Cara Tajamkan Gunting

Ahad, 15 Disember 2013

Assalamualaikum dan hai semua!

Apa aktiviti hujung minggu anda kali ni?
Saya dan Aariz hanya duduk di rumah memandangkan batuk dan selesema Aariz masih belum sembuh lagi.
Proses 'steaming dan tepuk percussion' wajib dilakukan 3 kali sehari dan Aariz mesti dikuarantin sehingga betul-betul sembuh. Tiada aktiviti di luar rumah dan melibatkan kawasan yang ramai orang buat masa ini.

Lazimnya, apa yang anda buat kalau gunting dah tumpul? 
Kalau dulu, saya akan beli gunting yang baru. Tapi lepas dapat tips daripada Emak saya, barulah saya tahu betapa saya dah membazir duit sebab asyik beli yang baru je kan. 

Waktu nak buat DIY ringsling kedua Aariz hari tu baru saya perasan yang gunting saya dah tumpul sebab lazimnya gunting tu saya gunakan untuk menggunting kertas atau benang je. Kali ni nak gunting kain, memang 'tak makan' kain langsung! Emak pesan, gunting kain tak boleh guna untuk gunting kertas, begitulah sebaliknya sebab masalah ketumpulan ini lah.

Anda nak tahu cara untuk tajamkan gunting? Jom saya kongsikan.

Bahan-bahan yang diperlukan :
  • Gunting anda yang tumpul.
  • 1 botol kaca (Tak kisah botol kicap/sos/sos tiram dan sebagainya)
  • Kain atau kertas yang anda nak gunting (Sekadar untuk pastikan tahap ketajaman gunting)
Caranya mudah saja, asah gunting pada leher botol kaca tersebut. Buat seperti anda ingin menggunting leher botol berulangkali sehingga anda yakin dan berpuas hati dengan ketajaman gunting anda ya. Jangan risau, botol takkan tercalar dek kerana asahan kita. 

Cara tajamkan gunting yang tumpul Cara menajamkan gunting yang tumpul

Teknik ini juga diakui berkesan oleh sahabat saya yang merupakan seorang tukang jahit. Hehehe..
Lepas ni, tak perlu lagi beli gunting baru ya. Selamat mencuba!

Teks dan Foto : Nadia Bakar

DUIT dan Penyusuan Susu Ibu.

Khamis, 12 Disember 2013

Assalamualaikum semua!

Ibu-ibu sudah memulakan sesi perahan hari ini?
Saya baru selesai sesi pertama pada jam 10.30pagi tadi. Sesi kedua InsyaAllah sekitar jam 1.00petang sebelum makan tengahari. Saya lebih selesa pam sebelum makan tengahari sebab lepas pam nanti, memang 'confirm' lapar sangat! Hahaha. 

Saya pasti, ada di antara kita yang adakalanya sudah putus asa untuk meneruskan penyusuan anak dengan susu badan, sama ada penyusuan secara terus (direct feed) atau penyusuan dengan susu perahan (Expressed Breast Milk) kan? 

Ada masanya, saya juga tak terlepas daripada melalui masa yang sukar untuk mendapatkan susu perahan yang mencukupi dek kerana Aariz yang 'demand'; hanya minum susu yang 'fresh' atau 'chilled' sahaja. Kekangan masa untuk mengepam pada hujung minggu kerana sibuk dengan aktiviti bersama keluarga saya atau keluarga mertua. Tekanan emosi kerana penat di pejabat atau beberapa hari sebelum datang haid contohnya, memang sedikit sebanyak mengganggu proses perahan dan kuantiti susu juga tidak meriah seperti selalu. Tapi kot mana pun mesti juga cukupkan susu untuk Aariz. Biar pun terpaksa bangun seawal jam 4.30pagi. 

Alhamdulillah, saya terjumpa status Kamelia, seorang Pembimbing Penyusuan Susu Ibu atau lebih dikenali sebagai MBfPC (Malaysian Breastfeeding Peer Counselor) yang merupakan rakan alam maya saya di Facebook. Status beliau sangat membantu mengingatkan diri saya tentang proses penyusuan yang mencabar ini. 

Jom saya kongsikan kata-kata beliau. Semoga menjadi panduan untuk ibu yang bakal menyusukan anak dan yang sedang melalui fasa menyusukan anak ya! Kita sama-sama saling mengingatkan dan membantu. 





Bak kata ustaz Abdullah Khairi, kita usaha saja, menang kalah tu urusan Allah. 

Samalah macam penyusuan susu ibu pun. Kita buat konsep DUIT. 
Sama saja macam nak buat benda lain dalam kehidupan ni.

DUIT tu apa?

D - Doa.
1. Tanamkan azam. Dari seawal menyedari diri sudah hamil. 


2. Kerapkan berkata-kata dan berfikir yang baik-baik kerana ini adalah doa. 


3. Mindset mesti teguh. Nak susukan anak kerana Allah. Bukan kerana artis tu buat. 

Atau kerana jimat duit takyah beli susu untuk anak. Atau apa sajalah - lillahi ta'ala.

U - Usaha
1. Kerap susukan anak secara direct.


2. Setiap 2 jam, pam tanpa banyak alasan. Tak perlu lama setiap sesi mengepam - 

cukup 15-20 minit saja. Cuti umum, cuti rehat, Sabtu Ahad, usahalah untuk rajinkan diri.

3. Usahakan untuk mendapatkan pam yang berbaloi dimiliki sebagai cara membantu penyusuan susu ibu dalam jangka panjang. 2 tahun penyusuan bukannya sekejap. Mengepam bukan untuk hari ni saja, tapi untuk standby waktu-waktu kecederaan atau kecemasan - mak mengandung semula dalam tempoh terdekat ke, atau mak jatuh sakit hingga perlu dimasukkan ke wad ke, atau mak mengalami gangguan hormon hingga menjejaskan bekalan susu ke... we never know.


4. Rajin-rajinkan diri membuat power pumping sekurang-kurangnya seminggu sekali.


5. Rajin-rajinkan diri pam pada waktu tengah malam kerana rembesan hormon menghasilkan susu (prolaktin) sangat galak pada waktu tersebut. Tapi kalau sayang tidur sila rajin pam waktu siang dan buat power pumping.


6. Rajin-rajinkan diri membuat tandem nursing - anak pam sebelah, mak pam lagi sebelah.


7. Belajar dan kuasai teknik marmet. Practice makes perfect.


8. Biasakan diri mengepam tak kira di mana dengan bantuan shawl sebagai penutup aurat ketika mengepam. Nursing cover/nursing poncho juga banyak dijual di pasaran. Praktis dulu di rumah sehingga berjaya.


9. Usaha tangani stress dengan baik. Stress hanya membantu sel-sel kanser menjadi ganas atau memburukkan kesihatan.


10. Usaha cari rakan sokongan. Banyak support group di Facebook antaranya. Hari-hari adap fb mesti terjumpa juga kan...

I - Istiqamah+Ilmu
1. Buat apa pun mesti kena berterusan. Kalau berterusan rajin cari alasan cover line kemalasan diri,... rugilah diri sendiri.


2. Buat apa pun mesti ada ilmu. Cari gali korek segala ilmu. Ilmu formal ke... ilmu tak formal ke... janji cari. Jangan diharap semua disuap ke mulut kita.

(Kemudian baaaaaarulah)

T - Tawakal.
1. Pam dengan tujuan untuk mengekalkan permintaan terhadap bekalan. Bukannya kerana risau tak cukup susu.


2. Pam susu dengan disiplin dan berilmu kerana itu dalam tangan kita. Apa yang boleh kita kawal. Bukan untuk tekan diri sendiri, mesti dapat target berapa banyak dalam sekali mengepam. Itu kerja Allah nak bagi banyak mana.

Kita dulu sekolah pun, kalau dah rajin ulangkaji dsb tapi masih gagal peperiksaan, perlukah kita putus asa? Yang penting usaha kita. Apa kita dah buat untuk melalui peperiksaan tu yang penting kan, sebab lulus ke gagal BUKAN LAGI DALAM KUASA KITA?


Jadi, bagaimana sekarang?
Sudah dapat jalannya? Sudah lega kerisauan di hati? 
Selamat menjadi ibu yang kuat ya! Kuat untuk meneruskan penyusuan untuk anak tersayang!



Shortcut Key Adobe Photoshop CS6

Khamis, 14 November 2013

Assalamualaikum semua!

Saya percaya ramai yang mahir menggunakan Adobe Photoshop kan? Semua ni dah boleh belajar sendiri melalui Internet ye dok?
Kepada sesiapa yang masih baru dengan Adobe Photoshop CS6 mungkin boleh gunakan gambarajah ini sebagai rujukan dalam penggunaan Adobe Photoshop korang. Oleh sebab saya memang belajar sendiri, terkial-kial, slow dan skema sebab 100% guna mouse semata-mata kecuali shortkey yang memang dah biasa digunakan dalam Microsoft Word, Excel dan yang seumpamanya untuk Cut (Ctrl + X), Paste (Ctrl + V), Undo (Ctrl + Z).

Shortkey atau Shortcuts ni yelah, namanya shortcut kan.. Memang pantas sikitlah korang design sebab tak perlu nak klik guna mouse sangat. Tak perlu lagi kejap nak right click, kejap nak left click. Kurang sikitlah penggunaan mouse, bukan tak guna langsung. Hehehe.

Kalau nak lagi mudah, saya cadangkan korang set gambarajah ni jadi wallpaper terus. Macam yang saya buat! Bukan apa, kalau dah jadi wallpaper tu, memang situlah duduknya; statik gitu. Kalau sebelah nak buka gambar, pastu nak bukak Adobe Photoshop lagi, memang buang masa melainkan korang memang tak kisah dan nak letak gambar peribadi sebagai wallpaper! Lagipun, kalau dah jadi wallpaper ni, boleh meningkatkan daya ingatan untuk hafal satu persatu secara berterusan.

Oh ya, satu lagi saya sorokkan semua icons di desktop supaya tidak mengganggu penglihatan secara terus pada gambarajah ni. Caranya :

Klik kanan pada desktop > klik View > Buang tanda (Untick) pada "show desktop icons".

Ini bermakna, setiap kali nak cari file di desktop, kena guna kaedah yang sama dengan carian di Documents.

Pendapat peribadi saya, tak perlu simpan pelbagai file di desktop sampai penuh desktop tu sebab ini juga salah satu sebab kenapa operasi laptop atau komputer kita perlahan (Jika ruang di dalam Local Disk C sedikit). Adalah lebih baik semua file tu disimpan di dalam 'partition' selain Local Disk C. Ini sekadar cadangan ya.

Shortcut Key Adobe Photoshop CS6, Adobe Photoshop
Right Click saja pada gambar untuk Save. 


P/S : Selamat mendesign ya! :)

Tajamkan Inner Tudung

Rabu, 16 Oktober 2013

Assalamualaikum.

Bagi mereka yang mempunyai wajah yang bujur sireh pasti tiada masalah untuk menggayakan pelbagai jenis tudung seperti shawl dan syria contohnya. Tapi bagi wanita yang mempunyai wajah yang bulat (saya pun!) pasti akan jeles sikit lah sebab agak terbatas (kalau malu-malu lah) nak menggayakan shawl dengan inner kan?

Saya masih ingat lagi sekitar tahun 2008 tudung syria baru masuk ke Malaysia dan saya pun terhegeh-hegeh nak cuba pakai sebab nampak mudah inner dan tudungnya sahaja kan? Plus waktu tu tudung syria memang nampak rare sebab orang masih pakai tudung bawal lagi. Tu yang hati berbunga-bunga je nak cuba pakai sesuatu yang baru.

Muka saya bulat, jadi memang melekap baik punye inner kat dahi ni kan. Tapi saya pekakkan telinga je bila ada kawan-kawan yang menegur dan paling tak boleh lupa sekali colleague yang berbangsa cina pun tanya satu soalan lucu, "Kenapa you pakai tudung indon ni?" Hahaha. Amboi amoi ni, pernah gi Indonesia ke pun. Tapi saya macam biasa lah, degil je. Tak hairan pun orang nak cakap ape. Hahaha.

Credit pic : A2 Shoppe

Credit pic : A2 Shoppe

So entry kali ni nak share tips macam mana nak tajamkan inner tudung supaya nampak runcing gitu. Okay jom sediakan bahan-bahannya (macam nak ajar buat kek!!)

First, kita tengok bahagian yang akan digunting ya. Sila lihat gambarajah di bawah. Bahagian yang putus-putus tu ialah kawasan yang akan digunting untuk menajamkan inner kita ye kawan-kawan.




Bahan-bahan : Inner dan Gunting.

Regangkan bahagian yang akan ditetas supaya kita tak tergunting inner sekali ye.
Gunting benang perlahan-lahan. 
(Bahasa lainnya tetas)
Kalau nak tetas guna cutter pun boleh.

Selesai menggunting, sila simpulkan 2 benang ini untuk matikan guntingan tadi. Kalau tak, nanti sikit-sikit akan terkoyak sampai habis. Hahaha.

Okay dah siap tetas & jahit hujungnya!

Ini rupa inner yang dah selamat ditetas dari tepi.


Macam ni cara pakainya ya.
Credit : terbaikdariladang.com
So lepas ni takde masalah lagi nak menggayakan shawl atau syria kan? Good Luck!

Halau Nyamuk Tanpa Ubat Nyamuk

Assalamualaikum..

Suatu ketika pernah viral di FB tentang teknik halau nyamuk secara alami. Tapi waktu tu saya skeptikal jugak nak cuba sebab dah terbiasa kalau nak halau nyamuk mesti kena spray 1 rumah kan? Tak pun guna yang letrik punya. Tapi bila dah ada Aariz ni, banyak benda yang saya fikir sebab bimbang akan memudaratkan kesihatan dia kan.

So teknik secara alami ni hanya guna dua bahan yang tidak bersifat kimia, yang memang ade kat dapur rumah kita pun : Limau nipis & bunga cengkih!

Pertama kali mencuba, saya hanya gunakan sebiji limau nipis yang dibelah dua. Diletakkan di atas 1 piring. Letak kat tempat yang memang nyamuk dok suka melepak. Memang CONFIRM nyamuk tak lepak situ dah. Jumlah limau nipis tu bergantung pada keinginan sebab ada jugak yang letak 6 potong limau nipis (3 biji) dalam 1 piring.

1. Limau Nipis
2. Bunga Cengkih secukup rasa
3. Pisau (semestinya! nak potong kan...)

Kalau letak banyak limau nipis, boleh tahan sehingga dua tiga hari sebelum semua limau mengering. Boleh jugak gantikan limau nipis dengan lemon. Besar sikit dan lambat sikit nak kering kan?

Ada jugak yang gunakan kulit limau sebagai bahan penghalau nyamuk dan memang berkesan. Jadi, limau yang korang makan tu boleh lah simpan dan cuba teknik ni ya!

Lemon

Kulit Limau

Teknik alami sebegini bukan saja murah, mudah dan semestinya selamat tanpa bahan kimia. :)

Tak rugi mencuba kan?

EBM Oh! EBM...

Sabtu, 12 Oktober 2013

Assalamualaikum semua!

(Ini Entry malam semalam, tapi disebabkan terlena waktu menyusukan Aariz, sambung pagi ni pulak.)

Hari ni memang mood bekerja memang kategori semangat sangat rasanya! Mau nye tak semangat, mulai esok ai is cuti sampai Khamis minggu depan yawwww!! Alangkah indah jikalau cuti sampai ke hari Jumaat kan? Dah jadi 9 hari cuti (termasuk Sabtu & Ahad). Wajiblah semangat sangat kan?

Tempoh 6 hari cuti ni memang best lah sangat sebab saya dah gian nak buat stock EBM untuk Aariz. Kali ni nak test lidah Aariz dengan EBM 6 hari punya! Waktu dia baby lagi, memang demand. Taknak EBM lebih daripada 2-3 hari gitu. Paling lama punya EBM ialah hari Sabtu yang diminum pada hari Isnin. Mananya saya tak terkejar-kejar pulun nak pam sampai kadang-kadang tu rasa nak nangis tengok peti ais kosong. Kais hari ni untuk esok hari. Begitulah rutin saya dari Aariz 3bulan sampai dah nak masuk 1tahun 2bulan Ahad ni. Haish! Kejap je masa berlalu kan. Tak puas lagi peluk baby Aariz.

Sebab tu ada yang cakap, bila anak kecik lagi kita sibuk nak anak cepat besar. Kononnya mudah sikit nak jaga. Yelah kan, baby ni kejap-kejap nak menyusu, pastu kita terpaksa jaga banyak benda. Tak boleh bawak gi mana-mana tempat crowded sangat. Bila dah besar sikit, geram dengan macam-macam perangai anak. Pun bising pulak kekdahnye.. "Hai la anak, meh la masuk perut mak balik!". Hahaha. Situasi ni my SIL pernah luahkan pada suatu hari tu. Tak sangka itu jugak yang saya rasa sekarang. Huhu.. Takpelah, apa yang penting dan lagi dipentingkan ialah kita hargai masa bersama anak kan? Hargai mereka dengan kasih sayang, didikan, pujian yang sentiasa untuk setiap kejayaan mereka walaupun hanya sekadar pandai menepuk tangan tapi tak berbunyi seperti Aariz. Hahahaha. Serius lucu! Tapi saya tetap puji Aariz pandainyaaaaa!!


Tak pandai nak naik, dia tolak ke depan ke belakang pastu terbalikkan ke kiri, kanan dan tegakkan ke atas. Aariz rasa kejayaan besar sangat tu! Kalau tak, takde la dia tepuk tangan, melonjak-lonjak badan sambil menyeghongeh! :) Super excited la tu kan? Bagus juga ada kereta mainan ni sebab Aariz belajar tolak kereta ni sekaligus dia belajar jalan kan? Tak perlu beli walker. Jimat jimat. Rasanya ramai parents dah tahu tentang keburukan walker kan? Even kat Kanada pun dah 'BAN' walker ni. Haaaa kalau nak tahu, bab tu kita cerita next time ya. :)

Saya plan nak kerapkan tandem nursing sepanjang cuti 6 hari ni. Kumpul seberapa banyak EBM dengan bantuan Aariz nanti. Hehehe. Kalau sehari target sama macam kat opis 8oz x 3sesi = 24oz (roughly) Alhamdulillah kan? 24oz kali pulak dengan 6 hari, dah ada 144oz!! Yes! Mindset semua ni.. mindset.. Semoga Allah permudahkan usaha ini.

Okay itu saja buat masa ni. Aariz pun nak mengempeng dah ni.

Selamat mengepam untuk semua breastfeeding mom!! :)







I AM NOT A LITTLE BABY!!

Rabu, 9 Oktober 2013

Lagi 4 hari Aariz genap 1 tahun 2 bulan usianya.
Sejak dia berusia 1 tahun, macam-macam perkara baru yang saya nampak pada Aariz. Semuanya melucukan dan tak kurang jugak membimbangkan. Hahaha.

1. Aariz dah pandai tepuk tangan, mula-mula memang dia malu-malu kucing bila saya nyanyikan lagu Tepuk Amai-amai. Sampai tertunduk-tunduk nak sujud dia sengih. Tapi bila dah lama-lama, saya suruh dia tepuk tangan, terus dia tepuk tangan walaupun tak berbunyi. (I wish one day I can snap one picture of it!)

2. Aariz dah pandai melambai. Bila cakap Bye Bye, dia pun melambai-lambai ke atas ke bawah. Hahaha. Tapi yang saya perasan, dia akan lambai dengan tangan kiri sahaja. Waktu tengah menyusu pun dok melambai-lambai jugak. (Kadang-kadang meremang bulu roma dia pandang atas sambil melambai waktu menyusu!)

3. Aariz dah pandai salam dan cium tangan. Tapi mulut mesti nganga waktu orang hulur suruh cium tangan. Hahaha. Masih belum pasti kenapa beliau mesti mengangakan mulut.

4. Aariz dah pandai 'sayang' (cium) pipi ibu dan ayah. Pun nganga mulut! Haih la anak. Basah pipi dibuatnya!

5. Aariz dah pandai panjat sofa, meja komputer, meja makan (tinggi paras lutut saya). Haaa part ni memang bimbang dan panik bila tiba-tiba nampak dia dah tersengih-sengih dok atas sofa especially! Pertama kali dia panjat sofa, memang tertonggeng ke bawah waktu dia nak turun, tapi nasib baik sempat saya tarik dia. Allah... berderau darah, tuhan je yang tahu.


6. Aariz dah pandai marah bila kita ambil barang yang sedang dia pegang. Menjerit sekuat hati seolah-olah dalam hatinya 'THAT IS MINE!!!'.

7. Aariz dah pandai berdiri dan melangkah 2-3 tapak ke hadapan. Gayat lagi agaknya. Takpe Aariz, kita usaha lebih lagi ya!

8. Aariz dah pandai dancing bila dengar lagu. Goyang-goyang badan gitu. Memang tergelak besar kalau tengok. Lagu Aizat - Sungai Lui tu pun dia boleh goyang-goyang!!


NOTA KAKI : Kena ingatkan diri cari selawat, zikir-zikir untuk Aariz hari ni. Modal untuk Ibu tidurkan Aariz nanti.

Vaksin Atau Tidak?

Kalau anda perasan, isu vaksin memang tak pernah sunyi diperkatakan dan didebatkan especially sejak ramai parents yang lantang bersuara tentang vaksinasi ini di media sosial seperti Facebook dan Blog. Saya kira, para ibu bapa mesti perasan tentang isu ini kan?
Mana-mana post atau entry yang melibatkan vaksinasi, memang 'panas' dengan pelbagai komen yang membina lagi berilmiah, tak kurang jugak yang menghina. Takpe, ini Malaysia kan, semua orang bebas bersuara dan menyatakan pendapat masing-masing mengikut kepercayaan yang diyakini.

Vaksin atau tidak, 100% bergantung pada kebenaran (consent) ibu bapa, dan tak sepatutnya ibu bapa ambil mudah soal ini memandangkan terdapat juga kesan advers (adverse effect) selepas pengambilan vaksin seperti yang tertulis di dalam Vaccine Insert Package (Sisipan vaksin) dan Garis Panduan Farmakovigilans-Keselamatan Vaksin di Malaysia (Muka surat 7). Tambahan, ibu bapa sebenarnya ada pilihan sama ada nak teruskan vaksinasi untuk anak atau tidak. Asalkan anda ambil peduli dan terus mengkaji melalui pembacaan dan merujuk pada mereka yang arif dan jujur, anda pasti akan dapat membulatkan keputusan mana yang anda akan pilih demi si kecil yang tersayang dengan yakin.

GPF (Garis Panduan Farmakovigilans) Muka Surat 7.
Semalam viral di Facebook tentang penyanyi Nurul dan suaminya memilih untuk tidak memvaksin bayi baru mereka yang selamat dilahirkan pada 3 Oktober 2013 lepas. Sebaliknya memilih alternatif lain iaitu Homeopati. Sedikit petikan kata-kata Nurul :


Baca cerita penuh di Kosmo Online.

Kalau baru-baru ni ramai ibu yang PM Wardina Safiyyah tentang vaksin, saya pasti lepas ni ramai yang akan PM Nurul untuk bertanyakan tentang hal ini.

Tahniah di atas keputusan yang bijak & berani Nurul dan suami kerana hasil usaha gigih mereka dengan memperbanyakkan kajian dan bertanyakan kepada pakar yang arif dan jujur sebelum mengambil keputusan memilih kaedah lain untuk kesihatan anak mereka. Ya. Vaksinasi bukanlah satu-satunya jalan seperti tiada ikhtiar lain sebagai jaminan tahap kesihatan anak yang optimum demi mengelakkan sebarang penyakit.

Apa-apa pun, pendapat peribadi saya, ambil lah seberapa banyak masa untuk ambil tahu soal vaksin ini sebab yang biasa-biasa kita dengar nurse akan cakap anak akan demam & sakit di tempat suntikan selepas dicucuk. Tapi kesan advers yang lain-lain kita tak tahu. Walhal di dalam GPF keluaran KKM (Kementerian Kesihatan Malaysia) ini ada menyenaraikan kesan minor dan major. Bukan setakat sakit di tempat suntikan dan demam sahaja sebab sistem badan anak masing-masing tidak sama. Mungkin anak si A okay saja, takde demam sekalipun, tapi anak kita? Takkan rugi pun kalau kita ambil tahu soal ini sebab sebagai ibu bapa, semua nak yang terbaik untuk anak-anak kan? Anda juga boleh dapatkan seberapa banyak pendapat berkenaan isu ini dengan beberapa doktor yang berlainan dan nilailah dengan sebaik-baik penilaian.

Oh ya! Ada satu buku yang menarik dan sesuai untuk dibaca oleh ibu bapa iaitu The Vaccine Book yang ditulis oleh Pakar Kanak-kanak ; Dr. Robert W.Sears (MD, FAAP) yang tidak berat sebelah berdasarkan fakta yang adil.

Isi kandungan buku ini membincangkan dengan menyeluruh tentang vaksin termasuk isi kandungan vaksin, kesan advers yang mungkin dialami selepas pengambilan vaksin dan jenis-jenis penyakit bagi setiap vaksin.


PRAKATA
Tujuan asal entry ini sama sekali bukan untuk mengajak, menghasut atau mengajar semua ibu bapa agar tidak memvaksin anak anda sebab saya tak untung apa-apa pun. Tapi sebagai ibu, saya sama seperti anda, Nurul dan ibu-ibu di luar sana yang sentiasa belajar dan terus berusaha menjadi ibu yang baik dan prihatin tentang anak dalam segenap sudut. Jika anda memilih vaksin untuk anak anda, teruskan. Jika anda tidak memilih vaksin pun, teruskan. Kita punya sebab yang tersendiri dan keyakinan tertentu berdasarkan keputusan yang kita ambil kan?

Lain-lain pembacaan tentang vaksin :

1. Malaysian Vaccine Exposed

2. Page Malaysian Vaccine Exposed

3. Garis Panduan Farmakovigilans - Keselamatan Vaksin di Malaysia (PDF)

4. Vactruth

5. Centers for Disease Control and Prevention (Senarai isi kandungan vaksin)

6. Kisah Benar AEFI (Adverse Effect Following Immunization) - Baby Nasuha


DISCLAIMER/PENAFIAN : 
Entry ini bukan bertujuan untuk mengajak atau menyuruh ibu bapa untuk tidak memvaksin anak. Tujuan sebenar entry ini adalah untuk berkongsi maklumat tentang vaksinasi dan betapa pentingnya sikap ambil tahu ibu bapa dalam soal ini. 

Keputusan untuk meneruskan vaksinasi anak atau tidak tetap berbalik kepada 'consent' setiap ibu bapa. Bukan semata-mata sebab entry ini sebagai medium untuk ibu bapa tidak memvaksin anak. Oleh sebab itu, buatlah keputusan yang tepat berdasarkan 'informed decision' sebagai contoh Nurul dan suaminya yang mengkaji dan bertanya kepada yang arif dan jujur dalam soal vaksin. Malah, bukan sebab ikut-ikutan atau sebab ramai ibu bapa yang memvaksin anak dan juga bukan sebab membuta tuli ikut 'tradisi cucuk' sejak dulu lagi yakni anda sendiri tidak tahu dan tidak mahu ambil tahu tentang isu vaksin ini tapi sekadar melengkapkan temujanji di klinik tanpa mengetahui apa rasional nya anda bertindak sedemikian.


P/S : Tahniah kepada Nurul dan suami di atas kelahiran baby Z mereka.

HOMESTAY KEMAMAN YANG BEST!

Isnin, 7 Oktober 2013

Ieka.Ana.Is Homestay namanya!
First time baca signboard kecil di depan rumah ini, memang saya tersenyum sendiri. Comel!
Sepanjang 2 hari 2 malam di sana, saya tak sempat nak tangkap gambar sangat sebab sibuk dengan Aariz. 
Kami memilih homestay sebab datang dalam kuantiti ahli keluarga yang ramai kan? Jadi lebih jimat kalau tinggal di homestay je. Memandangkan kami akan tinggal di sana selama 2 hari, lebih berbaloi kalau memilih homestay berbanding hotel/motel. Lebih homely gitu.

Alhamdulillah 'owner' homestay ni pun sangat baik orangnya. Beliau sanggup tunggu kami sampai dan tak jemu bagi 'direction' ke homestay tu walaupun dah malam sebab daripada tol Jabor memang tak banyak signboard. Terkial-kial kami cari jalan. Hahaha. Kami sampai pun dalam jam 10.30malam gitu.

First yang terlintas dalam kepala ialah kebersihan! Yup! Saya memang skeptikal sikit tentang kebersihan di homestay memandangkan pernah ada pengalaman yang kurang enak menginap di sebuah homestay sebelum tu. Pengsan nak tido situ dengan taik tikus bersepah-sepah! Kita ada kecik lagi lah 'particular' bab-bab ni kan? Haish! Okay, abaikan kisah itu. Nak cerita pun geli tekak.

Apa yang best kat homestay Ieka.Ana.Is Homestay ni?

1. Bersih
2. Dapur yang kemas
3. Dua daripada tiga bilik ada aircond.
4. Bilik Air yang bersih dan kemas. (Takde pecah sana sini)
5. Iron yang berat (Saya memang suka iron yang berat 1.8kg ke 2kg. Tak susah nak tekan kuat-kuat kan?)

Jadi, untuk mereka yang mencari homestay kat Kemaman, homestay Ieka.Ana.Is ni memang highly recommended by me. (Saya tak dapat bayaran pun bagi review ni ye. Hahaha)

Boleh terus hubungi Puan Sue atau En.Rif untuk pertanyaan lanjut :

Puan Sue : 012-415 2251
En.Rif : 019-915 7205

 

HIS VERY 1ST BIRTHDAY

Rabu, 2 Oktober 2013

Assalamualaikum dan hai semua!!

Wah! Lebih sebulan tak menaip kat blog! Sibuk lah katakan...
Orang ada anak lah katakan. Ibu bekerjaya pulak tu yek?

Ini backdated entry sebenarnya.
Sepatutnya entry ni dibuat pada 13 September yang lepas. Bersamaan dengan Ulang Tahun pertama Aariz. :) Dah sebelas bulan dok ulang bulan kan. Haaa ni dah sampai setahun pun kiraannya!

Alhamdulillah dah setahun pun Aariz. Kalau campur dengan 9 bulan dalam perut, dah setahun 9 bulan lah kan?

Nothing special on his birthday. Cuma ada hadiah baju baru daripada DH dan colleague nya! Langkawi mari! DH beli waktu beliau outstation ke sana sejak Isnin sebelum tu. Kami sambut di rumah MIL (Mother In Law) saja dalam kesederhanaan yang sangat menyenangkan.

Memang ada beli kek, tapi Aariz masih TIDAK DIBENARKAN MAKAN lagi sebab kandungan gula yang tinggi dalam kek dan ditambah pula dengan Aariz yang masih lagi EBF (Exclusive Breastfeeding). In shaa Allah akan teruskan EBF sampai Aariz dua tahun atau kalau Aariz nak teruskan lagi selepas dua tahun, tak mengapa lah! Bila-bila Aariz nak wean off sendiri pun tak jadi masalah untuk saya. Dalam Al-Quran pun ada ayat yang menggalakkan penyusuan dengan ASI (Air Susu Ibu) selama 2 tahun kan?
Surah Al-Baqarah (Ayat 233) Maksudnya :
Dan ibu-ibu hendaklah menyusukan anak-anak mereka selama dua tahun genap iaitu bagi orang yang hendak menyempurnakan penyusuan itu; dan kewajipan bapa pula ialah memberi makan dan pakaian kepada ibu itu menurut cara yang sepatutnya. Tidaklah diberatkan seseorang melainkan menurut kemampuannya. Janganlah menjadikan seseorang ibu itu menderita kerana anaknya, dan (jangan juga menjadikan) seseorang bapa itu menderita kerana anaknya; dan waris juga menanggung kewajipan yang tersebut (jika si bapa tiada). kemudian jika keduanya (suami isteri mahu menghentikan penyusuan itu dengan persetujuan (yang telah dicapai oleh) mereka sesudah berunding, maka mereka berdua tidaklah salah (melakukannya). Dan jika kamu hendak beri anak-anak kamu menyusu kepada orang lain, maka tidak ada salahnya bagi kamu apabila kamu serahkan (upah) yang kamu mahu beri itu dengan cara yang patut. Dan bertaqwalah kamu kepada Allah, serta ketahuilah, sesungguhnya Allah sentiasa melihat akan apa jua yang kamu lakukan.

Syukur Alhamdulillah pada Allah yang mengizinkan saya meneruskan EBF Aariz sampai ke saat ini dan memang saya doakan semoga dapat melengkapkan tempoh 2 tahun. DH pun sangat supportive walaupun pada mulanya DH kurang bersetuju dengan cita-cita saya ini. Hehehe.

Saya yakin mesti ada hikmahnya Allah sarankan sebegitu rupa kan? Sebab tiada yang sia-sia dalam setiap penciptaanNYA.

Tapi kalau dikenang-kenangkan saat Aariz akan wean off nanti, memang boleh meleleh air mata I tell you. Kadang-kadang waktu tengah pam dok teringat-ingat, mesti kena stop pam sekejap. Cari mood balik.

Memang betul, dalam proses penyusuan ni ada 'roh' di antara ibu dan anak. Ada bonding yang Allah ciptakan. Hanya mereka yang melaluinya saja dapat rasa sebab soal ni memang tak boleh nak describe dengan kata-kata.. Tahniah pada semua ibu-ibu yang menyusukan anak dengan ASI ya! :)

Wah! Dah cerita bab breastfeeding lak aii! Mak ni kalau cakap pasal breastfeeding memang seronok!
Entry ni pasal birthday Aariz lah Nadia! Hehehe.

Sayangnya semua gambar waktu birthday Aariz ada dalam handphone DH. Jadi entry ini tiada gambar waktu birthday lah ya.




Misteri Ludahan Syaiton!

Isnin, 19 Ogos 2013

Assalamualaikum dan hai semua!

Banyak cerita nak ditaip tentang Hari Raya Aidilfitri tahun ni. Ada yang best dan ada yang kurang best. Hahaha. Salah satu yang kurang best ialah saya terkena ludahan syaitan! Ape ke hei nye kena ludah syaiton pulak ni? Hahaha. Kalau fikir logik, syaiton mana pulak terlepas waktu Ramadhan kan? Tapi itu lah antara nama yang orang melayu kita panggil. Ludahan Syaitooonnnn!! (Sengaja sebut over di situ.)

Ludahan syaiton ni atau nama lainnya gegata, kelopak garam, lapar garam, dalam Bahasa Inggerisnya Hives atau Urticaria ialah gatal-gatal pada kulit secara tiba-tiba yang membentuk bengkak kemerah-merahan dengan bentuk yang pelbagai saiz. Ini disebabkan oleh elergik atau sebab-sebab lain seperti alah pada makanan, habuk, ubat-ubatan, makanan laut atau terdedah kepada cahaya matahari. Adakalanya hampir mustahil jugak nak tahu apa punca terjadinya gegata ni. Mana tidaknya, tiba-tiba rasa gatal yang amat sangat di peha dan lengan. Bersungguh-sungguh garu, beberapa saat lepas tu naiklah merah-merah bercorak-corak bagai. Memang meremang bulu roma saya waktu tu tengok dah macam berbintat-bintat beso pulak kat kulit kan? Lagi beso dari bintat kena gigit nyamuk! Maunya tak panik kan? 

Sumber : Google
Tapi tahan hati, pujuk hati kata takpe kejap-kejap lagi baiklah ni.
Memang malam dah nampak bintat-bintat semakin berkurang dah. Lega Alhamdulillah.
Tapi, pukul 2.30pagi saya bangun, rasa panas badan dan gatal-gatal. Terus mandi. Bersiram lama-lama di bawah shower sambil berdoa semoga hilang rasa pedih, panas dan gatal-gatal tu.

Gegata ni berlarutan sampai lah hari nak balik kampung. Atas nasihat kawan-kawan yang pernah mengalami masalah macam ni, saya terus pergi Guardian beli Alovera Gel untuk kurangkan rasa panas dan gatal tu.
Saya beli cap PALMER'S itu. :)
Bila balik rumah baru saya mandi dengan oat (Oat Bath). Alhamdulillah Alo Vera Gel memang dapat bantu kurangkan rasa panas dan gatal. Bila rasa gatal merenyam je, saya terus sapu Alo Vera Gel sebab nak elakkan daripada tangan ni gatal nak menggaru-garu. Memang lah sedap menggarunya, tapi lepas tu, bertompok-tompok lah kulit! Saya sendiri tak perasan bila gegata ni hilang sebab tiba-tiba je dah hilang lepas mandi oat sekali hari tu. Bila dah jadi macam ni, kena lah makan VCO 4-5kali sehari untuk bantu tingkatkan sistem pertahanan badan. :) Alhamdulillah saya dah sembuh sepenuhnya. Tapi masih misteri lagi kejadian ni, tak tahu macam mana boleh dapat Ludahan Syaitoooonnn ni. Jenuh nak recall balik apa puncanya, apa-apa pun saya anggap ini dugaan ALLAH untuk saya syukuri nikmat sihat pemberianNYA. :)


Selamat Hari Raya AidilFitri! :)

Selasa, 6 Ogos 2013

Assalamualaikum dan hai semua!

Hari ni hari terakhir kerja! Wah! Muka ada senyumlah!
In shaa Allah esok, sesudah sahur, kami bertiga akan bergerak ke kampung halaman di Perak! :)
Semoga perjalanan kami dipermudahkan ALLAH. 
Hati ini super excited sebab nak balik jumpa Emak kan? :)
Cuma tak berapa best sebab ni tahun pertama dua adik perempuan saya beraya di rumah keluarga mertua masing-masing! Sadisnya!!

Okay you ollss!! 
Selamat menyambut Aidilfitri dengan yang tersayang ya.
Berhati-hati di jalan raya. Berhati-hati ketika beraya. Kalau ada rukun tetangga atau jiran yang bukan islam di kejiranan anda, berpesan-pesanlah kepada mereka untuk sama-sama ambil tahu tentang rumah kita kan? Sebab, bukan tak pernah jadi kes jiran tak kenal satu sama lain punya hal, habis barang-barang jiran dirompak dengan selambanya oleh perompak. Konon-kononnya pindah rumah di malam hari. Tak ke haru gitu? Oh ya! Boleh inform pada polis jugak kan? Buat masa ni, kami hanya inform pada ahli rukun tetangga. Alhamdulillah kami mempunyai ahli-ahli rukun tetangga yang sangat baik dan prihatin.

Selamat bercuti dan jaga kesihatan baik-baik ya! Waktu raya ni lah mudah nak jatuh sakit dek kerana makan macam-macam, kurang rehat, kurang tidur kan? Minum air masak banyak-banyak ya! Okay. Take care semua! :)


Bukan Tak Boleh Panjang-Panjang...

Assalamualaikum dan hai semua!

Korang mesti pernah solat di  mana-mana surau shopping mall kan? Macam mana pengalaman korang?
Saya seboleh-bolehnya pilih untuk bersolat di rumah sebelum keluar bershopping sebab saya memang kurang gemar untuk bersolat di surau shopping mall. Lebih-lebih lagi waktu Maghrib sebab masanya pendek kan? Tapi kalau tak ada pilihan lain, terpaksa juga lah kan.
Semalam, serasanya itu lah pengalaman yang agak kurang enak bagi saya. Betul-betul menguji kesabaran di bulan puasa. Hehehe.

Oleh sebab DH ajak shopping di Jusco Anggun Rawang, kami bertolak selepas pulang dari kerja untuk berbuka di luar saja. Tapi, kalau tanya pada saya, saya tak berapa gemar berbuka di luar memandangkan Aariz pun dah tak pandai nak duduk diam-diam kan. Hahaha.

Lepas kami berbuka puasa, DH pergi solat dulu. Kemudian barulah saya pula bersolat. Bergilir-gilir menjaga Aariz. Lebih kurang jam 7.50petang saya sampai di surau.

Memang ramai orang dalam surau. Daripada tempat letak kasut, tempat ambil wuduk dan ruang solat sangat-sangat 'pack'! Memang kalau berjalan tu, berlaga punggung jelah kekdahnye..Mujurlah saya bawa telekung sendiri, terus cari mana-mana jemaah yang dah nak habis solat di saf belakang. Kalau tunggu di saf depan, tak ada ruang pulak kan? (Boleh bayangkan?) Tunggu betul-betul di belakangnya. Dalam keadaan yang suntuk macam tu, mesti kena cepat-cepat ambil alih tempat bila jemaah dah selesai solat kan? Kalau tak, mesti orang lain dah sambar dulu. Hahaha. Dalam situasi ni, pendapat saya, tak sesuai nak duduk diam-diam kat ruang belakang menunggu mana-mana jemaah selesai solat ya. Sebab ada ramai lagi jemaah yang belum solat dan menanti ruang kosong. Jadinya, konsep di surau kecil dan kesuntukan waktu Maghrib ni ialah, you wait, you get! Boleh? Hehehe.

Saya menanti dengan penuh sabar akak sorang ni habis solat. Dia dah bagi telekung pada seorang adik di sebelah kirinya. Okay. Saya tunggu dia selesai wirid dan berdoa. ALLAHU AKBAR! Lebih kurang 10 minit saya tunggu akak ni habiskan wiridnya yang panjang. Okay. Sambung tunggu doanya yang panjang juga! Aduhai, dalam hati dah ada rasa tak enak. "Ape ke lama bebeno akak ni?" Memang betul, wirid dan doa yang panjang tu hak masing-masing kan? Tapi sila ingat, anda bukan berada di rumah ataupun di Masjid ketika itu. :( Sedangkan ada ramai lagi orang yang menunggu giliran untuk bersolat Maghrib! Solat Maghrib ya! Bukan Solat Isyak! Semua orang kejar masa takut-takut terlepas waktu Maghrib, udah jadi Qada' pulak. Bila akak tu dah selesai berdoa, dia duduk rileks dulu. Aduhai, nak tegur ke tidak ni? Bila dia berpaling dan bangun, langsung tak ada rasa bersalah! Oh myyyyyy! Dia bikin surau ni macam rumah dia. *Pengsan*

Tak salah nak wirid dan doa panjang lebar, serius tak salah! Tapi yang salahnya, janganlah disebabkan kita, orang lain terlewat untuk bersolat juga sedangkan masing-masing mengejar waktu Maghrib yang dah nak habis. Sila jangan pentingkan diri sendiri. Boleh dipendekkan wirid dan doanya kan? Common sense please!






Jumaat Terakhir...

Jumaat, 2 Ogos 2013



Ada getar di hati
Ada resah di jiwa
Ada pilu yang bersulam sama
Ada ketika airmata turut merasa debarnya dada
Berkocaknya jiwa

Ini Jumaat terakhir
Jumaat kali yang terakhir di bulan yang dimuliakan
Jumaat yang bakal hilang untuk selama-lamanya
Jumaat yang bakal pergi bersama detik waktunya
Jumaat penghulu segala hari yang benar-benar akan pergi
Jauh takkan kembali 

Pagi ini, ada yang pergi
Pagi jumaat ini ada yang dijemput Ilahi
Diambil kembali tanpa terlepas atau tercepat barang sesaat
Diambil kembali dalam bulan yang penuh berkat
Diambil kembali jauh dari azab
Beruntunglah mereka!
Syukur Alhamdulillah...
Pergi selama-lamanya dalam Husnul Khotimah..

Kalian pergi bertemu Ilahi
Dengan cara yang paling indah
Bertemu Yang Maha Hebat
Maha Pencipta, Maha Penyayang

Doaku
Semoga aku juga diambil dengan cara yang paling indah
Pengakhiranku dengan Husnul Khotimah
Tapi Allah...
Izinkan aku melengkapi semua tanggungjawabku
Pada Emak, pada suami, pada anak, pada keluarga
Malah andai diizinkan oleh kekuasaanMu yang satu itu
Pada Islamku jua..

Rahmatmu terlalu luas
terlalu banyak, terlalu bernilai
Segalanya terlalu, kerana Kau pernah berkata
Tiada yang sia-sia dalam setiap penciptaanMU
Kau Maha Bijaksana
Mana mungkin ada kurang dalam setiap kejadian yang kau ciptakan
Kerana kau Maha Hebat lagi Maha Agung

Semoga Ramadhan nanti akan dapat aku gapai lagi
Kerana Ramadhan kali ini, masih terlalu banyak cacatnya
Harapanku, agar aku masih mampu sampai ke Ramadhan itu.
Benar hatiku sedih! Terlalu sedih...
Kau akan pergi kurang lebih 96jam dari sekarang
Sedangkan serasanya baru semalam aku mulai Ramadhan ini

Semoga aku diberikan kesempatan bertemu Ramadhan lagi.







Dedor-dedor...

Khamis, 1 Ogos 2013

Assalamualaikum dan hai semua!

Second entry untuk hari ini. Gila kan? Hahaha. Tiba-tiba terasa nak menaip je kat blog hari ni. Pasai apa pun tak tau aih!

Sebenarnya entry ni nak publish Ahad lepas, tapi macam biasalah kan, emak kesibukan tahap melampau bila hujung-hujung minggu sekarang. Tak macam waktu single mingle dulu. Tak macam waktu berdua je dengan DH dulu-dulu kala ye dok? Life change omputeh kata.

Sabtu lepas, tanggal 27 Julai 2013, badan Aariz dedor-dedor sikit pagi tu.
Dedor-dedor? Amende tu yong? Hehehe..
Orang Perak panggil dedor (dedar) ni memaksudkan panas suam-suam badan..

Sekali Google terjumpa ini! Tu lah maksud dedar ye kawan-kawan. Hehehe. Setelah diPerakkan perkataan dedar itu, maka terhasillah dedor. :) Okay mudah sikit nak bercerita lepas ni kalau dah faham maksudnya ya.
Tunggu apa lagi, pi LIKE cepat Mykamus Professional Edition.

I baru LIKE! Hahaha

Bangun pagi Sabtu tu badan Aariz dah dedor-dedor.
Saya terus tanggalkan baju dan seluar Aariz. Tinggal pampers je. Ambil ACV (Apple Cider Vinegar) atau dalam Bahasa Melayunya ialah Cuka Epal kat dapur.
Tuang satu penutup ACV tu dalam bekas, lepas tu campur dengan air. Wah! Serius semerbak masam-masam pedor baunya! (Orang Perak kata!) Untuk pengetahuan, ACV, cuka kurma, cuka putih dan asam jawa, air hirisan lemon adalah bahan-bahan yang mampu mengurangkan suhu badan yang tinggi ya. Sifat keasidan bahan-bahan ini mampu menarik haba daripada kulit atau daripada kepala bersurai ke seluruh badan dan haba yang bergerak itu dapat menjadi salah satu alat aktif melawan jangkitan.

Okay. Ambil sepasang stoking, rendam sekejap dalam bekas ACV tadi. Lepas tu sarungkan ke kaki Aariz. Mujurlah Aariz aktif dan mahu menyusu dengan kerapnya! :) Tu lah the power of breastfeeding!

Kenapa mesti pakai stoking basah ni? (Wet Socks - Teknik Hidroterapi)

Dr. Mehmet Oz, MD cakap, kaki kita mengandungi kepekatan kelenjar peluh yang lebih tinggi, jadi ini dapat membantu dalam pembebasan haba.

Banyak-banyak mainan, besen ni jugak yang Aariz nak main. Buat gendang!
Itu Mr.Snail. Ayah baru belikan untuk Aariz. Satu rumah Aariz kejar Mr.Snail ni! 
Akhirnya! Ini bukan Aariz masuk sendiri. Tapi emak dia yang masukkan dia dalam ni. Saja nak bagi dia merasa. Nampak kan muka Aariz cemane? Panik! Hehehe. 
Bila Aariz demam, automatiklah ibu dan ayahnya kena jadi pelawak sebab saya percaya bayi yang gembira akan mudah sembuh dari sebarang sakit. Macam kita jugak kan? Kok monyok je.. Bila nak sihatnya?

Satu lagi, bila Aariz demam macam ni, saya mesti tidur peluk Aariz. Buat masa ni, sebab Aariz pun kecil lagi kan, Aariz tidur atas dada ibu lah dulu :) In shaa Allah dia berhenti merengek. Tidur sambil dengar degupan jantung ibu. Serius seronok dengan 'moment' macam tu. Alhamdulillah dalam tengahari tu suhu badan Aariz dah kembali normal. :) Kalau dulu saya panik dan rasa nak nangis kalau Aariz demam, kini tidak lagi! :) Alhamdulillah. Ini semua saya dapat daripada kumpulan sokongan seperti Laman Kesihatan Ibu, Bayi dan Anak-anak di FB. Anda semua boleh la request untuk join. Serius tak rugi! Banyak ilmu parenting yang boleh dapat daripada mereka di Group ini! :) Paling penting, tiada penggunaan 'ubat-ubatan dan dadah' ya, semuanya berasaskan teknik natural semata-mata!

Oh lupa nak ucapkan Happy World Breastfeeding Week to all breastfeeding mommies!!! :)







Koyak!!

Assalamualaikum dan hai semua!

Balik kerja semalam, hati ada sikit 'tacing'...
Sebab sesuatu yang sangat dihargai telah terkoyak. Bukan nak merungut, tapi entah kenapa jadi 'tacing' pulak. Mungkin sebab 'sesuatu' tu dah berjasa selama kurang lebih 8 bulan gitu kan. Ada sentimental value di situ.

Selama 8 bulan lebih ni lah 'dia' sentiasa membantu saya dan Aariz.
Membantu menyejukkan dan memberikan ketahanan suhu sejuk pada sesuatu yang sangat bermakna iaitu susu ekspres (EBM) Aariz. Tanpa 'dia' mana mungkin saya dapat kekalkan suhu sejuk untuk susu ekspres saya tu kan? Syukur Alhamdulillah ALLAH bagi saya duit untuk membelinya. Syukur Alhamdulillah, ALLAH bagi peluang padanya untuk berjasa pada saya dan Aariz selama ini. Syukur Alhamdulillah, ALLAH ciptakan 'dia' untuk menyediakan susu ekspres yang baik untuk Aariz. Terima kasih ya ALLAH. Terima kasih ya ALLAH. Terima kasih ya ALLAH di atas nikmatmu ini.

Inilah si 'dia' yang sudah terkoyak petang semalam. Saya pun tak pasti macam mana boleh koyak sampai macam ni sekali. Ataupun sebab dah sampai masanya ye?


Nampaknya sampai di sini sajalah jodoh kita ye Ice Pack. Terima kasih di atas segala jasamu.
Balik kerja nanti kena pergi beli Ice Pack yang baru. Kot-kot boleh dapatkan cap Coleman ka.. :) Tahan lama sikit kan.


16 Ramadhan Kau Pergi...

Ahad, 28 Julai 2013


Innalillahi Wa Inna Ilaihi Roji'un...
Sesungguhnya kematian itu pasti.

Pagi Jumaat 27 Julai 2013 bersamaan 17 Ramadhan yang lepas, saya dikejutkan dengan berita pemergian teman rapat saya ketika masih menuntut dulu.
Allahyarham pergi selepas berbuka puasa pada hari Khamis (semalamnya).
Daripada cerita adik saya, arwah tiba-tiba saja lembik dan telah meninggal dunia dalam perjalanan ke hospital.
ALLAH... Semudah itu ALLAH mengambil nyawa kan? Tiba-tiba saja diambil nyawa tanpa sebarang penyakit atau petanda.
Kalau tidak silap, arwah meninggalkan seorang isteri dan 2 orang anak. Saya tak pasti kerana sudah lama kami terputus hubungan selepas arwah bertunang, seingat saya sekitar tahun 2006/2007 begitu.

Memang saya tersentak dan masih lagi terasa di hati atas pemergian arwah.
Arwah yang saya kenali ialah seorang lelaki yang hebat jiwanya. Kuat amal solehnya.
Bayangkanlah, arwah tak segan untuk membaca Al-Quran kecil ketika sedang menunggu bas tanpa mempedulikan mata-mata yang memandang. Tapi tidaklah baca kuat-kuat.
Arwah seorang lelaki yang tak pernah tinggal solat sunat Witir. Saya masih ingat lagi arwah pernah berpesan dulu, jangan tinggalkan solat Witir. Kalau tak mampu nak buat 3 rakaat, memadailah dengan 1 rakaat. Biar amalan nampak sedikit, tapi berterusan.
Arwah pernah menuliskan doa selepas solat dan cara-cara untuk solat Witir untuk saya. Memang arwah seorang lelaki yang hebat di mata semua yang mengenalinya.

Ketika usianya 32tahun, saya kira masih terlalu muda untuk dia pergi, saya kira masih banyak lagi yang arwah ingin lakukan dalam hidupnya kan? Arwah ada anak-anak kecil yang mesti dibesarkan dengan sebaik mungkin, tapi siapa saya untuk menidakkan Qada' dan Qadar ALLAH kerana ALLAH itu lebih tahu, jauh lebih bijaksana di atas segala apa yang telah DIA rancangkan untuk hambaNYA.

Dari kejauhan, bila saya teringat pada arwah, hanya doa yang mampu saya hadiahkan. Sebagai teman yang pernah rapat dengan arwah dulu, saya masih dan akan terus bersedih dengan pemergiannya dan sentiasa mendoakan agar ALLAH menempatkan arwah di kalangan orang yang beriman dan beramal soleh, serta mendoakan semoga ALLAH memberikan kekuatan kepada isteri, anak-anak dan seluruh ahli keluarga arwah.

Pemergian arwah betul-betul membuka mata saya untuk menjadi manusia yang lebih baik, yang jauh lebih baik daripada hari-hari semalam. Lebih baik dari segi amalan dan akhlaknya. Membuatkan saya lebih kuat terasa untuk menghargai setiap pemberian ALLAH pada saya. Keimanan, kesihatan, kewarasan, keluarga, rumah, anak, suami, pakaian, minuman, pekerjaan.. Ya ALLAH terlalu banyak untuk dihitungkan? Betapa ALLAH itu Maha Pengasih, Maha Penyayang, Maha Pemurah dan Maha Kaya. Benar kata Imam Ghazali, benda yang paling dekat dengan kita ialah kematian, ibarat seperti urat leher dan leher saja dekatnya. Terlalu dekat kan?

Kita sendiri tak tahu bagaimana penyudahnya kehidupan kita. Semoga pengakhiran hidup kita kelak dengan cara yang baik (Husnul Khotimah) lagi diredhai ALLAH.

Kau pergi dalam Ramadhan yang mulia. Bulan di mana ALLAH mengangkat semua azab di kubur. Di tambah dengan malam Nuzul Al-Quran juga.
Al-Fatihah untukmu Hatim. Semoga rohmu ditempatkan di kalangan orang yang beriman dan beramal soleh. Terima kasih yang tidak terhingga di atas segala nasihatmu selama kau masih di sini.
Sudah berakhir perjuangan hidupmu, teman. Semoga kau bahagia di sisi Ilahi.


Pre-Loved Item?

Selasa, 23 Julai 2013

Assalamualaikum dan hai semua!

Hari ni dah pun masuk hari ke 14 Ramadhan kan? Esok genap separuh Ramadhan. 
Sekejap je masa berlalu. Mesti semua dah ready dengan persiapan raya kan? 
Saya jugak yang belum siap apa-apa sangat pun. Mood Raya belum mai lagi ni. Hahaha.

Tengoklah! Orang pakat beli kasut raya, saya beli kasut sukan! Eh tidaklah nak guna kasut ni untuk bersukan, tapi untuk jenjalan je. Bila dah ada anak ni, jadi teringin nak pakai kasut sukan je bila keluar. Tak tahulah kenapa. Mungkin jugak sebab terpengaruh dengan DH kot. Tambahan pulak, ni pertama kali beli kasut pre-loved. Didatangkan khas dari Penang sana! Selalu ikut DH pergi kedai bundle, ni kira dah terjebak jugak kan? 

Pakai dengan baju kurung ok dak? Hahahaha.
Mula-mula tu saya tak faham juga, apa maksud pre-loved? Pra-percintaan kah? Hehehe. 
Apa beza pre-loved dengan bundle?

Bila Google (macam biasa lah kan.. Google kan ado!) Oh! pre-loved tu maksudnya setelah diterjemahkan ialah :
1. Barang Baru yang kita beli tapi tak pernah guna
2. Barang yang kita dah pakai untuk beberapa kali 
3. Hadiah yang kita dapat tapi kita tak pernah pun pakai.

Lazimnya orang jual barang pre-loved ni sebab nak jimatkan ruang simpanan di rumah, atau sebab diorang dah pun ada barang yang sama macam hadiah yang diorang terima. (Contoh paling simple : Dah ada seterika, tapi hadiah kahwin dapat seterika lagi). Ataupun sebab yang paling popular di kalangan wanita ialah disebabkan oleh pembelian yang tidak dirancang. Hahahaha. Bila dah beli, eh! dah berzaman pulak tak pernah guna langsung! Tak pun, bila dah beli baru perasan mungkin tak 'match' dengan baju ke, ataupun memang tiba-tiba tak berkenan gitu. Hehehe. Maka barang yang mereka nak jual tu termasuklah dalam kategori PRE-LOVED.

Kasut NIKE ni saya beli sebab memang sangat suka warna putih dan pink itu lah kan. Sebab kedua ialah kasut ni boleh bargain lagi daripada harga asal yang tuan empunya letakkan iaitu RM100. Saya tawar RM70, tambah dengan kos penghantaran RM5, jadi saya dah pun jimat RM25. 

Alhamdulillah kondisi kasut ni pun memang sangat puas hati berbaloi dengan harga dan kategori PRE-LOVED nya kan? Saiz pun muat! Saya pasti tuan empunya kasut sangat menjaga kasut ni sebab tuan empunya bagitau saya kasut ni kasut waktu dia tengah bercinta dengan suami dia dulu-dulu kala. Hehehe. Dia pakai pink, suami pakai merah. Hohohoho. Penuh sentimental value kan kan kan?

Oh ya! Kasut ni saya beli secara online di Group Let Go Barang 2nd Hand & PRELOVED ITEMS
Sebelum ni saya pernah beli 2 kemeja wanita, dan sepasang baju Overall baby di Group ini. :)
Bagi mereka yang nak menjual barang-barang pre-loved atau second hand di Group ni, boleh lah dapatkan ID ya. Pendapat peribadi saya, oleh sebab penjual menggunakan ID, jadi peratus untuk berlaku penipuan tu sangatlah tipis. Tapi apa-apa pun, amalkan konsep selidik dulu sebelum membeli! :)


Kisah Petang 11 Ramadhan

Isnin, 22 Julai 2013

Assalamualaikum dan hai semua!

Petang Sabtu yang lepas memang petang yang sangat mendebarkan dan agak menakutkan untuk saya dan DH. Sampai ke hari ini masih lagi terasa trauma!

Cadangnya nak berbuka puasa dengan mak mertua dan adik ipar di Setia City Mall, tapi sekitar jam 6 petang, dah nak dekat sampai exit Kota Damansara, tiba-tiba kereta rasa bergegar agak kuat. 
Dalam fikiran saya dan DH, macam ada yang tak kena dengan 'disc brake'. Cepat-cepat berhentikan kereta di tepi lebuhraya, terus DH periksa apa yang tidak kena dengan tayar kereta. 

Memang mengejutkan! Tayar belah kanan macam membengkak! (Ini mungkin terms yang kurang sesuai untuk tayar. Hahaha) dan berlubang. Huwaaaa!! Memang rasa nak nangis tengok tayar dah terkeluar daripada 'rim'. Ya ALLAH, syukur sangat-sangat sebelum tu DH hanya pandu perlahan untuk keselamatan kan? Tapi daripada rumah, DH pandu agak laju sebab tu kami memang dah 'rushing' nak sampai Klang cepat, risau tak sempat nak ambil mak mertua.

DH terus hubungi Plus untuk dapatkan bantuan Peronda Lebuhraya. Tiba-tiba DH tinggi suara waktu tu sebab operator tu tanya soalan pelik-pelik. Haish! Saya yang dengar pun berbulu je rasa. Dah la orang call dari tepi lebuhraya ni. Nak kena cakap kuat-kuat dek kerana banyak kenderaan lalu-lalang kan? Operator pula asyik tanya soalan 'Jadi, encik dari Damansara lah ya?' Ya Robbi! Padahal DH dah cakap, kami dari Rawang nak ke Klang ni.' Sabor jelah... Mana nak kawal perasan gemuruh lagi kan.. Ish ish ish..

DH cepat-cepat tukar tayar spare. Saya yang tengah gendong Aariz dengan SSC, jadi tukang monitor jalan. Risau kan, kalau-kalau ada kenderaan yang tak perasan kami berhenti di bahu jalan tu. Kenderaan semua laju-laju belaka pulak tu. Yelah, kat lebuhraya, siapa yang nak bawa perlahan macam kat jalan kampung. Hahahaha. 

Tak tahu lah kan kalau ikut KPI Peronda Lebuhraya ni sepatutnya diorang ambil masa berapa minit untuk sampai di tempat kejadian sebab lebih kurang 25minit kemudian baru diorang sampai. Di media massa pun tak ada maklumat tentang ini kan? Waktu dua orang Peronda Lebuhraya sampai, DH dah pun selamat tukar tayar spare sendiri. Comot dah tangan beliau! Huhuhu.

Tayar depan kanan yang bengkak.
Steady DH tukar tayar.
25minit kemudia baru Peronda Lebuhraya sampai. *Sigh*
Periksa angin tayar

Alhamdulillah, walaupun hanya guna tayar spare dan DH pandu agak perlahan, kami sampai di rumah mak mertua sekitar jam 7 petang. Terus ke Setia City Mall.
Waktu sampai di tempat parkir kereta, dah pun masuk waktu Maghrib. Mujurlah mak mertua saya ada bawa sedikit kurma dan air mineral. DH dan mak mertua berbuka puasa dulu dalam kereta. Kemudian baru lah kami makan di Delicious. Tak dapat nak snap gambar kat Delicious sebab saya tertinggal handphone dalam kereta. Kalau tidak, boleh upload gambar kami di Delicious pulak kan. Hehehe.

Walau apa pun yang terjadi, semuanya datang bersama hikmah. :) Jadi, kami bersyukur kerana keselamatan kami masih dipelihara ALLAH. Alhamdulillah.


Marmet? Mar-Mey?

Khamis, 18 Julai 2013

Assalamualaikum dah hai semua!

How's your Thursday so far?
Pagi ni saya sangat-sangat gembira di samping teruja yang amat sangat!
Sebab saya berjaya 'marmet' untuk sessi pertama hari ini! Alhamdulillah syukur sangat-sangat!
Jadi dengan secepatnya saya rasa nak share pengalaman saya di blog pagi ni. Hehehe.

Anda tahu apa itu 'marmet technique'? Saya tahu tentang 'marmet' ni pun waktu dalam pantang. Tapi tak pernah lagi nak praktis dengan seriusnya sebab saya dah beli pam susu Avent Manual beberapa hari sebelum pergi serah diri untuk bersalin kat Hospital Selayang 11 September 2012 yang lepas. (Pergi serah diri sebab dah overdue seminggu. Hehehe)

Tapi pagi tadi nampak gambar hasil 'marmet' seorang rakan FB, automatik jadi teruja pulak nak cuba 'marmet'. Alhamdulillah atas bantuan rakan-rakan FB yang memang berpengalaman 'marmet', akhirnya saya berjaya juga 'marmet' dengan penuh yakin! Cewah!

Sebutnya bukan MARMET. Tapi MAR-MEY ya. Hehehe. Ini pun baru tahu bulan lepas cara sebutan yang betul lagi sahih!

Marmet ni adalah teknik pengeluaran susu menggunakan tangan semata-mata tanpa bantuan pam susu (perahan tangan). Mengikut apa yang saya baca, teknik 'marmet' ini jauh lebih baik untuk mengosongkan payudara berbanding menggunakan pam kerana sentuhan kulit ke kulit yang sememangnya mampu merangsang penghasilan susu yang lebih banyak berbanding pam yang diperbuat daripada plastik kan. Kita kenal badan kita sendiri dan kita tahu di mana bahagian (point) yang tepat untuk aliran khusus bagi mengeluarkan susu. Saya panggil ini kilang susu.

Hari ni, Alhamdulillah dengan izin ALLAH saya dapat pengalaman buat 'marmet' untuk sessi pertama dengan hasil 8oz, 4 kali LDR (Let Down Reflex). Menarik kan? Kalau guna pam, LDR hanya sekali saja, kalau dua kali tu pun sebab pam lama-lama. Tapi serius penat kalau pam lama-lama kan? Boleh mental down dibuatnya. Tapi dengan 'marmet', mampu LDR 3-4 kali. Best lah kan sebab setiap kali LDR, susu keluar memancut-mancut. Memang akan teruja sangat bila dengar bunyi susu memancut-mancut masuk botol. Cepat je botol dah cukup 4oz. (Saya memang bajet 4oz untuk setiap botol) Tanpa penggunaan apa-apa supplemen yang mahal-mahal ya. :) Saya makan macam biasa. No magic pill needed. :)


Anda nak cuba? Serius memang 'highly recommended' by me. Cubalah, anda pasti tidak kecewa. Apa yang penting sebelum 'marmet', yakinlah yang anda memang boleh lakukan. Itu saja. No secret recipe.

Boleh check it out kat youtube. Taip saja 'marmet technique' banyak tutorial nya.

Selamat memerah! Hehehe. :)

Updated : Sessi kedua pun dapat 8oz. Alhamdulillah dapat 16oz sepanjang waktu bekerja hari ni. Syukur syukur syukur pada ALLAH. Ini semua hasil marmet. Guna jari pun boleh. Hehehehe. Hebat ALLAH ciptakan kilang susu untuk setiap wanita.


Aariz 300 Hari!

Isnin, 15 Julai 2013

Assalamualaikum dan hai semua!

It's Monday!!! Syukur pada ALLAH masih lagi diberikan kesempatan untuk hidup sehingga ke hari ini kan?
Monday monday ni, takmau lah Monday Blues sangat ye. Hehehe.. Mulakan hari dengan ceria, In shaa Allah satu hari ni akan ceria! :) Okay good. Tarik nafas dalam-dalam... Smile and give thanks to ALLAH.
Great!

Kalau diikutkan nak taip entry ni Sabtu lepas tapi tak berkesempatan kan. So taip hari ni sajalah.

Ada apa ya dengan Sabtu lepas? Sabtu lepas Alhamdulillah Aariz dah genap 10 bulan.
Bermakna Aariz dah bersama-sama Ibu dan Ayah selama 300 hari (tambah tolak). Masih terasa keajaiban Aariz hadir dalam hidup kami. Daripada saat disahkan hamil, mabuk yang teruk sangat-sangat, melahirkan Aariz dan sekarang kami tinggal bersama sebagai sebuah keluarga kecil. Ada Ayah, Ibu dan Anak. Terlalu indah pemberian ALLAH ini. Syukur pada ALLAH. Tapi kadang-kadang terasa macam main pondok-pondok gitu. Hahahaha. Boleh? Tapi lagi lengkap main pondok-pondok ni kalau si Ibu fully housewife kan? (Oh! Itu memang impian saya.)

Di kala usia Aariz genap 10 bulan ni, Aariz dah tumbuh 2 gigi atas dah 1 ½ gigi bawah. ½ gigi bawah tu sebab yang sebelahnya baru tumbuh separuh je. Ada orang cakap, kalau tumbuh gigi atas dulu, nanti cakapnya berdegar-degar, cakap besar gitu. Harapnya kok Aariz nak cakap besar pun, biarlah di atas sebab memang dia berjiwa besar dan ada kejayaan yang besar ye dok? Baru lah berbaloi nak cakap besar! Hahahaha! Tidaklah. Bukan itu yang saya harapkan. Cukuplah Aariz jadi seorang manusia yang pintar, soleh, berjaya dan kaya! Bersifat rendah diri dan sentiasa ada jiwa yang mulia untuk bantu sesama manusia dan semoga ALLAH sentiasa merahmati hidupnya di dunia hingga akhirat kelak. Semoga Aariz menjadi tiket untuk saya dan suami ke syurga nanti dan kami akan hidup bersama-sama di syurga ALLAH nanti sebagai sebuah keluarga. Amiiiin.

Tak senang nak snap 'angle' ni. Hahahaha
Aariz sekarang dah pandai duduk (tapi kaki lipat ke belakang), dah pandai meniti di sofa, meja kecil atau apa-apa saja yang dia rasakan best untuk berdiri dan meniti. Dah berapa kali jatuh ke lantai, tapi mujurlah tangisnya sekejap saja bila dipujuk. Kalau meraung sampai satu jam, pengsan mak ko ni nakkkk!

Sekarang Aariz dah pandai ekspresikan perasaan dia. Dah pandai gelak sakan kalau orang bergurau atau takut-takutkan dia. Part yang paling best ialah dia dah pandai datang pada Ibu dan Ayah kalau dipanggil. Merangkak laju-laju sambil tersengih-sengih! Comel dan menggeramkan sangat! Pipi gebu Aariz memang selalu jadi mangsa Ibu Ayah lah kan!

Tinggal dua bulan lagi Aariz akan genap satu tahun usianya. Ya ALLAH cepatnya masa berlalu. Saya terlalu rindukan saat Aariz terlalu bayi. Andai dikenang-kenangkan detik itu, memang meruntun hati. Memang taknak Aariz membesar terlalu cepat. Nak gendong Aariz, nak susukan dia, nak mandikan dia, tukarkan lampin dia. Pendek kata, saya nak buat segala-galanya untuk Aariz sampai bila-bila. Adakah saya terlalu obses dengan Aariz? Hahaha. Rasanya semua ibu pun ada perasan yang sama kan?

Semoga Aariz membesar dengan sihat, pintar dah soleh. Ibu Ayah sentiasa sayangkan Aariz di dunia dan di akhirat.

Mujur ada satu keyboard rosak kat rumah, boleh bagi Aariz main.
Tak senang nak snap pic Aariz dah sekarang! Asyik gerak je...
Wajah kesayangan ibu ayah.
 

Nadia Bakar© - Perfume Original Branded Copyright © 2013