana ia akan merembeskan asid gastrik pada lapisan perut.

  7. Pengambilan bawang putih sebanyak 2 hingga 3 biji sehari selama tiga minggu akan meningkatkan sistem pertahanan badan (immune system) kerana aktiviti sel darah putih akan meningkat untuk melawan jangkitan dan tumor.

  8. Bawang putih dapat membantu menurunkan kolesterol di dalam saluran darah dan seterusnya mengurangkan risiko penyakit jantung.
Hebat kan bawang putih ni? Tapi awas, pengambilan bawang putih yang banyak boleh menghasilkan bau badan yang kurang enak. 

Selamat Mencuba!


Aariz yang selesema dan batuk. Get Well Soon dear :)

Checklist Untuk Bakal Ibu

Sabtu, 23 Februari 2013



Ada beberapa orang kawan saya yang bertanyakan tentang keperluan untuk bersalin. Ini kes first time nak bersalin la ni.. :) Oleh sebab saya dah pun selamat bersalin anak pertama pada 13 September lepas, tu yang ingat nak share kat sini. Jadi, kepada bakal ibu sekalian, boleh la menggunakan senarai keperluan yang saya tulis ni. Apa-apa pun, boleh diubah mengikut kesesuai & keselesaan masing-masing :)

Persediaan Untuk Ibu 
1. Baju lengan panjang & longgar - 5 helai (kalau boleh elakkan lengan pendek sebab takut masuk angin)
2. Kain batik - 5 helai
3. Baju sejuk (sweater) -1 helai
4. Stoking tebal (panjang) - 3 helai
5. Tuala mandi - 1 helai
6. Tuala muka/tisu muka
7. Tuala wanita bersalin (maternity pad) - 1 pek (jenis adhesive)
    * Ada sesetengah wanita suka menggunakan pad biasa (period) jenis overnight. Tapi bergantung pada kuantiti darah nifas kita. Manakala ada yang berpendapat tak sesuai guna pad biasa sebab agak keras permukaannya berbanding maternity pad yang lembut permukaannya. Untuk yang bersalin normal, sangat-sangatlah sesuai & selesa.
    * Kalau boleh bawa pad biasa juga untuk kita double layer kan dengan maternity pad tu untuk mengelakkan kebocoran sebab maternity pad bentuknya straight je, takde curve macam pad biasa & tiada wing. :)
    * Brand yang dicadangkan : Pureen Madam maternity pads.
8. Air mineral/Milo
    * Milo Fuze yang jenis sachet tu lebih sesuai.
9. Selipar untuk ke tandas.
10. Bengkung
    * Boleh guna bengkung moden (jenis zap) atau bengkung tradisional jenis lilit.
11. Toiletries - Sabun, berus gigi, sikat, bedak, syampu, pencuci muka
12. Pam susu (jika perlu)
    * Lazimnya akan mengalami kesukaran untuk menyusukan baby sebab kita belum biasa & baby kita juga belum biasa lagi untuk menyusu badan. Masalah ini akan mengakibatkan bengkak susu. Jadi untuk mengelakkan masalah bengkak susu, kita boleh la pam ya :)
13. Handphone, charger handphone.
14. Tasbih (untuk yang beragama Islam)
    * Waktu sakit nak bersalin tu, memang sangat-sangat sakit. Jadi, untuk meredakan perasaan sendiri, lebih baik berzikir. Ini yang saya lakukan sewaktu dalam wad lepas pecah air ketuban. 

Persediaan Untuk Bayi 
1. Baju & Seluar panjang baby - 6 helai
2. Barut baby - 6 helai
3. Sarung tangan & Stoking baby - 6 pasang
4. Topi baby/Penutup kepala - 2 helai
5. Tuala mandi baby - 1 helai
6. Pampers (Size NEWBORN) - 1 pek
   * Brand yang dicadangkan : Mamy Poko
7. Lampin - 5 helai
8. Tisu basah (wet tissue)
9. Selimut - 1 helai
10. Minyak baby - Minyak Telon
   * Untuk disapu pada perut & kaki baby bagi mengelakkan masuk angin.
11. Losyen, Baby Oil, Shampoo baby
12. Botol susu (jika perlu)
13. Susu baby (jika perlu ) - 1 tin

Keperluan Semasa Pendaftaran 
1. IC
2. Kad kesihatan ibu mengandung (warna pink tu)
3. Guarantee Letter (sila dapatkan daripada HR company anda ya)
4. Kad Insurans (jika ada)
5. Surat dari majikan (jika perlu)
6. Surat daripada hospital/klinik jika ibu mempunyai masalah kesihatan.

INFO TAMBAHAN 
Jika anda ada mengalami tanda-tanda seperti di bawah, cepat-cepatlah pergi ke hospital ya :
1. Sakit yang kerap setiap 5minit di pinggang, ari-ari (macam senggugut)
2. Air kencing bersama darah atau lendir.
3. Pecah ketuban
4. Keluar air yang banyak tapi tiada rasa sakit.

Anda boleh copy semua maklumat ni untuk dijadikan rujukan ya :)

Jika ada sebarang cadangan / pertanyaan, sila komen :)


Kenapa Babywearing Itu Best?



"Credit Picture to : Kak Shida dan Kak Jessie."

Babywearing? Apa itu babywearing?
Babywearing dalam bahasa melayunya ialah Menggendong.
Di Malaysia sekarang makin ramai yang dah sedar tentang kebaikan dan kelebihan menggendong ni.
Menggendong memang pengalaman yang best sangat especially untuk saya yang baru lagi terjebak dalam arena babywearing ni. Sekali cuba, terus addicted! Sebab, terdapat pelbagai jenis carrier dan pelbagai jenis corak dan warna pulak tu! Memang rambang mata dibuatnya! :)

Jenis-jenis carrier : Ring Sling, Pouch, Wrap, Mei Tai, Soft Structured Carrier.

Kalau nak tahu lebih lanjut lagi pasal babywearing ni, boleh teruskan pembacaan anda ke link-link di bawah ni ya. Mesti kena rajin membaca tau. Terdapat pelbagai jenis terms yang digunakan dalam babywearing seperti bc, bcc, bwcc, fcc dan lain-lain lagi. Saya pun belum khatam sepenuhnya lagi tentang babywearing ni. Hehe..

Forum Babywearer Malaysia - Register dulu untuk join ya.
FB Group Babywearer Malaysia - Boleh request untuk join.
Best join group Malaysian Babywearer ni sebab ada gath penggendong-penggendong seantero Malaysia lagi. Boleh belajar daripada otai-otai tau! Ape lagi? Cer join group tu. :)

Jenis carrier yang saya gunakan setakat ini ialah jenis Ring Sling yang boleh didapati di Mama Patch secara online tau! Memang mudah bershopping kan?


Ring Sling (Black Stockholm)
Jenis : Ring Sling
Warna : Hitam
Jenis Ring : Aluminium (Silver)
Material : Cotton
Jenis macam ni ada poket. Memang saya suka sangat sebab boleh simpan wallet, kunci, puting anak, towel kecik. :)

 Nak tau tak kenapa menggendong ni best?

Saya tak pandai dukung anak. Ini kelemahan saya. Tangan saya akan cepat lenguh dan silap-silap anak saya menggelungsur daripada dukungan saya. Lagipun saya agak takut nak mendukung anak kalau berada di luar rumah especially waktu nak turun tangga sebabnya saya mesti nak tengok kaki saya mencecah tangga. Lebih-lebih lagi waktu mendukung anak. Hati ni bimbang sangat boleh jatuh. Pelik kan? Tapi itulah kelemahan saya yang menyebabkan saya pilih untuk menggendong.

Selesa sangat bila menggendong especially untuk berjalan-jalan kat luar. Memang tak 100% handsfree, tapi setidak-tidaknya saya bebas bergerak ke sana sini jika dibandingkan dengan penggunaan stroller baby. Stroller yang saya ada agak kecil dan rendah sikit, jadi bila saya nak tolak, mesti kena bongkok sikit. Tak sampai setengah jam dah sakit belakang. Tambahan pula saya takut untuk menggunakan eskalator bila guna  stroller sebab pernah satu ketika suami saya gagal lepas dari eskalator dengan pantas bila dah sampai bawah. Sangat bahaya kan? Jawapan kepada masalah ini, saya gunakan ring sling! :)

Bila menggendong ni, anak saya lebih mudah tidur. Masuk ring sling, tak sampai 10minit mesti lelap! :) Mungkin sebab dia rasa macam kat dalam perut lagi dengan suhu suam-suam ibu dia ni kan? Hehehe... Dan untuk pengetahuan, saya gunakan ring sling ni kat rumah juga bila anak meragam kan. Yelah, kita sibuk nak buat kerja-kerja rumah. Dia sibuk meragam jugak! Hehehe...

Mudah untuk bershopping! Memang best sebab tak perlu fikirkan ruang untuk meletakkan stroller baby sebab saya boleh mencelah-celah je especially waktu ada sales kan? Anak saya ni kalau dah lama-lama dalam stroller, dia akan menangis. Jadi ring sling lah penyelamatnya! :)

Mudah untuk breastfeed sebab ring sling ni hujungnya panjang. Mudah untuk cover ketika sedang breastfeed di tempat awam. Bila nak breastfeed, saya akan baringkan anak saya dalam ring sling (cradle position). Ada juga penggendong yang berani breastfeed sambil berjalan tau! Caranya? Kena selalu praktis kat rumah sebelum mencuba di khalayak ramai ya! Hehehe...

Jadi, untuk para ibu bapa yang masih runsing soal nak dukung anak ketika berada di luar rumah, percayalah dengan menggendong anda akan lebih happy dan selesa! Baby kita pun akan happy juga sebab dia rasa selesa dan selamat berada sangat dekat dengan ibu atau ayahnya! Yang paling penting, "close to kiss!"

Untuk survey jenis-jenis carrier, boleh pegi kat website-website di bawah ni ya :

Slingmemama
Jumpsacbaby 
Mama Patch
Sushibee Simple Babywearing Store

Klik sini untuk dapatkan senarai Vendor di Malaysia.

INFO TAMBAHAN : Sebelum decide nak beli carrier ni, boleh juga pinjam dulu daripada MBW KL Library Stash.

Happy Babywearing semua!~



Credit poster to : Sis Hazirah Sabri

P/S : Sedang menonton Kak Shida di Selamat Pagi Malaysia TV1  dan Kak Syazrina di Wanita Hari Ini TV3.













Ahmad Adam Syukri Dalam Kenangan





"Setakat mana ALLAH pinjamkan dia untuk saya, saya terima. Saya akan jaga dia sampai akhir hayat saya. Adam tak pernah membebankan mama kan sayang? Mama sayang adam. Adam bukan anak yang membebankan. Adam anak yang baik.. Harap dapat dengar suara adam."
Tersayat hati saya dengan kata-kata ibu muda ini sewaktu dia memangku anaknya, Ahmad Adam Syukri yang mengalami masalah Brain Damage Severe HIE. Berkali-kali juga beliau mencium adik Adam. Tanda kasih sayang yang amat sangat dari hati seorang ibu kepada anaknya. Hati mana yang tidak sayu kan?

Saya terlambat mengetahui tentang adik Adam kerana sewaktu MHI menyiarkan tentang kisah adik Adam pada 10 Oktober 2012, saya sedang sibuk berpantang dan terlepas peluang untuk menonton siarannya.

Ketabahan sentiasa ada di wajah ibu adik Adam yang telah banyak berkorban selama ini. Kata-katanya juga menjadi bukti kesabaran yang tiada bertepi dalam melalui ujian ALLAH ini. Saya sangat kagum dengan kekentalan hati beliau dan saya yakin seluruh rakyat Malaysia juga turut sama merasai kehebatan jiwa Noraisyah Md Malena ini.



Sedikit info tentang adik Adam :

  • Adik Adam dilahirkan secara vakum pada 4 Mac 2012 di Hospital Sibu, Sarawak.
  • Semasa adik Adam dilahirkan, adik Adam dalam keadaan flat dan kekurangan oksigen. 
  • Adik Adam mengalami masalah Brain Damage Severe HIE (Hypoxic Ischemic Encephalopathy) atau lebih dikenali sebagai kerosakan pada urat saraf otak. 
  • Scan MRI pada 9 Mac 2013 otak adik Adam mengalami kerosakan yang teruk.
  • Adik Adam juga tidak pandai menelan airnya sendiri dan sepenuhnya bergantung pada mesin oksigen untuk terus hidup.
  • Adik Adam juga bergantung kepada mesin 'suction' untuk menyedut air liur dalam rongga hidung dan mulutnya.
  • Mata kanan adik Adam mengalami kecederaan dan telinga kanannya tidak dapat mendengar kerana kerosakan pada bahagian dalam telinga.
  • Doktor pakar otak mengklasifikasikan kerosakan otak adam sebagai kematian saraf otak.
  • Doktor pakar otak juga mengesahkan bahawa adik Adam akan terlantar seumur hidup dan peluang untuk berjalan dan hidup seperti kanak-kanak normal yang lain sangat tipis.

Adik Adam telah menghembuskan nafasnya yang terakhir pada 7 Januari 2013, pada usia 10 bulan 3 hari di Institut Pediatrik, Hospital Kuala Lumpur dan dikebumikan pada 8 Oktober 2013 di tanah perkuburan Islam Kabong, kampung ibunya selepas solat Jumaat.

Al-Fatihah untuk arwah adik Adam yang begitu kuat berjuang untuk hidup selama 10bulan 3 hari. Namun, Allah lebih menyayangi adik Adam. Kepada ibu dan ayahnya, takziah untuk kalian. Saya percaya mereka sangat tabah dan redha di atas ketentuan Allah ini. Apa-apa pun, saya sangat kagum dengan semangat kental mereka. Semoga kita semua belajar daripada pengalaman mereka yang berjiwa hebat ini.





Frust Menonggeng?



Pernah rasa macam ni tak?
Frust menonggeng! Rasa dah taknak kenal lelaki lagi! Lelaki semuanya sama je! Baik takyah kawin sampai bila-bila! 

Wah betul punya frust tu! 
Kamon lah! Kenapa sebab putus cinta tertonggeng-tonggeng sangat perasaan tu. Banyak lagi benda berfaedah boleh buat daripada rasa yang bukan-bukan macam tu kan?

Huh! Kau cakap senanglah! Bukan kau yang rasa semua ni!

Betul, kau yang rasa semua ni. Bukan aku. 
Tapi apa keperluan melayan perasaan-perasaan kurang enak macam tu? 

Saya pun macam orang lain juga, pernah rasa putus cinta. Tersayat hati, sakit hati, merana hati waktu tu. Tapi bila dikenang-kenangkan balik, membazir masa je meneruskan hidup dengan rasa-rasa yang tak bagus macam tu. Sebab yang paling utama : Berapa lama lagi kita nak habiskan dan bazirkan masa semata-mata kerana kita ditinggalkan, ditipu, dicurangi oleh insan yang kita sayang, kita puja bagai nak gila tu kan? 

Meh nak kasi tips sikit macam mana nak kendalikan perasaan bila putus cinta! :) Sebab, yang paling penting bila putus cinta ni ialah mengalihkan perasaan kita kepada perasaan yang lebih baik iaitu bahagia dan gembira!

Berdoa dan mengadu pada Allah adalah salah satu terapi yang paling berkesan untuk mengendalikan perasaan kecewa sesiapa pun. Kerana apa? Kerana dengan berdoa dan mengadu pada Allah kita akan rasa diri masih disayangi oleh Allah. Bila berdoa dan mengadu pada Allah lazimnya pasti kita akan bersungguh-sungguh dan diiringi dengan tangisan kan? Tak mengapa, jika tangisan tu dapat melegakan hati kita yang sedang meruntun. Menangislah sepuas-puasnya! Allah itu Maha Mendengar lagi Maha Mengasihani.

Luahkan. Yes! luahkan pada seseorang yang paling kita percaya. Untuk apa? Supaya masalah kita tu didengari oleh orang lain. Supaya kita boleh berfikir melalui pemikiran orang lain yang mendengar masalah kita tu. Sebabnya, bila kita dalam situasi kecewa dan sedih yang teramat sangat, kita tak mampu lagi berfikir secara waras dan rasional. Sebab tu bukan sikit-skit orang yang sangatlah tergamak bunuh diri sendiri. Jadi, please lah luahkan rasa tak bagus tu ya!

Lakukan aktiviti luar daripada kebiasaan kita. Kalau sebelum ni boleh jadi aktiviti yang biasa kita lakukan ialah menonton wayang, bershopping, lepak dengan kawan-kawan, bila dalam keadaan begini, lebih baik lakukan aktiviti-aktiviti luar daripada kebiasaannya. Ada kajian bahawa aktiviti ekstrem seperti flying fox, rafting, berkayak, hiking boleh mengurangkan stres dan masuk rumah hantu kat funfair pun boleh kurangkan stres. Pelik kan? Tapi itu yang saya baca lah. Boleh try test tengok.. Hehehe..

Bersenam! Percayalah, dengan melakukan aktiviti fizikal ini anda mampu untuk memperbaiki perasaan-perasaan yang kurang enak tadi. Secara tak langsung anda mampu berfikir dengan akal, bukan perasaan kerana bila akal kita dalam keadaan stabil, perasaan-perasaan tak bagus tu semakin lama makin mengecil. Boleh tingkatkan stamina di samping memiliki shape badan yang lebih cun nanti! Hehe... Berbaloi-baloi kan?
Meh cuba Zumba Dance kalau anda minat menari tau. Kalau tak minat pun, apa salahnya cuba sesuatu yang menyeronokkan kan? Hehe..

Menonton cerita lawak. Cara paling mudah ialah dengan menonton di Youtube. Cari je video-video Maharaja Lawak contohnya. Dengan ketawa, anda mampu mengubah emosi yang negatif tu! Cubalah!
Cer klik sini untuk bergelak ketawa. :)

Membaca juga dapat mengalihkan fokus daripada rasa kecewa yang sangat-sangat tu kepada pembacaan kerana dengan membaca kita menghayati dan meletakkan diri kita di dalam pembacaan kita. Betul tak? Bacalah buku tentang apa saja. Boleh juga baca novel, cerpen contohnya. 
Meh layan cerpen di sini.
Memang banyak cerpen-cerpen di sini. Banyak juga informasi tentang novel. Nak upload cerpen sendiri pun boleh.

Beri peluang pada diri sendiri untuk berasa bahagia dan gembira! Lazimnya, bila putus cinta mesti nak terus-terusan menyalahkan diri, menyalahkan pasangan kita, menyalahkan pelbagai lagi benda yang berkaitan kan? Tak kurang juga ada yang menyalahkan takdir! Nauzubillahiminzalik! Tak mau macam tu ya.

"Kalau lah macam ni.. Kalaulah macam tu... Kenapa macam ni? Kenapa macam tu?"

STOP!

Jangan membiarkan fikiran dan perasaan kita masih lagi pada masalah putus cinta tu. Jangan! Kasihanilah diri kita yang tiada gantinya. Kita tiada diri yang lain. Hanya yang satu inilah kita. Berilah peluang pada diri kita ni untuk berada di dalam zon bahagia dan gembira! Kalau tak kita, siapa lagi yang akan bantu? Dia sudah kecewakan awak. Takkan awak nak terus kecewakan diri sendiri? Takkan awak nak terus tidak menghargai diri sendiri? Takkan awak nak teruskan hidup awak yang tak tahu bila akan berakhir tu dengan perasaan yang tidak-tidak macam ni? Yang awak perlukan sekarang ialah untuk berasa bahagia dan gembira. Jadi berbahagialah! Bergembiralah! Biarkan rasa kecewa itu berlalu dengan masa kerana adakalanya sesuatu masalah itu tidak dapat diatasi dengan apa-apa tindakan. Tapi dengan masa yang berlalu, semuanya akan kembali pulih nanti. Apa yang paling penting sekarang ialah rawatlah hati kita!

Okay senyum sikit!
Gooooood...
Sekarang masa untuk bahagia dan gembira!
Good luck!

P/S : Sesambil layan Zikir Terapi Diri by Hafiz Hamidun di Youtube. Hehehe...
 

Nadia Bakar© - Perfume Original Branded Copyright © 2013