Insan Biasa Yang Luar Biasa!

Wednesday, 8 January 2014

Teks dan Foto : Nadia Bakar

Impian Yang Mustahil!
Pada Jumaat hingga Ahad yang lepas (27 Disember - 30 Disember 2013), saya menghadiri sebuah seminar yang memang saya impikan dan boleh dikatakan seminar pertama yang tiada kena mengena dengan bidang yang saya ceburi. Buat pertama kalinya saya sangat teruja dan bersungguh-sungguh untuk memastikan impian ini tercapai sejak beberapa minggu yang lepas. Tapi ada beberapa sebab kenapa saya mula ragu-ragu untuk menghadiri seminar ini :
  • Aariz masih menyusu badan, faktor ketiadaan stok EBM membimbangkan saya.
  • Saya bimbang jika suami menolak mentah-mentah idea saya untuk pergi ke seminar ini kerana tempoh seminar tersebut 3 hari 2 malam.
  • Saya tiada lesen kereta untuk pergi sendirian.
  • Cuti tahunan saya cuma tinggal separuh hari saja lagi. 
Bila difikirkan kembali, saya sendiri tidak sangka saya betul-betul telah melaksanakan impian yang satu masa dulu saya kira ia adalah impian yang mustahil selagi Aariz belum berusia 2 tahun! Mana tidaknya, keinginan untuk menghadiri mana-mana seminar terpaksa saya pendamkan sejak melahirkan Aariz. Saya memang tidak mahu menyusahkan sesiapa untuk menjaga Aariz. Jadi, setiap kali ada iklan-iklan seminar di mana-mana, memang saya simpan dalam hati, pejam mata dan berlalu begitu saja walaupun sebenarnya hati menjerit-jerit nak pergi. Nak-nak pula seminar yang melibatkan 'speaker' yang hebat!

Tapi, Alhamdulillah suami terus saja bersetuju untuk membawa saya dan Aariz ke seminar tersebut. Besar pengorbanan suami kerana perlu mengambil cuti tanpa gaji selama dua hari dan perlu menjaga Aariz di bilik hotel yang sudah semakin ligat sepanjang saya menghadiri seminar. Terima kasih banyak-banyak buat suamiku yang baik dan memahami. :)

Sebelum pergi seminar, saya perlu pam susu untuk Aariz, cukuplah 3-4oz untuk tempoh 2jam setengah. Saya bersyukur sangat kerana tempoh setiap sesi hanya 2jam setengah dan kebetulan pula bilik hotel dengan tempat seminar tak sampai 5 minit dengan berjalan kaki. Jadi, memang sangat fleksibel untuk saya balik ke bilik hotel, menyusukan Aariz. Adakalanya, 'tandem nursing'. Hebat kan perancangan Allah?

3 Insan Hebat yang Memberi Inspirasi!
Sesi seminar pada malam Ahad ialah sesi bersama dengan 3 orang 'speaker' hebat. Kejayaan yang hebat dan jiwa yang hebat! Tiga 'speaker' hebat itu ialah saudara Mohd Sukur Ibrahim, Rico Rinaldi dan Mohd Azmy Osman.

Perkongsian mereka sangat memberi inspirasi, padat dan sarat dengan kisah suka duka, pahit manis yang akhirnya meletakkan mereka sebaris dengan orang lain yang berjaya!

Mohd Sukur Ibrahim - nadiabakar.com
MOHD SUKUR IBRAHIM
Graduan Ijazah Software Engineering, lepasan UKM yang berusia 29 tahun. Beliau sangat minat berniaga, prinsip beliau ialah apa saja boleh menjadi duit! Beliau juga pernah melalui saat-saat yang sukar sehingga terpaksa menggulung tikar kerana gagal di dalam perniagaan yang beliau usahakan. Pun demikian, beliau yang sentiasa percaya dengan konsep istiqamah dan terus bertahan walau apa pun dugaan yang mendatang, akhirnya kini beliau mempunyai salah satu syarikat pembekal dan penjual kelengkapan kanopi, papan tanda, papan iklan, karpet pejabat dan masjid di Kuala Lumpur iaitu DStrike Solution.



Rico Rinaldi - nadiabakar.com
RICO RINALDI
Anak muda yang pemalu ini ialah Pereka fesyen terkenal Malaysia yang memenangi anugerah Pereka Muda Terbaik Anugerah Pereka Tenun Berita Harian (APTBH) sempena Festival Fesyen Kuala Lumpur (FFKL) pada tahun 2011 sekaligus mendapat peluang mengadakan penggambaran foto di London selain mengikuti kursus jangka pendek di London College of Fashion. Ketika Rico memenangi anugerah tersebut, beliau baru berusia 24tahun. Hebat bukan?
Beberapa prinsip luar biasa beliau yang boleh menjadi inspirasi bagi orang lain ialah "cari penyelesaian" dalam setiap masalah. Bukan hanya sekadar memandang masalah sebagai masalah, redha ibu bapa sangat penting di dalam setiap perkara yang dilakukan.



Mohd Azmy Osman - nadiabakar.com
MOHD AZMY OSMAN
Prinsip yang sentiasa diamalkan oleh beliau ialah berfikir di luar kotak yang mana telah berjaya meletakkan beliau ke tahap sekarang. Siapa sangka beliau yang dulunya seorang pemain bola sepak, kini merupakan pereka flora dan pengarah kreatif; bola sepak dan gubahan bunga memang jauh bezanya kan?
Beliau pernah menguruskan dekorasi bagi acara rasmi di Istana Buckingham dan memegang portfolio pelanggan yang bukan calang-calang. Malah sehingga kini beliau masih mendapat kepercayaan Perdana Menteri Malaysia, Dato' Sri Mohamad Najib Tun Abdul Razak untuk menguruskan dekorasi dan kerja-kerja gubahan di kediaman rasmi beliau.
Saya sangat suka prinsip beliau iaitu sentiasa berfikir di luar kotak, mencipta kelainan dalam setiap apa yang diusahakan dan menghasilkan idea yang asli!

Tapi sayangnya saya tidak dapat menghabiskan sesi bersama Mohd Azmy kerana Aariz memerlukan ibunya pada jam 11.30malam itu. Tak dapat bersama semua untuk sesi fotografi setelah selesai seminar. Memang sedih tau! Hahaha.

Bertemu ketiga-tiga mereka ini dapat memberi semangat pada semua peserta yang hadir di seminar tersebut. Semangat mereka untuk berjaya dalam bidang masing-masing memang menjadi inspirasi yang besar. Mereka sangat pemurah ilmu!

Saya sempat mendapatkan buku nota Rico Rinaldi (Atelier Rinaldi) tau! Hanya yang mengajukan soalan saja akan mendapat buku ini! Siapa tak teruja dapat buku daripada beliau kan? Nak-nak pula diberikan sendiri oleh beliau. Saya orang keempat yang bertanyakan soalan. Memang kelakar sebab target utama saya ialah nak dapatkan buku tersebut. Hahaha. Terus tanya soalan cliche : Siapa inspirasi Rico dalam bidang fesyen? Hahaha. Bila terkenang kembali, memang gelak punya! Nak dapat buku punya pasal kan?

Atelier Rinaldi Note Book
Belum sanggup tulis kat buku ni lagi. Hahaha. Over tak?
Sekadar itu dahulu perkongsian saya dalam entry kali ini. Sampai berjumpa lagi!




 

Blog Nadia Bakar© Copyright © 2013